Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Khamis, 22 Julai 2010

Henti penggunaan ubat semburan hidung 357 Nasal Spray

KUALA LUMPUR 19 Mei - Orang ramai yang mengalami masalah hidung tersumbat hari ini dinasihati supaya mengelak daripada membeli atau menggunakan produk tradisional ubat semburan hidung “357 Nasal Spray” yang dikeluarkan oleh syarikat Three Five Seven Sdn. Bhd.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, ini kerana pendaftaran produk itu telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) berikutan pengesanan racun berjadual, dexamethasone yang terkandung dalam produk tersebut.
"Ubat-ubatan yang mengandungi Dexamethasone hanya boleh dibekalkan dengan preskripsi doktor. Penggunaannya dalam perubatan tradisional tanpa pengawasan doktor boleh mengakibatkan kesan advers serius seperti tekanan darah tinggi, edema iaitu bengkak pada tisu lembut dan sindrom Cushingoid yang menyebabkan muka menjadi tembam dan berat badan meningkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, produk itu telah disahkan dicampur dengan dexamentasone dan orang ramai dinasihati supaya segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.
Mengenai produk rawatan mata keluaran Syarikat Permata Hijrah, beliau berkata, produk itu telah dinotifikasikan sebagai produk kosmetik yang hanya untuk digunakan di bahagian muka sekitar luar mata untuk tujuan estetika dan bukan bermaksud untuk menyembuhkan penyakit mata. - Bernama

Sanggul Tinggi Haram

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun
at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu
masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang- lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang
bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/ tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them.  Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram
wearing the fake sanggul arab.However, at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

Baik Diam

anyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.
Nabi SAW bersabda :
"Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).
Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .
Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab :
"Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata:
"Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? " (Riwayat Ahmad)
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW :
"Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)
"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)
Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

 
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap,
takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu,
menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,Yang telah dibuat,
supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,
"Diam-diam ubi berisi"
atau
"Diam-diam tong kosong"
atau "
diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"

HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia l ain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang l ain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)
Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Felda


5 TAHUN PENEROKA FELDA GUNA AIR HUJAN
Utusan Malaysia 23 Jun 2010 - Penduduk Felda Palong 2 di sini pula terpaksa mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu. Pelbagai aduan telah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan. Sebanyak 44 buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut merayu pihak terbabit melakukan sesuatu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

LULUS SEGERA PROJEK TANAM SEMULA
Sinar Harian 4 Jun 2010 – Anak peneroka Felda Bukit Jalur meluahkan rasa kecewa mereka apabila proses tanam semula bagi tanah seluas kira-kira 3.2 hektar yang dimohon sejak tanaman mereka ditebang, Ogos 2008 masih belum mendapat kelulusan pihak berkaitan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7770478.asp

DERITA 28 TAHUN AIR TERPUTUS DI FELDA
Kosmo 15 Mac 2010 - Ketika kebanyakan rakyat di negara ini menikmati kemudahan asas yang sempurna, lain pula ceritanya bagi 1,200 penduduk di Felda Palong 7 dan Palong 8 di sini yang terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air terputus hampir setiap hari.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

28 TAHUN WARGA FELDA HADAPI MASALAH TEKANAN AIR RENDAH
Utusan Malaysia 15 Mac 2010 - Itulah 'derita' yang dihadapi oleh lebih 1,200 penduduk di kawasan Felda Palong 7 dan 8 berikutan masalah tekanan air rendah sejak menduduki kawasan itu 28 tahun lalu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

KOS UKUR TANAH TIDAK MASUK AKAL
Sinar Harian 17 Feb 2010 – Peneroka di Felda Raja Alias 4, di sini, melahirkan rasa tidak puas hati dengan kos dikenakan Felda bagi mengukur lot tanah peneroka untuk tujuan penebangan pokok dan pembangunan. Menurut mereka, kadar sebanyak RM1,145 bagi setiap peneroka untuk keluasan 1.2 hektar setiap peneroka adalah tidak masuk akal dan meragukan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6824551.asp

MASALAH BEKALAN AIR TIADA KESUDAHAN
Sinar Harian 17 Feb 2010 - Penduduk Felda Raja Alias, di sini, masih menaruh harapan agar masalah air yang berlaku di kawasan rumah mereka sejak seminggu lalu, dapat diselesaikan segera supaya mereka boleh menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6824950.asp

PENDUDUK FELDA BERANG TIADA BEKALAN AIR
Sinar Harian 13 Feb 2010 – Penduduk Felda Raja Alias Dua, di sini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) berikutan masalah ketiadaan air di kawasan mereka.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6789488.asp

ORANG FELDA PALONG DIANAKTIRIKAN
Sinar Harian 19 Jan 2010 - Ketiadaan lampu jalan terutama di persimpangan masuk ke Palong 2 memang mengecewakan penduduk yang mendakwa kawasan mereka seperti ‘dianaktirikan’ apabila kemudahan yang sudah lama dipohon itu tidak mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang berkenaan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6385438.asp

FELDA PALONG DAIF
Berita Harian 21 Dis 2009 - Palong 4, 5 dan 6 adalah pusat bandar bagi gugusan Felda Palong, kawasan dikenali sebagai skim tanah rancangan terbesar di negeri ini membabitkan Felda Palong Satu hingga 16, yang mempunyai bilangan penduduk kira-kira 100,000 orang. Namun, gelaran pusat bandar itu hanya indah dari segi nama tetapi dari aspek prasarana, jauh ketinggalan berbanding pusat bandar lain yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk penduduknya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20091221075521/Article/index_html

GANGGUAN BEKALAN AIR DI FELDA JEJAS PERAYAAN
Sinar Harian 2 Dis 09 - Kemeriahan penduduk Felda Bukit Rokan, di sini, menyambut musim perayaan bersama keluarga dan sanak saudara kian menjadi lesu berikutan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku tanpa penyelesaian.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6120646.asp

PENEROKA PROTES DAKWA FELDA TIDAK TUNAI JANJI
Sinar Harian 14 Okt 2009 - Seramai 300 peneroka Felda Raja Alias 4 mengadakan perhimpunan sebagai tanda menunjukkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan Felda yang tidak menunaikan janji sewajarnya kepada pihak peneroka Felda berkenaan. Penduduk Felda Raja Alias 4 ingin menuntut hak pembayaran daripada hasil jualan kayu getah yang sudah ditebang beberapa bulan lalu hingga tahun depan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5255067.asp

PENDUDUK FELDA 52 TAHUN MERDEKA TIADA AIR
21 Feb 2009 - Sudah lebih 50 tahun merdeka, penduduk Felda Kemahang, Bentong tak menikmati bekalan air. Terpaksa tadah air hujan. Laporan TV3 jam 1.30 tengahari 21 Februari 2009.
http://adimul.blogspot.com http://adimul.blogspot.com/2009/02/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r_22.html#links

BONUS PENEROKA FELDA GETAH GIGIT JARI
Sinar Harian 24 Dis 08 - Felda diminta mengkaji semula syarat setiap peneroka perlu melepasi sasaran hasil yang ditetapkan sebelum layak menerima bonus insentif produktiviti untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan peneroka.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2279446.asp

MASALAH KELAPA SAWIT TIDAK DITUAI BELUM SELESAI
Sinar Harian 8 Jul 2009 - Shamsuri berkata, hasil pendapatan yang mereka terima tidak seberapa akibat buah kelapa sawit yang sepatutnya dikutip oleh pihak kontraktor terbabit dibiarkan begitu sahaja sehingga rosak. “Rata-rata peneroka hanya menerima kurang RM1,500 sebulan. Ia tidak cukup akibat kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan baru-baru ini.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1815578.asp

BURUH BANGLA CEROBOH TANAH
Harian Metro 25 Julai 2007 -Perbuatan segelintir buruh asing warga Bangladesh yang dibawa masuk ke tanah rancangan felda di Jempol untuk bekerja di ladang kelapa sawit menceroboh kawasan halaman kediaman peneroka menyebabkan penduduk tempatan dalam kebimbangan.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20070725095014/Article/index_html

Rabu, 21 Julai 2010

Kerana Bulu Ketiak

Tiba-tiba... ....

Mak...!!! Mak...!!! "Tengok ni mak...!!!!! Jais berlari tercungap-cungap.

Tak sabar dia nak menyampaikan berita gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah, Jais terus melompat masuk. Tak dipijaknya anak tangga rumah itu.

"Mak...!!! Mak...!!!! Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur.

Mendapatkan emaknya. Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat anaknya itu. Tercungap-cungap bagaikan dikejar harimau.

"Kenapa ni Jais?" Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais.

"Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak Jais dah tumbuh mak....tengok ni mak...hehehehehe. .." Jais mengangkat tangan kirinya dan menunjukkan bulu ketiaknya yang baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang setengah inci panjangnya.

"Hish...ko ni Jais. Mak ingatkan ada hal apa la. dah la tu..... pergi mandi cepat. Makananpun dah siap ni." Jais ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Dalam hatinya menyanyi-nyanyi. ...

'Yeah....yeah. ..dah tumbuh...bulu ketiak aku dah tumbuh...yeah yeah...' Jais gembira tak terkata. Disyampoonya bulu ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit conditioner. Selepas mandi Jais membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba disikatnya. Sayang sungguh Jais dengan bulu ketiaknya. Dijaganya seperti menatang minyak yang penuh. Malam itu tak lena tidur Jais. Dibelai-bel ain ya bulu ketiak itu. Tak sabar Jais menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak sabar Jais nak ceritakan pada kawan-kawannya.
Sampai di sekolah, tanpa membuang masa Jais memberitahu kawan-kawannya. Semua berkerumun melihat bulu ketiak Jais Kawan-kawan Jais tak ada bulu ketiak sepertinya. Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap.

"Selamat pagi cikgu..!" Kata Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid l ain .

"Selamat pagi cikgu...!!" "Selamat pagi pagi murid-murid. " Cikgu Bakri menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri berjalan menuju ke bahagian tengah kelas itu. Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya.

'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu Bakri.

"Baik....dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat satu karangan. Tulis mengenai benda yang kamu suka. Yang kamu sayang. Kucing ker, adik kamu ker, tak kira la... apa-apa saja."

Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri kembali menuju ke mejanya. Duduk di kerusi. Dibiarkan anak-anak muridnya membuat kerja yang disuruh. Semua murid mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. Jais pun turut berbuat begitu. Jais mula mengarang. Menulis mengenai bulu ketiaknya.

Bulu ketiak saya.

Nama saya Mohd Jais bin Ibrahim. Umur saya 9 tahun. Saya ada emak. Saya sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya ada ayah.. Saya sayang ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah. Bulu ketiak ayah saya lebat. Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah saya. Saya Tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiak saya tumbuh cepat. Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi reban ayam. Tunggu ayam bertelur. Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat gembira. Saya sayang bulu ketiak saya.

Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah. Cikgu-cikgu Jais pun ramai yang tahu. Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti Jais dah tumbuh bulu ketiak. Habis sekolah. Jais berjalan pulang ke rumah. Jais puas hati dengan persekolahannya hari itu. Jais sayang sekolahnya. Jais sayang kawan-kawan dan cikgunya. Dalam perjalanan, tiba di satu lorong Jais nampak ada 3 orang menghalang jalan. Jais kenal mereka. Murid-murid darjah 5. Mereka selalu membuli murid-murid kelas bawah. "Jais mari sini..!!" Salah seorang dari mereka memanggil Jais.

"Orang kata bulu ketiak ko dah tumbuh... mari la...tunjuk. .!!. Kami nak tengok..!!" Jais diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka. Jais takut. Jais diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak tadi meluru ke arah Jais. Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi tak berjaya. Jais ditangkap mereka. Jais meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka.

"Jangan la... jangan...jangan. .!!! Jais menjerit. Dia terus meronta-ronta sambil menangis. Tiba-tiba salah seorang daripada budak tadi mengeluarkan
gunting. Lalu memotong bulu ketiak Jais.Mereka ketawa....

"Hahahahahaha. ..!!" "Mari....mari. .!! Sapa nak tengok bulu ketiak Jais..!!"

"Lelong..... lelong. .!!! Sapa nak beli...!!! Jualan murah....!!! Bulu ketiak baru....!!! Fresh lagi...!!!!cHahahah ahaha.... !!!!" Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuli Jais.

 Jais menangis. Terbaring Jais keletihan. Lemah longlai tubuhnya. Bagaikan seorang gadis yang dicabul kehormatan. Jais meraba ketiaknya. Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga manusia yang tak berperikemanusian. Jais sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais menangis.

"Huwaaaaa... . .!!!!!!!!""Huwaaaaa .... .!!!!!!!! ' Selepas kejadian itu Jais lansung tak mahu pergi ke sekolah. Jais tak mahu pergi ke mana-manapun. Jais sedih. Selera makannya pun tiada. Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu Bakri pun datang melawat Jais.

"Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat tu."

"Dah la tu... jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la bulu ketiak Jais tu."

"Esok pergi sekolah yer..."

Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais mengangguk-anggukka n kepalanya. Kesedihan Jais mula reda. Tapi tetap timbul persoalan di hatinya..... .Mengapa ada orang iri hati?....Mengapa ada orang dengki melihat kelebihannya? ...Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak jadi dewasa.

Inilah kehidupan wahai Jais dan bangsamu selalunya memang begitu.

INI BARU BULU KETIAK, BELUM BULU LAIN. LAGI RAMAI LAH ORANG YANG AKAN DENGKI

Subsidi Punya Hal

Sampai bila?

Sampai bila...
Anak-anak harus diajar bermain api
kerana semalam gula dan gas ada subsidi...
minyak kereta dan diesel bersubsidi.

Sampai bila...
Anak-anak mesti diajar benci membenci
kerana subsidi... subsidi, susu kasi, free bagi
kerana subsidi dianggap hak kami, bukan sebagai 'previlege'
yang sepatutnya hanya dinikmati oleh orang susah tak terperi
bukan pemilik banglo mewah, bukan pemilik BMW,
bukan pemilik industri, bukan pemilik bank,
bukan pemilik kedai kopi tiam... along tauke judi..
BUKAN, BUKAN, BUKAN... BUKAN! BUKAN!

Kenapa kita suka membudayakan subsidi?
Bukankah itu membebankan negara dan pemerintah
yang akhirnya terpaksa mencukai rakyat untuk beri
subsidi buat semua... kaya, miskin sama sahaja
hendakkan subsidi.. Malaysian-Malaysia. .
tanpa DEB.

Tak malukah kita?
Hidup dari rahim ibu, sesudah lahir, sampai ke mati,
MASIH juga NAK kan SUBSIDI..?

Justeru, usahalah sendiri untuk
meningkatkan produktiviti, keupayaan diri
bila berniaga, untung jangan rugi...
Kerana subsidi membunuh jatiti diri
menafikan kewarasan, betapa... kita anak merdeka
tak mahu lagi subsidi yang...
akhirnya hanya akan memenuhi kantung-kantung
mereka yang tamak tak peduli.

Sampai bila nak subsidi?

Jawapannya


SAMPAI BILA NAK JERAT RAKYAT SENDIRI?
SAMPAI BILA NAK BAYAR HARGA KERETA TINGGI SANGAT DUTI?
SAMPAI BILA CUMA KRONI DAPAT AP?
SAMPAI BILA PEMIMPIN BUAT RAKYAT JADI KULI?
SAMPAI BILA PROTON JUAL KERETA MAHAL TAPI RUGI?
SAMPAI BILA REKOD KERAJAAN RAKYAT NAK TENGOK TAK NAK KASI?
SAMPAI BILA TOL DOK NAIK TAPI DOKUMEN BAWAH AKTA RAHSIA RASMI?
SAMPAI BILA PEMIMPIN BN ASYIK NAK BULI?

JAWAPANNYA : KITA TUNGGU PILIHANRAYA NANTI !
TOLAK TERUS BN DAN JANGAN UNDI BN LAGI !

Guide to Speak Malay

1. BELACAN = BELL - ARCH - UN

2. TEMPE = TEMP - AIR

3. CENCALUK = CHANGE - CHARGE- LOOK

4. JERING = JAR - INK

5. PULUT PANGGANG = PULL -OUT PUNK - GANG

6. AYAM PERCIK = ARE - ARM - PERT - CHECK

7. KUIH KODOK = COW - EIGHT COW - DOG

8. SIPUT SEDUT = SHIP - OUT SAD - OUT

9. PULUT KUNING = PULL - OUT CORN - INK

10. KUIH KARIPAP = COW - EIGHT CARRY - PUB

11. LEMPENG PISANG = LAMP - PINK PEACE - LUNG

12. PEKASAM = PEAK - A - SOME

13. GULAI KAMBING = GOALLY - COME - IN

14. SIRAP = SAY - RUBB

15. GULAI LEMAK = GOAL - LIE LAMP - MARK

16. CILI PADI = CHILD - LY - PADDY