Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Khamis, 21 Januari 2010

ketam melayu VS ketam cina

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.
 
Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor
ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju.

Rabu, 20 Januari 2010

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM (Lelaki & Wanita)

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Perajurit Muda TUDM:

KELAYAKAN AKADEMIK:

- Syarat kelayakan diberi kepada calon-calon yang lulus di peringkat SPM/SPMV seperti berikut:

* Tred Juruteknik, Sistem Udara dan Sistem Darat
- Kepujian Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat SPM/ SPMV

* Lain-lain Tred
- Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat SPM/SPMV

LAIN-LAIN KELAYAKAN:

- Warganegara Malaysia

- Berumur di antara 18 - 23 tahun pada tarikh 30 Jun 2010.

- Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

- Penglihatan hendaklah terang.

- Berat badan minima 47.5 kg bagi lelaki dan 40.5 kg bagi wanita dengan ketinggian 1.57 meter (lelaki) dan 1.47 meter (wanita). Body Mass Index (BMI) antara 18 - 25 (lelaki) dan 18 - 25 (wanita).

- Ukuran dada biasa 76 sm (lelaki sahaja)

GAJI DAN ELAUN:

Perajurit Muda
Gaji (RM/sebulan) : RM821.98
Elaun Khidmat : RM65.00
Imbuhan Tetap Perumahan : 230.00

KEISTIMEWAAN:

- Pakaian seragam percuma
- Makan dan tempat tinggal
- Rawatan perubatan dan pergigian percuma
- Waren perjalanan tahunan percuma untuk bercuti bersama keluarga
- Elaun Malaysia Timur (Sabah/ Sarawak)
- Kemudahan Pinjaman Kerajaan

DOWNLOAD JADUAL & PUSAT PEMILIHAN SELURUH MALAYSIA

Selasa, 19 Januari 2010

Hukum Muzik Dan Nyanyian

Perengkat awal yang haram satu darinya adalah biola.. kerana ia gesekan yang menyama-e ratapan syaitan…kemudian baharu lah gitar,,, kerana ia lebeh bising dari sepatut nya.. gara2 salah guna dan tempat…
Ada fatwa diharuskan agar tidak melanggar syarat spt membawa keburukan,, khayal, melalai kan , melebehkan dan merosakkan. Ia sekadar hiburan.. namun fatwa itu tidak di tonjol kepada umum disebabkan ramai yang melebalkan fatwa yang haram2 ja… pukul rata non stop
Jawapan dari ilmuan Syariah yang baik biasanya akan disertai dengan ulasan dan syarat-syaratnya. Perlu diingat hukum dengan mudah boleh berubah apabila sesuatu syarat tidak dipenuhi atau situasi berbeza.
Hampir semua suruhan dan larangan dalam Islam mempunyai syaratnya. Ia fenomena lumrah dalam hukum hakam agama. Maka tidak lengkap pengajian tanpa mempelajari dan meneliti syarat. Sesuatu perbuatan baik seperti solat mungkin sahaja ditolak tanpa ditunaikan syaratnya.
Hukum muzik dan nyanyian ianya akan memenatkan kita kerana persoalan ini ibarat satu persoalan fitrah yang berlawanan dengan hukum.
Permasalahan muzik dan nyanyian ini termasuk perkara syubhat yang tidak diketahui akan hukum sebenarnya secara jelas lantaran ianya secara fitrah berlaku dan terjadi dengan meluas dan secara hukum tidak menyebut keharaman dan larangan secara terang.
Fitrah manusia memerlukan hiburan dan muzik serta nyanyian menjadi salah satu hiburan semulajadi yang disukai fitrah manusia. Siapa yang tidak senang dengan muzik dan nyanyian
Apakah itu muzik dan nyanyian ? Sebenarnya kedua perkara ini tidak sama, rasanya biarlah pakar seni dan muzik menjelaskan kepada kita apakah itu muzik dan apakah pula itu nyanyian
Muzik ialah seni bunyi, dan nyanyian ialah seni suara iaitu secara mudah, muzik ialah bunyi-bunyian yang menghiburkan dan terhasil dari alatan atau dari satu komponan yang diatur menghasilkan irama yang merdu
Dalam bahasa Arab, muzik disebut sebagai al-ma'azif iaitu jamak dari mi’zaf. Dalam Al Muhieth, kata ini diertikan sebagai al malahi (alat-alat muzik dan permainan-permainan ), contohnya al ‘ud (sejenis kecapi), ath thanbur (gitar atau rebab). Sedangkan dalam An Nihayah diartikan dengan duf-duff
Dikatakan pula al ‘azif artinya al mughanni (penyanyi) dan al la’ibu biha (yang memainkannya) . (Tahrim ‘alath Tharb)
Ibnul Qayyim dalam Mawaridul Aman menyatakan bahawa al ma’azif adalah seluruh alat musik atau permainan. Dan ini tidak diperselisihkan lagi oleh ahli-ahli bahasa. Imam Adz Dzahabi dalam As Siyar dan At Tadzkirah memperjelas definisi ini dengan mengatakan bahawa al ma’azif mencakup seluruh alat musik maupun permainan yang digunakan untuk mengiringi sebuah lagu atau syair. Contohnya : Seruling, rebab, simpal, terompet, dan lain-lain
2. Dalam bahasa Arab, nyanyian itu disebut sebagai al ghina
Imam Ahmad Al Qurthubi menyatakan dalam Kasyful Qina’: “Al ghina’ secara bahasa adalah meninggikan suara ketika bersyair atau yang seumpanya (seperti rajaz secara khusus).Di dalam Al Qamus , al ghina’ dikatakan sebagai suara yang diperindah.”
Kesimpulannya, baik muzik yang merupakan bunyi-bunyian yang terhasil dari alatan ciptaan manusia seperti gitar, kecapi, serunai, seruling atau lain-lain atau pun bunyi yang terhasil dari semulajadi tetapi disusun oleh manusia seperti bunyi air yang mengalir di sunyai tetapi di atur batu-batu dan pengaliran air dalam lubang-lubang kayu supaya menghasilkan bunyian merdu atau di susun lubang-lubang pokok di tengah padang bagi menghasilkan bunyian merdu apabila di tiup angin semuanya merupakan satu kesedapan dan fitrah manusia menyukai hal ini
Begitu juga penyanyi, mereka sudah bijak menghasilkan lagu yang mempunyai makna-makna indah dan kemudian menyanyikan bagi menghiburkan. Seperti ibu yang menyanyikan anaknya, seperti bapa yang mengendong anak kecilnya lalu mengiburkannya dengan bacaan nasyid, qasidah atau zikir dengan nada merdu dan nyaring maka demikianlah nyanyian.
Nyanyian hukumnya tidak haram secara mutlak, dan secara segi hukum baik nyanyian, muzik tidaklah haram namun akibat dari beberapa keadaan maka jadilah muzik atau nyanyian itu haram
Masalah hati adalah menentukan kedudukan muzik dan nyanyian.Ini kerana,muzik atau nyanyian merupakan fitrah manusia yang terlahir dari kehidupan
Sebenarnya tiada sesiapa pun tidak pernah menyanyi walau para Ulamak termasuk Imam Masjidil Haram misalnya sewaktu beliau masih kecil dan bermain-main bersama rakan mana mungkin tidak pernah menyanyi ?
Bermula dari ibu menyanyikan anak dengan zikir-zikir seperti : lailahaillallah 20x ketika menghayunkan buaian anaknya…bukankah sang ibu itu melantunkan zikir itu dengan nada enak merdu supaya anaknya tidur ?
Termasuk perbuatan ibu itu dalam kategori nyanyian secara umum jadi kesimpulannya hukum muzik itu atau nyanyian bergantung kepada keadaan dan syarat tertentu yang membuatkan ianya haram atau halal
Demikianlah ketika di bilik air, ramai manusia menyanyi ketika mandi sama ada menyebut " la,la, la, la, la, la, " atau seorang yang kesedihan , atau seorang yang sedang bercinta sekalipun dirinya tidak menyanyi maka dirinya tetap akan tersentuh dengan lagu dan nyanyian dari orang lain terutamanya apabila nyanyian dan muzik (bunyian) itu sangat menyedihkan dan sayu sehingga mampu membuatkan seseorang itu menangis
Contoh: sebuah lagu inggeris berbunyi..
" Please tell me the word to say The road to take To find the way back to your heart..”
Sesiapa yang pernah terpisah dengan kekasihnya kemudian berhasrat untuk kembali kepada kekasihnya itu apabila terdengar lagu ini secara tidak sengaja akan tertarik merasakan lagu ini menangisi dan mengicahkan hidupnya
Bukankah lagu dan muzik itu menandakan fitrah manusia dan dekatnya dengan hati manusia
Begitu juga seseorang yang sangat mencintai kekasihnya maka dirinya pasti akan tersentuh dengan lagu dari Richard Max
" Wherever you go, what ever you do , I will be right here waiting for you..
3. Kembali kepada persoalan apakah hukum muzik dan lagu, kini difahami bahawa lagu dan muzik merupakan fitrah maka dengan ini wajarlah kembali memegang kepada suatu kaedah usul fiqh iaitu : Asal hukum sesuatu itu ialah harus
Islam telah pun sempurna dan syariat Islam yang di bawa oleh Rasulullah saw telah pun selesai menentukan segala persoalan hukum tanpa perlu-perlu di tambah oleh sesiapa pun walau oleh para ulamak. Dalam hal ini Allah swt berfirman :
Menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah merupakan suatu dosa besar yang hampir menyamai syirik oleh yang demikian maka dalam penentuan hukum para ustaz dan para ulamak diperlukan memiliki kebolehan dan pemikiran yang luas dalam menentukan keputusan supaya tidak melampaui batas tanpa ilmu.
Jadi dalam persoalan muzik dan nyanyian tiada sesiapa yang dapat menentukan hukumnya baik halal atau haram secara membuta tuli melainkan dengan telah menilai secara ilmiah hujah dan dalil di samping memerhatikan beberapa perkara yang menentukan kehalalan dan keharaman
Setelah meneliti pelbagai hujah maka kita akan mendapati hukum muzik itu dan nyanyian tergantung di atas beberapa neraca pertimbangan iaitu :..
(*)Niat dan tujuan sesuatu Muzik atau Nyanyian dibuat - Kesan sesuatu muzik atau nyanyian itu kepada pendengarnya - Isi Kandungan lagu atau nyanyian tersebut - Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau nyanyian itu - Keadaan waktu muzik atau nyanyian itu dilakukan
Perkara di atas menjadi sebab dan punca halal atau haramnya muzik dan nyanyian berdasarkan kajian para ulamak dan hasil telitian menurut hujah dan dalil yang diperbahaskan sekian lama oleh fuqaha Islam
Tidaklah haram lagu " Hijau" nyanyian Zainal Abidin hanya kerana peminat yang mendengarkan lagunya semuanya perempuan yang tidak menutup aurat di stadium atau kerana mereka berbogel sekalipun maka tidaklah haram lagu atau nyanyian Zainal Abidin itu sebaliknya biarpun Kumpulan Raihan yang bernasyid yang sekalipun yang mendengarnya ialah para mufti, para fuqaha ; maka ianya tetap akan menjadi haram apabila wujudnya cacat disebabkan oleh perkara yang disebutkan di atas (*)
4. Sesuatu matlamat atau tujuan itu menjadi pokok dan urusan penting serta penentuan penerimaan atau penolakannya. Muzik atau nyanyian tidak terkecuali dari perlu diteliti menurut tujuan dan matlamat dilakukannya
Sesuatu perbuatan itu tidaklah sia-sia dilakukan melainkan pasti wujud tujuan dan matlamat. Dalam soal muzik dan nyanyian maka ianya terbahagi kepada dua keadaan :..
Muzik atau nyanyian yang dilakukan tanpa tujuan dan niat, seperti perbuatan secara fitrah dan semulajadi atau kebiasaan manusia seperti nyanyian kegembiraan dan semangat atau nyanyian kesedihan maka hal ini tidaklah menjadi pertikaian bahawa dimaafkan dan dibolehkan kecuali dalam beberapa keadaan yang menjadikan ianya haram seperti nyanyian kesedihan ketika kematian
Misalnya, seseorang yang bernyanyi dengan menyebut kalimah : “The life is not easy…I feel lonely” atau pun dirinya bernasyid : “ Al-hayah laisa sahlan ..wa ana asy’uru wahdi..(hidup ini tidak mudah…aku merasa seorang diri)
5. Sebenarnya, nasyid dan nyanyi itu sama sahaja cuma orang lebih nampak nasyid itu bersifat keagamaan dan nyanyi itu lagu bukan agama sedangkan itulah hasil pemikiran sekuler sebaliknya keduanya sama sahaja.
Baik lagu atau nasyid jika haramnya lagu maka haramlah juga nasyid…maka di sinilah kaedah yang lima (*) ini memainkan peranan menimbulkan beza di antara nyanyian yang halal atau haram baik nasyid atau lagu maka perlu diteliti.
Niat kebaikan itu misalnya bernyanyi demi menghilangkan kejemuan dan memberi semangat diri dan memujuk diri maka ini dibolehkan. Demikian juga perbuatan melakukan perubatan dengan menggunakan muzik.
Seperti wujud rawatan moden mengunakan kaedah terapi bunyi dan gelombang dengan menenangkan pesakit jiwa dan mental menggunakan muzik dan bunyi-bunyian indah. Maka ini dibolehkan dan bahkan Al-Qur’an itu sendiri disuruh supaya dilagukan seperti sabda baginda salallahuaalihiwasa lam : “Barangsiapa yang yang tidak melagukan Al-Qur’an maka bukanlah dari kalangan kami” (Hadith riwayat Abu Daud dengan isnad jayyid).
Juga tidak salah seorang ibu melagukan zikir dan lagu-lagu yang baik maknanya kepada anak kecilnya atau sebenarnya lebih baik dibacakan ayat suci Al-Qur’an kepada anaknya secara lagu maka ianya dibolehkan semuanya.
Namun apabila menjadikan muzik dan nyanyian sebagai hiburan dan diperkembangkan sehingga melalaikan manusia, demi mencari kemewahan dunia, demi kepopularan dan keglamouran maka ini sudah pasti diharamkan dan sekalipun jika dibuat demi kebaikan namun apabila melanggar kaedah yang lain pula maka tetap ianya haram.
6. Demikianlah dengan nyanyian dan muzik, maka hukum nyanyian dan muzik itu ditentukan dengan melihat kepada kesannya kepada umat Islam apakah ianya membawa kebaikan dan kerosakan.
Kadar pengharaman muzik dan nyanyian dinilaikan berdasar kepada akibat kesan buruk yang dibawa olehnya ini seperti menurut kaedah fiqhiyah “Kemudharatan itu dicegah dengan kadarnya” (lihat Al-Wajiz fi Qawaid fiqhiyah).
Dalam hal ini maka para fuqaha, melihat kesan nyanyian dan muzik itu kepada hati manusia disebabkan hati merupakan perkara asas dalam kehidupan dan jiwa manusia selain dari nyawa dan akal.
Hati ibarat jiwa dan nyawa manakala akal ialah keilmuan dari hasil pengalaman yang menentukan baik dan buruk namun sekalipun hebat akal manusia ianya tetap tidak sepenting peranan hati.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini. Dan sebaliknya apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (HR. Bukhari, Muslim).
Melihat kepada hadith di atas, bahawa hati itu penting dan menjadi asas kebaikan dan kejahatan manusia, dalam soal penentuan hukum muzik dan nyanyian maka sejauh manakah muzik dan nyanyian itu mempengaruhi hati manusia dan apakah kepada kebaikan dan keburukan maka di situlah letaknya kaedah di atas dalam menghalalkan dan mengharamkan nyanyian.
Para ulama banyak yang mengharamkan lagu dan nyanyian apabila mereka menemui ianya melalaikan dan melekakan manusia dan hujah ini ialah benar dan tidak dapat di tolak. Iaitu sekiranya di dapati nyanyian itu atau sesuatu muzik itu melalaikan dan mempengaruhi minda dan jiwa seseorang misalnya menjadi lebih ekstrim dan buruk atau mempengaruhi peribadinya kepada kejahatan maka nyanyian dan muzik itu tidak syak lagi ialah haram.
7. Secara kesimpulan apabila sesuatu muzik dan lagu itu melalaikan maka hukumnya ialah haram dan berdosa kerana sesuatu yang melalaikan itu bererti melupakan manusia dari tanggungjawabnya sebagai hamba dan kewajipan syariat.
Kesemua dalil dan hujah di atas secara jelas mengharamkan muzik dan nyanyian tanpa mengira apakah disebabkan ianya berpunca dari jenis bertali atau tidak bertali.
Pedulikan apa jenisnya, selagi ianya melalaikan maka ianya tetap haram dan membawa kepada dosa. Sekalipun nasyid In Team dan UNIC dengan lagu mereka berjudul kasih kekasih dapat membuatkan muslimat bertudung labuh tergedik-gedik berangan lelaki, membuatkan muslimat berjubah menghayun kepalanya kiri dan kanan sambil menikmati sedapnya lagu itu berkhayal seperti ada nya ghar/bahasa halus nya lebeh kurang - timbul keinginan shawat... maka jelas sekali haramnya nasyid itu.
Adapun apabila lagu kumpulan “ Scorpian” atau kumpulan “Fuck Ass Jackson” melagukan sebuah lagu misalnya bertajuk “ My mother” yang memuji ibu dan menjadikan pendengarnya menghargai ibu serta menghasilkan mesej dan kesan yang baik dan tidak melalaikan maka ianya jadi halal.
Demikian juga sekiranya wujud kumpulan bernama “ Your Father Is Hitler” menyanyikan lagu yang apabila kita mendengarnya kita menjadi kuat bekerja dan tidak mahu membuang masa maka menjadikan ianya harus.
Sebaliknya apabila kumpulan nasyid menasyidkan lagu cinta dan cinta-cintaan Islam konon-kononnya maka ianya jelas haram kerana melalaikan ,
Namun hakikat realitinya hari ini boleh dikatakan hampir semua muzik membawa keburukan dan kelalaian dan kefasikan dan kerosakan. Sehingga seorang penyanyi boleh merosakkan pelbagai generasi dengan hanya bermodal satu atau dua buah lagu sahaja.
Di antara penyebab dan punca pengharaman dan penghalalan sesuatu perkara seperti muzik dan nyanyian ini ialah isi kandungannya yang perlu diteliti apakah ianya mengisi kebaikan atau kejahatan.
Sesungguhnya pegisian dalam lagu atau nyanyian serta muzik itu juga menentukan kehalalan atau keharaman. Sekiranya yang diisi dan dinyanyikan itu ialah kata-kata kotor dan lucah serta keji, penuh dengan maksud yang buruk dan bercanggah dengan Islam maka sesungguhnya tidak syak lagi lagu atau nyanyian itu ialah haram.
Baik Raihan, baik Hijjaz, baik In-Team atau adik-adik comel UNIC mereka ini semua lelaki , maka apa ceritanya apabila muslimat-muslimat solehah kononnya menonton konsert nasyid dan bergambar mesra, menikmati suara nyanyian indah mereka sambil berangan-angan dan bernasyid –nasyid ?
Al-Syeikh Al-Albani seorang pakar hadis dari Syria pada abad ini juga telah memberikan jawapan yang bernilai terhadap apa yang disebutkan oleh pengarang buku "Halal dan Haram". Mula-mula beliau mengulas hadith ‘Aisyah seperti berikut: "Daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bahawa Abu Bakar pernah masuk menemuinya, sedang di sampingnya dua anak perempuan sedang menyanyi dan memukul gendang pada Hari Mina (‘Idul Adha), ketika itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menutup wajah Baginda dengan pakaiannya. Abu Bakar menengking kedua anak perempuan itu. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam membuka wajahnya dan bersabda: "Biarkan mereka, wahai Abu Bakar kerana hari ini adalah Hari Raya." (Hadis Shahih Muttafaq ‘Alaih)
Ibnu Al-Jauzi berkata: "Dan kenyataannya bahawa dua anak perempuan itu adalah anak-anak kecil dan ketika itu Aisyah masih kecil dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam membenarkan dua orang anak perempuan itu bermain dengannya".
Oleh yang demikian, dalam menentukan kehalalan dan keharaman muzik dan nyanyian pada hari ini maka lebih menyetujui mengharamkan sekadar mencegah kemudharatan muzik dan nyanyian yang sekarang ini secara realiti sudah begitu parah dan menggila maka satu hukum tegas dan keras diperlukan bagi mencegah umat Islam dari terus menuju ke lembah hina.
Rujukan: (Kasyful Qina’) (Tahrim ‘alath Tharb)