Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Khamis, 14 Januari 2010

Tragedi Gemencheh: Mangsa Seorang Ibu Saudara Rosmah?

Copy dari Kelab Greenboc: Saya telah mengiringi saudara Abdul Qayyum Abdul Rahman, seorang wartawan Suara Keadilan untuk membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 11 berkenaan gangguan dan ugutan yang beliau terima daripada sekumpulan anggota yang disyaki anggota polis semasa membuat liputan lawatan Angkatan Muda Keadilan Malaysia ke rumah keluarga mangsa pembunuhan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan pada 10 Januari 2010, jam 3.30 petang. Anggota berkenaan telah memadam semua gambar yang diambil dan mengoyakkan nota berita yang dicatat.

untuk berita penuh sila link : http://greenboc. blogspot. com/2010/ 01/tragedi- gemencheh- mangsa-seorang- ibu.html

Rabu, 13 Januari 2010

Duda dan Janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar...Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg...Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian... .Suatu hari..di petang yang redup...si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda...Si janda perasan dan datang menegur si duda..."Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu..."...Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu  ko ni Mak Jan.."...Berkerut dahi si janda...kerana kelihatan serius pulak si duda tu...
"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ...Si duda merenung si janda...lalu dengan kekuatan yang ade die berkata..."Aku ni kepingin nk berbinikan ko...ko sudi tk?.."...Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm...sudi. . ."...Setelah berborak seketika...si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...
Pada malam itu..si duda gelisah...dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak...yelah dah tue...memori pendek sket...Setelah berfikir sejenak...si duda tidak jugak mendapat jawapan...lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda...Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...
"Helo...mak jan..pak uda di sini...aku ingin bertnya...almaklum dah tua mudah lupa...ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."...Mendenga r suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati...selamat ko telepon aku ..Pak Uda..."...si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya..."Kenapa. .."...Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"

Selasa, 12 Januari 2010

10 CARA MEMENANGI HATI MERTUA

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan
dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui
telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba
sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya
dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda
membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan
sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang
disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan
dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika
sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan
mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak
mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang
pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita
dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda
bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga
harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda
cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul
berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan
belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak
serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun
Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan
sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa
hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis
untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang
yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata
orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan
sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga
mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu
mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan
memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti
periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi
cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis
dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau
luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi
keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging
sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke
akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka,
pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar

NAMA ALLAH DI PERJUANGKAN, SYARIAT ALLAH DI PINGGIRKAN

Penggunaan kalimah Allah ini telah pun wujud sebelum zaman Rasulullah SAW diutus lagi. Di Mekah sendiri ketika itu, orang-orang kafir Quraisy sudah pun menggunakan nama Allah di dalam kehidupan seharian mereka, baik semasa beribadat mahupun dalam sumpah mereka.Namun demikian, terdapat keadaan di mana Allah sendiri yang mengecam dan melaknat golongan kafir ini apabila mereka telah menyalahgunakan dan meletakkan Allah di tempat yang salah.

Sahabat sekalian dalam isu kalimah Allah kini, kita merasakan bahawa puak kristian ingin memperdaya kita, mereka mencabar kita seluruh umat Islam di Malaysia dengan membawa kes kalimah Allah ini ke mahkamah kuffur dan menang!
 
Tetapi sedarlah bahawa itulah juga yang sedang dilakukan oleh kita sendiri dengan menyokong idelogi sekular yang di bawa pemerintah yang ada sekarang.Bila timbul isu sebegini contohnya, para pemerintah cuba berlagak sebagai penyelamat. Dengan memperjuangkan nama Allah, mereka menunjukkan seolah-olah merekalah golongan yang memperjuangkan Islam. Begitu juga segelintir umat Islam, sama ada mereka adalah talibarut sistem sekular atau mereka yang ikhlas namun terkeliru di dalam perjuangan, terus bangkit dan berdemonstrasi menyuarakan kemarahan terhadap penggunaan nama Allah.
 
Sungguh malang apabila hal ini terjadi di mana ‘nama’ Allah mereka perjuangkan, namun ‘hukum’ Allah mereka bakul sampahkan.