Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 9 Januari 2010

Komputer Baru Beli

Di suatu hari yang mulia... 

Syafiq: Pakcik Dol... ooooPakcik Dol...
Pakcik Dol: Apehal terjerit jerit ni... x reti nak bg salam...
Syafiq: Im sorry... Assalamualaikum?
Pakcik Dol: Waalaikumsalam. .. cam tu ler... ko nak ape?
Syafiq: Dengar cerita Pakcik Dol dah beli komputer besar... tercapai jgak cita-cita pakcik tu eekk...
Pakcik Dol: Sudah rezeki pakcik... syukur al-hamdulillah. ..
Syafiq: Betul ke Pakcik Dol import dari Jepun... nape jauh sgt, kat Malaysia ni kan melambak kedai komputer...
Pakcik Dol: Banyak tanya ler ko ni... cakap je lah nak pinjam...
Syafiq: (senyum siput sedut) memang tu ler tujuan saya pun...
Syafiq pun dgn slumber muka x malunyer masuk ke dlm rumah Pakcik Dol...
Pakcik Dol: Woi... ! ko nak ke mana tu?
Syafiq: erk! kata nak bg pinjam td...
Pakcik Dol: komputer tu pakcik letak kat blakang rumah...
Syafiq:
Pakcik Dol pimpin tangan Syafiq ke balakang rumah sambil menunjuk dengan bangganya beserta hidung kembang kempisnya ke arah komputer besar yg baru dibelinye...
Pakcik Dol: cuberlah try test bawak...
Syafiq: komuter
jeng jeng jeng...

Rabu, 6 Januari 2010

Rahsia Telefon Pada Masa Kecemasan

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT
           Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda  sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -  

1)    
 NOMBOR KECEMASAN    
-          Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
 
 
2)    
 KERETA TERKUNCI    
-          Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat  ' ON '  pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta  anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
 

3)    
 KUASA BATERI TERSEMBUNYI    
-          Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci  ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
 

4)    
 TELEFON KENA CURI  
-                         Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail  *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun  ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya