Sampai bila?
Sampai bila...
Anak-anak harus diajar bermain api
kerana semalam gula dan gas ada subsidi...
minyak kereta dan diesel bersubsidi.
Sampai bila...
Anak-anak mesti diajar benci membenci
kerana subsidi... subsidi, susu kasi, free bagi
kerana subsidi dianggap hak kami, bukan sebagai 'previlege'
yang sepatutnya hanya dinikmati oleh orang susah tak terperi
bukan pemilik banglo mewah, bukan pemilik BMW,
bukan pemilik industri, bukan pemilik bank,
bukan pemilik kedai kopi tiam... along tauke judi..
BUKAN, BUKAN, BUKAN... BUKAN! BUKAN!
Kenapa kita suka membudayakan subsidi?
Bukankah itu membebankan negara dan pemerintah
yang akhirnya terpaksa mencukai rakyat untuk beri
subsidi buat semua... kaya, miskin sama sahaja
hendakkan subsidi.. Malaysian-Malaysia. .
tanpa DEB.
Tak malukah kita?
Hidup dari rahim ibu, sesudah lahir, sampai ke mati,
MASIH juga NAK kan SUBSIDI..?
Justeru, usahalah sendiri untuk
meningkatkan produktiviti, keupayaan diri
bila berniaga, untung jangan rugi...
Kerana subsidi membunuh jatiti diri
menafikan kewarasan, betapa... kita anak merdeka
tak mahu lagi subsidi yang...
akhirnya hanya akan memenuhi kantung-kantung
mereka yang tamak tak peduli.
Sampai bila nak subsidi?
Jawapannya
SAMPAI BILA NAK JERAT RAKYAT SENDIRI?
SAMPAI BILA NAK BAYAR HARGA KERETA TINGGI SANGAT DUTI?
SAMPAI BILA CUMA KRONI DAPAT AP?
SAMPAI BILA PEMIMPIN BUAT RAKYAT JADI KULI?
SAMPAI BILA PROTON JUAL KERETA MAHAL TAPI RUGI?
SAMPAI BILA REKOD KERAJAAN RAKYAT NAK TENGOK TAK NAK KASI?
SAMPAI BILA TOL DOK NAIK TAPI DOKUMEN BAWAH AKTA RAHSIA RASMI?
SAMPAI BILA PEMIMPIN BN ASYIK NAK BULI?
JAWAPANNYA : KITA TUNGGU PILIHANRAYA NANTI !
TOLAK TERUS BN DAN JANGAN UNDI BN LAGI !
Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan
Rabu, 21 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





0 ulasan:
Catat Ulasan