KUALA LUMPUR 19 Mei - Orang ramai yang mengalami masalah hidung tersumbat hari ini dinasihati supaya mengelak daripada membeli atau menggunakan produk tradisional ubat semburan hidung “357 Nasal Spray” yang dikeluarkan oleh syarikat Three Five Seven Sdn. Bhd.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, ini kerana pendaftaran produk itu telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) berikutan pengesanan racun berjadual, dexamethasone yang terkandung dalam produk tersebut.
"Ubat-ubatan yang mengandungi Dexamethasone hanya boleh dibekalkan dengan preskripsi doktor. Penggunaannya dalam perubatan tradisional tanpa pengawasan doktor boleh mengakibatkan kesan advers serius seperti tekanan darah tinggi, edema iaitu bengkak pada tisu lembut dan sindrom Cushingoid yang menyebabkan muka menjadi tembam dan berat badan meningkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, produk itu telah disahkan dicampur dengan dexamentasone dan orang ramai dinasihati supaya segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.
Mengenai produk rawatan mata keluaran Syarikat Permata Hijrah, beliau berkata, produk itu telah dinotifikasikan sebagai produk kosmetik yang hanya untuk digunakan di bahagian muka sekitar luar mata untuk tujuan estetika dan bukan bermaksud untuk menyembuhkan penyakit mata. - Bernama
Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan
Khamis, 22 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





2 ulasan:
info tentang hidung tersumbat di SIHAT SELALU - Hidung Tersumbat
info tentang hidung tersumbat di SIHAT SELALU - Hidung Tersumbat
Catat Ulasan