Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Selasa, 12 Januari 2010

NAMA ALLAH DI PERJUANGKAN, SYARIAT ALLAH DI PINGGIRKAN

Penggunaan kalimah Allah ini telah pun wujud sebelum zaman Rasulullah SAW diutus lagi. Di Mekah sendiri ketika itu, orang-orang kafir Quraisy sudah pun menggunakan nama Allah di dalam kehidupan seharian mereka, baik semasa beribadat mahupun dalam sumpah mereka.Namun demikian, terdapat keadaan di mana Allah sendiri yang mengecam dan melaknat golongan kafir ini apabila mereka telah menyalahgunakan dan meletakkan Allah di tempat yang salah.

Sahabat sekalian dalam isu kalimah Allah kini, kita merasakan bahawa puak kristian ingin memperdaya kita, mereka mencabar kita seluruh umat Islam di Malaysia dengan membawa kes kalimah Allah ini ke mahkamah kuffur dan menang!
 
Tetapi sedarlah bahawa itulah juga yang sedang dilakukan oleh kita sendiri dengan menyokong idelogi sekular yang di bawa pemerintah yang ada sekarang.Bila timbul isu sebegini contohnya, para pemerintah cuba berlagak sebagai penyelamat. Dengan memperjuangkan nama Allah, mereka menunjukkan seolah-olah merekalah golongan yang memperjuangkan Islam. Begitu juga segelintir umat Islam, sama ada mereka adalah talibarut sistem sekular atau mereka yang ikhlas namun terkeliru di dalam perjuangan, terus bangkit dan berdemonstrasi menyuarakan kemarahan terhadap penggunaan nama Allah.
 
Sungguh malang apabila hal ini terjadi di mana ‘nama’ Allah mereka perjuangkan, namun ‘hukum’ Allah mereka bakul sampahkan.

0 ulasan: