Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Rabu, 23 Disember 2009

Kacang Hijau Dalam Telinga

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor: "Selamat petang..."
Pesakit: "Selamat petang Doktor!"
Doktor: "Ada masaalah apa ...?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda!"
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor: "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit: "Apa caranya doktor?"
Doktor: "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit: "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit: "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit: "??????????? "

Trick tak nak kena saman.. cuba la

Pada satu hari, seorang polis peronda menahan sebuah keto sebab melebihi had laju.

Polis: Encik dah langgar had laju tadi. Boleh saya lihat lesen memandu encik?
Pemandu: Mana saya ada, dah 2 tahun dah lesen saya kena gantung
Polis: Kalau camtu, boleh saya tengok registration kad keter nie tak.
Pemandu: Ni bukan keto saya tok, keto ni saya curik.
Polis: Habis tu, keter curik la nie yea?
Pemandu: Ler, kan saya dah kata tadi, keto ni memang saya curik tadik. Eh!! Kalau tak silap saya, saya ada nampak registration kad tu dalam tempat letak barang drebar masa saya letak pistol saya tadi.
Polis: Hah!! Ader pistol ker kat situ??
Pemandu: Aa..ahh!! kat situ ler saya letak pistol tu lepas saya tembak perempuan tu, owner keter ni kot. Lepas saya tembak dier, saya sumbat mayat dier kat bot belakang keto nie.
Polis: Ada mayat plak kat bot keto nie??
Pemandu: Yea laa, ko pokak ker aper?? kan aku dah bagi tau tadi aku sumbat mayat tu kat situ.

Mendengar balasan pemandu tu, polis tadi yang keseorangan tu jadi cuak dan terus hubungi markas sebab nak mintak bantuan. Dalam beberapa minit saja, keter tu telah dikepong oleh sepasukan polis. Kapten polis pun datang untuk bercakap face-to-face untuk menghandle situasi yang tegang tu.

Kapten: Buleh saya lihat lesen memandu awak??
Pemandu: Buleh, tarak hal punyer. Nah.. ni dier. Belum mati lagi tu cik.
Kapten: Nie keter saper yang ko bawak nie??
Pemandu: Keter saya le tok, kebetulan saya ader bawak Registration kad keter nie.
Kapten: Hmm... nie memang keter awak. Buleh awak bukak tempat barang sebelah pemandu tu tak??
Pemandu: Buleh.. (Lalu membuka tempat barang tersebut)
Kapten: Hmmm.. kosong jer, sekarang saya nak awak bukak bot belakang keter awak. Saya diberitahu yang keter nie ader satu mayat yang tersimpan kat situ.
Pemandu: No problem.. (Lalu membuka bot tersebut)
Kapten: Hmmm... kosong jugak. Pegawai polis yang menahan awak mengatakan yang awak bagi tau dier yang awak takde lesen memandu dan membawa keter curik, awak ader pistol dan awak membawa satu mayat yang baru saje awak tembak.
Pemandu: Ye ker?? Cehh,, tak guna betul. Saya rasa mesti si penipu tu fitnah saya bawak melebihi had laju tadi jugak kan??

Ahad, 20 Disember 2009

MAKSUD ALLAH SIAPALAH YANG TAHU......

 Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang
 pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini
 tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada
 kerajaan itu dikumpulkan.

 Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun
 sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

 Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang
 raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang
 sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa
 gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat
 ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga
 semua orang untuk mencari ikan itu.

 Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah
 mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

 Di lain waktu dan tempat, ada seorang rajayang amat terkenal
 kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

 Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata
 kesimpulan para tabib sama,iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang
 saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka
 sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

 Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di
 permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak
 kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak
 berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun
 mangkat.

 Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya
 mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau
 mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat,
 sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan
 ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu
 meninggal?

 Tuhan pun berfirman,

 "Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat
 suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu
 dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya.
 Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!

 Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu
 Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan
 datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa
 padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di
 dunia!"

 Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

 Pelajaran pertama adalah:

 Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga,
 sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak
 diperhitungkan- Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita
 apabila sedang tertimpa musibah.

 Pelajaran kedua adalah:

 Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan
 Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat
 menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi
 sehingga melupakan urusan ukhrowi.

 Pelajaran ketiga adalah:

 Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat
 keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka
 buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu
 meringankan penderitaannya.

 Pelajaran keempat adalah:

 Siapa yang tahu maksud Allah? Wallahua'lam bissawab.

 Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui akan segala ketetapan yg telah
 ditentukan buat kita, hambaNYA. Oleh itu jgn sesekali berdendam sesama
 insan, marah atau mengesali segala dugaan yg dtg menjengah di sepanjang
 perjalanan hidup kita untuk menemuiNYA. Allah itu Maha Pengampun, Pengasih
 serta Pemurah.. maka carilah keredhaanNYA agar hidup kita bahagia hingga
 ke akhir usia di dunia, seterusnya bahagia di akhirat kelak.

 salam ukhwah..