Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 7 November 2009

Mazhab Kristian Yang Mirip Islam





Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama
dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?
Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya
itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin
seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang
menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok
kristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi,
orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.Bukan saja
asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara
peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat..
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila
berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku'
dan sujud.. Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali
sehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam;
masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya:sa'atul
awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur),
sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'),
dan sa'atul layl (tengah malam).
Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang
Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan
shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil
kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam
Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada
Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.
Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga
mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu
persepuluh dari pendapatan

1 Kelantan bawa Red Wariors ke puncak kejayaan

1 Kelantan bawa Red Wariors ke puncak kejayaan
Oleh : Firdaus Yusuf
Sungguh unik orang Kelantan, walaupun berbeza politik mereka mampu berbincang untuk kepentingan negeri. Itu mesej yang dapat dilihat apabila hubungan mesra Tok Guru Nik Aziz dan Dato Anuar Musa dalam membantu dan membangunkan Pasukan Bolasepak negeri yang kini berada dikemuncak prestasi terbaik mereka.

Orang Kelantan bukan tidak kenal dengan Anuar Musa bekas Adun Ketereh dan kini sebagai pengerusi KADA sebagai UMNO totok. Dan umum juga mengetahui bagaimana Tok Guru Nik Aziz diangap sebagai ikon PAS mengalahkan imej Presiden Tok Guru Haji Hadi Awang.


Namun atas satu bendera yang sama mereka berganding bahu mengerah kudrat yang ada untuk memastikan Bolasepak Kelantan menjadi cemerlang.


Namun yang menyedihkan dinegeri lain situasi ini tidak berlaku, contohnya di Perak bekas gergasi bolasepak Malaysia itu dikhabarkan terpaksa disingkirkan dari liga Malaysia musim hadapan gara-gara masalah pembayaran hutang lama, kemelut politik dinegeri tersebut menyebabkan ia terheret sama kedalam persatuan bolasepak.


Kini Presiden Persatuan Bolasepak Perak diterajui oleh Datuk Seri Nizar Jamaludin manakala Menteri Besar Perak adalah Datuk Seri Zambry. Pertarungan kedua ahli politik ini menyebabkan bolasepak di Perak kian merudum dan tanpa pembelaan. Hari ini dikhabarkan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Perak mendesak Nizar meletak jawatan bagi mengatasi kemelut yang ada. Suatu yang memalukan pada tahun lepas Steve Darby Jurulatih Pasukan terpaksa menggunakan kredit kad beliau untuk membantu membiayai pengurusan pasukan.


Sementara itu di utara tanah air pula ada satu lagi cerita sedih, walaupun Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Dato Seri Shahidan Kasim adalah sama aliran politik dengan Menteri Besar Perlis Dr. Isa Sabu. Namun desas desus mengatakan Kerajaan Negeri Perlis lansung tidak memberi sokongan kepada pasukan bolasepak negeri Perlis. Demdam politik telah dijadikan ukuran untuk segala bantuan, hasilnya kehebatan Perlis sedikit terencat walaupun pasukan tersebut Berjaya menjadi Naib Juara Liga Super dan separuh akhir Piala Malaysia, namun diceritakan pemain bola sepak pasukan sewaktu digangu dengan urusan pembayaran gaji yang seringkali terganggu. Bagaimana agaknya jika masalah ini dapat diatasi, tidak mustahil agaknya Perlis adalah Juara Piala Malaysia dan liga Super tahun ini, berdasarkan kekuatan yang ada pada mereka.


Sesunguhnya kejayaan Kelantan mara ke Perlawanan akhir Piala Malaysia tahuh ini adalah disebabkan kesatuan fikiran yang ada antara Anuar Musa dan Tok Guru Nik Aziz. Walaupun kedua pihak boleh mengambil jalan untuk berkonfrotasi dengan mendakwa mereka yang terbaik, namun itu bukan cara yang diambil. Dengan rasa rendah diri kerajaan negeri melontarkan ucapan tahniah kepada Anuar musa sejurus pasukan Kelantan melangkah ke perlawanan akhir, manakala Anuar Musa merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberi sokongan. Bukan senang sebenarnya untuk mengungkapkan perkataan tersebut dalam politik, tetapi melalui sukan ia tidak mustahil dilakukan.


Mungkin ini sebenarnya mesej yang ingin disampaikan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak melaui idea 1 Malaysia, apabila kita bersatu apa sahaja halangan akan dapat diatasi. 1 Malaysia kini seakan sudah diterjemahkan oleh rakyat Kelantan melalui sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada pasukan bolasepak mereka. Perkara yang remeh diketepikan dan yang utama didahulukan.


Yang pasti sabtu ini Tentera Merah akan menguasai alunan suara yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil, berdasarkan pembelian tiket oleh penyokong Kelantan.Tanpa menagih simpati ihsan mereka sanggup menghabiskan duit untuk membeli tiket dan membeli minyak kereta untuk membelah banjaran titiwangsa untuk menyokong pasukan mereka. Sedangkan dinegeri Sembilan jarak antara lokasi Seremban dan Stadium Bukit jalil tidak sampai satu jam pun.
Namun berdasarkan kenyataan dikeluarkan Pengurusan Bolasepak Negeri Sembilan melalui media, jualan tiket begitu lembab dan mungkin hanya 20,000 ribu sahaja yang akan berkunjung ke Stadium Bukit Jalil. Manakala beberapa penyokong Negeri Sembilan di Portal intenet menyatakan mereka kecewa kerana peminat Negeri Sembilan terlalu manja kerana terlalu bergantung dengan kemudahan pengangkutan percuma dan tiket percuma.

Seharusnya wujud kecemburuan kepada pasukan lain mengenai terujanya penyokong Kelantan keatas pasukan mereka. Sekiranya ini cerminan fanatik orang Kelantan kepada pasukan mereka ia mencerminkan orang Kelantan mempunyai jatidiri yang tinggi, sehingga sanggup bersusah payah memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan mereka. Mereka pantang diusik atau dihina seakan watak semangat nasionalisme yang ada pada orang Indonesia.
Kini disebabkan sokongan rakyat Kelantan kantung KAFA berisi dan mampu membiayai pengurusan pasukan dan memijak kaki ke perlawanan akhir. Bukan senang sebenarnya pasukan hanya bergantung kepada hasil jualan tiket untuk menguruskan pasukan namun Kelantan telah membuktikannya.

Mungkin selepas kini ada sesuatu yang dapat diperlajari oleh kita melalui pasukan Red Wariors ini, hasil semangat 1 Kelantan yang dipelopori oleh meraka. Seperti kata Irfan bakti jurulatih Perlis, "penyokong Kelantan tak ubah seperti penyokong England dalam memberi sokongan kepada pasukan mereka, dan situasi itu hanya ada di Kota Bharu sahaja".

Jumaat, 6 November 2009

UKM denda pelajar hadiri usrah RM1,400

KUALA LUMPUR: Akibat menghadiri usrah, sekumpulan siswi telah didenda oleh pengetua sebuah kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Ogos lalu.

Harakah mendapat maklumat tersebut yang disebarkan menerusi laman web oleh Wakil Umum Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Mohd Fikah Sanusi.

Aktiviti usrah yang dijalankan di surau kolej berkenaan telah dianggap sebagai pencerobohan oleh pihak pentadbiran kolej dengan alasan ia  tidak mendapat kebenaran.


Alasan lain yang digunakan juga ialah terdapat beberapa siswi yang datang dari kolej lain yang dianggap menceroboh surau kolej berkenaan untuk menjalankan aktiviti usrah.

"Adakah menjadi satu kesalahan menggunakan surau kolej untuk berusrah? Apakah ia turut mengundang kerugian dan bencana kepada kolej?" tegas Mohd Fikah.

Selain itu persoalan yang turut menjadi kemusykilan kepada para pelajar terhadap penilaian pihak pengurusan kolej adalah sama ada solat berjemaah juga perlu mendapat keizinan pengetua kolej dulu sebelum dilaksanakan.

Mohd Fikah mendakwa tindakan tersebut sebenarnya lebih kepada emosi dan rasa buruk sangka yang sangat tinggi pihak atasan.

"Peraturan dan undang undang kolej mana yang dirujuk bila kegiatan usrah boleh didenda?" katanya yang juga merupakan pelajar tahun empat Fakulti Undang undang.

Beliau menggesa agar pihak pengurusan yang juga merupakan penganut Islam agar dapat membuat penilaian yang lebih munasabah dan bertimbang rasa memandangkan aktiviti yang dijalankan merupakan salah satu kegiatan yang mendatangkan faedah ke arah pembentukan diri dan sahsiah mahasiswa.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku pada hari Jumaat 14 Ogos sewaktu pelajar lelaki mengerjakan solat jumaat.

Setelah ditangkap,  kad matrik mereka dirampas oleh felo kolej dan mereka terpaksa mengadap dan merayu bagi kesalahan berusrah mereka di hadapan pengetua.

Setiap siswi dikehendaki membayar denda sebanyak RM50 bagi sekali usrah, tetapi memandangkan sebelum ini mereka telah menghadiri usrah tersebut sebanyak empat kali menjadikan jumlah denda yang dikenakan adalah sebanyak RM200 seorang.

Difahamkan seramai tujuh orang  menghadiri usrah tersebut.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan denda yang dikenakan adalah sebanyak RM 1,400.

Walaubagaimanapun, oleh kerana siswi siswi tersebut mengaku dan bercakap benar, maka mereka telah diberi diskaun dengan hanya perlu membayar sebanyak RM350 sahaja iaitu RM50 seorang.

Kau Ada Surat Tauliah..?

dari wartamaya...

Pagi ni aku tanya kawan aku "Sapa ajar agama pada anak nko?"

Kawan jawab, "Aku sendiri"

Aku tanya lagi ... "Kau ada surat tauliah?"

Babi Kesayangan

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Kelate Vs Nogori

Dah lama bola sepak kat malaysia agak suram.
Tapi dengan kebangkitan pasukan bola sepak kelantan,
banyak menimbulkan suasana baru.

Mungkin sebab kelantan tidak pernah mendapat piala tu sebelum ni,
atau mungkin juga disebabkan
oleh kontrovesi  yang dicetuskan oleh pasukan tersebut.
Dan mungkin juga disebabkan kelantan
mempunyai ramai penyokong-penyokong fanatik.

Ini satu permulaan yang baik untuk pasukan kelantan.
Apa-apa pun, selamat maju jaya
untuk kedua-dua pasukan.

Most Used Shortest Word in English

 
Lovers of the English language might enjoy this. It is yet another example of why people learning English have trouble with the language.  Learning the nuances of English makes it a difficult language. (But then, that's probably true of many languages.)  

There is a two-letter word in English that perhaps has more meanings than any other two-letter word, and that word is 'UP.'

It is listed in the dictionary as being used as an [adv], [prep], [adj], [n] or [v].

It's easy to understand UP, meaning toward the sky or at the top of the list, but when we awaken in the morning, why do we wake UP?
At a meeting, why does a topic come UP ? Why do we speak UP, and why are the officers UP for election and why is it UP to the secretary to write UP a report? We call UP our friends and we use ! it to brighten UP a room, polish UP the silver, we warm UP the leftovers and clean UP the kitchen. We lock UP the house and some guys fix UP the old car.
At other times the little word has a real special meaning. People stir UP trouble, line UP for tickets, work UP an appetite, and think UP excuses.

To be dressed is one thing but to be dressed UP is special.

And this UP is confusing: A drain must be opened UP because it is choked  UP.

We open UP a store in the morning but we close it UP at night.We seem to be pretty mixed UPabout UP !

To be knowledgeable about the proper uses of UP , look the word UP in the dictionary. In a desk-sized dictionary, it takes  UP almost 1/4 of the page and can add  UP to about thirty definitions

If you are UP to it, you might try building UP a list of the many ways UP is used. It will take UP a lot of your time, but if you don't give UP, you may wind UP with a hundred or more.

When it threatens to rain, we say it is clouding UP . When the sun comes out we say it is clearing UP. When it rains, it wets UP the earth. When it does not rain for awhile, things dry UP.

One could go on & on, but I'll wrap it UP , for now........ my time is UP, so time to shut UP!

Oh...one more thing:
What is the first thing you do in the morning & the last thing you do at night?
U    P

Don't screw UP. Send this on to everyone you look UP in your address book.  
 
Now, I'll shut UP.
 
 
Lovers of the English language might enjoy this. It is yet another example of why people learning English have trouble with the language.  Learning the nuances of English makes it a difficult language. (But then, that's probably true of many languages.)  

There is a two-letter word in English that perhaps has more meanings than any other two-letter word, and that word is 'UP.'

It is listed in the dictionary as being used as an [adv], [prep], [adj], [n] or [v].

It's easy to understand UP, meaning toward the sky or at the top of the list, but when we awaken in the morning, why do we wake UP?
At a meeting, why does a topic come UP ? Why do we speak UP, and why are the officers UP for election and why is it UP to the secretary to write UP a report? We call UP our friends and we use ! it to brighten UP a room, polish UP the silver, we warm UP the leftovers and clean UP the kitchen. We lock UP the house and some guys fix UP the old car.
At other times the little word has a real special meaning. People stir UP trouble, line UP for tickets, work UP an appetite, and think UP excuses.

To be dressed is one thing but to be dressed UP is special.

And this UP is confusing: A drain must be opened UP because it is choked  UP.

We open UP a store in the morning but we close it UP at night.We seem to be pretty mixed UPabout UP !

To be knowledgeable about the proper uses of UP , look the word UP in the dictionary. In a desk-sized dictionary, it takes  UP almost 1/4 of the page and can add  UP to about thirty definitions

If you are UP to it, you might try building UP a list of the many ways UP is used. It will take UP a lot of your time, but if you don't give UP, you may wind UP with a hundred or more.

When it threatens to rain, we say it is clouding UP . When the sun comes out we say it is clearing UP. When it rains, it wets UP the earth. When it does not rain for awhile, things dry UP.

One could go on & on, but I'll wrap it UP , for now........ my time is UP, so time to shut UP!

Oh...one more thing:
What is the first thing you do in the morning & the last thing you do at night?
U    P

Don't screw UP. Send this on to everyone you look UP in your address book.  
 
Now, I'll shut UP.

Monyet Terbuang

Di suatu kaunter pandu bayar... sebuah kereta didapati masuk untuk membuat pembayaran bil..

Setelah selesai urusan pembayaran.. cashier itu terpandang ke belakang kereta dan ternampak seekor monyet sedang duduk disitu...

Melihat cashier itu kehairanan.. . pemandu itu berkata.. "Saya bertemu dengannya di tepi jalan. kerana kesihan saya mengambilnya. .. err.. cik ada idea apa yang perlu saya buat?"

Cashier itu berkata sambil tersenyum... "Ya! saya rasa baik encik membawanya ke Zoo"

Pemandu itu tersenyum dan berkata.."Betul juga.. Mengapa saya tidak terfikir sejauh itu?"

Beberapa bulan selepas itu...di tempat yang sama cashier itu bertemu lagi dengan pemandu itu. Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati monyet itu masih berada di belakang kereta itu...

"Saya ingat encik sudah membawanya ke Zoo" katanya.

Pemandu itu terus menjawab... "Ya.. Saya telah membawanya ke Zoo dan setelah kami puas berjalan-jalan. . saya merancang ingin bawanya ke pantai pula".

Khamis, 5 November 2009

USED vs LOVED

While a man was polishing his new car,
his 4 yr old son picked up a stone
and scratched lines on the side of the car. 
In anger, the man took the child's hand 
and hit it many times not realizing
he was using a wrench.

At the hospital, the child lost all his fingers 
due to multiple fractures.

When the child saw his father..... 
with painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?' 
The man was so hurt and speechless; 
he went back to his car and kicked it a lot of times.

Devastated by his own actions..... . 
sitting in front of that car he looked at the scratches; 
the child had written 'LOVE YOU DAD'.
The next day that man committed suicide. . .

Anger and Love have no limits; 
choose the latter to have a beautiful, lovely
life & remember this: 
Things are to be used and people are to be loved.
The problem in today's world is 
that people are used while things are loved.

Let's try always to keep this thought in mind: 
Things are to be used,
People are to be loved.

Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character;
Watch your character; it becomes your destiny.


I hope you have a good day no matter what problems you may face 
it's the only day you'll have before it's over.

Rabu, 4 November 2009

Video Youtube Budak Sekolah St Augustine,Betong Ajuk Orang Islam Sembahyang Jemaah Dalam Gereja

Haa...
macam2 la budak zaman sekarang...
xper lah diorang budak2 lagi.

Doa2 kanlah mereka supaya dapat hidayat,

RM100.00 dan harga diri

Ini ada satu kisah yang boleh kita jadikan panduan. Ia berlaku ketika satu sesi motivasi. Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya. . "Siapa nak duit ni?", tanya Prof Ibrahim. Semua peserta mengangkat tangan. Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu."

Prof. Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.
Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya :
" Ada sesiapa yang nak duit ni lagi". Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir. "OK, apa kata kalau saya buat macam ni?". Duit RM100 itu dicampakkan dan ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya. Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?", tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan. "Haa..apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa
itu tadi?", tanya Prof. Ibrahim.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof Ibrahim. "Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni, kamu tetap mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut. RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak," kata Prof. Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan
merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tapi walau apa pun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi. Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita..." jelas prof Ibrahim.

Ahad, 1 November 2009

Blog baru sudah bermula

dgn ini dimaklumkan sy tidak akan membuat posting berunsur
gambar atau photo lagi
dalam blog ini.

Sebaliknya sy sudahpun mewujudkan
satu lagi blog baru yg hanya akan memuatkan foto2
yg menarik.

jgn lupa utk melawat blog terbaru sy...

Skim Subsidi Minyak

Salah satu perkara bread and butter dalam Belanjawan 2010 adalah, penstrukturan semula skim subsidi minyak.
Antara perkara yang banyak dipersoalkan adalah, pengguna Merc-edes pun membayar harga minyak yang sama dengan pengguna Kanc-il. Sedangkan yang pakai Kanc itu majoritinya bukanlah berduit macam pengguna Merc pun.
Subsidi petrol ini merupakan satu perkara yang rumit. Tak beri salah, beri pun salah.
Pada saya, apa yang kerajaan patut buat adalah, fokus kepada perkara yang boleh mereka kawal. Jangan fokus kepada perkara yang mereka tidak boleh kawal.
Misalnya, turun naik harga minyak dalam pasaran terbuka, bukan sesuatu yang boleh dikawal oleh kerajaan. Walaupun Malaysia pengeluar minyak, tetapi negara anggota OPEC adalah lebih berkuasa dari Malaysia. Jadi, harga minyak bukan perkara yang patut kerajaan fokus.
Tetapi kerajaan boleh mengawal infrakstruktur kemudahan awam, kerajaan boleh mengawal cukai kereta, kerajaan boleh mengawal tol di lebuhraya.
Kerajaan sepatutnya memikirkan, sekiranya minyak terpaksa dijual RM 180 / liter , rakyat mempunyai lebih dari satu pilihan pengangkutan untuk meneruskan urusan sehari-hari.
Bagaimana kualiti jalan di Malaysia?
Bagaiamana kualiti bas awam ?
Bagaiamana kualiti teksi ?
Bagaimana kualiti ERL, Star, Putra dan KTM komuter ?
Bagaimana rakyat boleh tidak terbeban dari cukai berlebihan dalam industri jual beli kereta ?
Bagaimana tol boleh dihapuskan ?
Masalahnya sekarang, kita tidak punya banyak pilihan. Harga minyak melambung. Tetapi pengangkutan awam yang sedia ada tidak mampu menyelesaikan masalah. Sudah lah kos tol, pembelian kereta di Malaysia  sudah sedia terbeban, ditambah pula dengan kenaikan petrol, maka sudah tentu lah rakyat marah.
Bagi saya, selagi mana infrastruktur pengangkutan awam ini tidak dibaiki dahulu, buatlah apa pun dengan struktur subsidi minyak, ia tidak banyak membantu, lebih-lebih lagi kalau anda tergolong dalam golongan middle-class. Anda perlu memilih untuk menjadi orang miskin, atau orang yang kaya.
Sistem sedia ada hari ini adalah kerajaan perlu membantu orang miskin dan orang kaya, dan mengenakan cukai yang tinggi terhadap middle-class.
Contoh dalam Belanjawan 2010 :
Orang miskin tidak pakai kredit kad. Orang middle-class banyak pakai kredit kad. Orang kaya, mengeluarkan kredit kad. Siapa yang kena cukai perkhidmatan RM 50?
Orang miskin tidak bayar cukai pendapatan. Orang middle-class kena bayar cukai pendapatan sampai 26%. Orang kaya, dapat banyak pengecualian cukai, dan bantuan dalam bentuk projek kerajaan.
Orang miskin tidak pakai broadband yang hampeh tu. Orang middle-class yang banyak pakai broadband yang hampeh tu, dan diberi rebat cukai sebanyak RM 500. Dan orang kaya dapat menikmati dahulu peruntukan RM 11.3 bilion untuk projek High Speed Broadband.
Orang miskin tidak pakai komputer. Orang middle-class pakai komputer. Orang kaya jual komputer. Dan penjawat awam dibenarkan untuk buat pinjaman dengan kerajaan 3 tahun sekali untuk beli komputer dari tauke-tauke komputer ni.
Orang miskin tidak beli Sukuk 1Malaysia. Orang middle-class akan banyak beli Sukuk 1Malaysia. Dan orang kaya yang mendapat manfaat terlebih dahulu dari RM 3 bilion yang bakal dikutip dari Sukuk 1Malaysia. Orang middle class cuma dapat 5% setahun.
Orang miskin tidak punya KWSP. Orang middle-class semua ada KWSP. Tapi orang middle-class cuma dapat kira-kira 4.5% sahaja setahun. Tetapi orang kaya yang uruskan dana-dana KWSP dapat imbuhan yang lebih dari pencarum itu sendiri, tengok sahajalah ValueCap Sdn Bhd, senang-senang pinjam RM 5 bilion. Kita nak keluarkan duit KWSP sendiri pun susah.
Ya, dalam Belanjawan 2010 kali ini ada disebut pasal meningkatkan kemudahan awam. Tetapi saya fikir, ia sudah disebut dari dulu sampailah sekarang. Tetapi bila berlaku kenaikan harga minyak, kebanyakan kita masih belum boleh lagi meninggalkan kereta di rumah dan memilih untuk menaiki kenderaan awam bukan ?