Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan
Sabtu, 2009 Oktober 31
Kenapa Baitulmakdis jadi rebutan
Baitumakdis dan kawasan sekitarnya menempatkan makam para nabi, termasuk Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf dan Nabi Musa.
Orang Yahudi mengaitkan Baitulmakdis dengan zaman keagungan Bani Israel semasa pemerintahan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.
Mereka percaya Haram As-Syarif (Temple Mount), yang di atasnya dibina Qubbah As-Shakhra, sebagai tempat Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya, Nabi Ishak.
Mereka percaya di bawah Haram As-Syarif terdapat bekas tapak Haykal Sulaiman (Solomon's Temple) dan Tembok Ratapan (Wailing Wall) sebagai sisa runtuhan Haykal Sulaiman itu.
Penggalian yang dilakukan Israel sejak akhir-akhir ini bertujuan mencari tapak bangunan purba itu. Mereka bercita-cita hendak membangun haykal ketiga dan memulihkan semula keagungan Yahudi seperti pada zaman Nabi Sulaiman.
Orang Kristian menganggap Baitulmakdis kota suci kerana di sini terdapat makam Siti Maryam, dan tempat lahirnya Nabi Isa as (Jesus).
Mereka percaya pembinaan Haykal ketiga oleh orang Yahudi akan mempercepat kemunculan semula Nabi Isa, yang akan membunuh Dajjal (Anti-Christ) di akhir zaman.
Bagi umat Islam, Masjid Al-Aqsa merupakan tempat ketiga paling suci selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Ia kiblat pertama umat Islam sebelum Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw menukar kiblat ke arah Kaabah di Masjidil Haram di Makkah, selepas berhijrah ke Madinah.
Baitulmakdis juga dikaitkan dengan peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad saw.
Di Masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad saw diriwayatkan telah menunaikan solat bersama para nabi lain pada malam penuh barakah itu, dengan beliau menjadi imam.
Qubbah As-Shakhra dipercayai batu yang dipijak Nabi Muhammad saw semasa hendak memulakan mikraj dengan menunggang Buraq.
Penduduk Palestin menamakan Tembok Ratapan sebagai Al-Buraq. Mereka percaya di situlah Nabi Muhammad menambatkan kenderaan Buraq. Tempat ini kini dibina masjid yang dipanggil Masjid Buraq.
Penduduk Palestin percaya pada akhir zaman Imam Mahdi akan turun dekat Gerbang Mahdi (Gate of Mahdi) di Baitulmakdis. Beliau dan Nabi Isa akan memerangi Dajjal sehingga umat Islam mencapai kemenangan.
Perebutan Baitulmakdis oleh orang Krsitian dan umat Islam mencetus sembilan Perang Salib yang berterusan selama beberapa ratus tahun.
Kini Baitulmakdis menjadi rebutan antara Israel dan Palestin. Mereka berkeras mahu menjadikan Baitulmakdis ibu negara masing-masing.
P1 Wimax vs Streamyx
Iklan 'sudah potong ke belum' mungkin mencetuskan rasa tidak puas ati oleh syarikat streamyx.
tp biasa la tu, persaingan sihat. dulu dlam radio dan tv dok sibuk promosi suh potong...
dan sekarang stremyx lak yg buat iklan 'kenapa perlu potong'...
lawak betol la diorang ni....klu asyik dok wat iklan ajer tp service x bagus buat apa...
buat masa sekarang ni aku pun pengguna P1 Wimax...
boleh dikatakan puas hati jugk la dgn speed dia berbanding broadband yg aku pakai sblm ini,
maxis....memang ciput,lembap...
cuma aku x puas ati ngn fair usage dier ajer...
aku langgan RM99 sebulan, cuma blh guna 20 GB ajer....maner cukup beb,
byk citer nk download ni...hehe
klu P1 Wimax blh wat unlimited cam streamyx lagi bagus....xpun macam Amax...
Amax ni klu korang nak tahu macam P1 jugak, menggunakan wimax...syrikat baru yg guna wimax. yg beznya Amax ni unlimited, buat masa sekarang la....lepas2 ni tak tahu lah
kalau dia limitkan jugak...
nk tahu macamana wimax berfungsi, tgk bawah ni...

kat bawah ni pulak perbandingan antara 3G,HSDPA dan lain2...
broadband laen mcm celcom,maxis, paling laju pun pakai HSDPA...
klu 3G tu dah slow sgt....

berbalik kepada iklan streamyx tadi, terang2 mahu lawan P1...
lihat iklan terbaru streamyx kt bwh ni...

wajah model pada iklan tu lak iras2 CEO P1... Michael Lai
tu hal diorang lah, yg penting aku nak internet aku laju...laju....hahaha
'Wanita rimba' Kemboja masuk hospital sebab enggan makan
Cik Rochom P'ngieng, kini berusia 28 tahun, dilaporkan hilang ketika berusia 10 tahun pada 1989 sewaktu mengembala kerbau di wilayah Ratanakkiri sekitar 600 kilometer ke timur laut ibu kota Phnom Penh.
Wanita itu dibawa pulang dari hutan, dalam keadaan bogel dan kotor, pada awal 2007 selepas ditangkap kerana cuba mencuri makanan milik seorang petani.
Beliau membongkok macam seekor monyet sambil menguis tanah untuk mencari makan dalam hutan.
Cik P'ngieng dilaporkan tidak boleh bercakap sebarang bahasa dan hanya membuat bunyi seakan bunyi binatang, kata Encik Sal Lou, lelaki yang mendakwa bapanya.
Penduduk Kemboja menggelarnya 'wanita rimba' dan 'gadis haiwan'.
Semalam, Encik Sal Lou memberitahu AFP menerusi telefon bahawa anaknya itu dimasukkan ke hospital Isnin lalu dan belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.
'Beliau enggan makan nasi selama sebulan. Beliau kurus betul sekarang dan masih belum tahu bercakap. Beliau berkelakuan mirip seekor monyet. Malam tadi, beliau melucutkan pakaiannya dan bersembunyi dalam bilik mandi,' katanya.
Dr Hing Phan Sokunthea, pengarah hospital wilayh Ratanakkiri, berkata wanita itu 'masih dalam keadaan ketakutan'.
Encik Sal Lou memberitahu AFP keluarganya mendapati sukar menjaga anak perempuannya itu dan merayu bantuan pertubuhan amal. -- AFP.
::Model kereta baru dibuka utk tempahan::

leather seat tu beb..

ni fog lamp,

belakang dier yg sporty

abg driver yg perasan macho,

pakai power stereng tuh...

side or elevation view..

colour brown metallic...
Lelaki 112 tahun nikahi pasangan 17 tahun
GALGUDUUD: Ratusan tetamu menghadiri majlis perkahwinan unik membabitkan pasangan yang dijarakkan perbezaan usia 95 tahun di sebuah wilayah Somalia kelmarin.
Encik Ahmed Muhamed, 112 tahun, berkata beliau menunggu beberapa tahun sebelum melamar pasangannya, Safia Abdulleh, yang kini baru berusia 17 tahun.
Keluarga Safia mendakwa gadis itu 'gembira bersama suaminya' yang baru dinikahinya itu.
Encik Ahmed berkata beliau tidak pernah memaksa Safia supaya menerimanya sebagai suami.
'Sebaliknya, saya menggunakan pengalaman sendiri meyakinkan bahawa saya mencintainya,' katanya.
Ketika ini, Encik Ahmed mempunyai 18 anak hasil perkahwinannya dengan lima wanita lain. -- Agensi.
78 sudu dan garpu ditemui dalam perut wanita
ROTTERDAM: Apabila Cik Margaret Daalman datang ke hospital mengadu perutnya berasa sakit, imej daripada X-ray dengan mudah memberikan jawapannya.
Doktor di sebuah hospital di Sittard terkejut melihat terdapat 78 batang sudu dan garpu pelbagai saiz di dalam perut wanita berusia 52 tahun itu.
Cik Daalman segera dibedah bagi membolehkan objek-objek berkenaan dikeluarkan.
'Beliau mengalami keinginan pelik setiap kali menghadap makanan kerana nalurinya tertumpu kepada sudu dan garpu berbanding makanan,' kata seorang pakar perubatan.
Imej pada perut Cik Daalman itu dirakamkan kira-kira 30 tahun lalu tetapi hanya diterbitkan kali pertama dalam sebuah majalah perubatan di Belanda kelmarin.
Sebelum dibedah, setiausaha ejen harta- nah tempatan itu berkata beliau sendiri tidak tahu mengapa nalurinya terdesak menelan objek yang diperbuat daripada perak.
'Saya tidak dapat mengawal diri,' kata beliau.
Pemeriksaan juga mendapati bahawa pembedahan di hospital di Sittard itu bukanlah kali pertama dilalui Cik Daalman.
Pakar perubatan berkata wanita terbabit menghadapi kecelaruan personaliti menyebabkan beliau terdorong menelan sudu dan garpu.
Bagaimanapun, tiada siapa dapat menjelaskan mengapa Cik Daalman tidak pernah menelan pisau.
Selepas menjalani pembedahan, beliau dikatakan beransur pulih dan memberi tindak balas memberangsangkan terhadap terapi yang dijalankan ke atasnya. -- Agensi.
642 jahitan pada bola sepak
Bola merupakan antara peralatan sukan penting yang diperlukan banyak jenis permaianan di dunia. Ia didapati dalam pebagai ukuran dan bentuk bergantung kepada jenis sukan dan cara bola itu digunakan dalam gelanggang.
Mengambil contoh bola sepak, ia sebenarnya diperbuat dari 32 helaian kulit yang digabungkan menerusi 642 jahitan keselurhannya. Penghasilan menerusi jahitan tangan itu adalah untuk menjadikan bola tersebut kukuh serta tahan lama.
Untuk bola sukan besbol pula, ia diperbuat dari bahan sintektik and mempunyai 108 jahitan
Rabu, 2009 Oktober 28
Dana Kecemasan
Anda mungkin pernah mendengar pepatah ini, “Apabila hujan, ia turun dengan lebat!” Ini adalah benar, lebih-lebih lagi dalam masalah kewangan kerana kesan gandaan. Oleh itu, kita dinasihatkan agar menyediakan satu Dana Kecemasan kita sendiri sebelum tsunami kewangan melanda!
- Tayar-tayar kereta anda perlu ditukar dengan yang baru.
- Rumah anda penuh dengan anai-anai dan memerlukan rawatan.
- Anak anda mempunyai masalah apendiks dan memerlukan pembedahan.
- Gigi geraham anda perlu dicabut.
- Tiba-tiba syarikat anda bankrap.
Oleh kerana tiada siapa yang tahu masa hadapan, semua orang memerlukan dana kecemasan.
- Bayar diri anda sendiri terlebih dahulu
- Cipta satu “akaun simpanan automatik” yang membolehkan anda mengeluarkannya ketika kecemasan
- Turunkan perbelanjaan anda dengan hidup secara bijak
- Tetapkan beberapa syarat untuk menggunakan duit, iaitu syarat yang BENAR-BENAR ketat!
- Cuba sehingga anda berjaya tetapi jangan putusa asa!!
Jadi, kuncinya ialah menjadikan tabiat menyimpan duit setiap kali mendapat gaji. Apabila anda menyimpan terlebih dahulu, anda akan dapat memastikan perbelanjaan mengikut baki duit yang ada. Jika anda tidak nampak duit, anda tidak berpeluang untuk membelanjakannya. Seperti yang dikatakan, “Out of sight, out of mind!” (“Apa yang tidak dapat dilihat, tiada dalam minda!”).
Di manakah saya patut menyimpan “Dana Kecemasan” saya?
- Adakah perbelanjaan ini satu Keperluan atau Kehendak?
- Adakah saya benar-benar perlu membelinya hari ini?
- Apa yang akan berlaku jika saya tidak membelanjakannya sekarang?
- Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih murah?
- Adakah cara lain untuk saya membayar perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?
- Jika saya menggunakan duit ini hari ini, bagaimana perasaan saya tentang keputusan
saya ini pada bulan depan?
Sentiasa ingat bahawa ini adalah “Dana Kecemasan” anda dan jika ia bukan kecemasan, anda tidak akan menyentuhnya! Tiada alasan!
Jadi, mula bina dana ini sekarang dan ia mungkin penyelamat anda suatu hari nanti.
Hukum Memakai Jenama Arak di Pakaian ( Baca, Faham & Amalkan )
Soalan:
Dengan hormatnya sukacita dipohonkan fatwa berhubung dengan perkataan 'Carlsberg' pada pakaian, untuk kegunaan dan rujukan Unit Kawalan Akidah dan Syara'iah, Jabatan Hal Ehwal Syara'iah, Kementerian
Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Jawapan:
الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، وآله وصحبه أجمعين.
Dalam dunia perniagaan berbagai-bagai cara dibuat untuk melaku atau melariskan sesuatu barangan atau jenama itu. Di sinilah peranan iklan dengan segala macam caranya. Salah satunya ialah dengan
menulis nama barang di atas baju, dengan tujuan supaya barang itu dikenali, diminati lalu pengguna akan tertarik dan membelinya.
Carlsberg ialah jenama bagi sejenis minuman keras atau sejenis arak. Khamr atau arak itu adalah haram. Perkara ini telah jelas dan maklum kepada umat Islam.
Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemerosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-Iainnya. Semua orang yang
berurusan bagi tujuan-tujuan berkaitan dengan arak .akan mendapat laknat Allah dan RasulNya, sebagaimana perkara ini disebut oleh Rasulullah Shallallhu 'alaihi wasallam:
عن شبيب سمعت أنس بن مالك أو حدثنى أنس قال لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى الخمر عشرة عاصرها ومعتصرها والمعصورة له وحاملها والمحمولة له وبائعها والمبيوعة له وساقيها والمستقاة له حتى عد عشرة
من هذا الضرب.
Maksudnya:
"Daripada Syabib, saya mendengar Anas bin Malik (atau: Anas meriwayatkan kepadaku), dia berkata: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melaknat perihal arak kepada sepuluh orang; orang yang
memerahnya, orang yang menyuruh memerahnya, orang yang meminta dibuatkan arak, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan arak, orang yang menjualnya, orang yang meminta dibelikan
arak, orang yang memberi minum arak. orang yang minta diminumkan arak, sehingga Baginda menghitung . sepuluh daripada jumlah ini, (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Apabila perkataan Carlsberg itu dilabel atau digambar di atas baju, maka tiada lain tujuannya ialah untuk mempromosi, melaris atau mengiklankan Carlsberg itu supaya ianya diminati dan akhirnya akan
dibeli. Ini sudah tentu akan menguntungkan syarikat pengeluarnya.
Maka sesiapa jua yang memakai baju yang ada padanya Carlsberg itu sarna ada disedari atau tidak, telah menolong untuk memperkenal, mempromosi dan melariskan jualan Carlsberg.
Oleh sebab Carlsberg itu sejenis arak, maka memakai baju yang ada padanya nama jenama ini adalah termasuk dalam tegahan umum oleh Allah:
ولا تعاونوا على الأثم والعدون
Tafsirnya: "Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. "
(Surah Al-Maidah: 2)
Tidak syak lagi mempamerkan Carlsberg itu tidak sunyi daripada tujuan mempromosi dan memperkenalkan minuman itu supaya ianya lebih dikenali dan diminati sehingga akhimya membawa lebih laris dan
lebih laku minuman arak itu. Jika pemakainya ada tujuan sedemikian, maka si pemakai itu telah menolong pada yang haram. Atau jika dia tiada bertujuan yang demikian itu, namun apa jua caranya,
sekurang-kurangnya secara tidak langsung dia masih sahaja boleh dianggap menolong perkara-perkara haram seperti yang disebutkan di atas.
Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan orang-orang Islam daripada memakai baju yang ada padanya jenama Carlsberg itu yang boleh menjerumuskan mereka kepada haram, maka adalah menjadi kewajipan
kerajaan Islam untuk tidak membenarkan pengedaran atau menarik balik pengedaran mana-mana baju yang mengandungi jenama arak seperti Carlsberg atau yang seumpamanya.
Sajak "Akulah Adi Putra " Oleh kanak-kanak genius matematik malaysia ADI PUtra
Akulah Adi Putra
Melayu tdk penah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tafsir Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa
Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu
ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu paling hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di balik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata
Boleh tengok video diklamasi sajak dia disini
Ahad, 2009 Oktober 25
Telur Ayam Tiruan (Fake eggs)
sy berbesar hati utk repost semula artikel ini beserts gmbar nya sekali.
harap2 kali ini gmbarnya keluar lah yer...=]

In China there are fake schools and classes that teach a variety of blatant fraud technology, even eggs can be modulated by chemical materials, but also be able to fry cook, is currently the most popular False course.

Step 1 :
modulation of raw materials
Using 7 kinds of chemical materials, see pic below

Fake egg was made from calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum and other chemical products.
Step 2:
egg production
Raw egg into the mold to 2 / 3 full, put calcium chloride, colouring die, the egg appears on the film been announced.

The 'yolk' is shaped in the round mould. 'Magic water' containing calcium chloride is used

By adding a yellow pigment and become raw egg yolk.
Step 3 :
fake egg shape
In the mold into 1 / 3 raw egg white, like the first package, like dumplings into the egg yolk, egg white into another, into the magic water, a shell eggs will come slowly. Naked egg shape to 1 hour to dry after washing with water, at shells ready.
To make the egg white, various ingredients, including a powder and alum, are mixed together.
Step 4:
Sewing lines through the use of eggs, immersed in paraffin wax, calcium carbonate, such as modulation of the eggshell into a solution, repeated several times until the shell a little dry, immersion in cold water pumping line shape, this point, the egg has been put on a false cloak , You're done.

Hard shells are formed by soaking in paraffin wax onto the egg, which are then left to dry.

Oh yeah The Egg is ready. The artificial egg shell is very fragile and break easily but who cares!!
Look so real

Many small bubbles is formed during frying the egg but not many people can tell the difference.
The egg look exactly the same, and the eggs taste better than real but you are adding to the
statistic of food poisoning person.

Why make fake eggs ?
Because of money.
The cost of fake egg is only 0.55 Yuan/kg, while the true eggs’ market price is 5.6 Yuan/kg.















