Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 10 Oktober 2009

Peribahasa Umpama Melepaskan Batok Di Tangga Berasal Dari Indonesia ?



Sebenarnya ramai yang menyalahgunakan peribahasa ini. Sebenarnya bukan melepaskan batuk tetapi batok. Disebabkan perubahan ejaan batok ini kepada batok menjadikan ramai golongan muda tidak tahu apa sebenarnya batok yang dimaksudkan dalam peribahasa ini.

Batok yang dimaksudkan bukanlah batuk “uhuk..uhuk” seperti yang kita sakit itu. Batok ini ialah penyedok air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan pada zaman dulu-dulu di rumah atok nenek kita untuk menyedok air didalam tempayang untuk basuh kaki.

Selepas kita gunakan sepatutnya diletak semula didalam tempayang atau di atas penutup tempayang bukannya di atas tangga macam tu je.

Jadi peribahasa ini bermaksud orang yang buat kerja tidak sempurna atau hanya amek syarat atau dengan kata lain membuat kerja tidak bersungguh-sungguh. Mungkin boleh disamakan dengan hangat-hangat taik ayam dipegang panas dicium jangan.


Apa pula kaitannya peribahasa Melepaskan batok ditangga dengan Indonesia ?

Tak ada apa pun sebenarnya hanya ingin memberi idea kepada Indonesia mana tahu nak wartakan yang Batok itu cipta asal dari Indonesia sepertimana yang kes terbaru Indonesia wartakan yang batik seni melayu berasal dari Indonesia.

Sebab kita sendiri pon maklum yang melayu di Malaysia ini banyak kacukannya dan kebanyakan dari kita bukan orang asli Malaysia. Mungkin kita di Melayukan dalam IC. Sejarah juga membuktikan Parameswara berasal dari Palembang ( Ada kaitan ke dengan kenyataan ni? Ada kot)

Adakah umah korang, nenek,atok atau jiran korang masih menggunakan batok ?

Selasa, 6 Oktober 2009

Ni lagi nabi palsu...pompuan ler pulak

selepas kahar,ada lagi yg ngaku nabi palsu,
ngaku imam mahdi...dah lama pun,
tp sekarang aktif kembali.
jom tgk blog yg berjuang menentang nabi palsu ni...

http://banterasrasulpalsu.blogspot.com/