Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 29 Ogos 2009

Membongkar Penyelewangan Rasul Palsu

Oleh :Hj Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari
Pen Pengarah ILIM,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Fenomena mengaku menjadi Nabi atau Rasul bukanlah sesuatu yang baru. Sejarah telah membuktikan bahawa Musailamah al-Kazzab, Sajah, al-Aswad bin Yazid al-‘Ansiy dan lain-lain pernah mengaku menjadi Nabi.

Dalam kes Musailamah al-Kazzab, dakwaan beliau mendapat perhatian serius Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq. Lalu beliau mengarahkan supaya Musailamah dan para pengikutnya pulang ke pangkal jalan dengan bertaubat. Namun permintaaan Khalifah tidak diendahkan. Lalu Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq memerintahkan satu pasukan tentera untuk memburu dan menangkap mereka. Dan akhirnya berlaku peperangan yang menyebabkan terhapusnya Nabi Palsu dan pengikut-pengikutnya yang murtad itu. Rentetan dari itu, lahir pula Nabi-nabi palsu hingga ke alam melayu.

Termasuklah Nabi Palsu yang terbaru di bawah pimpinan Meriam bt Ahmad Shaharudin. Ajarannya bermula era 80-an lagi. Walaupun beliau pernah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Perak dan dikenakan tindakan namun beliau tidak pernah insaf. Kemungkinan enakmen Kanun jenayah syariah yang sedia ada tidak mampu memberi pengajaran kepada beliau. Lalu ajarannya diaktifkan kembali hingga ke saat ini. Dan operasinya dikatakan berpusat di kawasan Wangsa Maju, Kuala Lumpur .

Kajian penulis mendapati bahawa para pengikut ajaran ini terdiri dari golongan awam, pensyarah maktab, golongan professional dan orang berada. Mereka begitu fanatic dalam meyakini kerasulan Meriam sebagai utusan Tuhan. Sehinggakan ada pengikutnya sanggup bertegang leher dan hampir mencetuskan pergaduhan dengan kami ditempat yang terbuka. Dan kami beralah seketika kerana tidak mahu dituduh mengganggu ketenteraman awam dan menghormati undang-undang. Namun, kami sesekali tidak meredhai kepercayaan, amalan dan pegangan mereka yang sesat lagi menyesatkan itu.

Buktinya, dalam emel yang ditujukan kepada orang-orang kenamaan dan pengikut-pengikutnya, Meriam menggunakan alamat 127C, Blok A, Cherry Apartment, Cherry Park, 30100 Ipoh, Perak. Terbukti, alamat ini hanyalah helah politik semata-mata. Ini kerana (mengikut maklumat terbaru) Nabi Palsu ini dikesan sedang melakukan solat jumaat di salah sebuah surau di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.
Kejadian ini berlaku beberapa minggu lepas. Sewaktu para jamaah berpusu-pusu keluar dari menunaikan solat jumaat, Meriam dan pengikut-pengikutnya mula menempatkan diri untuk menunaikan solat jumaat di surau berkenaan.

Beliau mengimami solat berkenaan diikuti para pengikutnya sebagai makmum dengan kapasiti tidak sampai satu saf. Beliau kelihatan berpakaian serba hitam melitupi keseluruhan badan termasuk muka. Orang ramai hanya memerhatikan gelagat mereka dengan penuh kebingungan.

Saya difahamkan bahawa pengikut ajaran ini tidak menunaikan solat lima waktu. Akan tetapi, kebiasaanya mereka akan keluar untuk menunaikan solat jumaat di mana-mana masjid atau surau. Kononnya untuk menambahkan ‘power’ mereka.

Oleh yang demikian, semua pihak perlu prihatin dengan keadaan persekitaran agar tidak terpengaruh dengan amalan Meriam dan para pengikutnya yang terang-terang menyalahi syariat Islam.

MENDAKWA MENJADI RASUL
Dalam email yang ditujukan kepada para pengikutnya, Meriam mendakwa dirinya sebagai seorang Rasul utusan Allah. Beliau mendakwa : “Untuk makluman anda semua, hari ini saya akan berikan lagi bukti kerasulan saya. Saya akan terus menyatakan bukti kerasulan saya sampai semua orang tahu hakikat kebenaran yang sebenar bukanlah calang orang yang mengaku dirinya sebagai rasul itu dan rasul ini, akhirnya hilang dan kecundang begitu sahaja sebelum mereka ini dapat menyatakan kerasulan mereka. Saya tahu bila semua bukti kerasulan saya sudah saya dedahkan orang ramai yang membaca emel saya ini tentunya akan percayakan saya.”

Katanya lagi : “Tugas saya sebagai rasul bukan sahaja untuk negara ini tetapi untuk seluruh dunia.”

Dalam kenyataan yang lain Meriam berungguh-sungguh mendakwa bahawa beliau benar-benar Rasul yang original bukannya cetak rompak. Buktinya beliau mengatakan : “Saya bukan rasul palsu seperti mereka yang mengaku diri mereka rasul itu dan rasul ini…Saya diutuskan oleh Allah dan saya melakukan semua dengan kehendak dan kawalan Allah.”

Berdasarkan keterangan di atas, terbukti kepada kita bahawa Meriam bukan setakat mengaku menjadi Nabi tetapi mengaku menjadi Rasul utusan Allah. Hal ini secara jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang menggariskan bahawa tidak ada lagi Nabi atau Rasul selepas daripada Nabi kita Muhammad SAW. Buktinya, Firman Allah SWT bermaksud : “Muhammad itu sekali-kali bukanlah ayah dari seorang laki-laki dikalangan kamu, tetapi dia (Muhammad) adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi…”- surah al-Ahzab 40.

Selain di atas, banyak lagi dalil-dalil yang membuktikan tidak ada lagi selepas kenabian dan Kerasulan Baginda SAW. Namun sengaja diringkaskan penulis supaya bersesuaian dengan focus perbincangan.

MENGGANGGU KOSENTRASI PM
Dalam email yang ditujukan kepada PM, Meriam mengatakan : “Dato’ Seri…Kita seharusnya berasa bangga Allah memilih seorang Rasul perempuan dikalangan orang melayu di negara Malaysia ini.

Katanya lagi : “Saya mahu PM jelaskan kepada anda semua setiap kebenaran yang saya nyatakan ini, barulah boleh saya meneruskan apa yang perlu saya nyatakan kepada pihak anda semua. Kepada PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi jawablah setiap pertanyaan wartawan dari media cetak atau elektronik berkenaan dengan apa yang saya nyatakan ini. Dato’ Seri tidak perlu takut…”

Berasaskan kepada kenyataan di atas, terbukti kepada kita bahawa Meriam sudah berani bertindak secara melampaui batas. Beliau cuba untuk mempengaruhi PM dengan kerasulan dongengnya. Sebenarnya, beliau cuba ‘mengenakan’ Perdana Menteri atau sesiapa sahaja dengan kuasa sihir jahatnya. Awas! Jangan sampai kita terpukau dan terperangkap dengan kebolehannya. Semua ini dilakukan Meriam dengan harapan untuk mendapat kuasa dan simpati PM.

AJARAN YANG MENDUSTAKAN AL-QUR’AN AL-KARIM
Dalam emel yang diutuskan kepada pengikutnya, Meriam secara jelas mendustakan al-Qur’an. Buktinya beliau mengatakan : “Dan Allah utuskan saya sebagai rasul perempuan seperti yang sudah siap tentang rasul perempuan Allah nyatakan di dalam al-Qur’an.”

Sebagai seorang muslim, kita tentu arif tentang kandungan kitab suci al-Qur’an sebanyak 30 juzuk, 114 surah dan lebih 6600 ayat. Jika kita meneliti nas-nas al-Qur’an secara mendalam kita tidak dapati satu kalimat, satu ayat ataupun satu surah yang menyebut tentang kewujudan Rasul Melayu Perempuan. Bahkan sebaliknya al-Qur’an menafikan kewujudan Nabi atau Rasul yang lain selain dari Nabi Muhammad SAW. Buktinya, Allah SWT berfirman : “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras terhadap orang kafir (yang mengancam) tetapi berkasih saying sesame mereka…surah al-Fath ayat 29.

Hairan, bagaimana Meriam boleh mengaku didampingi Allah dan mendapat wahyu dariNya sedangkan dia sendiri melakukan pendustaan terhadap Allah. Ternyata, jiwanya sakit, fikirannya kontradik.

Setelah kita menelusuri bukti-bukti di atas, jelaslah kepada kita bahawa ajaran Meriam mendustakan al-Qur’an. Dan al-Qur’an sendiri terpelihara dari pendustaan Meriam. Wahai Meriam, tunggulah akibatnya bagi mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah.

KESIMPULAN
1- Ajaran Meriam secara jelas bertentangan dengan Islam.
2- Beliau didapati telah murtad kerana mengaku menjadi rasul melayu perempuan.
3- Pengikut-pengikutnya turut sama murtad kerana memperakui kerasulannya.
4- Ajaran Meriam mendustakan al-Qur’an al-Karim
5- Meriam secara jelas menghina para Mufti dan ulamak dengan menyifatkan mereka sebagai dajjal.
6- Meriam cuba mengganggu kosentrasi PM dan Barisan kepimpinan negara yang lain dengan ilmu sihir dan propagandanya.
7- Ajarannya bergerak secara aktif dan mengancam akidah umat Islam.

Selain ajaran Meriam, ada lagi kes Nabi Antarabangsa yang beroperasi di Jln Pulai Utama 8/84, Pulai Utama, Johor Bahru yang dipimpin oleh Ibrahim b Saad. Ajaran ini menafikan kewujudan neraka, tiada golongan kafir, syaitan dan Iblis dianggap baik belaka dan lain-lain lagi.

SARANAN
Adalah diharapkan agar pihak berkuasa prihatin dan memandang serius tentang permasalahan ini. Fenomena ini bukan sekadar mengeluarkan pemimpinnya dari Islam. Tetapi dalam masa yang sama, turut memurtadkan saudara se-islam kita dengan dakwaan kerasulan pemimpinya. Tanpa disedari, dakwaan ini jika tidak dibanteras pasti akan berkembang dari semasa ke semasa disebabkan persepsi masyarakat kita sukakan perkara yang aneh dan dianggap ajaib.

Dan senario ini dikhuatiri mencetuskan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku. Kita juga bimbang jika ada pihak yang mengambil tindakan drastic sekaligus membelakangi perundangan negara atas alasan untuk menjaga agama.

Tiba masanya bagi kita untuk meminda enakmen atau akta yang sedia ada bagi membolehkan kita mengenakan tindakan yang berat terhadap penyeleweng agama yang jelas membawa kepada kufur.

Di samping itu, semua institusi agama disarankan membuat penyelarasan dan penyeragaman fatwa bagi menutup ruang kepada ajaran-ajaran yang menjejaskan kesucian Islam ini.
Keadaan ini membolehkan ajaran-ajaran seperti di atas dapat dibanteras secara bersepadu dan menyeluruh. Hal ini penting supaya akidah umat Islam dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Wassalam.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Dua 'NABI' nak berdebat

Meriam bt Ahmad Shaharudin
19A, Tingkat 1
Jalan Wawasan Ampang 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
_________________________________________________________________________________

Tarikh: Khamis, 20 hb. Ogos, 2009

Kepada Abdul Kahar bin Ahmad,

Dengan apa yang kamu sampaikan di bawah ini benar-benar membuktikan kamu bukan Rasul yang Allah utuskan. Oleh itu mari kita berdebat untuk membuktikan siapakah di antara kita Rasul yang sebenar. Berikut adalah bukti kamu bukan Rasul yang Allah utuskan dengan petunjuk ini:-

Kamu langsung tidak memandukan setiap apa jua yang dinyatakan dalam Al-Quran menurutkan kefahamannya yang sebenar. Bila begini, bagaimana kamu hendak dibuktikan benar sebagai Rasul Melayu yang kamu dakwakan itu? Ataupun kamu sudah jadi gila tidak menentu sehinggakan keluar kata-kata kamu di bawah ini:-


---------- Forwarded message ----------
From: Zul Kahar <zul@embassyalliance.com>
Date: 2009/8/20
Subject: KITAB AL QURAN DAN RASUL BUKAN UNTUK UMAT ATAU KAUM SEKARANG


KITAB AL QURAN DAN RASUL BUKAN UNTUK UMAT ATAU KAUM SEKARANG



Kamu faham tak dengan apa yang kamu nyatakan di atas? Jawab pertanyaan aku ini sebab inilah masanya semua yang tidak benar aku hapuskan agar tidak lagi menyesatkan orang ramai dengan ajaran kamu yang hina dan bodoh itu. Masakan Allah tidak utuskan Rasul lagi jika itulah yang kamu nyatakan di atas. Tahukah kamu setiap Rasul yang Allah utuskan selepas Nabi Muhammad sudah tentulah sudah siap tentang dirinya dan jadual atau senarai tugasnya Allah nyatakan dalam Al-Quran, bermakna Al-Quran itu adalah untuk semua kaum termasuklah kaum sekarang ini, kamu faham? Tahukah kamu dengan apa yang kamu nyatakan di bawah ini lagi mempamerkan kekeliruan kamu dengan setiap apa yang kamu katakan di bawah ini untuk aku berikan penjelasannya di bawah ayat kamu itu:-

Rujuk Kitab Suci Al Quran, Surah Ibrahim ayat 4;

'Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.'

Merujuk keterangan ayat-ayat Tuhan itu adalah tidak bersesuaian dengan orang-orang sekarang ini. Kerana Tuhan itu tidak ada mengutuskan rasul-Nya kepada ummat atau kaum sekarang ini. Apakah gunanya ayat-ayat Tuhan itu kepada orang-orang sekarang ini yang tidak diutuskan rasul kepada mereka kerana tidak ada lagi kejadian yang berlaku kepada ummat atau kaum yang wujud sekarang ini, mengikut ayat-ayat tersebut yang boleh disaksikan kebenarannya oleh orang-orang sekarang ini. Dan ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas juga tidak ada kaitan langsung dengan orang-orang sekarang ini, lebih-lebih lagi terhadap kaum Melayu di Malaysia.


Penjelasan aku sebagai Rasul Allah: Tahukah kamu setiap ayat dalam Al-Quran itu perlu diperjelaskan sekarang sebagai Allah menunaikan janjiNya untuk memberikan tafsiran Al-Quran yang sebenar menerusi ayat-ayat Al-Quran berikut:-

[75.16] Janganlah engkau - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya.

[75.17] Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu, dan menetapkan bacaannya;

[75.18] Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya , maka bacalah menurut bacaannya itu;

[75.19] Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya.

Kamu nampak betapa perlunya Al-Quran itu yang telah menjelaskan senarai tugas seorang Rasul yang seterusnya untuk Allah memelihara hak Rasul Allah yang sebenar. Tahukah kamu mengatakan Al-Quran itu bukan untuk kaum sekarang ini adalah jelas buktinya kamu bukan Rasul yang Allah utuskan, ataupun kamu hendak menentang aku yang Allah utuskan sebagai RasulNya? Kamu baca balik isi kandungan ayat Al-Quran yang dinyatakan di atas yang jelas Allah telah berjanji untuk memberikan tafsiran Al-Quran yang sebenar kepada semua manusia buat masa ini. Disebabkan ini Allah utuskan saya sebagai RasulNya yang ditugaskan untuk menurunkan kata-kata Allah untuk Allah menjelaskan dan memberikan tafsiran Al-Quran yang Allah janjikan menerusi ayat 16, 17, 18 dan 19 Surah Al-Qiammah sebagai bukti Allah jadikan panduan buat kita semua untuk tahu mana yang benar dari Allah dan mana yang tidak termasuklah Al-Quran itu menjadi panduan untuk membuktikan mana Rasul yang sebenar yang Allah utuskan dan mana rasul palsu, ia-itu yang diutuskan oleh malaikat iblis. Dengan apa yang kamu nyatakan itu jelas kamu adalah rasul yang diutuskan oleh malaikat iblis sebab cara kamu menyatakan begitu adalah bertentangan dengan apa yang Allah nyatakan dalam Al-Quran. Oleh itu mulai sekarang kamu tidak harus mendakwa kamu adalah rasul Melayu yang diutuskan Tuhan kepada kaum Melayu, apa kamu lupa dakwaan kamu ini sehingga sekarang ini menyatakan Allah tidak utuskan Rasul lagi? Jika begitu bukanlah kamu itu Rasul Allah dan seharusnya kamu hentikan apa jua dakwaan kamu selepas ini. Tahukah kamu sebagai Rasul Allah kuasanya bersama kuasa Allah dan dia tidak Allah benarkan ditangkap atau didakwa oleh mana jua pihak berkuasa di dunia ini. Ternyata kamu tidak begitu sebab kamu sedang hebat diburu buat masa ini. Itulah buktinya kamu bukan Rasul yang Allah utuskan. Mulai sekarang bertaubatlah kamu agar tidak mengelirukan orang ramai lagi. Kamu juga telah mempamerkan kekeliruan kamu dengan terang nyata dengan apa yang kamu nyatakan itu. Oleh itu mulai sekarang kamu tidak lagi menyebarkan apa jua risalah sebab segala isi kandungan risalah itu akan makan diri kamu balik.

Khas buat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib: Datuk Seri, inilah masanya Allah tentukan semua yang tidak benar ditangkap dan diletakkan di tempatnya yang sebenar. Jika Abdul Kahar tetap menyampaikan dakyahnya itu Allah akan jadikan dia gila tidak menentu atau dimatikan sahaja jika teruk sangat perbuatannya itu. Begitulah akan Allah buatkan untuk Allah menangkan Rasul Allah yang sebenar.

Khas buat Menteri yang ditugaskan di bahagian agama, Senator Mejar Jeneral, Datuk Jamil Khir Baharom: Tahukah kamu semua yang tidak benar mengaku Rasul akan Allah jadikan gila tidak menentu atau dimatikan sahaja sebagai cara terakhir Allah menunjukkan bukti Rasul Allah yang sebenar. Tahukah Datuk dengan apa yang dinyatakan oleh Kahar itu jelas menunjukkan kekeliruannya itu yang sudah Allah jadikan dia gila tidak menentu sebagai cara Allah menunjukkan siapa yang benar Rasul yang Allah utuskan dan siapa yang tidak. Oleh itu fahamkanlah akhirnya Allah sendiri yang menunjukkan siapa yang sebenar Rasul yang Allah utuskan dan siapa yang tidak. Terus terang saya katakan, saya amat pasti setiap pembesar negara atau mana jua pihak berkuasa agama tidak berani menyentuh saya walaupun sebesar kuman sebagai bukti kuasa Allah bersama saya untuk Allah buatkan sesiapa jua pihak berkuasa di dunia ini tidak boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman, apatah lagi menangkap dan mendakwa saya. Jika tak percaya Datuk boleh arahkan mana jua pihak berkuasa menangkap dan mendakwa saya jika boleh. Saya tahu mana jua pihak berkuasa di dunia ini tidak boleh melawan kata Allah yang ini, ia-itu kuasa saya bersama kuasa Allah yang tidak membenarkan mana jua pihak berkuasa boleh mendakwa atau menangkap saya. Begitulah Allah membuktikan mana Rasul Allah yang sebenar dan mana rasul palsu! Sekian saya maklumkan khas buat Datuk untuk disaksikan bersama Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Khas buat Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan: Tan Sri, inilah masanya saya bantu Tan Sri dengan tugas Tan Sri untuk menangkap semua rasul palsu agar semua yang menentang dan menidakkan kebenaran saya sebagai Rasul Allah tahu saya amat serius dengan tugas yang saya lakukan selama ini demi kesejahteraan kita semua di dunia ini. Seluruh dunia sedang diancam dengan berbagai bahaya sebagai pertanda ada yang tidak kena yang perlu Allah sampaikan berita gembira ini, ia-itu hanya menerusi Rasul Allah yang sebenar sahaja yang akan Allah sampaikan mesejNya kepada semua kita di dunia ini untuk memahamkan apa sebenarnya sebab dunia diancam bahaya sekarang ini. Semua jawapannya akan Allah jelaskan menerusi saya yang menurunkan kata-kata Allah. Sekian saya maklumkan khas buat Tan Sri selaku Ketua Polis Negara.

Seterusnya khas buat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin: Untuk makluman Datuk Seri besarlah harapan saya untuk semua yang menentang saya ditangkap dan dimasukkan ke dalam ISA buat sementara waktu agar mereka ini tidak menganggu tugas saya lagi. Saya tahu golongan ini amat ramai di negara ini untuk ketua mereka diberikan amaran keras agar tidak menentang Allah dan Rasul Allah lagi. Cukuplah dengan apa yang mereka kata saya sehinggakan saya rasakan mereka ini perlu ditangkap dan dipenjarakan sahaja untuk membolehkan mereka diam tidak mengganggu apa jua tugas saya memerangi semua yang tidak benar di dunia ini. Untuk makluman Datuk Seri saya akan dedahkan rahsia setiap seorang yang menentang saya terutamanya menyatakan kerjaya mereka untuk ditangani oleh pihak Datuk Seri seterusnya. Saya tahu dengan maklumat yang telah saya berikan kepada polis sedang disiasat, betul, kan? Terima kasih di atas kerjasama Datuk Seri dan pihak polis agar saya tidak diganggu lagi tugas saya menyampaikan mesej Allah. Sekian saya maklumkan khas buat Datuk Seri selaku Menteri Dalam Negeri.

Seterusnya buat Abdul Kahar bin Ahmad Jalal di bawah ini:-

Al-Quran itu sesuai untuk semua kaum dan bila-bila masa sahaja sehinggalah turunnya kitab atau buku dari Allah yang ada pada saya itu. Tahukah kamu siapa kamu yang sebenar? Kamu adalah jelmaan malaikat iblis yang sama juga bekerja untuk dajal untuk menghalang segala yang benar dari Allah yang saya bawa, agar kamu tahu dan fahamkan takkan berjaya apa jua usaha kamu, kamu faham? Jika kamu merasakan kamu benar mari kita berlawan hujah atau berdebat disaksikan secara begini menerusi email ini untuk setiap email itu disimpan dan dimasukkan ke dalam buku atau kitab yang memperhitungkan amalmu untuk dibaca oleh seluruh penduduk dunia nanti. Begitulah tugas saya sebagai Rasul Allah untuk saya memerangi semua yang tidak benar termasuk kamu yang mengaku rasul, kamu faham? Sekian saya maklumkan khas buat kamu untuk disaksikan semua yang diberikan email ini untuk setiap email yang saya terima dimasukkan ke dalam kitab yang memperhitungkan amalmu termasuk juga setiap apa yang akan kamu nyatakan nanti akan dimasukkan ke dalam buku itu. Sekian buat kamu.

Seterusnya baca apa yang Kahar nyatakan di bawah ini yang membuktikan kesesatannya yang amat nyata:-


Rujuk Kitab Suci Al Quran, Surah Az Zumar, ayat 71 – 72;

‘Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahannam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu, dibukakanlah pintu-pintunya dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: “Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul di antaramu yang membacakan kepadamu ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan dengan hari ini?”. Mereka menjawab: “Benar telah datang”. Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang-orang yang kafir. Dikatakan kepada mereka: “Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu, sedang kamu kekal di dalamnya”. Maka neraka Jahannam itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri.’

Mengikut keterangan ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas amatlah beruntung umat manusia sekarang ini kerana mereka tidak diutuskan rasul oleh Tuhan kepada mereka. Maka ummat manusia sekarang ini adalah terkecuali dari ditanya oleh penjaga-penjaga neraka tersebut. Dan juga terkecuali daripada masuk ke neraka ketika di akhirat kelak. Ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas adalah khusus untuk kaum-kaum atau ummat-ummat dahulu sahaja yang diutuskan rasul oleh Tuhan di kalangan mereka sendiri. Ayat-ayat Tuhan itu telah dimansuhkan oleh ulamak Islam kepada umat atau kaum sekarang. Dan kebanyakan orang-orang Islam sekarang ini juga percaya tidak ada lagi Rasul diutuskan Tuhan selepas wafatnya Nabi Muhammad. Dan Muhammad itu pula adalah Rasul yang terakhir bagi mereka.

Berdasarkan ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas adalah orang-orang kafir sahaja yang dibawa ke neraka berombong-rombongan. Bererti ummat atau kaum sekarang ini tidak ada yang kafir kepada Tuhan kerana ayat-ayat Tuhan itu adalah dikecualikan bagi ummat atau kaum sekarang ini yang tidak diutuskan Rasul kepada mereka. Maka ummat atau kaum sekarang ini tidak perlu lagi bimbang dan takut kepada azab api neraka ketika di akhirat kelak.

Ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas bukan untuk orang-orang sekarang ini. Bererti kitab suci Al Quran itu bukan untuk orang-orang sekarang kerana ayat-ayatnya itu tidak ada kena mengena dengan ummat atau kaum sekarang.

Ummat atau kaum yang wujud sekarang ini tidak lagi memerlukan Al Quran diturunkan kepada mereka. Dan tidak perlu lagi Tuhan mengutuskan rasul-Nya kepada mereka. Sebagaimana ummat-ummat atau kaum-kaum sebelum ini yang diturunkan kitab dan diutuskan rasul oleh Tuhan kepada mereka. Memadailah kitab-kitab yang telah diturunkan kepada kaum-kaum sebelum ini. Dan rasul-rasul yang diutuskan kepada kaum-kaum sebelum ini.

Oleh kerana bagi orang-orang sekarang ini telah ada ahli-ahli kitab yang menjelaskan ayat-ayat Al Quran kepada mereka dan telah ada ijmak ulamak yang mereka ikuti untuk beragama dan menyembah atau beribadat kepada Tuhan. Bagi orang-orang sekarang ini ahli kitab atau ijmak ulamak adalah pewaris nabi yang wajib mereka beriman kepadanya serta mentaati dan mengikutinya. Perawi-perawi hadis nabi dan ijmak ulamak itu pula adalah orang-orang kepercayaan mereka sekarang ini di dalam beragama. Bukan lagi Allah dan rasul-Nya sebagaimana orang-orang yang beriman sebelum ini.

Yang benar

Abdul Kahar Bin Ahmad
Rasul Allah

Penjelasan saya sebagai Rasul Allah: Mulai sekarang saya perlu berlawan hujah dengan Kahar Ahmad untuk direkodkan segala hujah saya dan juga hujah Kahar mempertahkan kebenarannya. Sekian, jumpa lagi.....


Saya yang menurut perintah Allah / Tuhan,
Meriam bt Ahmad Shaharudin / Rasul Allah / Pesuruh Tuhan

Sorang lagi nabi sesat

Meriam bt Ahmad Shaharudin
19A, Tingkat 1
Jalan Wawasan Ampang 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
________________________________________________________

Tarikh: Jumaat, 28 hb. Ogos, 2009


Sebaran pertama:
SEBARAN AM KE SELURUH NEGARA - BUKTI ADANYA RASUL ALLAH UTUSKAN SELEPAS NABI MUHAMMAD


Sebaran kedua:

BUKTI SAYA RASUL ALLAH

Sesiapa jua yang tidak boleh menerima kebenaran saya sebagai Rasul Allah adalah dari golongan yang tidak menyembah Allah selama ini. Begitulah Allah memberikan petunjukNya kepada setiap sesiapa jua yang menentang saya selama ini. Terus terang saya katakan inilah masanya setiap seorang itu dikehendaki bersumpah dengan nama Allah menyatakan saya bukan Rasul Allah dan mohon Allah melaknati dirinya sekiranya saya benar Rasul yang Allah utuskan.

Berikut adalah ayat Al-Quran yang Allah ajarkan kepada saya untuk mendesak sesiapa jua yang menidakkan kebenaran saya sebagai Rasul Allah untuk bersumpah dengan nama Allah seperti sumpah yang Allah nyatakan dalam ayat-ayat Al-Quran berikut:-

[24.6] Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, (dalam kes ini mereka yang menuduh saya bukan Rasul yang Allah utuskan) sedang mereka tidak ada saksi-saksi hanya dirinya sendiri, maka persaksian bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; -


[24.7] Dan sumpah yang kelima: Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia (orang yang menuduh saya bukan Rasul Allah) dari orang-orang yang dusta.


[24.8] Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh), (dalam kes ini saya yang dituduh bukan Rasul yang Allah utuskan) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; -


[24.9] Dan sumpah yang kelima; Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya (orang yang menuduh saya bukan Rasul Allah) dari orang-orang yang benar.


Oleh itu untuk anda semua yang menentang saya dan menidakkan saya sebagai Rasul yang Allah utuskan seharusnya bersumpah dengan nama Allah menyatakan saya bukan Rasul yang Allah utuskan sebanyak empat kali sumpah, dan sumpah yang kelima mohon Allah melaknatinya sekiranya saya benar Rasul yang Allah Utuskan.

Begitulah yang akan saya tuntut bila setiap mereka yang menghina dan menidakkan kebenaran saya dibawa ke mahkamah untuk mereka ini saya minta bersumpah dengan nama Allah menyatakan saya bukan Rasul yang Allah utuskan dan mohon dirinya dilaknati Allah sekiranya saya benar Rasul yang Allah utuskan. Saya tahu takkan ada seorangpun yang berani bersumpah begitu sebab setiap roh manusia amat tahu saya benar Rasul yang Allah utuskan. Roh yang tidak menyembah Allah selama ini takkan mahu bersumpah seperti yang Allah tuntut di atas disebabkan takut dilaknat Allah. Hanya golongan tertentu sahaja yang berani menyatakan sumpah mereka itu disebabkan mereka ini telah didesak untuk menyatakan sumpah mereka dan jin yang menguasai mereka membenarkan mereka berbuat begitu disebabkan ilmu jin yang mereka perolihi selama ini makan diri mereka sendiri disebabkan jin membuat tuntutan akan sesuatu pantang atau larangan yang telah mereka langgari. Begitulah keadaannya bila ada yang berani menyahut cabaran sumpah yang saya desak disebabkan mereka yang menentang saya menggila menidakkan kebenaran saya sebagai Rasul Allah. Saya tahu dari ramai yang menentang saya dengan amat hina, hanya tiga orang sahaja yang berani menyatakan sumpah mereka itu dengan tepat sekali. Untuk makluman semua, setiap sumpah mereka itu menidakkan kebenaran saya akan tetap dilaknat Allah sehinggalah mereka ini memohon keampunan saya, barulah laknat Allah keatas mereka itu Allah lepaskan. Oleh itu sesiapa jua yang menidakkan kebenaran saya sebagai Rasul yang Allah utuskan hendaklah menyatakan sumpah mereka seperti yang Allah tuntut menurut ayat 6, 7, 8 dan 9 Surah An-Nuur yang berbunyi begini:-

[24.6] Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, (dalam kes ini mereka yang menuduh saya bukan Rasul yang Allah utuskan) sedang mereka tidak ada saksi-saksi hanya dirinya sendiri, maka persaksian bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; -


[24.7] Dan sumpah yang kelima: Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia (mereka yang menuduh saya bukan Rasul yang Allah utuskan) dari orang-orang yang dusta.


[24.8] Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh), (dalam kes ini saya yang dituduh bukan Rasul yang Allah utuskan) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; -


[24.9] Dan sumpah yang kelima; Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya (dalam kes ini orang yang menuduh saya bukan Rasul Allah) dari orang-orang yang benar.


Oleh itu saya nyatakan sumpah yang Allah tuntut itu terhadap semua yang menidakkan saya sebagai Rasul Allah seperti di bawah ini:-

1. Saya…….(nyatakan nama anda yang sebenar) bersumpah dengan nama Allah menyatakan Meriam bt Ahmad Shaharudin bukan Rasul yang Allah utuskan.

2. Saya…….(nyatakan nama anda yang sebenar) bersumpah dengan nama Allah menyatakan Meriam bt Ahmad Shaharudin bukan Rasul yang Allah utuskan.

3. Saya…….(nyatakan nama anda yang sebenar) bersumpah dengan nama Allah menyatakan Meriam bt Ahmad Shaharudin bukan Rasul yang Allah utuskan.

4. Saya…….(nyatakan nama anda yang sebenar) bersumpah dengan nama Allah menyatakan Meriam bt Ahmad Shaharudin bukan Rasul yang Allah utuskan.

5. Jika benar Meriam bt Ahmad Shaharudin adalah Rasul yang Engkau utuskan Ya Allah, aku mohon Engkau Ya Allah melaknati saya.

Begitulah yang akan saya tuntut terhadap semua yang menidakkan diri saya sebagai Rasul yang Allah utuskan. Sebagai menurutkan kehendak Allah saya dengan ini menyatakan sumpah saya begini:-

1. Saya, Meriam bt Ahmad Shaharudin bersumpah dengan nama Allah menyatakan saya adalah Rasul yang Allah utuskan.

2. Saya, Meriam bt Ahmad Shaharudin bersumpah dengan nama Allah menyatakan saya adalah Rasul yang Allah utuskan.

3. Saya, Meriam bt Ahmad Shaharudin bersumpah dengan nama Allah menyatakan saya adalah Rasul yang Allah utuskan.

4. Saya, Meriam bt Ahmad Shaharudin bersumpah dengan nama Allah menyatakan saya adalah Rasul yang Allah utuskan.

5. Sekiranya saya bukan Rasul yang Allah utuskan, saya mohon Allah melaknati diri saya.

Begitulah sumpah saya dengan amat yakin dan menyatakan terus kepada Allah untuk saya buktikan saya adalah Rasul yang Allah utuskan. Sekiranya saya bukan Rasul yang Allah utuskan, sudah tentu saya takkan berani bersumpah begitu. Begitulah semua roh amat takut untuk bersumpah untuk menyatakan saya bukan Rasul yang Allah utuskan sebagai bukti benarlah saya Rasul yang Allah utuskan bila saya begitu berani menyatakan sumpah saya itu.

Berikut adalah bukti saya adalah Rasul Allah:-

1. Tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman bagi setiap apa jua yang saya nyatakan selama ini termasuk risalah yang ini juga. Terus terang saya katakan beginilah Allah membuktikan kebenaran diri saya sebagai Rasul Allah bila mana jua pihak berkuasa agama atau Kerajaan Malaysia tidak boleh melakukan apa jua terhadap saya, apatah lagi menangkap dan mendakwa saya.

2. Kuasa saya bersama kuasa Allah sebab itulah tidak ada mana jua pihak berkuasa Allah benarkan mendakwa atau menangkap saya; malah saya bebas melakukan apa jua yang Allah arahkan saya untuk melakukannya, termasuklah menyebarkan kebenaran dari Allah yang saya bawa ini menerusi internet selama ini.

3. Mukjizat saya yang ini yang Allah kurniakan bebas melakukan apa jua yang Allah arahkan saya melakukannya sehinggalah sampai ke tahap ini bila risalah ini perlu saya sebarkan ke seluruh negara tanpa mana jua pihak berkuasa agama negara ini boleh Allah benarkan bertindak terhadap saya termasuklah mendakwa dan menangkap saya. Dengan ertikata lain saya bebas melakukan dakwah untuk saya mendedahkan segala yang benar.

4. Mukjizat saya yang ini sudah tentu tidak ada mana jua pihak yang lebih bijak dari saya bila berlawan hujah termasuklah berlawan hujah dengan mana jua pakar segala ulama di dunia ini.

5. Selain itu bukti ini juga menentukan saya adalah Rasul Allah bila setiap yang menerima email dari saya selama ini hanya boleh bertindak menurutkan sifat roh mereka, tetapi tidak boleh berbuat apa jua terhadap saya, apatah lagi hendak membunuh saya seperti apa yang mereka nyatakan itu. Terus terang saya katakan, tidak ada mana jua manusia Allah benarkan menyentuh saya walaupun sebesar kuman. Beginilah Allah membuktikan kuasa saya bersama kuasa Allah.

6. Bukti lain diri saya sebagai Rasul Allah ialah mana jua pihak berkuasa tidak boleh menyatakan apa jua terhadap saya malah amat takut kepada saya. Itulah sebab saya begitu berani menyampaikan apa jua ajaran Allah selama ini tanpa diganggu oleh mana jua pihak berkuasa agama atau mana jua pihak berkuasa negara ini. Begitulah Allah membuktikan kuasa saya bersama kuasa Allah. Disebabkan dunia sekarang ini penguatkuasa agama terdiri daripada semua golongan yang akan menentang saya, namun mereka tidak boleh berbuat apa jua terhadap saya, malah mendiamkan diri sahaja bila saya dilaporkan kepada pihak mereka. Begitulah Allah membuktikan diri saya sebagai Rasul Allah dan kesayangan Allah yang amat sangat.

7. Bukti lain yang perlu saya nyatakan ialah bersama saya Allah kurniakan berbagai mukjizat yang amat saya perlukan sebagai Rasul Allah, ia-itu mukjizat saya dapat berkata-kata dengan Allah di setiap masa yang Allah kehendaki atau yang saya kehendaki. Begitulah mukjizat yang Allah kurniakan kepada saya sehinggakan bila-bila masa Allah boleh menyuruh saya untuk melakukan apa jua yang Allah kehendaki atau bila Allah perlukan saya untuk menurunkan kata-kataNya atau surat atau email yang Allah buatkan bagi pihak saya, agar semua orang tahu setiap apa jua yang saya nyatakan selama ini bukanlah kata-kata dari saya, tetapi dari Allah sebenarnya. Begitulah mudahnya saya menulis apa jua yang saya perlu tulis, tanpa saya perlu berfikir apa jua saya boleh menyatakan atau menulis apa jua yang saya hendak tulis atau nyatakan. Berikut adalah bukti saya menurunkan kata-kata Allah:-

Sifat Allah Yang Maha Berkata-kata boleh menyerapkan kata-kata Allah ke dalam naluri rasa saya untuk saya merasakan setiap perkataan atau kata-kata Allah itu untuk saya menurunkan kata-kata Allah itu. Begitu mudah tugas saya sebagai Rasul Allah yang tidak perlu mengarang atau memikirkan apa jua yang saya perlu tulis atau nyatakan. Oleh itu fahamkanlah bagaimana selama ini setiap apa jua perkataan yang saya nyatakan selama ini adalah sebenarnya Allah yang nyatakan untuk saya. Begitu mudah sekali tugas saya sebagai Rasul perempuan.

8. Mukjizat saya yang ini amat tidak disenangi dajal, ia-itu saya amat bijak bila berlawan hujah. Saya dikurniakan kebijaksanaan itu dengan cara saya boleh mengeluarkan kata-kata Allah menerusi suara saya. Caranya adalah begini, bila Allah perlukan saya menyatakan sesuatu itu dalam bentuk suara, Allah akan tarik lidah saya untuk saya menyatakan setiap patah perkataan Allah itu untuk Allah jadikan saya amat bijak bila berlawan hujah. Begitulah cara lain Allah menyampaikan kata-kataNya kepada semua insan di dunia ini bila saya diperlukan untuk menyatakan sesuatu itu. Begitulah salah satu mukjizat yang Allah kurniakan kepada saya, ia-itu boleh mengeluarkan kata-kata Allah menerusi suara saya. Begitulah Allah jadikan saya amat bijak bila berlawan hujah.

9. Mukjizat saya yang ini tidak pernah lagi Allah kurniakan kepada mana jua Rasul Allah yang pernah Allah utuskan, ia-itu mukjizat saya yang ini, ia-itu saya dijadikan kesayangan Allah yang amat sangat. Jadinya Allah sudah siap menyatakan tentang segala kasih sayangNya itu dalam buku yang Allah turunkan menerusi saya yang semua salinan asal buku itu, yang mengandungi lebih dari lima ribu muka surat telahpun saya serahkan kepada Tun Dr. Mahathir di Pejabat Perdana Menteri pada tarikh ini, 16 hb. Jun, 1992, di mana bersama ini saya kepilkan salinan surat dari Pejabat Perdana Menteri mengesahkan semua buku itu mereka terima. Lihat attachment: Surat Akuan Terima dari PPM. Selain itu dalam Al-Quran juga ada Allah nyatakan tentang kasih sayang Allah terhadap saya yang telah ditafsirkan sebagai Nabi Muhammad.

10. Mukjizat saya yang ini juga menentukan diri saya sebagai Rasul Allah, ia-itu mukjizat yang belum pernah Allah kurniakan kepada mana-mana jua Rasul sebelum ini, ia-itu kesayanganNya yang amat sangat. Maka dengan itu apa jua yang saya kehendaki akan Allah turutkan termasuklah berkehendakkan apa jua tanpa perlu berusaha untuk mendapatkannya. Allah datangkan kepada saya dengan berbagai cara. Salah satu caranya ialah Allah memperalatkan orang-orang yang saya sayangi untuk saya mendapatkan sesuatu itu, terutama bagi perkara yang ada kaitan dengan tugas saya sebagai Rasul Allah, segalanya Allah sempurnakan.

11. Mukjizat saya yang ini tidak ada sesiapa jua yang dapat mengalahkan saya bila saya berlawan hujah, terutama dengan semua golongan yang menentang saya dan menidakkan saya sebagai Rasul Allah. Allah benarkan hanya golongan tertentu sahaja untuk berlawan hujah dengan saya untuk mereka ini dijadikan contoh berbagai golongan insan di dunia ini. Mana jua ulama tidak Allah benarkan berlawan hujah dengan saya walaupun mereka didesak untuk berbuat begitu. Begitulah Allah memelihara kemuliaan diri saya yang tidak boleh ditentang oleh mana jua ulama seluruh dunia. Yang Allah benarkan adalah golongan tertentu untuk Allah jadikan bukti penentangan mereka terhadap Rasul Allah seperti yang sudah siap Allah nyatakan dalam Al-Quran. Sesungguhnya setiap apa jua yang saya alami dan lakukan semua sudah siap Allah nyatakan dalam Al-Quran. Contohnya bila saya Allah nyatakan sebagai Maryam yang ujud semula buat masa ini dalam bentuk jasad yang lain tetapi roh yang sama, agar semua orang tahu dan fahamkan setiap apa jua yang ditafsirkan sebagai Nabi Muhammad dalam Al-Quran itu adalah saya sebenarnya, terutama dalam Surah Maryam. Terus terang saya katakan setiap yang dikatakan untuk Nabi Muhammad dalam Surah Maryam itu adalah saya sebenarnya, agar tafsiran Al-Quran untuk Surah ini dinyatakan secara kasar terlebih dahulu. Menurut kata Allah setiap apa jua yang saya lalui memerangi syaitan, iblis dan dajal menerusi email selama ini sudah siap Allah nyatakan dalam Surah Maryam, agar semua yang menentang saya fahamkan semua tentang anda semua memerangi saya sudah siap Allah nyatakan dalam Surah Maryam. Begitulah sebenarnya Allah memberikan tafsiran Al-Quran dengan memahamkan peristiwa sekarang sudah siap Allah nyatakan dalam Al-Quran, agar segala yang benar saya dedahkan disini. Dalam surah Maryam, Allah ada menyatakan tentang anak, yang sebenarnya Allah merujuk kepada saya sebab saya sebenarnya memanggil Allah dengan panggilan ‘Bapak.’ Menurut kata Allah panggilan itu hanya untuk insan yang Allah muliakan sahaja; bukan pula bermaksud saya ini anak Allah. Begitulah Allah sudah siap menjelaskan tentang perkara ini dalam Al-Quran untuk Al-Quran itu dibaca dan difahamkan semula menurutkan bacaannya yang sebenar seperti apa yang Allah nyatakan dalam ayat-ayat Al-Quran di bawah ini:-

[75.16] Janganlah engkau - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya.


[75.17] Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu, dan menetapkan bacaannya;


[75.18] Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya, maka bacalah menurut bacaannya itu;


[75.19] Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya.

Dengan apa yang Allah nyatakan di atas jelas menunjukkan bila Allah sudah menjelaskan isi kandungan Al-Quran secara kasarnya, ia-itu yang segala peristiwa sekarang ini yang berlaku di antara saya dan semua yang menentang saya adalah cerita yang Allah nyatakan dalam Al-Quran, untuk Al-Quran itu dibaca semula menurutkan bacaannya yang sebenar sekarang. Untuk makluman semua saya tegaskan, inilah masanya Al-Quran itu difahamkan semula dengan memahamkan setiap apa yang berlaku di antara saya dengan semua yang menentang saya selama ini adalah sebenarnya cerita yang Allah nyatakan dalam Al-Quran itu. Oleh itu bacalah semula Al-Quran itu untuk memahamkan setiap apa jua yang saya lalui sejak saya mengumumkan diri saya sebagai Rasul Allah sehingga saya hebat diperangi, dihina, dicaci dan di maki hamun, sudah siap Allah nyatakan segalanya dalam Al-Quran.


12. Bukti diri saya sebagai Rasul yang Allah utuskan ialah bukti nyata ini yang perlu saya dedahkan sekarang, ia-itu semua yang menentang saya dan memerangi saya selama ini terdiri dari semua golongan yang tidak lagi bertuhankan Allah, malah telah bertuhankan jin, ia-itu jin yang memainkan peranan syaitan, iblis dan dajal ikut tahap kejahatan masing-masing dengan segala katanisa yang mereka lemparkan terhadap saya. Contohnya mereka yang menghina saya dengan kata-kata lucah sudah tentu dari golongan yang melakukan perbuatan yang tidak baik dalam kehidupan mereka selama ini. Begitu juga dengan membuat tuduhan dan fitnah juga dari golongan yang sudah bertuhankan jin. Mereka telah bertuhankan jin disebabkan menggunakan atau memakai ilmu jin untuk mendapatkan sesuatu hajat, agar segala yang benar saya dedahkan disini. Mereka yang memerangi saya dengan segala hujah dari kitab dajal adalah sah dan nyata dari golongan dajal, ia-itu jin yang terlibat dalam agama yang telah disesatkan selama ini. Begitulah Allah peralatkan mereka dari berbagai golongan insan didatangkan khas kepada saya untuk mereka ini dijadikan contoh berbagai golongan manusia di dunia ini.

13. Mukjizat saya yang ini sudah amat perlu untuk seorang Rasul Allah, ia-itu mukjizat untuk saya menghina semua yang hina di mata Allah tanpa sesiapa jua boleh mendakwa saya bersabit dengan setiap apa jua yang saya nyatakan. Semua yang menentang saya sama sekali tidak Allah benarkan menyentuh saya walaupun sebesar kuman; mereka Allah benarkan hanya mengeluarkan kata-kata mereka yang hina untuk Allah pertontonkan segala kehinaan mereka itu untuk mereka Allah hinakan sehebat mana mereka menghina saya selama ini. Begitulah mukjizat yang Allah kurniakan kepada saya, ia-itu setiap apa jua golongan penentang atau yang memerangi saya selama ini katakan terhadap saya, merekalah yang sebenarnya begitu.

14. Mukjizat saya yang ini sudah tentu amat saya perlukan sebagai seorang Rasul Allah, ia-itu saya boleh memohon apa jua kepada Allah untuk Allah tunaikan segala apa yang saya pohonkan itu, terutama memohon cuaca yang saya perlukan. Untuk makluman semua buat masa ini saya hanya memohon agar tugas saya sebagai seorang Rasul berjaya dari masa ke masa untuk saya menjadi Rasul Allah ke seluruh dunia. Hanya ini sahaja yang saya pohonkan sebab saya amat mementingkan kerjaya saya sebagai seorang Rasul Allah melebihi segalanya. Oleh itu Allah perkenankan permohonan saya ini untuk saya menjadi lebih terkenal dari masa ke masa sehingga ke seluruh dunia. Begitulah mukjizat yang Allah kurniakan untuk saya memohon apa sahaja yang saya perlukan. Sebagai Rasul Allah apa yang saya pohonkan adalah yang ada kaitan dengan tugas saya sebagai Rasul Allah dan tidak lebih dari itu.

15. Mukjizat saya yang ini mengatasi semua Rasul Allah yang terdahulu, ia-itu saya bebas menyatakan apa jua yang saya perlu nyatakan tanpa dikenakan apa jua tindakan oleh mana jua pihak berkuasa. Bila saya menyatakan kaabah itu adalah rumah segala raja jin tidak ada mana jua pihak boleh menyentuh saya bersabit dengan apa yang saya nyatakan melainkan mereka ini hanya boleh marah dan menggila sahaja, tak lebih dari itu. Begitulah mukjizat yang Allah kurniakan kepada saya yang boleh menyatakan apa jua yang sensitif yang tidak boleh dinyatakan oleh orang lain, yang sudah tentu akan ditangkap dan didakwa oleh pihak berkuasa. Bila saya menyatakan sembahyang tonggang-tonggek itu laksana katak jantan mengawan tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh menangkap atau mendakwa saya sebagai bukti mukjizat saya yang ini, ia-itu apa jua yang sensitif bagi ulama dan ajaran Islam yang mereka sangkakan benar Islamnya selama ini, sedangkan hakikatnya ianya bukan Islam lagi tetapi adalah agama dajal, kenyataan yang saya nyatakan ini tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh mendakwa saya sebagai bukti mukjizat saya yang ini, ia-itu boleh menyatakan apa jua yang sensitif pada semua ulama dan dajal selama ini. Saya juga menyatakan raja segala jin tinggal dalam kaabah itu dan Mekah itu adalah tempat raja segala jin sebab itulah berbagai petunjuk aneh berlaku di Mekah. Semua petunjuk yang aneh itu bukan datangnya dari Allah tetapi dari jin sebenarnya, sebab di Mekah adalah tempat raja segala jin dan kaabah itulah rumah segala raja jin. Saya kata beginipun tidak ada siapa yang boleh menangkap saya walaupun hebat saya ditentang oleh semua dajal yang memerangi saya selama ini disebabkan saya menghina agama dajal yang mereka sangkakan Islam selama ini. Sebenarnya ajaran Islam telah begitu lama disesatkan dan dipesungkan oleh dajal, ia-itu sejak ujudnya hadis dan hadis hebat diamalkan. Begitulah hadis itu sebenarnya adalah kitab dajal dan inilah punca kesesatan kita selama ini. Saya katakan beginipun tidak ada siapa jua atau mana jua pihak berkuasa Kerajaan Malaysia atau pihak berkuasa agama Kerajaan Malaysia boleh menangkap saya atau mendakwa saya. Itulah bukti mukjizat saya yang ini, ia-itu bebas menyatakan segala yang benar dari Allah yang saya bawa selama ini!

16. Mukjizat saya yang ini juga Allah perlihatkan dengan terang nyata, ia-itu tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh mempersoalkan saya, apatah lagi datang menemui saya untuk menangkap saya bersabit dengan apa yang saya nyatakan di bawah ini:-

Saya selalu menyatakan agama Islam yang ada sekarang ini bukanlah Islam yang sebenar tetapi adalah agama dajal. Saya juga menyatakan semua golongan yang menentang saya menyembah batu kaabah; bukan menyembah Allah, mencium batu, menjilat batu, membaling batu, mengelilingi batu dan segalanya batu sehingga kepala merekapun jadi batu. Begitu marahnya mereka ini bila saya menyatakan begini sehinggakan saya dikatakan menghina Nabi Muhammad dan menghina Islam. Puas saya jelaskan yang menghina Nabi Muhammah dan Islam itu adalah semua golongan ulama dan semua yang mempertahankan ajaran ulama. Inilah golongan yang menghina Allah, menghina Nabi Muhammad dan menghina Islam selama ini untuk Allah tuntut sekarang! Begitulah saya membuktikan mukjizat saya yang ini, ia-itu bebas menyatakan segala yang benar demi mempertahankan hak Allah yang telah dikatakan saya pembawa ajaran sesat. Hakikat sebenarnya ulama yang sebenarnya pembawa ajaran sesat dan menyesatkan selama ini. Hebat ulama saya hentam, tetapi mereka tak boleh buat apa jua terhadap saya melainkan menyatakan saya gila. Contohnya apa yang dikatakan oleh mantan Mufti Perlis, Haji Mohd Asri bin Zainal Abidin adalah contoh nyata kata-kata dari dajal bila saya dikatakan gila atau sakit mental, tanpa membuat kajian apa-apa terus membuat tuduhan. Keadaan ini juga sudah siap Allah nyatakan dalam Al-Quran ayat 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Surah Al-Qalam yang berbunyi begini:-

[68.1] Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -


[68.2] Engkau - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila .


[68.3] Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus,


[68.4] Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.


[68.5] Maka engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -


[68.6] Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.


Begitulah Allah siap menyatakan saya menerima pena yang menyatakan saya gila dalam ayat 1, Surah Al-Qalam yang sebenarnya Allah tujukan kepada saya, bukannya kepada Nabi Muhamamd, sebab yang menerima pena atau surat menyatakan gila itu adalah saya; bukan Nabi Muhammad. Begitulah setiap apa orang kata saya sudah siap Allah nyatakan dalam Al-Quran.

17. Mukjizat saya yang ini juga perlu saya nyatakan sebagai bukti saya adalah Rasul yang Allah utuskan, ia-itu saya takkan tua sampai bila-bilapun, zahir dan batin. Begitulah Allah jadikan saya lain dari semua perempuan di dunia ini.

18. Mukjizat saya yang ini juga amat penting buat seorang Rasul Allah, ia-itu diri saya telah Allah bersihkan zahir dan batin sehinggakan air kencing saya amat bersih dan tidak berbau langsung. Begitulah Allah membuktikan kesucian diri saya sebagai Rasul yang Allah utuskan.

19. Mukijizat saya yang ini juga perlu saya nyatakan untuk saya Allah jadikan saya lain dari semua perempuan di dunia ini, ia-itu alat kelamin saya Allah jadikan lain dari semua perempuan di dunia ini untuk saya membahagiakan suami saya zahir dan batin. Allah tetap mahukan saya menyatakan perkara ini walaupun saya amat malu untuk menyatakannya. Disebabkan Allah menjadikan saya lain dari mana jua perempuan di dunia ini, saya hanya boleh dikahwini oleh seorang Rasul Allah sahaja. Begitulah taraf dan kemuliaan yang Allah kurniakan kepada saya agar saya dilebihkan dari mana jua perempuan di dunia ini. Begitulah Allah membezakan saya dengan mana jua perempuan di dunia ini.

20. Mukjizat saya yang ini perlu juga saya nyatakan, ia-itu selagi saya tidak melakukan tugas saya memerangi semua yang memerangi saya dengan kata yang setimpal dengan apa yang mereka nyatakan kepada saya, Allah tidak boleh mengurniakan saya mukjizat yang terakhir ini, ia-itu kemenangan abadi buat saya bilamana Allah buatkan semua orang tunduk sujud menyembah bumi tidak Allah benarkan berlawan dengan saya lagi. Untuk makluman semua itulah sebab setiap email yang diberikan kepada saya, yang menghina saya perlu saya balas untuk saya mendapatkan mukjizat saya yang terakhir ini, ia-itu mendapatkan kemenangan abadi terus dari Allah sendiri.

Begitulah serba sedikit mukjizat yang boleh saya nyatakan. Selainnya kenalah baca semua buku yang Allah turunkan menerusi saya yang semua salinan asal buku itu telah saya serahkan kepada Perdana Menteri, ketika itu Tun Dr. Mahathir di pejabat beliau sendiri pada tarikh 16 hb, Jun, 1992. Sebagai bukti lihat attachment: Surat Akuan Terima Buku itu dari Pejabat Perdana Menteri

Sekian saya maklumkan untuk sebaran untuk hari ini sehingga esok saya nyatakan lagi. Oleh itu tunggu email saya seterusnya esok.

Saya yang menurut perintah Allah / Tuhan,

Meriam bt Ahmad Shaharudin / Rasul Allah / Pesuruh Tuhan

Khamis, 27 Ogos 2009

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya

KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.



Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori penghantaran ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan lebat sebelum bertembung dengan kereta mangsa," katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Kelindan lori terbabit berumur 60 tahun turut mengalami kecederaan parah manakala pemandunya hanya mengalami cedera ringan, kata Rosli.

Katanya pemandu lori terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Cif Inspektor Nor Bulian Zakaria di talian 09-2222222, bagi membantu siasatan. - Bernama

Teknik Bertengkar Secara Positif

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."

(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.

Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my.

Rabu, 26 Ogos 2009

500 Ahli UMNO tidak keluar mengundi

Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Syabas dan tahniah kepada calon PAS kerana memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar walaupun merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai pada pilihan raya umum tahun lepas. Calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN, Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882 daripada pilihan raya lalu. Namun kekurangan ini sudah dijangka kerana pengundi dari luar kawasan tidak mendapat cuti, selain menganggap bahawa calon PAS akan tetap menang walaupun tanpa kepulangan mereka.

Walau bagaimanapun kekalahan calon BN yang jumlah undi yang diperoleh lebih rendah dari sebelumnya, amat tidak diduga. Ahmad Sahar Shuib memperoleh 5,571, manakala Rohaizat hanya mampu mengumpul 5,067 undi. Kekurangan lebih 500 undi daripada orang UMNO adalah tamparan hebat buat Perdana Menteri dan Timbalannya.

Jelas di sini sebahagian Ahli UMNO tidak keluar mengundi kerana protes kepada calon dan pemimpin UMNO sendiri. Dengan kekalahan ini seharusnya menyedarkan pemimpin UMNO dan ahli semua bahawa mereka sudah ketandusan pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang ada sekarang sudah tidak bernilai kepada mereka lagi.

Sekali lagi tahniah kepada ADUN baru dan PAS Pulau Pinang, semoga pada pilihan raya akan datang, banyak lagi kerusi diberikan kepada PAS. Selamat bertugas kepada ustaz Mohd Salleh Man, dan tengok-tangoklah kampung keluarga saya, Sama Gagah yang masih ketinggalan itu.

Selain itu, jika sudah menerajui Majlis Agama Islam Pulau Pinang, lihat-lihatlah kelemahan pengurusan agama dan perbaikilah dengan segera. Harta wakaf perlu dilihat semula dan diberi nafas baru. Islam dan umatnya mesti lebih mulia dan baik daripada orang lain. Jadi, pentadbiran agama Islam perlu lebih canggih daripada pentadbiran lain.

Awas! kemunculan blog rasul Melayu = haji Kahar

aku secara x sengaja telah menjumpai
satu blog pahaman Haji Kahar...
yg mendakwa dirinya sebagai rasul Melayu....
hahaha....
aku tahu ramai golongan profesional yg terpedaya
dgn Haji Kahar ni...
semuanya sbb nk idup senang,
malas nk wat ibadat...

aku harap ada pihak yg ambik berat tentang perkara ni
agar tidak mempengaruhi lebih ramai umat melayu....

klik blog bawah ni utk tgk,

Blog haji Kahar

Diam la nanti

Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor.
Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah
makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang
anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi
botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.

"Prangggggg! !!" Bunyi botol kaca pecah.

Barulah si ibu bersuara, "Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu.
Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak. "


"Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia,"

Prof kuliah

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.

Faks Pak Pandir

Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem.....

Kartika, terkenal degan Sebat

Ramai bercanggah pendapat Jaip tunda rotan Kartika

KUALA LUMPUR: Tokoh agama serta pemimpin masyarakat dan politik bercanggah pendapat berhubung keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan pelaksanaan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno berhubung kesalahan meminum arak.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata keputusan Jaip menggambarkan sesetengah pihak kurang yakin dengan pelaksanaan undang-undang syariah.

"Hukuman itu tidak wajar ditangguhkan dengan alasan untuk menghormati Ramadan. Jika berpegang kepada alasan itu, maka semua hukuman terhadap pesalah yang ingin dijalankan pada bulan ini (Ramadan) perlu ditangguhkan".

Bekas Yang Dipertua Yadim, Datuk Dasuki Ahmad, juga berpendapat hukuman itu seharusnya diteruskan walaupun pada bulan Ramadan bagi mengelak salah tanggapan masyarakat terhadap pelaksanaan undang-undang syariah.

"Apabila mahkamah sudah menjatuhkan hukuman dan pesalah sedia menerima hukuman terbabit, apa salahnya jika melaksanakannya walaupun di bulan Ramadan. Tujuan kita hendak mendidik bukannya mendera".

Tapi.. kenyataan Tun Dr Mahathir & Shahrizat paling BAHAYA!!

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melalui laman blognya mempersoalkan hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah terhadap Kartika, sama ada ia keputusan tepat dan adakah terdapat peruntukan dalam undang-undang Syariah di negara ini.

TIDAK SEDARKAH MEREKA YG MEREKA BERCAKAP TENTANG HUKUM HUDUD.. HUKUM ALLAH!! JIKA MEREKA MENDAKWA HUDUD ITU ZALIM MAKA MEREKA MENUDUH ALLAH ITU ZALIM!! ASTARGHFIRULLAH. ..

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula memuji tindakan Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan hukuman itu ditangguhkan.

"Apa yang kita risau, corak hukuman itu boleh memberikan impak buruk kepada negara ini seperti Malaysia dianggap mengamalkan sistem yang zalim," katanya.

"Saya tidak melihat perkara ini sebagai satu isu asalkan pelaksanaannya tidak menunjukkan ia dibuat atas faktor Kartika ini seorang wanita. Bagi saya, ini bukannya cara terbaik untuk mendidik apatah lagi hukuman ini keputusan yang tepat atau tidak.

"Kita perlu melihat perkara ini dalam konteks yang lebih luas. Dasar wanita yang baru juga akan mengambil kira semua ini agar tidak ada pihak yang teraniaya atau menjadi mangsa hanya kerana mereka ini seorang wanita," katanya.

Beruang, Singa & Babi..

Beruang, Singa dan Babi bertemu di hutan...

Beruang kata: "sekali ja aku mengaum, seluruh hutan menggigil."

Singa kata: "eleh, sekali ja aku mengaum semua belantara ketakutan."





Babi kata: " Wa La Weh.... sekali ja aku
batuk ke bersin ke , satu dunia panik.!"

Sakit Gatal

Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk
dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"

Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua."

Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"

Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"

Penemuduga: "Mata kamu pula?"

Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."

Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"

Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.

Isnin, 24 Ogos 2009

Siapa yang betul!!!!!!!!!!

"Seorang pelancong Australia nampak kebingungan
ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir.
Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya..
dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu
dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"

Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..

"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?"

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan..
lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..

"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil,
tapi jawabannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada
seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'.
akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik
menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk.
Sebenarnya mana yang betul?"


"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab
'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje...
Kalau yang menjawab'benar', orang itu latar belakang
pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan
kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana,"

jawab orang dewasa itu...

"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?"
tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"

Rintihan rakyat Malaysia

Kalau kerajaan AMBIL PEDULI orang bawah maka Mayasia ni aman, tak der demonstrasi, tetapi rintihan rakyat banyak ayng tidak didengar lagi...tak rasa tak tau...Saya lihat bagaimana Penguatkuasa merampas barang-barang orang miskin yang berniaga jual buah longgok2 dipasar malam...habis kereta sorong dipecah2..Kasiha orang tua, nyonya tua nak hidup...Berapa sen kah untung yang nyonya tu dapat?...Buah2 tu diambil bawa masuk lori dan ada yang memakannya.. .HARAM JADAH...

Orang jual goreng pisang, jual air tebu, jual air kelapa [ Tak der lesen ] mereka rampas / saman....TAK KAH CELAKA!! akhirnya Rakyat2 miskin merasa dendam pada Pemerintah.. / Penguatkuasa. .Mereka nak makan apa kerana banyak telah dibuang kerja. Minta lesen, minta warung TAK DAPAT....

Minta permit teksi...tak boleh kasi Individu...bagi pada syarikat. syarikat kasi apda individu sewa beli....Sewa permit RM 50.00 sehari, bayar kereta...Bayar Petrol Kalau dapat RM 100 sehari, tolak sewa, tolak minyak dapatlah 30.00 untuk 14 jam bekerja..kasihan. ..Tak ke Celaka tu!! Tol lagi sana sini...sedangkan Menteri2 hidup macam sultan, komision sana, komision sini, chairman sana chairman sini duit rasuah lagi...Astaghfirull ah...Anak haram! Oh zalimnya engkau wahai Pemimpin.... .

Kerajaan suruh buat kolam Ikan...bagi pinjaman...tak leh nak jual langsung kerana tiada lesen dikeluarkan oleh FAMA...kena jual kat FAMA, harga dia tentukan..harganya jauh lebih murah dari harga pasaran kerana FAMA jadi orang tengah nak supply pada Peniaga Pasar Malam....Kita bagi makan pelet pada ikan dan mahal tu...Kita bukan bagi makan tahi atau bangkai....Cam mana Rakyat tak naik angin...Baru nak berniaga akhirnya Bankrupt...Bank kejar suruh bayar..TEKUN kejar suruh bayar...

Banyak lagi yang dapat kita lihat...tak kena tak tau...Kalau nak berniaga kecil kecilan MESTI jadi Gengster...Kalau Penguatkuasa yang Kurang Asam datang kacau kita belasah ramai2...

Tempat saya tu budak2 berniaga jual burger cari duit untuk belajar..Malam2 buta pun Penguatkuasa datang...Minta Pau RM 50.00...dua tiga hari lagi datang lagi...Berapa lah budak2 tu dapat...Bukan kah CELAKA tu...

Yang bernasib baik ada kable dapat lesen...alhamdulill ah...Kasihan. ...apalah salahnya bila mereka nak berniaga minta lesen..bagi saja. Kerajaan dapat kutipan Lesen, Rakyat selesa..Ni tak boleh kasi...[ Dah cukup quota!! ] Rezeki orang mereka yang tentukan....

Kebanyakan mereka ini adalah anak bangsaku.... Bangsa Melayu...Penguatkua sapun kebanyakan bangsaku juga...Melayu yang bangsat!!

Disamping ada lah segelintir yang bagus dan baik2...Alhamdulill ah...

Maaf yer teremosi lah plak....tapi sama sama lah kita memerhatikannya. ..

Kingston Technology Europe Ltd , a subsidiary of Kingston Technology Company , Inc. , the independent world specialist in memory products , has launched the world's first 256GB USB flash drive , the Kingston Technology DataTraveler 300.


Click here to join nidokidos

The Kingston Technology DataTraveler 300.

It is the highest capacity available for a USB in the market. With this launch , Kingston Technology has positioned itself to be a leader in this high-capacity USB arena.

The Kingston DataTraveler 300 will enable users to carry around a whole digital world , ranging from an outstanding 51 , 000 images , or 54 DVD's , or 365 CD's , or a whole database of documents equal to a 1km paper tower.

The Kingston DataTraveler 300 is perfect for netbook and notebook users who want to extend the limited capacity of their machines. With a host of benefits such as fast transfer speed and password protect software , it is the ideal devise for business consumers who work with large databases , or even designers who need to transfer large graphic files from one place to another.

Antoine Harb , Business Development Manager for Kingston Technology in the Middle East , said:

'Business and individual users are increasingly demanding storage devices capable of managing huge amounts of data , used for work or entertainment. Carrying an external hard drive can sometimes be an obstacle.. With size , security and convenience of accessibility , the DataTraveler 300 enables users to carry huge volumes of data with them everywhere they go - up to 365 CDs for example , for video , music and gaming enthusiasts , that's one album or game for every day of the year. This demonstrates how far flash technology has developed.'



Harb added , 'Business users and consumers can also safeguard their data by initializing the Password Traveler software which will allow them to password protect their data in a privacy zone without the need of administrator rights.'

The Kingston DataTraveler 300 features a sleek cap-less design that will protect the USB connector when it is not in use and is enhanced for Windows Readyboost. The Kingston DataTraveler 300 is available only in 256GB and is backed by a five-year warranty and 24/7 Tech Support.

The Kingston DataTraveler is built to order only; customers who wish to purchase the drive can place an order with many reseller and e-tailers.

Jom Download lagu raya dan Puasa

  1. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
  2. Aidilfitri penutup puasa
  3. Aidilfitri Urdun
  4. Aishah - Pulanglah
  5. Aishah - Setitis cahaya di Aidilfitri
  6. Aman Shah - Kepulangan anakmu
  7. Amy Mastura - Selamat hari raya
  8. Anuar & Ellina - Suasana hari raya
  9. Awie - Selamat hari raya
  10. Bisikan Aidilfitri
  11. Diari Ramadhan Rafique
  12. Di pinggiran Aidilfitri
  13. DJ Dave - Menjelang hari raya
  14. Black Dog Bone - Cahaya di Aidilfitri
  15. D-justice Voice - Ramadhan kembali
  16. Fazidah Joned - Selamat hari raya
  17. Feminin - Kurniaan di Hari Raya
  18. Harapan Ramadhan
  19. Gema takbir
  20. Gita Gutawa - Niat berpuasa Ramadhan
  21. Hari raya hari kemaafan
  22. Iktibar Ramadhan
  23. Jalil Hamid - Raya
  24. Jalil Hamid - Dendang Hari Raya
  25. Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri
  26. Johari Johar - Sepasang kurung biru
  27. Lailatul Qadar
  28. Lebaran ini
  29. Mamat - Ku pohon restu Ayah Bonda
  30. Marhaban Ramadhan - Ar royan
  31. M.Nasir - Suatu hari di Hari Raya
  32. Mawaddah - Amalan di hari raya
  33. Mawaddah - Di dunia tidak ada Hari Raya
  34. Mawaddah - kesyukuran di hari raya
  35. Mawaddah - Ramadhan bulan bertuah
  36. Musafir di Aidilfitri
  37. P.Ramlee - Dendang perantau
  38. Rabbani - hikmah Ramadhan
  39. Rafeah Buang - Bila takbir bergema
  40. Rahim Maarof - Kepulangan abadi
  41. Rahimah Rahim - Selamat hari raya
  42. Raihan - Satu pagi di Hari Raya
  43. Raihan & Now See Heart - Hari Raya utk semua
  44. Ramli Sarip - Seri hari raya
  45. Rindu di Aidilfitri
  46. Sanisah Huri - Selamat hari raya
  47. S.Jibeng - Musafir di Adilfitri
  48. Saloma - Selamat Hari Raya
  49. Sanisah Huri - Aidilfitri
  50. Senario - Puasa raya
  51. Senario - Seminggu berhari raya
  52. Shiela Majid - Hari Mulia
  53. Siti Nurhaliza - Aidilfitri di Alaf baru
  54. Siti Nurhaliza - hari raya
  55. Siti Nurhaliza - Bila Raya menjelma
  56. Siti Nurhaliza - Sesuci lebaran
  57. Siti Nurhaliza - Suara takbir
  58. Syarifah Aini - Selamat hari raya
  59. Sudirman - Dari jauh ku pohon maaf
  60. Sudirman - Selamat Hari Raya
  61. Sudirman & Zaleha hamid - Inang Aidilfitri
  62. Takbir raya (long version)
  63. Takbir raya
  64. Takbir hari raya
  65. Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya