Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Jumaat, 7 Ogos 2009

Lawak anak hamil

Sang ayah Dan ibu sangat marah ketika mengetahui anak perempuan mereka hamil.

"Siapa si bedebah itu !" jerit sang ayah, sedang is ibu menangis.

"Suruh dia datang kesini!"

Si anak pun menelefon lelaki yang menghamilinya.

Setengah jam kemudian sebuah Ferrari merah berhenti di depan rumah.

Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk

ke rumah. Lelaki itu berhadapan dengan ibu dan ayah perempuan yang telah

dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi

terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri

saya tak mengizinkan".

Namun bagaimanapun, saya akan bertanggung jawab. Sekiranya anak anda

melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah

supermarket, sebuah hotel dan wang tunai.

Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah

Kereta mewah, dua buah supermarket, dua buah hotel dan wang tunai.

Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis.

Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu, sang ayah berkata,

"Kalau keguguran, kamu cuba lagi ya !!"

Criminal hanged in Iran

---This guy killed 22 children (boys and girls) and raped some of them aged between 7 yrs to 13 yrs in Iran. He was caught lashed 100 times and hanged.

.

Image removed by sender.


Isnin, 3 Ogos 2009

Mengapa perempuan semakin ramai merokok ?

Salam semua,

Soalan ‘Mengapa perempuan semakin ramai merokok?’ bukan nak cari salah sesiapa. Cuma nak dibincangkan dan nak mengenal pasti sebab2 atau punca2 terjadi nya perkara begini. Saya tidak merokok dan saya tidak anti perokok.

“Walaupun penggunaan tembakau di Negara maju sudah berkurangan, KEADAAN SEBALIKNYA BERLAKU DI NEGARA MEMBANGUN. Di Malaysia, statistik menunjukkan ketagihan merokok telah bermula dari umor 15 tahun keatas meninggkat sehingga 21% pada tahun 1985 kepada 31% pada tahun 2000. Terdapat kira-kira 3.5 juta perokok di Negara ini dan mereka menghisap 10 batang sehari. Rakyat Malaysia juga membelanjakan kira-kira RM15 juta (Lima Belas Juta Ringgit) sehari dan dalam masa setahun mencecah Rm6 billion (WOW…. Labur kt KOSIM ada paedah).


~Inilah anak-anak kita yang bakal menerajui negara suatu ketika nanti.. kalau bakal mak macam nie.. anak alaf baru buatan dia orang macam mana lah yer nanti? nauzubillah himin zaliq!~

Merokok menduduki tempat ke-4 dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius seperti barah, penyakit janutng, dan masalah penafasan. Antara kesan dari merokok:-

1) satu kajian terhadap 5000 lelaki cina menunjukkan bahawa 60% daripada mereka merokok lebih dari 1 kotak sehari berkemungkinan mengalamai disfungsi ereksi atau ‘mati pucuk’ berbanding mereka yg tidak merokok.

2) WANITA YANG MEROKOK LEBIH BERKEMUNGKINAN MENGALAMI KESUKARAN UNTUK MENGANDUNG, KOMPLIKASI KETIKA HAMIL DAN RISIKO KEGUGURAN YANG LEBIH TINGGI.

3) Satu kajian dijalankan di Pusat Biologi Perinatal di California menemui bukti bahawa manita hamil memberi kesan negative pada jantung janin.

4) Asap rokok boleh merosakkan fungsi arteri kanak-kanak

kalo tuhan tu baik,kenapa buat neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

End of my story. :-)