Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 25 April 2009

Cari Cin Peng

I was looking for an empty space to park my car at Bangsar
when suddenly there's a knock on the glass

"Encik ah..tanya sikit ah..itu Chimpeng mana ah..?"

"Apa?"

"Chimpeng, Chimpeng...saya sudah tanya itu guard ah.. dia
ckaap sini ada satu Chimpeng..."

"Sorrylah Apek. Saya tak tau woh...Apa tempat itu Chimpeng?"

"Aiyah...itu Chimpeng balu punya..Saya mau pigi angkat wang
la..."

"Tarak tau la boss. Itu kedai ka apa?Along ka?"

"Chimpeng bukan kedai ma..lu itu pun tak tau ah..? itu
Chimpeng macam itu....Maypeng, Public Peng, RHetB Peng...itu balu punya Peng.."
buat aku pening je..

Rupa2 nya dia cari ....... CIMB Bank .. !!!!!!!

Jumaat, 24 April 2009

Hukum Suami Menghisap Susu Isteri


Apakah hukumnya seorang suami terminum atau terasa susu isterinya ketika sedang berasmara ?

Jawapan :

Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika menyebut tentang hubungan antara suami dan isteri menyebut riwayat dari al-Baihaqi yang menceritakan seorang sahabat ketika bergurau senda dengan isterinya, beliau telah menghisap buah dada isterinya, lalu terminum susunya. Lalu dia pergi bertanyakan kepada Abu Musa al-Asy'ari (الأشعري) ra. Jawab Abu Musa ra: "Diharamkan ke atas kamu." Kemudian lelaki itu pergi bertemu dengan Ibn Mas'ud ra. Jawab Ibn Mas'ud:





"Tidak mengapa, (kerana) tidak ada al-Rada'ah (hukum susuan) melainkan dibawah umur 2 tahun. (Riwayat al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra, hadith ini Mursal, akan tetapi padanya ada Syawahid/pendokong)

Allah swt berfirman:

والوالدات يرضعن أولادهن حولين كاملين لمن أراد أن يتم الرضاعة

Maksudnya : "Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka 2 tahun yang sempurna, bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan tempoh susuan."

Ini membawa maksud penyusuan yang diharamkan itu (kerana menjadi anak susuan) kepada wanita ada tempohnya yang tertentu, iaitulah sebelum 2 tahun. Jika lebih dari 2 tahun tidak mengapa.

al-Qaradhawi menyambung: "Maka bagi lelaki dia boleh menyusui isterinya, ini adalah dari bentuk-bentuk keseronokan yang dibenarkan, tidak mengapa dengannya."

Pilih ibu atau bayi ?

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan

keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa

jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor

berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap. "Maaf encik, kami sudah

berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri!" jawab

doktor itu. "Jadi bagaimana doktor ...?" "Kami tak mungkin dan berupaya untuk

menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu

pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!" Lelaki tersebut

kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.......

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!"

desak doktor itu. Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan

nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada

doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah

berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia

tahu apa yang harus dila kukannya.

----------------------------------------------------------------------------

--------

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh

mempengaruhi keputusan disaat genting. Bagi seorang doktor beragama

kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan

si ibu. Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan

mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan

terakhir dan muktamat.. Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian? Dalam

ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini

dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah

menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti

seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor

Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar

dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa

mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan

mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya.. Jika si

anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab,

dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor

muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang

bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah

sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan

mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan

anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam

keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dila hirkan di

dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang

tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk

memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor

itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap

ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.

Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal

menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim. Sejak bangun

tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan. 1.. Meneruskan tidur, atau

bangun sholat subuh? 2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu? 3.

Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai

kopi/disco dahulu? 4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi

rakan sekerja? 5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu? 6. Hidup

mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia? 7. Dan banyak

lagi.....

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan

melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Tambahkan diri dengan

ILMU. Mudah2an selamat kita semua di dunia & di akhirat. Amiin.

Rabu, 22 April 2009

Tertelan duit

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

Selasa, 21 April 2009

Risiko Cermin Pecah

CERMIN yang tiba-tiba pecah ketika memandu sering mendatangkan kemusykilan kepada pemandu walaupun ketika itu tiada sebarang objek keras seperti batu terkena cermin kereta.

Sekiranya perkara itu tidak pernah berlaku, pasti ada di kalangan pemandu pernah melihat cermin depan sebuah kereta retak seribu atau ternampak sebuah kenderaan sudah tiada cermin hadapan sambil pemandunya memasang lampu kecemasan.

Mengapa perkara seumpama itu boleh berlaku pada kenderaan? Sebagai pemilik kereta, anda harus memberi perhatian khususnya terhadap soal penjagaan cermin hadapan kenderaan.

Ini kerana, cermin hadapan yang pecah atau retak boleh menyebabkan aktiviti harian terganggu selain terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk menggantikannya.

Walaupun cermin hadapan dilindungi insurans, pihak terbabit tidak boleh melakukannya dalam masa dua jam dan pelbagai langkah perlu diikuti sebelum tuntutan ditunaikan.

Sekiranya pengguna mengambil berat soal kenderaan masing-masing, masalah cermin hadapan pecah atau retak seribu secara tiba-tiba boleh dielakkan.

Kebiasaannya, cermin hadapan retak dan pecah disebabkan beberapa perkara seperti kenderaan diletakkan terlalu lama di kawasan panas.

Sinaran matahari yang kuat terutama pada waktu tengah hari menjadikan ruang dalaman kenderaan seperti 'ketuhar', ditambah pula semua tingkap tertutup rapat tanpa memberi ruang untuk udara luar memasuki ruang dalam kereta.

Masalah akan mula berlaku sebaik saja pemilik membuka pintu kereta kerana pada waktu itu, udara sejuk akan menyerbu masuk manakala udara panas keluar secara serentak.

Perkara ini boleh diibaratkan menuang air sejuk ke dalam gelas berisi air panas secara serentak atau seperti besi panas yang disiram air.

Jika besi, ia tidak akan pecah tetapi bagi cermin yang terlalu panas terkena udara sejuk serta-merta, ia akan merekah dan seterusnya pecah.

Cermin juga boleh menjadi pecah apabila kereta diletakkan dalam keadaan cuaca panas terik dengan tingkap tertutup rapat dan secara tidak dijangka, hujan panas berlaku.

Bagi cermin kenderaan satu lapisan, ia pasti hancur berderai manakala bagi cermin kenderaan dua lapisan atau berkualiti tinggi, ia retak tetapi tidak hancur disebabkan campuran plastik atau lapisan tambahan.

Kebanyakan cermin kereta kini diperbuat daripada campuran kaca plastik untuk mengelak pemandu serta penumpang terluka apabila ia pecah dan berterbangan ke dalam kereta.

Cermin hadapan berkualiti rendah boleh diumpamakan seperti kaca botol minuman di mana apabila ia pecah, serpihannya menjadi tajam dan boleh melukakan pemandu atau penumpang.

Memandu dalam keadaan cuaca panas terik dengan memasang penyaman udara terlalu kuat tetapi secara tiba-tiba membuka tingkap turut menyumbang kepada masalah cermin pecah secara tiba-tiba.

Selain masalah udara panas dan sejuk, cermin yang berada dalam keadaan retak juga boleh menyebabkan ia pecah terutama apabila ia gagal menampung tekanan akibat rintangan angin ketika kelajuan tinggi.

Cermin yang sudah retak perlu diganti bagi mengelakkan ia terus 'membesar' kerana habuk atau pasir halus yang memasuki ruang retak itu akan mengembang apabila panas dan menambahkan lagi keretakan.

Sekiranya perlu, tampal bahagian retak itu dengan pelekat lutsinar bagi mengelakkan pasir halus memasukinya atau pecah ketika memandu dalam kelajuan tinggi.

Keretakan pada cermin hadapan biasanya disebabkan terkena objek keras seperti batu yang terpelanting dari jalan mahupun daripada lori membawa muatan apabila sesuatu kenderaan itu mengekori lori berkenaan terlalu hampir.

Untuk mengelak cermin depan atau belakang retak seribu dan akhirnya pecah, langkah terbaik ialah meletakkan kereta di tempat teduh seperti di bawah pokok atau tempat letak kereta berbumbung.

Jika terpaksa meletak kereta di tempat panas, tutuplah bahagian panel kereta dengan pelindung cahaya matahari khas yang boleh dibeli di kedai aksesori atau stesen minyak.

Pemilik juga boleh menutup panel dengan menggunakan sebarang kain atau kotak yang bukan berwarna gelap. Ini untuk menghindari kepanasan daripada diserap.

Perlu diingatkan, potensi cermin pecah jika mengekori lori yang membawa muatan seperti batu memang ada dan sebaik-baiknya, jarakkan kenderaan daripada mengekori kenderaan seumpamanya terlalu rapat.

Isnin, 20 April 2009

Kes-Kes Terhangat Dibawah Siasatan Jenayah Komersil, PDRM

1. Kes Penipuan Peraduan Akademi Fantasia 4 (AF4) Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
2. Kes Penipuan Gores dan Menang.
3. Kes Penipuan Tiket Toto / Nombor Ekor / Loteri / 1 + 3D dan 6D Palsu.
4. Kes Penipuan Bomoh, Tilik Nasib dan Perubatan.
5. Kes Penipuan SMS Bahasa Cina Lucky Draw Yang Kononnya Dari Macau.
6. Kes Penipuan Bantuan Kebajikan / Ibu Tunggal / Warga Emas.
7. Kes Penipuan Sewa Tanah.
8. Kes Penipuan Jual Beli Tanah.
9. Kes Penipuan Jual Beli Kereta.
10. Kes Penipuan Haji dan Umrah.
11. Kes Penipuan Lelongan Barang Rampasan Kastam.
12. Kes Penipuan Fly By Night.

KES PENIPUAN PERADUAN AKADEMI FANTASIA 4 (AF4) MELALUI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS).

1. Kes penipuan menang hadiah peraduan Akademi Fantasia 4 melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) masih lagi berlaku walaupun orang ramai telah dimaklumkan supaya berwaspada dengan penipuan ini melalui akhbar-akhbar tempatan. Sidang akhbar mengenai hal ini telah pun dibuat pada 19 September 2006 yang lalu. Sejak bulan September 2006 hingga 22 November 2006 sebanyak 96 laporan polis telah dibuat yang melibatkan kerugian sebanyak RM 158,616.15. Sebanyak 20 kes telah dilaporkan di Selangor, Perak 12, Johor 10, Pahang 9, Sabah 8, Sarawak 8, Melaka 5, Terengganu 5, Kedah 4, P. Pinang 4, N. Sembilan 3, Kelantan 3, dan Perlis 1.

2. Modus Operandi
i) Mangsa akan menerima SMS
Tahniah Simcard anda telah memenangi hadiah cek tunai RM 9,000.00 peraduan Akademi Fantasia 4 (AF4), dan mengarahkan mangsa menghubungi nombor telefon yang diberikan dalam SMS tersebut. Dalam perbualan mangsa akan dimaklumkan bahawa panggilan daripada pegawai ASTRO Bukit Jalil. Apabila nombor tersebut dihubungi mangsa diarahkan supaya membuat deposit sebanyak RM 1,000.00 ke akaun bank yang diberitahu sebagai wang proses untuk mendapatkan hadiah wang tunai RM 9,000.00. Proses pemindahan dengan menggunakan nombor pin seperti yang diberikan iaitu 333999 atau 999777. Mangsa telah diarah untuk menyemak akaun selepas 24 jam. Apabila mangsa menyemak buku akaun didapati wang tidak dimasukkan dan ada mangsa mendapati wang simpanan telah pun dikeluarkan.

ii) Terima SMS mengatakan CONGRATULATION, anda menang wang tunai RM 9,000.00 dari Maxis. Info sila hubungi perkhidmatan Maxis 0062813878013335, atau layari laman web http://www.hotlink. com.my Saspek mengarahkan pengadu supaya menghubungi nombor telefon tertentu. Apabila dihubungi, seorang lelaki loghat Indonesia mengarahkan untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank bagi mendapatkan hadiah tersebut. Sampai di bank saspek meminta nombor akaun bank dan nombor kad ATM. Kemudian pengadu diarahkan supaya memasukkan kad ATM melalui Maybank2U, seterusnya memasukkan no. pin yang diberikan oleh saspek. Selepas itu, mangsa periksa akaun dapati sejumlah wang telah berkurangan dari akaunnya.

3. Hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM Bukit Perdana, bahawa saspek-saspek yang terlibat dalam kegiatan ini masih belum dikenalpasti. Namun adalah dipercayai bahawa nombor telefon dan juga SMS bukan didaftarkan di Malaysia tetapi dipercayai didaftarkan di Indonesia.

4. Orang ramai adalah dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan jangan mudah terperangkap dengan penipuan ini yang tidak wujud. Orang ramai juga adalah dinasihatkan supaya tidak mudah memberi keterangan diri atau nombor akaun bank sewenang-wenangnya kepada mereka yang tidak dikenali dan orang ramai harus memeriksa kebenaran sesuatu berita terlebih dahulu. Sebarang maklumat mengenai kegiatan ini hendaklah dimaklumkan kepada balai-balai polis yang berhampiran atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di negeri-negeri ataupun melalui talian Bilik Gerakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Perdana ( 03-26163822 ).

5. Penipuan ini masih lagi berlaku tetapi sejak akhir-akhir ini namun ianya telah berkurangan di atas tindakan yang telah diambil:-
i) Membuat kenyataan-kenyataan akhbar.
ii) Kempen pencegahan jenayah melalui pameran.
iii) Menghebahkan mengenai kes penipuan AF4 di Siaran Radio ERA dan televisyen Astro Channel 4.
iv) Alert notis di ATM Bank.
v) Alert notis melalui SMS telefon bimbit oleh Celcom.
vi) Nasihat dari pihak polis
adalah dimaklumkan satu sindiket penipuan peraduan akademi fantasia 4(AF 4) melalui sms kononnya anda memenangi hadiah wang tunai dari pihak akademi fantasia 4 (AF 4). anda hendaklah mengabaikan sms ini kerana ini adalah satu penipuan.


KES PENIPUAN GORES DAN MENANG.

1. Modus Operandi
i) Terima panggilan telefon daripada saspek beritahu supaya datang ke Syarikat saspek kerana memenangi hadiah cabutan bertuah, kemudian berjumpa saspek dan saspek minta RM 9,200.00 untuk mendapat cabutan bertuah kereta. Apabila pengadu membuat tuntutan dapati syarikat tutup.

ii) Pengadu telah didatangi beberapa orang saspek dengan mengatakan anak pengadu telah menangi hadiah cabutan bertuah dan beritahu anak pengadu suruh serahkan barang kemas yang berjumlah RM 10,000.00 kepada suspek sebagai cagaran hadiah yang dimenangi. Pengadu telah serahkan barang kemas dan suspek memberitahu pengadu mereka akan datang sekejap lagi. Saspek telah melarikan diri.

KES PENIPUAN TIKET TOTO / NOMBOR EKOR / LOTERI / 1 + 3D DAN 6D PALSU.

1. Modus Operandi
i) Saspek berbangsa indonesia, memberitahu mangsa bahawa tiket toto atau 1 + 3d nya telah menang hadiah dengan menunjukkan tiket loteri bersama keratan akhbar keputusan cabutan. Saspek mengatakan tidak boleh menukar tiket itu kerana tidak mempuyai kad pengenalan atau pasport. Saspek juga mengatakan beliau kesempitan wang dan memerlukan wang segera untuk rawatan perubatan dan sebagainya. Saspek menjual tiket tersebut kepada mangsa.

ii) Saspek menunjukkan tiket toto yang dimenangi kepada mangsa. Oleh kerana saspek tidak mempunyai dokumen diri, saspek mengarahkan mangsa untuk menunaikan wang dengan syarat mangsa mahu menyerahkan wang atau barang kemas kepada saspek sebagai cagaran.

2. Sebanyak 9 orang telah telah ditangkap, 1(L) Melayu dan 1(P) Indonesia ditangkap pada 15 Januari 2007 dan 7 orang lagi iaitu 1(L) Melayu, 4(L) Indonesia dan 2 (P) Indonesia ditangkap pada 25 Januari 2007. Kesemuanya ditangkap di Kuala Lumpur dan Selayang, Selangor.

3. Lain-lain ahli sindiket masih lagi bergiat aktif dan pihak JSJK masih lagi berusaha untuk menangkapnya.


KES PENIPUAN BOMOH, TILIK NASIB DAN PERUBATAN.

1. Modus Operandi
i) Pengadu terima panggilan telefon daripada suspek dan beritahu mahukan wang untuk sembahyang bagi tujuan memperbaiki nasib pengadu sekeluarga. Pengadu terpedaya dan suspek meminta pengadu memasukkan wang untuk upacara sembahyang ke dalam akaun bank. Suspek berjanji akan serahkan kembali wang tersebut selepas upacara sembahyang. Namun, selepas beberapa hari selesai upacara sembahyang, suspek tidak memasukkan wang ke dalam akaun pengadu bahkan suspek menyuruh pengadu memasukkan wang ke dalam akaun saspek dan berjanji akan bayar balik. Pengadu rasa tertipu dan buat laporan polis.

ii) Suspek menemui pengadu dan mengatakan keluarga pengadu telah terkena jampi bomoh/mendapat sial. Suspek telah menyuruh pengadu menyerahkan wang dan barang kemas kepada suspek untuk upacara sembahyang bagi mengelak jampi tersebut/membuang sial. Namun selepas upacara sembahyang, suspek tidak serahkan kembali wang dan barang kemas kepada pengadu.

iii) Pengadu telah menerima surat dari suspek, minta pengadu masukkan wang bagi upacara sembahyang seorang sami untuk membersihkan diri bagi memenangi nombor ramalan. Setelah pengadu memasukkan wang ke dalam akaun bank, sekali lagi suspek meminta pengadu memasukkan wang, namun pengadu mula rasa curiga dan buat laporan polis.

2. Sebanyak 16 tangkapan telah dibuat seorang daripadanya telah dijatuhi hukuman 6 tahun penjara dan 15 kali sebatan.


KES PENIPUAN SMS BAHASA CINA LUCKY DRAW YANG KONONNYA DARI MACAU.

1. Modus Operandi
Pengadu terima SMS dalam bahasa cina mengatakan memenangi peraduan
Lucky Draw dari luar negara. Kemudian pengadu dikehendaki menghubungi suspek untuk keterangan lanjut. Selepas itu suspek menyuruh pengadu memasukkan wang tunai ke dalam akaun suspek sebagai wang cagaran. Suspek berjanji akan masukkan hadiah wang tunai ke dalam akaun pengadu namun selepas pengadu buat semakan, wang tidak dimasukkan dan suspek gagal dihubungi.


KES PENIPUAN BANTUAN KEBAJIKAN / IBU TUNGGAL / WARGA EMAS.

1. Modus Operandi
i) Saspek memperdaya mangsa untuk memberi bantuan kebajikan dalam bentuk kewangan kepada mangsa. Saspek meminta wang/barang kemas sebagai wang proses serta dikehendaki tidak memberitahu kepada sesiapa. Saspek berjanji dengan mangsa akan berjumpa pada minggu yang berikutnya untuk menyerahkan wang bantuan itu. Namun saspek menghilangkan diri.

ii) Saspek memperdaya mangsa menyamar sebagai pegawai baitulmal / jabatan kebajikan masyarakat untuk memberi bantuan warga emas / ibu tunggal / fakir miskin. Saspek meminta mangsa menyerahkan wang/barang kemas atau buku simpanan mangsa sebagai cagaran /wang proses. Saspek berjanji akan berjumpa dengan mangsa pada hari yang berikutnya. Namun saspek telah menghilangkan diri.


KES PENIPUAN SEWA TANAH.

1. Modus Operandi
i) Suspek datang ke rumah pengadu dan memperkenalkan diri dari syarikat Telekomunikasi berbincang dengan pengadu untuk menyewa tanah bagi mendirikan pencawang telefon/pemancar astro/alat pengesan ombak tsunami. Kemudian suspek menyuruh pengadu mengeluarkan semua wang simpanannya dari bank dengan alasan untuk mengelakkan cukai. Selepas itu suspek melarikan diri bersama wang pengadu.

ii) Suspek datang ke rumah pengadu berbincang untuk menyewa tanah pengadu bagi tujuan menyimpan kabel. Kemudian suspek menyuruh pengadu mengeluarkan semua wang simpanannya dari bank dengan alasan untuk mengelakkan cukai. Selepas itu suspek melarikan diri bersama wang pengadu.


KES PENIPUAN JUALBELI TANAH.

1. Modus Operandi
i) Pada mulanya suspek berjumpa dengan pengadu berbincang tentang peluang-peluang perniagaan, tender dan sebagainya. Kemudian suspek mengajak pengadu berkongsi membeli tanah yang mana menurut suspek tanah tersebut boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi dan seterusnya berkongsi keuntungan. Setelah pengadu serahkan wang, suspek telah melarikan diri dan gagal dihubungi.

ii) Suspek berjumpa pengadu untuk membeli tanah pengadu. Kemudian suspek menyuruh pengadu mengeluarkan wang simpanan pengadu kononnya untuk mengelakkan cukai. Selepas itu suspek telah melarikan wang pengadu.

iii) Pengadu telah membeli tanah daripada suspek. Namun setelah pengadu melihat tanah tersebut, didapati tanah tersebut adalah milik orang lain.

iv) Suspek telah membuat perjanjian untuk menjual tanah kepada pengadu. Kemudian pengadu serahkan wang pendahuluan kepada suspek. Namun apabila pengadu hendak menyelesaikan semua bayaran, didapati suspek telah menjual tanah tersebut kepada orang lain.

KES PENIPUAN JUALBELI KERETA.

1. Modus Operandi
i) Saspek menipu mangsa dalam urusan jual beli kereta dengan cara tidak membuat bayaran kereta kepada pihak bank tetapi telah mengambil wang tersebut.

ii) Saspek menipu mangsa dengan mengambil wang deposit tanpa menyerahkan kereta yang ditempah dan saspek tidak dapat dihubungi.

iii) Saspek tidak menukar nama pemilik asal kereta kepada pemilik baru menyebabkan mangsa terpaksa menanggung ansurans bulanan yang tertunggak dan menerima surat amaran daripada bank.

KES PENIPUAN HAJI DAN UMRAH.

1. Modus Operandi
i) Suspek (1) lelaki melayu dan (2)(p) Melayu ke rumah pengadu dan menawarkan pertolongan kepada pengadu dan isteri pergi umrah serta minta wang proses pergi umrah. Pengadu terpengaruh seperti kena pukau lalu menyerahkan seutas rantai leher harga RM 1000.00. Suspek memberitahu akan datang kembali untuk membawa pengadu dan isteri ke Lembaga Tabung Haji tetapi hingga sekarang ketiga-tiga suspek tidak datang.

ii) Pengadu serahkan wang kepada suspek untuk uruskan jemaah umrah beserta pasport tetapi sehingga kini suspek masih memberi alasan dan berjanji pulangkan wang pengadu tetapi gagal.

KES PENIPUAN LELONGAN BARANG RAMPASAN KASTAM.

1. Modus Operandi
i) Mangsa terima SMS / panggilan telefon daripada saspek mengatakan dirinya sebagai Pegawai Kastam yang boleh menjual TV plasma, laptop, telefon bimbit, kamera digital dengan harga murah. Jika bersetuju, minta mangsa membuat bayaran melalui akaun bank. Selepas bayaran dibuat saspek gagal dihubungi.

ii) Saspek datang berjumpa mangsa dan mengaku sebagai Pegawai Kastam kemudian menawarkan untuk mendapatkan tender TV plasma, laptop, telefon bimbit , kamera digital dengan harga murah tetapi telah menghilangkan diri setelah mendapat bayaran tunai.

iii) Pengadu terlihat iklan mengenai jualan/lelongan barang rampasan Kastam dengan harga yang murah di laman web. Pengadu kemudian, menghubungi nombor telefon yang diberi oleh saspek dalam laman web tersebut. Pengadu bersetuju dan membuat bayaran melalui akaun bank yang diberikan oleh suspek. Suspek berjanji akan menghantar barang yang dikatakan tetapi sehingga laporan polis dibuat, pengadu tidak terima barang yang dijanjikan dan suspek gagal dihubungi.

KES PENIPUAN FLY BY NIGHT.

1. Modus Operandi
i) Saspek akan berjumpa atau telefon mangsa seterusnya memperkenalkan diri sebagai pengurus syarikat akan membuat tempahan atau belian. Setelah memperolehi barangan, saspek akan menyerahkan cek kepada mangsa sebagai bukti pembayaran. Apabila mangsa mahu menunaikan cek itu, dapati account closed. Mangsa juga mendapati syarikat telah ditutup dan saspek telah menghilangkan diri.

ii) Saspek mula membeli semua jenis barangan daripada mangsa, secara kredit dan dibayar menggunakan post dated cheque. Mangsa hanya mengetahui cek-cek bayaran tersebut tidak laku ketika berurusan dengan pihak bank pada tarikh matang. Mangsa juga mendapati syarikat telah ditutup dan saspek telah menghilangkan diri.

Ahad, 19 April 2009

Free download font

khas utk pembaca blog ni...
aku akan bagi link kat korang utk download font atau tulisan.
terdapat lebih 4000 jenis font utk pelbagai kegunaan,

korang nk wat assignment ker,project ker, presentation ker,
nk design baju ker, edit photo ker,wat logo ker...

apa2 jer lah korang blh wat asalkan korang kretif.
font ni x terdapat dalam microsoft word.

senang ajer nk install benda ni.
lepas korang download tu,
korang kena extract dlu,
sbb aku dah pack kan dia dlm format rar
supaya size dia kecik sket.

dah siap,korang open file tu,
setiap file ada 1000 jenis font.
korang cuba klik kanan pada salah satu true type font file tu,
pastu klik install.
klu xnak wat satu2, select all,klik kanan dan install.
senang ajer.
pastu korang try buka microsoft word,
pastu dah blh guna.

klu ada apa2 masalah, blh tanya aku ,k.
kat bawah ni cth tulisan yg ada.


Anak desa moden

Anak desa moden

Anak desa moden

Anak desa moden

Anak desa moden


Anak desa moden


Anak desa moden

Anak desa moden


Anak desa moden

Anak desa moden

Anak desa moden

Anak desa moden

Anak desa moden

Anak desa moden

Anak desa moden

Anak desa moden

Anak desa moden

Anak desa moden


ckp lah ngn cth tu...

cmner lawa x,aku pun dah rambang mata nk pilih yg mana.

klik kt bwh ni utk donload...

Font 1

Font 2

Font 3

Font 4

Font 5