Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Jumaat, 10 April 2009

Akibat maen ngan anjing

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tatu ayat Al-Quran

Sungguh kurang ajor betina nih!!!

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Mari mengorek idung

Photobucket

Khamis, 9 April 2009

Azirul dan Sirul kena hukum gantung

agak sedih aku mendengar berita ni
kes ni blm lagi selesai sepenuhnya....
tp hukuman yg agak berat telah dijatuhi...

jgn nanti bila diorang dah mati,
br lah terbukti diorang tidak bersalah...
memadai dgn penjara sahaja....kerana mereka berdua
masih diperlukan utk kes tersebut.

ada sebab2 tertentu yg menyebabkan mereka dikenakan hukuman sedemikian...
may b utk membersihkan nama seseorang dari dikaitkan lagi dgn pembunuhan
tersebut. selagi kes ni tak selesai,selagi tu lah namanya akan dikaitkan dgn pembunuhan tersebut...
siapa orgnya?? semua dah sedia maklum rasanya.

so, dgn 'selesainya' kes ini....maka bersih la sket namanya.

namun ada dua kemungkinan lagi yg bermain kat kepala otak aku ni...
adakah mereka berdua betul2 dikenakan hukuman mati atau sebaliknya.
kalau sebaliknya,mereka berdua akan memulakan hidup baru sebagai 'insan lain'.

selama ni pun,wajah mereka sentiasa ditutup, yg tinggal hanya mata sahaja...
jadi tak ramai yang mengenali mereka berdua....
so, kalau diorang memulakan hidup baru pun, takde siapa yang perasan.

kalau betol lah itu yang berlaku, maka betol lah kata org sebelum ini...
mereka hanya dijadikan 'kambing hitam' dalam kes ini.

Selasa, 7 April 2009

BN kuasai Batang, Pakatan kuasa 2 Bukit

Setakat aku menulis ni,itulah keputusan tidak rasmi PRK di tiga kawasan kecuali di BtG Air la..
keputusannya awal sket,sbb kat sana kan cepat gelap...

So,tak ada impaknya terhadap BN setelah Najib mengambil alih takhta PM yg sebelumnya disandang oleh Bapak Mertua Khairi.

Begitu jugak dgn penjoinan semula tun Mahathir dalam Umno...kempennya last minute dihadiri oleh ramai umat manusia, tp mungkin ramai yg kecewa apabila beliau menghentam Ir Nizar sebagai penderhaka...mungkin dia x tahu apa itu istilah 'sembah derhaka'.

tahniah kepada pakatan rakyat yg berusaha keras utk memastikan kemenangan di dua BUKIT tersebut.

Di Batang Air pulak memihak kepada BN. mmg sudah dijangkakan...
disebabkan kekurangan pendedahan di sana,serta kesukaran ahli2 Pakatan utk mendekati masyarakat di sana.
So, pakatan kena berusaha keras lagi kalau nk menawan Malaysia, sebabnya BN bergantung kepada kemenangan di Sabah dan Sarawak utk memastikan mereka terus menguasai Malaysia.

Apa2 pun tahniah kepada BN dan Pakatan.
takziah kepada Calon Bebas. kehadiran mu cuma memalitkan rekod dalam Malaysian Book of Record sebagai Calon paling ramai..itu saja.

Isnin, 6 April 2009

Mengetahui Masa Subur Isteri

Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:

1. Masa haid
2. Masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.
3. Masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan memberhentikan kedatangan haid.
4. Masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.
Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur. Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari.
Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur’. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu.
Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur. Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.
Selamat mencuba

Ahad, 5 April 2009

larangan pengantin baru

WASIAT RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata :

"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat (4) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu dilarang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."