Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 4 April 2009

Apa masalah dia nih?

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Senarai 13 tahanan ISA yang dibebaskan

Berikut ini adalah senarai 13 orang yagn diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak kelmarin. Perlulah diingatkan keputusan pengumuman ini jangan melalaikan kepada kita pejuang keadilan dan kemanan sejagat bahawa masih ramai yang meringkuk di dalam Kem Tahanan Kamunting. Bukannya membebas kan seramai itu, wajib bebaskan semuanya, dan wajib mansuhkan ISA yang zalim itu.

Antara tahanan ISA dibebaskan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak:

1. R. Kenghadharan, 40, peguam - Hindraf, ditahan 2007

2. V. Ganabatirau, 40, peguam - Hindraf, ditahan 2007

3. Mohd Nazri Dollah, 34, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan di Tawau, Sabah - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

4. Pakana Selama, pemastautin tetap Malaysia - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

5. Artas A. Burhanuddin, 41, jurukur gred - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

6. Francis Indanan, 41, pemandu teksi - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

7. Idris Lanama, 34, peniaga - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

8. Binsali Omar, 43, rakyat Filipina dengan taraf pemaustatin tetap Malaysia, penyelia syarikat - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

9. Pakana Selama dari Sabah - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

10. Amir Hussain, warganegara Myanmar, berhubung kesalahan palsukan dokumen

11. San Khaing, warga Myanmar berhubung kesalahan palsukan dokumen

12. Sundaraj Vijay, warganegara India berhubung kesalahan palsukan dokumen

13. Wan Amin Wan Hamat, anggota Jemaah Islamiah Wan Amin Wan Hamat, pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia


Siti Nurhaliza melawat Tuan Guru Nik Aziz

SELEPAS menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru, Kelantan pada 1 April lalu, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempat melawat Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim

Bercakap kepada pemberita kemudian, Siti berkata kunjungannya itu bertujuan meluahkan rasa hormatnya terhadap Nik Aziz.


Photobucket

Photobucket

Khamis, 2 April 2009

7 fakta aneh dan unik

1. Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Mohammed.

2. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk? Jawapan : madu.

3. Siput boleh tidur selama 3 tahun.

4. Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus membiak lebih dari sejuta anak tikus!

5. Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda!

6. Setiap lipstik mengandung sisik ikan.

7. Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya : semua ditemukan oleh perempuan ! Ha !

DuithuAkhbar x 3 = Laungan UMNO baru

Duithu Akhbar ! duithu Akhbar !duithu Akhbar !
Itu lah laungan baru UMNO kini,
Allahu Akhbar dan Islam Hadari,
Tidak kedegaran di masa ini.
Senang senang di tolak tepi,
Kerana wang lebeh bererti.

Ini adala persepsi,
Rakyat yang memerhati,
Budaya wang yang di semati,
Adalah budaya si Mamak Kutty.

Lihat bertambahnya para kroni,
Direktor Syabas punya gaji,
Boleh 10 kali melambung tinggi,
Tapi rakyat ceput punya gaji.

Gaji minima maseh tak ada lagi,
Jagan lah cakap nak tolong kami,
Poket sendiri saja yang berisi,
Rakyat habis kena tipu lagi.

Ini lah nsib rakyat Melaysia,
Salah memilih calun dan parti,
Kalau di pilih oposisi,
Mungkin tidak jadi begini.

Malang oh malang rayat kini,
Pencuri pun boleh jadi menteri,
Bukankah bala menipa nanti,
Allah marah buat begini.

Cepat cepat lah ubah mentality.
Perubahan perlu ada dalam Democracy,
ISA dan sedition act itu anti Democracy,
Di guna pemerintah untok halang oposisi,

Undi lah mereka yang ingin Refomasi,
Bukan mereka yang dah peretah 50 kali,
Tapi maseh tak buat buat reformasi,
PRU 13 nanti mereka kita gulingi.

Wahai rakyat yang di hamba abdi,
Oleh pemerintah yang sangat korupsi,
Guna Kapitalism yang kayakan kroni,
Kroni pula kayakan Menteri.

AP kereta semua untok kroni,
Kroni pula keluaga Menteri,
Harga kereta melambog tinggi,
Kerana cukai terselindung dalam AP.

Toll pula di beri kroni,
Apa salah di buat sendiri,
Oleh JKR dan Koperasi negeri,
Lebeh murah dari di buat kroni.

Tapi Pemerintah lebeh suka kroni,
Berjuta ekar tanah jadi hak Sime Darby,
Scheme kelapa sawit rakyat tiada lagi,
Semua di bolot oleh GLC.

Awas rakyat jagan tertipu lagi,
Pemimpin zalim perlu di hancuri,
Kita berkuasa dalam Democracy,
Pilihlah mereka yang tak korupsi.

Nasihat Pak Yeh cobalah dengari,
Untok kebaikan diri sendiri,
Fikirkan anak cucu kita,
Jangan di biar tak tentu hala.

Salam ! Peace !

Isnin, 30 Mac 2009

Pelaburan Emas

(Yang sah disisi undang-undang tanpa ada keraguan)

Pertama sekali, pelaburan emas boleh dilakukan
dengan 2 cara :-
1) Membeli emas fizikal
Gold Bar, Gold Coin, Gold Nugget & Gold Jewellery


2) Melabur dalam Akaun Pelaburan Emas (gold saving book)

Cara nak buat pelaburan EMAS?
  • Membeli ketulan emas di kedai Emas seperti Habib Jewels, Lady
    Fortuna, Poh Kong, Poh Win
  • Membeli barangan kemas (emas) di kedai emas (emas 916)
  • Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
  • Membeli Emas fizikal di UOB Bank
  • Simpanan Gold Saving Passbook di Maybank dan Public bank
  • Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
  • Membelisyiling emas/gold bar di Public Fine Gold.

Kenapa EMAS?
  • Sebab nilai emas lebih stabil berbanding unit trust & hartanah dalam
    masa jangka panjang
  • Nilai emas Feb 1999 = US$300
  • Nilai emas Feb 2009 = US$1,002
  • Kenaikan lebih 300% sepanjang 10 tahun.
  • Purata kenaikan lebih 30% setahun
Bagaimana Nak Mulakan?

  1. Pada kebiasaannya, orang banyak melabur dalam emas dengan membeli
    barang kemas.
  • Emas jenis ini mempunyai ketulenan emas 916
  • Kelebihan = Mudah dibeli di mana-mana
  • Kekurangan = Perlu simpan di tempat selamat. Harga lebih mahal kerana
    perlu tanggung kos desinger barang kemas, sedangkan nilai sebenar emas
    adalah rendah sedikit dari harga yang dinyatakan.
2. Membeli ketulan emas (gold bar) atau syiling emas
  • Gold bar biasanya mempunyai ketulenan emas 999
  • Gold coin pula biasanya mempunyai ketulenan emas 916 (supaya mudah
    dibentuk mcm barang kemas)
  • Kelebihan = Dapat lihat emas depan mata (puas hati)
  • Kekurangan = Kena simpan di tempat selamat. Tak boleh tanggalkan
    plastic-casing, jika tidak, nilai jualan-semula emas tersebut akan
    ditolak 10%-15%
3. Membeli emas melalui buku simpanan emas di Public Bank / Maybank
  • Berfungsi seperti buku ASB, dimana setiap pembelian unit saham akan
    direkodkan dalam buku. Setiap gram emas yang anda beli akan direkodkan
    ke dalam buku pelaburan emas anda (mengikut nilai emas pada masa
    pembelian).
  • Kelebihan = Tak payah pening cari tempat selamat. Mudah nak mulakan &
    maintain. Boleh jual-balik bila bila masa dan tukarkan kepada tunai
    untuk dapat keuntungan
  • Kekurangan = Public Bank tak sediakan penebusan dalam bentuk emas.
    Maybank ada sediakan penebusan dalam bentuk emas mengikut sukaran
    tertentu, tapi harga jualan emas di Maybank 2x lebih mahal dari Public
    Bank.
Note : For beginner - Gunakan cara 1 atau 3.

Akaun Pelaburan Emas di Public Bank
Public Bank Gold Investment Account

  1. Buka akaun simpanan di Public Bank. Minima biasanya RM300 deposit
    permulaan. (Boleh keluarkan balik selepas tu)
  2. Buka akaun pelaburan emas (Gold Investment Account) bila harga emas
    Public Bank rendah sedikit. Minima pembukaan akaun kena beli lebih dari
    20gram emas.
  3. Tambah pembelian emas dari masa ke semasa, terutamanya ketika
    harganya rendah (below RM100/gram) dan jual emas anda bila harganya
    mahal (melebihi RM115/gram) untuk nikmati keuntungan (boleh jual
    sebahagian atau kesemua). For long term, boleh tambah emas dari masa ke
    semasa (setiap bulan) dan jual sedikit demi sedikit bila dah bersara
    nanti.
  4. Contoh : Beli masa murah, jual semula masa harga mahal.
  5. Untung lebih 10% dalam 2 minggu
Zakat Emas
Perlu dibayar bila jumlah pegangan emas melebihi 85 gram dan dimiliki
lebih 1 tahun. Kiraan zakat bergantung pada status emas yang diguna dan
emas yang disimpan tanpa diguna.

penulis:
AZHA SYAZRI HJ AZIZAN (H/P: 012-2011-555)
Manager - Insurance, Takaful & Investment (AFPM
SimpanDuit Consulting (1807270-K)
A corporate agency with MAA Assurance, MAA Takaful & MAAKL Mutual

Ahad, 29 Mac 2009

Kenangan di Pangkor

gambar yg sempat aku rakam...
hehe

Photobucket

Photobucket