Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 28 Februari 2009

Memo kepada semua staff ( kegawatan ekonomi global )

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit.Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum `staff sembelit`.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini.Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.


HR DEPARTMENT

hahaha..resign 24 second

5 Tempat terkotor di dunia.

Mungkin Setiap orang mengimpikan tempat aman, selamat dan bersih untuk meneruskan survival hidup di dunia ini. Didalam lingkungan Negara kita mungkin persoalan diatas mempunyai jawapannya. Tetapi tahukah anda dunia ini sudah jauh binasa dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi….

1) Chernobyl, Ukraine

worldsdirty_1
Bandar Chernobyl terkenal dengan letupan Reaktor Nuklear pada tahun 80an yang menyebabkan radiasi tersebar ratusan kilometer malah 100 kali lebih besar dari kesan Bom Atom di Hiroshima & Nagasaki. Dengan kepadatan penduduk 135 000 orang keseluruhan kota Chernobyl telah di kuarantin sehingga kini setelah puluhan tahun masih lagi terdapat “zon berbahaya” seluas 19batu persegi, di mana tidak ada satu kehidupan yang berada disana.

2)Dzerzinsk, Russia
worldsdirty_2
Dzerzinsk mempunyai populasi 300 000 orang dan ianya hasil dari pencemaran “Senjata Kimia” Perang Dingin antara US dan USSR, Bandar ini merupakan tempat� Pengilangan & simpanan terbesar Senjata Kimia Tentera USSR. Toxic kimia merebak keseluruh system pengairan menyebabkan kadar kematian yang tinggi dihadapi penduduk Dzerzinsk

3) Linfen, China
worldsdirty_6
Linfen China bukanlah satu-satunya Bandar yang terkotor di China, Perlombogan Arang Batu adalah aktiviti utama di Bandar ini. menyebabkan sulfur dioksida & Carbon Monoxide tersebar diudara, kabus perang adalah permandangn biasa bg Linfen. Ianya juga banyak memberi efek terhadap pencemaran Air di bandar ini.

4) Mailuu-Suu, Kyrgyzstan

worldsdirty_5
Bandar Mailuu-Suu, Kyrgyzstan sering dilanda mala-petaka. Ianya merupakan salah satu tempat pemprosesan Uranium terbeasr di dunia. Pembuatan Bom Atom adalah Tujuan kepada perlombongan Uranium ini, setiap tahun hamper 1.96 juta cubic meter hasil perlombongan sisa radioaktif.

5) Norlisk, Russia

worldsdirty_8
Bandar Norlisk, Russia pusat perlombongan bijih besi terbesar di dunia, Bandar yang didiami puluhan ribu buruh ini hanya untuk satu tujuan iaitu bekerja melombong bijih besi. Mengikut Pertubuhan Kawalan pencemaran PBB bahan aktif yang tersebar di udara Norlisk adalah Strontium-90, Cesium-137 and lesser evils, including hydrogen sulfide.


Penangan pondan

KUALA LUMPUR: Akibat gemar menjalin percintaan songsang, segelintir lelaki tempatan bukan saja mudah cair dengan pujukan pondan, malah sanggup lari meninggalkan isteri dan anak untuk bersama ‘kekasih’ sejenis itu.

Wartawan Harian Metro yang melakukan siasatan mengenai gejala tidak bermoral itu dapat mengesan beberapa kes dengan bantuan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafiah Abdul Malek.

Seorang isteri yang sengsara selepas suaminya menghilangkan diri sejak empat tahun lalu kerana mengikut kekasih pondan, ditemubual dengan syarat nama sebenarnya tidak disiarkan.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Intan, 39, menyedari kegemaran ganjil suaminya yang dikenali sebagai Mi apabila dia kerap memberi alasan mempunyai kerja di luar pejabat.

“Suami berkelakuan pelik dan dingin dengan saya ketika itu. Saya bertanyakan apa kesalahan saya, namun dia hanya mendiamkan diri.

“Allah itu adil. Selepas melakukan solat istikharah dan solat hajat, bukti kecurangan suami timbul depan mata.

“Seorang pondan datang ke rumah lalu bertanyakan suami yang ketika itu sakit perut,” katanya.

Pondan itu yang memperkenalkan diri sebagai Rosman atau Ros, kemudian dibenarkan bermalam di rumah mereka.

Malangnya, Intan terkejut apabila suami menyelinap masuk bilik pondan itu pada tengah malam.

Dia berkata, hancur hatinya apabila melihat suami dan pondan itu dalam keadaan amat mengaibkan.

Selepas berlaku pertengkaran antara Intan dan Rosman, kata Intan, suaminya menghilangkan diri bersama pondan itu dengan meninggalkan dua anak mereka yang kini berusia lima dan lapan tahun.

Dalam satu lagi kes, seorang eksekutif sebuah syarikat minyak berkenalan dengan pondan yang juga seorang kakitangan baru.

Perkenalan itu semakin intim hingga menjadi buah mulut rakan sepejabat.

Perhubungan songsang mereka terbongkar apabila isteri eksekutif itu menyerang pejabatnya kerana suami tidak balik ke rumah selama empat bulan.

Si suami memberi alasan terlalu banyak perkara perlu diselesaikan di tempat kerja atas arahan bos.

Selepas kejadian itu, pasangan luar tabii terbabit berhenti kerja lalu menghilangkan diri, manakala si isteri yang menderita terpaksa melakukan pelbagai cara supaya suami kembali ke pangkuan keluarga.

Namun, yang menyedihkan dia terpaksa menuntut fasakh selepas suaminya didapati positif HIV.

Mengulas penyakit kronik melanda masyarakat itu, Mohamed Hanafiah yang lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi, berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada isteri yang suami mereka lari mengikut pondan.

“Saya menasihatkan semua isteri supaya jagalah hati suami sebaiknya. Kerap bermanja dengan mereka kerana ada suami dalam kes itu memberi alasan tersangkut pondan disebabkan dapat servis ekstra dan pondan lebih manja daripada isteri sendiri.

“Sebenarnya ada perkara tidak sedari dalam hal itu iaitu krisis moral yang serius melanda masyarakat selari dengan konflik ekonomi.

“Jika berlaku kes seumpamanya, pasti semua terbabit terganggu mental, sekali gus daya produktiviti mereka untuk bekerja turut terjejas,” katanya.

Berdasarkan aduan terbabit, katanya, purata umur suami antara 30 hingga 40-an dan mempunyai latar belakang pekerjaan pelbagai serta berasal tanpa mengira dari bandar atau luar bandar.

Hanafi juga menceritakan pengalamannya ketika menghadiri majlis ‘perkahwinan’ pondan dan lelaki di sini, tahun lalu.

“Ia umpama di Barat tanpa sebarang akad. Saya bersama rakan yang menyamar sebagai jemputan beristighfar apabila menyaksikan majlis penuh dengan hidangan botol arak. Si pondan dipakaikan gaun pengantin perempuan dan mahkota.

“Kumpulan perosak akhlak itu hanya ‘mengesahkan’ perkahwinan pondan dan lelaki itu apabila pasangan terbabit memotong kek,” katanya.

Khamis, 26 Februari 2009

Kata ganda ore kelate

org kelantan suka
meletakkan kata ganda...
ni salah satu keunikan bg dialek kelantan.
ni antara yg aku dapat kumpul..

  1. manih leting
  2. comey lote
  3. blana kona
  4. sumak barak
  5. panah sooh
  6. kube lana
  7. kacik parok
  8. masin perak
  9. hite manih
  10. bekem po rima
  11. semat po pok mat
  12. pahit lepe
  13. hite belegit
  14. putih lepok
  15. merah mere
  16. bodo ketok
  17. sumbak barak
  18. gege gegok
  19. busuk bbanga
  20. nyetok karung.
  21. kecik tuwek
  22. siye tumah
  23. blana kona
  24. sina bana
  25. selok kero
  26. nyetak enjin
  27. koya po playa
  28. bodo kepa
  29. huduh banga
  30. ddekut banga
  31. dekut apah
  32. tido mapuh
  33. selok ngango
  34. punoh ranoh
  35. pintu gate
  36. gege gegok
  37. mapuh kerah
  38. besar bas
  39. kerah peda
  40. hacur lebur
  41. tino gaghik
  42. ketuk erok
cukup lah...letih la...byk sgt...hahaha

Rabu, 25 Februari 2009

Menggapai Bintang: lagu tema Sukan Universiti Asean 2008(AUG)

saper2 yg terlibat ngn sukan AUG,pasti lagu ni
akan menjadi kenangan buat korang semua..
jom kita tgk liriknya...


Kita..
Mahasiswa oh harapan dunia
Satu
Tekad semangat kesukanan
Berjuang kita
Seperti juara
Terbilang,gemuruh
Azam kekuatan
Dan kini
Detik indahkan terukir
Sorakan
Sanjungankan ikut bergema
Berjuang kita
Seperti juara
Terbilang, gemuruh
Azam kekuatan
Bersama kita

Kibar harapan

Bersama Kita
Menggapai bintang
Bersama kita
Jalin Ikatan
Misi gemilang
Untuk kita semua

Asean University Games

Kuala Lumpur


Klu nk tgk video persembahan atau nk download lagu...blh klik link

kat bawah ni...

klu xleh download,blh e-mail personal kat aku...

firdaus409@gmail.com


Ni video masa mawi wat persembahan
http://www.youtube.com/watch?v=XuEvQTl1TiQ

Lagu AUG :
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/media/LAGU_TEMA_ASEAN%20UNI VERSITY_GAMES_2008.zip?lang=


Sume lagu2 yg digunakan masa opening ceremony kt stadium bkt jalil
http://rapidshare.com/files/177132573/Opening_AUG.rar



Selasa, 24 Februari 2009

betapa pentingnya solat istikharah dalam kehidupan kita

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran.

Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;
• Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
• Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
• Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
• Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
• Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Terjemahan Doa’ :
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam

Isnin, 23 Februari 2009

JADUAL GAJI 2009

Jadual Gaji 2009


JANUARY - 19.01.09 - MONDAY
FEBRUARY- 25.02.09 - WEDNESDAY
MARCH- 25.03.09 - WEDNESDAY
APRIL - 23.04.09 - THURSDAY
MAY - 25.05.09 - MONDAY
JUNE - 25.06.09 - THURSDAY
JULY - 23.07.09 - THURSDAY
AUGUST - 25.08.09 - TUESDAY
SEPTEMBER - 10.09.09 - THURSDAY
OCTOBER - 08.10.09 - THURSDAY
NOVEMBER - 25.11.09 - WEDNESDAY
DECEMBER - 17.12.09 - THURSDAY