Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 14 Februari 2009

Mengapa pilihan raya kecil selepas Perhimpunan Umno?

Pilihanraya kecil adalah pilihanraya kecil – "Its just another by election". Betul. tetapi sejak kebelakangan ini pengurusannya semakin dicurigai. Baru sahaja kita melihat betapa SPR baru-baru ini membuat keputusan bersejarah apabila enggan memanggil pilihanraya kecil bagi kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang, Perak mempertikaikan kesahihan surat perletakkan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan yang dimajukan oleh Speaker Dewan.

Bagi sesetengah pihak dalam kes kedua-dua ADUN berkenaan, SPR telah mencabar kuasa Speaker. Sedangkan sebelum ini tidak pernah dalam sejarah kuasa speaker dipertikai oleh badan berkenaan yang sebenarnya hanyalah pengurus yang menguruskan pilihan raya dan tidak lebih dari itu.

Hari ini SPR sekali lagi diserahkan tugas iaitu memutuskan status kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Serlambau, Kedah. Alhmadulillah kedua-dua kerusi berkenaan disahkan kosong dan satu pilihan raya kecil akan dipanggil, cuma masalahnya adalah tarikh yang dipilih SPR.

Saya apabila mengikuti ulasan dari radio BERNAMA mendengar bahawa tarikh penamaan calon 29 Mac dan hari pemilihan pada 9 April bagi kedua-dua kerusi berkenaan adalah selepas selesainya Perhimpunan Agung Umno. SPR tidak bermaksud begitu tetapi pengulas radio BERNAMA yang berkata demikian dan hakikatnya ia memang benar.

Mengapa penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac dan tidak Mac 9 iaitu 30 hari selepas kerusi itu kosong atau Mac 19, mengapa mesti Mac 29 meskipun ia masih dalam ruang waktu yang dibenarkan, mengapa?

Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz sebagaimana dipetik dari The Star Online:

He said the dates were chosen taking into account the comfort and convenience of all involved, as a shorter campaign period would be less hectic for party leaders and help towards maintaining public order and security.

He said the Commission, which discussed the by-elections during a special meeting Friday morning, pushed the nomination date to almost the end of March as it thought this would allow the current political situation in Perak to cool off.

Memang tempoh kempen yang singkat sudah menjadi amalan SPR tetapi mengapa dari 29 Mac ke 9 April, mengapa tidak lebih awal? Kononnya ia dibuat pada tarikh berkenaan bagi membenarkan situasi politik di Perak kendur atau "sejuk", sejak bila pula SPR menjadi pemantau suhu politik dalam Negara! Situasi di Perak tidak akan sejuk selagi Dewan Negerinya tidak dibubar, itu hakikatnya. Sampai bila-bila ia akan hangat dan panas percayalah dan kita tidak perlu SPR untuk menjadi Tok Nujum bagi membuat ramalan politik buat rakyat.

Bagi saya yang dapat kita baca bahawa yang mahu dibenarkan sejuk adalah situasi dalam Umno. Umno akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya Mac ini, itulah puncanya. Biar Dollah serah jawatan Presiden Umno dan biar Najib ambil-alih dengan kabinet barunya. Situasi kembali tenang dalam Umno barulah adakan pilihan raya kecil, bukan begitu?

Umno telah kalah teruk dalam dua pilihanraya kecil berturut-turut iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kedua-duanya berlaku diperingkat sisa-sisa akhir hayat politk Dollah. Mungkin bijak pandai dan ahli-ahli nujum mereka menjangkakan jika dibiarkan Umno terus di bawah Dollah kemungkinan kedua-dua kerusi itu akan terus dimenangi Pakatan Rakyat. Maka segala kuasa digunakan agar pilihan raya kecil itu tidak berlaku lagi di bawah Dollah, biar Najib yang pegang teraju dan kita lihat bagaimana.

Tetapi percayalah kalau Dollah tidak berjaya memulihkan keyakinan rakyat, apa istimewanya Najib. Berbalik kepada hal ini saya merasakan SPR di bawah teraju baru ini tidak berubah malah lebih tempang dari Pengerusi tempang yang lama!

Apa pun insyallah rakyat jualah dengan izin Allah akan tentukan kedudukan segala-galanya.
sumber:http://n32.blogspot .com/

JIKA

jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu, jgn lah sesekali kamu lepaskan ia semula kedalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita seumur hidup….

Begitulah juga setelah kamu memberi byk perharapan kepada seseorang.Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jgn terlalu mengharap pada takungannya dan jgnlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika memiliki seseorang terimalah seadanya.. janganlah kamu terlalu mengaguminya dan jgnlah kamu mengganggapnya terlalu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang bagi kamu pasti baik untuk dirimu, Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boeh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyanyangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkan dengan yang lain. ? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang. Kamu juga yang akan menyesal……