Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 7 Februari 2009

Drama Lompat Belum Tamat??? - malaysiakini

Kedengaran angin bertiup kencang ketiga ADUN Bebas berkira-kira hendak menyertai semula Pakatan Rakyat walaupun telah dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh perompak Demokrasi Perak @ Najib.

Jika ini berlaku,amarah Pak Lah terhadap najib akan sampai ke kemuncaknya setelah sebelum ini telah sampai ke pengetahuannya kem najib sedang bertindak memancung hulubalang-hulubala ng Khairi iaitu Wan Farid dan Norza Zakaria.

Prestasi Najib sebagai pembantu kanan Pak Lah juga tidaklah membanggakan dengan pelan pemulihan ekonomi yang agak perlahan menyaksikan 10 ribu rakyat Malaysia kehilangan kerja ketika ini.

Apa yang Najib lakukan ialah membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat di Perak untuk melompat parti untuk merampas kuasa pemerintahan negeri Perak

Sebagai jeneral UMNO di dalam PRU12,PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu,kekalaha n hatrik tersebut lebih mengecewakan hati Pak Lah.

Kemelut politik di Perak sebenarnya akan menjerat najib.Ketika itu Pak Lah lepas tangan dan menyalahkan Najib sebagai kambing hitam.Percaturan politiknya akan mengakibatkannya kehilangan jawatan di dalam kabinet dan parti.Ringkasnya, habislah harapan aku nak jadi PM.

biasalah UMNO,dari dulu,kini dan mungkin selama-lamanya akal cetek.Matlamat yang dirancang dengan apa cara sekalipun mesti terlaksana sedangkan kesan atau impak kepada negara dan rakyat tidak diambil peduli.

Rampasan kuasa di Perak mengakibatkan pelabur asing mula hilang kepercayaan terhadap kerajaan UMNO-BN yang memerintah Malaysia.tidak berapa lama lagi dijangkakan akan berlaku kejatuhan di dalam BSKL dan peningkatan di dalam pengangguran.

itulah Najib....aku dah cakap,jangan percaya sangat dengan penasihat kau tu.lain kali belajar kat overseas biar sampai habis.jangan beli degree.

Dunia kini melihat najib seperti adik kembar tak seiras Mugabe yang menjadi lanun merompak demokrasi di Perak untuk kepentingan peribadi.

segala kebobrokan dan kebejatan najib kini boleh dilayari di wikipedia,kamus online tersohor di dunia.korang klik je nama Najib kat google atau klil wikipedia kat google.lepas tu taip nama najib.

Kiamat politik najib makin hampir dan khairi sedang mengintai peluang untuk membalas dendam.
Lain kali jangan gelojoh sangat,akibatnya kau hilang jawatan

Apa Tugas Sultan? Adakah Baginda Melaksanakannya?

"Penderhaka" mengikut takrifan Kamus Dewan "Orang yang mengkhianati negara (Tuhan, suami dll)" Kalau UMNO menderhaka kepada RAKYAT dan Negara, kenapa pula Sultan hendak ikut perbuatan itu?. Sultan sepatutnya menjadi payung
kesejahteraan kepada RAKYAT, bukan menyusahkan RAKYAT sehinggakan kalau kereta Sultan nak lalu, ambulan yang bawa orang sakit pun kena ke tepi. Ini ke yang dinamakan Sultan sebagai Payung Kesejahteraan RAKYAT? Sebagai RAKYAT kami ingin tahu, APAKAH KERJA RAJA? { sini }

Merujuk http://www.scribd. com/doc/4608907/ KERAJAAN- NEGERI , tugas seorang Sultan adalah :
  • Menjalankan tugas-tugas mengikut budi bicara dalam hal-hal; 1) merasmi, memanggil, menangguh dan membubarkan DUN, 2) Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Raja/ Sultan/ YDP), 3) Melantik waris, Permaisuri, Pemangku Raja (Raja/Sultan/ YDBP), 4) Penganugerahan pangkat, kebesaran, kemuliaan, gelaran, 5) Melantik MB/KM, Majistret, Mufti atau Penghulu.
  • Bertindak atas Nasihat MB/KM dan MMKM dalam hal pentadbiran Negeri.
  • Menjalankan tugas sebagai Ketua Agama Islam (Negeri-negeri Beraja).

Sekatan kuasa seorang Raja/ Sultan/ YDPB/ YDPN adalah :

  • Tidak boleh memegang apa-apa jawatan bergaji
  • Tidak boleh bergiat aktif dalam perniagaan
  • Tidak boleh mengampun diri, Permaisuri dan anak sendiri (kecuali YDPN)
  • Boleh didakwa di dalam Mahkamah Khas dalam kes sivil atau jenayah atas sifat peribadinya ( akan turun takhta sekiranya dijatuhkan hukuman penjara sehari atau lebih)
  • Tidak boleh mengundi di dalam Majlis Raja-Raja
  • Boleh didakwa di Mahkamah Awam
  • Boleh dilucutkan jawatan oleh YDPA dengan resolusi pemecatan 2/3 majoriti ahli DUN.

Persoalan samada Raja/Sultan menjalankan tugasnya amat sukar untuk dijawab kerana kita tidak mengetahui secara mendalam dan terperinci jadual mana-mana Raja/ Sultan tetapi dianggap TIDAK BUAT KERJA kerana:

  • Raja/Sultan tidak punch card seperti kita
  • Raja/ Sultan tidak turun padang dalam menyelesaikan kes-kes Murtad, Khalwat, Hina Agama dan sebagainya.
  • Raja/ Sultan sering dikaitkan sebagai pelaku dosa kelas atasan seperti minum arak, berpoya-poya dan sebagainya dan persepsi negatif itu berpunca dari perilaku anak Sultan dan kerabat-kerabat seorang Sultan.
  • Lain-lain hal.

Dalam perkara ini, ada seorang teman yang rapat dengan kerabat Raja dan hilang respek kerana di matanya tidak pernah kerabat yang dikenali itu mengikut suruhan Allah (solat, zakat, dsb) malah perilakunya tampak lebih Syaitan dari Syaitan itu sendiri.

Apa yang Harimau nampak, pemahaman bahawa seorang Sultan/Raja tidak buat kerja mereka adalah tidak lebih dari suatu persepsi tanpa bukti dan hujah. Namun, Harimau bersetuju bahawa Sultan / Raja itu adalah Hamba Allah seperti kita di mana tidak lari dari hukuman/layak dihukum; mahupun di dunia ataupun di akhirat.

Bukankah Raja/ Sultan tidak maksum? Dan, "melakukan kesilapan" adalah tugas orang yang tidak maksum? Persoalan ini, kalian boleh jawab sendiri.

Wallahualam.

Harimau : kalau kalian kata Sultan salah, Harimau tidak menentang tetapi itu bukanlah "lesen besar" ke atas satu penderhakaan.

sumber:http://harimau- menaip.blogspot. com

Sultan Azlan Shah - Raja Eleena - GAMUDA - Guan Eng

Raja Eleena binti Sultan Azlan Shah, puteri kepada Sultan Azlan Shah adalah orang ke 27 paling kaya di Malaysia(2007) dengan aset bernilai RM 773 juta.

Mengapa dia begitu kaya? Raja Eleena adalah pemegang saham individu terbesar GAMUDA Berhad, dan juga salah seorang ahli Lembaga Pengarah GAMUDA Berhad.

GAMUDA Berhad buat masa ini sedang membina landasan keretapi berkembar dari Padang Besar ke Ipoh bernilai RM12.5bil. Projek Nasional ini tertangguh beberapa kali apabila menghadapi masalah di Seberang Prai.

Setakat ini Kerajaan Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan berhenti kerja sebanyak 2 kali terhadap GAMUDA. Kali pertama apabila kecuaian GAMUDA menyebabkan benteng sungai pecah dan air membanjiri kawasan pertanian. GAMUDA diarah oleh Guan Eng membayar pampasan sebanyak RM 7 juta kepada para petani terbabit.

Kali kedua pula pada 26 Disember lepas, setelah GAMUDA gagal mengemukakan pelan reka bentuk projek tersebut kepada kerajaan Pulau Pinang.

Memandangkan kedudukan dan kepentingan Raja Eleena dalam GAMUDA Berhad, maka tidak hairanlah Sultan Perak murka akan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan menghukumnya di Perak.

Itu saja aku nak bagi tahu kepada sesiapa yang belum tahu.
Nak tahu lebih lanjut google ajalah

Wassalam

Sumber

camera phone for sale

Dear All,

Dont miss.... Pls order / buy now

Nokia celebrates its 12th successive year, Don't miss this opportunity! Launching of new limited edition - NOKIA 8880 3G MOBILE PHONE WITH camera ONLY
RM300/- ( Normal Price RM1,700/- )
Please inform if any of Ur friends want it.........

Interested, please e-mail me ASAP before 3
1st feb2009 for booking purpose, only 888 units in the market.. First come first serve.

Sample attached

























.


Jumaat, 6 Februari 2009

Asal Usul PAHANG

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

"Hamba cadangkan nama Karma Sari."
"Hamba pula cadangkan Margapura."
"Karma Sari lebih molek."
"Molek lagi Margapura."
"Pilihlah Karma Sari!"
"Margapura!"
"Karma Sari!"
"Margapura!"
"Karma Sari molek!"
"Molek lagi Margapura!"
"Tengkorak hang!"
"Opah hang!"
"Opah hang!"

"Sudah! Sudah!" Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi... haaa? Opahang! Ya... opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang." Demikianlah kisahnya.

kisah seorang suami

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami hentakan dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; ” Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba…”

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah ” Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang…”

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. “Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang …. ayang masih di sisi abang.

Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, …ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, “Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi.” Esakan si isteri bertambah kuat…

Si suami berkata lagi, “Abang rasa ayang ni bawak sial la …. BERAMBUS KAU SEKARANG!!

perbualan unkel ngan dyll sempat dirakam..

unkel :Baguslah ternakan biri-biri pakcik ni. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

dyll :Boleh aje..

unkel :Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

dyll :Yang mana,yang putih atau yang hitam?

unkel :Yang putih.

dyll :Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

unkel :Yang hitam?

dyll :Yang hitam pun sama.

unkel :Berapa banyak pulak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

dyll :Yang mana, yang putih atau yang hitam?

unkel :Yang putih?

dyll :Ermm, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

unkel :Dan yang hitam?

dyll :Yang hitam pun sama.

unkel :Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

dyll :Yang mana, yang putih atau yang hitam?

unkel :Yang putih?

dyll :Aaa..yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

unkel :Dan yang hitam?

dyll :Yang hitam pun sama.

unkel :Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam,padahal jawapan semuanya sama aje?

dyll :Mestilah..sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.

unkel :Ooo, gitu ke..abis tu yang hitam tu sapa punye?

dyll :Yang hitam pun sama.

Itulah Politik Tiada Malu

Macam-macam boleh jadi dalam politik. Itulah kata-kata yang sering kita dengar apabila berlaku sesuatu yang pelik dalam perkembangan politik, sama ada politik di dalam Malaysia, mahupun di peringkat antarabangsa.

ITULAH POLITIK

Kelmarin diberitakan Iran melancarkan satelit mereka yang pertama, tujuannya adalah semata-mata untuk perkembangan komunikasi. Namun berita-berita di UK sudah bersangka buruk dengannya, dengan memberikan gambaran Iran akan menggunakannya untuk tujuan ketenteraan. Isu tenaga nuklear sudah lama dibincangkan. Peliknya, mengapa Israel dibenarkan menggunakan dan menyimpan senjata nuklear, demikian Amerika, dan lain-lain Negara besar dibenarkan tanpa banyak soal boleh menyekat kebebasan sebuah Negara lain seperti Iran dan Korea. Mudah jawapannya, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', orang kata ‘tidak adil' dan lain-lain.

Apabila terang-terang, Yahudi Zionis melakukan jenayah kemanusiaan apabila membunuh begitu ramai orang awam di Palestin. Mereka tidak dikutuk teruk, Presiden Obama dan sekutunya seolah-olah BUTA, dan terus mengemukan hujjah-hujjah yang kelihatan ‘amat kurang aqal' dan melucukan. Orang akan kata, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil' dan lain-lain.

Apabila beberapa pemimpin dan ahli sebuah parti Islam yang menentang habis-habisan sebuah parti kebangsaan yang disebutnya kafir dan munafik. Tiba-tiba melompat ke parti yang dikatakan munafiq. Juga dengan ‘hujah tahap tadika'. Orang kata ..ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil' dan ‘jilat ludah sendiri' dan lain-lain.

Apabila seorang bekas ketua gerakan orang muda sebuah parti yang mendokong ‘perubahan' dan anti rasuah, dahulunya HEBAT ya AMAT HEBAT membantai beserta sumpah dan kotak-kotak bukti rasuah orang daripada parti yang ditentangnya. Tiba-tiba tidak semena-mena membawakan hujjah ‘tadikal lalu melompat kepada parti lawannya. Orang kata..ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil', ‘jilat ludah sendiri', ‘tiada maruah' dan lain-lain. Pedulilah apa orang nak kata.

Seorang wakil rakyat melompat parti dari A kepada parti B, dalam tempoh beberapa hari, apabila dirasakan keadaan tidak selamat bagi dirinya, melompat semula kepada parti A. Dikemukan beberapa hujjah ‘t tadika' juga. Lalu dirasakan dirinya telah berjaya menjustifikasikan tindakan ‘beraqal tadikanya'. Orang kata, ITULAH POLITIK!

Beberapa orang lagi, tidak melompat ke parti lain, tetapi melompat juga, melompat ke parti tiada cap. Diri sedang diteliti akibat kes-kes rasuah, termasuk rasuah seks. Tetapi seolah gentleman yang bijak pandai, menjustifikasikan tindakannya dengan hujah ‘tadika'. Tidak segankah mereka? Orang kata, ITULAH POLITIK! Tiada yang malu dalam politik? Semua boleh buat asalkan boleh manfaat untuk diri, peduli orang lain.?

BODOH SANGAT RAKYAT DI MATA AHLI POLITIK?

Tidak sedarkah individu-individu seperti yang disebut di atas, betapa hina mereka di sisi mata orang ramai?. Atau terlalu bodohkah orang ramai di mata mereka.? sehingga boleh didatangkan dengan hujjah-hujjah versi ‘tiada aqal', lalu tersenyum lebar menyangka semua orang masih menghormatinya luar dalam.

Sedangkan manusia yang reti, faham dan ‘ada aqal', memandangkan dengan pandangan busuk. Orang busuk sedang berjalan, orang busuk sedang bercakap, sedang menghadiri mesyuarat.

Kita kerap mengganggap POLITIK sebagai tiket atas segala kepelikan hasil perlakuan orang politik.

Seeloknya, jangan lagi diletakkan beban dan sebab kepada POLITIK apabila ingin melakukan sesuatu yang TIDAK BERMORAL, TIADA MARUAH dalam industri politik. Beritahu sahaja sedemikian.

"Saya rasuah sana sini, tipu sana tipu sini, buat ini, buat itu, lompat sana, lompat sini sebenarnya KERANA SAYA INI TIADA MARUAH, TIADA MALU DAN TAMAKKAN DUNIA "

Amati sekali lagi bagaimana politik Khalifah Umar al-Khattab r.a dalam tulisan saya sebelum ini. Betul, banyak dilakukan atas dasar politik, tetapi politik yang didasari malu terhadap Allah swt dan sedar rakyatnya punyai hak besar untuk meneliti dirinya.

Adakah ahli politik tidak perasan bahawa seribu satu macam jenayah mereka sebenarnya adalah 'open secret' di kalangan rakyat.? Cuma gagal di buktikan di mahkamah dunia sahaja, kerana itu masih bebas.

Lihat sahaja rumah ahli politik sebelum dan selepas, padahal gaji dan elaun sebagai ahli parlimen Malaysia hanya sekitar RM 10,000 dan ADUN sekitar RM 8,000.

Lihat pula rumah dan harta pegawai atasan kerajaan termasuk Polis. Cubalah jenguk dan tinjau rumah mereka dan lihat gaya hidupnya. Jika ada Umar al-Khattab, pastinya tercabut semuanya.

KERAJAAN NEGERI PERAK

Semasa saya menulis artikel ini, belum ada keputusan dari pihak Sultan sama ada untuk memperkenankan pembubaran DUN atau tidak. Namun, adalah sangat bijak jika diperkenankan pembubaran bagi menyapu bersih muka-muka yang tiada ‘malu' DENGAN PERLAKUAN SALAH MEREKA atau yang juga sedang merendahkan minda dan hak rakyat di negeri mereka.

Sangat elok kiranya, rakyat diberi peluang semula untuk memilih pemimpin mereka agar individu tiada parti diganti dengan yang ada parti. Yang melompat-lompat diganti dengan yang tidak melompat. Amat diharap DUN boleh dibubarkan. Ia saya kira keputusan yang terbaik di mata pemerhati awam khususnya saya.

Bagi saya, kes di Perak sebenarnya membuktikan betapa ‘TIDAK TAHU MALUNYA' sebahagian orang-orang politik di Malaysia. Seolah tidak lagi mereka mengendahkan perasaan, kebencian dan minda rakyat.

Tiada lagi malu untuk berbuat apa sahaja atas nama politik. Yang penting boleh dijustifikasikan walaupun dengan hujjah tidak beraqal.

INILAH POLITIK TIDAK TAHU MALU namanya dan politik hina dan membawa kepada kehinaan dan tiada maruah. Nabi s.a.w pernah menyebut kita PERLU MALU, kerana malu adalah agama, dengan terang lagi jelas baginda menyebut :-

إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت

Erti : Sesungguhnya, perkara yang telah diketahui ramai dari perkataan nabi-nabi awal dahulu adalah : Apabila kamu tidak lagi mempunyai perasaan malu, kamu buatlah ( akan berbuat) apa sahaja ( Riwayat Al- Bukhari)

Dan satu lagi :

الحياء خير كله

Ertinya : Perasaan malu itu semuanya (membawa) kebaikan (riwayat Muslim)

dan sebuah lagi hadis menjelaskan :-



قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( استحيوا من الله حق الحياء ) ، قلنا : يا رسول الله إنا نستحيي والحمد لله ، قال : ( ليس ذاك ، ولكن الاستحياء من الله حق الحياء أن تحفظ الرأس وما وعى ، والبطن وما حوى ، ولتذكر الموت والبلى ، ومن أراد الآخرة ترك زينة الدنيا ، فمن فعل ذلك فقد استحيا من الله حق الحياء )

Ertinya : Ibn Mas'ud menceritakan : Rasul bersabda : berasa malulah dengan Allah SWT DENGAN sebenar-benar erti malu, sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah pun berasa malu itu Alhamdulillah,

Baginda menjawab : Bukan demikian, tetapi malu kepada Allah swt yang sebenar-benarnya adalah dengan menjaga kepalamu dan setiap apa yang di dalam pemikiranmu, menjaga perutmu dan setiap apa yang diingininya, dan perbanyakkan ingatan kepada mati dan kehancuran, barangsiapa yang inginkan Akhirat, bakal meninggalkan perhiasan dunia (tidak ditipu dengan kepentingan dunia), seseiapa yang berbuat demikian seperti disebut di atas, mereka telah malu kepada Allah swt dan melaksanakan hak ‘malu' ( Riwayat At-Tirmidzi )

AKHIRNYA

Akhirnya, buat diri saya dan semua warga Malaysia di mana jua kita berada, berperanan dalam apa jua jawatan dan kapasiti. Malulah dengan Allah swt, diri sendiri, orang ramai. malu dalam kejahatan, bukan malu untuk melakukan kebaikan.

Janganlah bermain dengan POLITIK TAK TAHU MALU!! Janganlah menjadikan tindakan TIDAK TAHU MALU sebagai strategi politik. Kerana ia memalukan kami untuk mempunyai pemimpin yang TIDAK TAHU MALU.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharudd in.net/

bangkai?

Bini : Abg..nak tahu tak?..
Suami : Apa die?
Bini : Org depan tu kuang ajar betol la..ade ke die pnggil suami die dengan panggilan tak senonoh...
Suami : Ape die pnggil?
Bini : 'bangkai'... pnggil la Bang Rub ke BAng din ke..hish...
Suami : Memanglah sebab suami die name Khairudin.

Khamis, 5 Februari 2009

"Kiamat" di 4 Galaksi

Pada awal Ogos 2008, komuniti astronomi dan mereka yang mengikuti rapat bidang ini telah dikejutkan dengan satu kejadian yang amat luar biasa dan dahsyat di cakerawala, jauh dari Bima Sakti.

Empay galaksi besar yang berada di Sluster galaksi CL0958+4702, yang berada kira-kita 5 bilion tahun cahaya dari Bumi, telah bertembung antara satu sama lain. Pertembungan yang sangat kuat dan dahsyat ini telah memusnahkan sama sekali semua isi-isi empat galaksi berkenaan dan sisa-sisanya bertebaran ke segenap cakerawala dalam semua arah.

Kejadian ini telah menyebabkan arah medan graviti segala yang ada di dalam galaksi berkaitan, dan lintasan-lintasan orbit segala benda di dalamnya menjadi kacau bilau. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Teleskop Angkasa Spitzer milik NASA. Dan, apa yang lagi mengejutkan, hasil dari perlanggaran empat galaksi itu, terbentuk satu galaksi baru yang bergabung berukuran sepuluh kali ganda saiz Bima Sakti. Para saintis astronomi kini sedang memerhatikan kelahiran galaksi baru melalui pengawasan teleskop angkasa Spitzer.

Secara teori, para saintis juga meramalkan akan wujudnya lubang hitam di dalam galaksi yang sedang terbentuk itu. Ini terjadi hasil daripada pertembungan yang sangat kuat yang telah menimbulkan "gelombang kejutan" yang telah merubah kedudukan sebahagian besar bintang-bintang dan jisim lainya daripada orbit-orbit asal mereka. Dalam evolusi untuk membentuk galaksi baru seterusnya, sebahagian daripada bintang-bintang yang terlibat dalam pertembungan akan berevolusi menjadi bintang-bintang neutron atau lubang hitam.

Lubang Hitam, merupakan misteri cakerawala yang masih begitu sedikit diketahui manusia. Ia terbentuk oleh sebutir bintang yang besar dan padat jisimnya yang mengecut dan mati dengan membakar seluruh tenaga nuklear yang ada padanya. Pada masa itu, tiada lagi tenaga dihasilkan menyebabkan partikel-partikel gas di permukaan tersedut ke pusat graviti bintang berkenaan dengan tekanan yang sangat besar hingga membentuk lubang hitam. Gravitinya adalah sangat kuat, hingga mampu menarik cahaya masuk ke dalamnya.

Kehadiran lubang hitam amat susah untuk dikesan. Astronomer hanya dapat mengagak adanya lubang hitam di kawasan-kawasan tertentu sekiranya terdapat banyak bintang-bintang mengorbit sesuatu yang tidak kelihatan. Lubang hitam terdekat dengan Bumi adalah Cygnus X-1 yang ditemui pada tahun 1971. Cygnus X-1 dikatakan mempunyau daya tarikan graviti yang sangat kuat, hingga mampu menarik sebarang objek yang terletak 600 ribu kilometer dari pusatnya.

Gambar di atas menunjukkan dimana letaknya Cygnus X-1. Perhatikan bintang-bintang yang sedang ditarik oleh gravitinya ke pusat (bulatan kuning). Sementara di dalam bulatan-bulatan merah pula menunjukkan bintang-bintang yang sedang mati dan akan berevolusi menjadi bintang neutron atau lubang hitam.

Jadi, adalah tidak mustahil matahari juga akan mati apabila tenaga nuklearnya sudah habis dan menjadi lubang hitam lalu menyedut semua bintang-bintang dan planet-planet sekelilingnya ke dalamnya. Saintis meramalkan riwayat matahari akan berakhir sekitar beberapa juta tahun saja lagi.

Juga, tidak mustahil untuk galaksi Bima Sakti bertembung dengan galaksi Andromeda yang kini sedang bergerak dengan kecepatan 500 ribu km/j menuju galaksi ini. Mungkin masa inilah kiamat berlaku, apabila kedua-dua galaksi bertembung, bintang-bintang bertaburan jatuh seoalh-olah langit telah pecah.

Falsafah P.Ramlee

Falsafah P.Ramlee

Falsafah P.Ramlee yang saya ingin tafsirkan di sini adalah falsafahnya yang berada di dalam lagunya bertajuk "Resam dunia"
liriknya adalah seperti berikut,

Dunia ini hanya palsu,
Manusia berdusta.
Kebanyakan suka menipu,
Cuma membuat dosa.

Dunia penoh dengan noda,
Dunia penoh dosa.
Kbanyakan tipu dan daya,
Mengikut nafsu murka..

Ada pula salah sangka,
Banyak yang salah teka.
Kuasa di sangka intan,
Batu di sangka belian.


Tafsiran nya adalah seperti berikut,

Lirik pertama : Dunia ini hanya palsu.
Tafsirannya : Dunia di katakan palsu sebab kulture sudah bertukar.Duit tulin di ganti dengan duit palsu.Democracy tulin di ganti dengan Democracy palsu.Islam tulin di ganti dengan Islam palsu (agama hadis).Manusia makin materialistik dan kurang iklas bila membuat sesuatu kerja.Orang politik sebenarnya patut perkayakan rakyat seperti yang di buat oleh Tun Razak.Pengangur di perkayakan dengan project kelapa sawit,dimana setiap peserta di beri latihan,makanan dan tanah untok di usaha hingga mereka boleh berdikari.
Sekatang ini tiada lagi project2 kayakan pengangur.Kerajaan memperkayakan diri mereka dengan Syarikat kepunyaan kroni2 mereka .Berjuta2 hektar tanah di beri pada kroni2 ini,dan di senangkan dengan pinjaman Bank berjuta2 ringgit.
Setiap project yang kerajaan janakan hanya di beri kapada kroni2 sahaja
Rakyat berasa tertipu dengan kepalsuan "Politics of Development" dan "Dasar Ekonomi Baru" yang di janjikan oleh kerajaan sebab ia menguntungkan kroni2 sahaja.

Lyrik ke2 : Manusia berdusta.
Tafsirannya : Apabila kerajaan berdusta dan rakyat maseh memilih mereka yang sama sebagai kerajaan,maka semua rakyat yang ikut perentah kerajaan jatuh berdusta.
Chontoh 1) Apabila kerajaan salah guna ISA ,di mana ISA itu satu kepalsuan undang2 maka semua rakyat yang turut setuju dengan ISA menjadi pendusta.
ISA undang2 palsu dan anti undang2 sebab ia tidak guna peguam dan mahkamah untok membuktikan kesalahan orang yang di tahan bawah ISA.
Chontoh 2)Turunnya nilai duit kita adalah kerana kerajaan berbelanja lebeh dari income/wang masuk dar cukai.Apabila ini terjadi kerajaan telah tercetak duit lebeh dari income/pendapatan. Apabila wang berputar/di ginakan lebeh dari income/pendapatan, nilaiharga wang itu akan jatuh sebab sandaran duit kapada wang itu kurang dari jumlah wang yang telah di gunakan. Masaalah ini adalah berpunca dari duit kertas yang senang di cetak sesuka hati kerajaan.

Lyrik ke3 : Dunia penoh dengan noda,
Tafsiran :Ini mengambarkan kelohan dan kehampaan rakyat kapada kerajaan yang telah kecewakan rakyat dengan D.E.B dan ekonomi Kapitalis yang menguntongkan segelintir orang(kroni2) sahaja. Dunia yang adil saksama berbentok Democracy dan ekonomi Social, tidak di amalkan oleh kerajaam . Maka ternodanlah "dunia" rakyat ini.

Lyrik ke4 : Dunia penoh dosa.
Tafsiran : Apabila kerajaan nodai concept Democracy dan ekonomi social/DEB, dan Islam yang tulin, maka berdosa lah kerajaan dan mereka2 yang sokong kerajaan itu.

Lyrik ke4 : Kebanyakkan tipu dan daya
Tafsiran : Kerajaan terdiri dari majority dan majority ini turut menipu apabila kerajaan menipu.Maka banyaklah yang bertipudaya.

Lyrik ke 6 : Mengikut nafsu murka.
Tafsiran : Mengikut sheikh Abdal Kadir AlJilani dalam bukunya Futuh Al Ghaib, mertabat manusai yang paling rendah adalah nafs amarah ataupun nafsu murka,dimana manusia bersifat tamak. Tamak lah yang menjadi dorongan kapada pemimpin2 kerajaan dan majority manusia.
Lyrik ini membuktikan bahawa P.Ramlee ada baca buku Sufi.

Lyrik ke 7 : Ada pula salah sangangka
Lyrik ke8 : Banyak yang salah teka.
Tafsiran : Salah sangka dan salah teka adalah kerana kurang ilmu.Orang Melayu kurang membaca buku2 falsafah. Mereka tidak faham apa Democracy,Socialism dan Kapitalism.Agama mereka pun tidak galakkan mereka berfikir...rujuk hadis yang berkata: "Sesiapa menguna akal untok mentafsir Alquran perlu bersedia di bakar api neraka.",hadis israk mikraj yang menghina Allah sebagai planner flip flop solat hingga 59 waktu, dan kain2 hadis yang lahwal(olok2) .
Jadi inilah keadaan Melayu di hari ini..bersalah sangka dan bersalah teka ,kerana tidak berilmu dan percaya pada yang palsu/bohongan.

Lyrik ke9 : Suasa di sangka intan
Lyrik ke10 : Batu di sangka belian.
Tafsiran : Keadan Melayu tanpa ilmu membuat Melayu (pemimpin dan rakyat) salah tafsir Islam, Democracy,ISA dan ekonomi hinggalah negara kita walaupun mempunyai minyak,balak timah,kelapa sawit dan lain2 asset, maseh kalah jauh dari Singapura yang tiada apa2 aset/sumber bumi lansung... termasuk ayer.Ini akan berlanjutan jika Melayu maseh tidak belajar falsafah dunia.berfahaman membabibuta dan maseh bermertabatkan nafs amarah/nafsu murka.

Sekian buat fikir2

mengapa org yahudi bijak

mmg ler kita x digalakkan utk meniru cara hidup org yahudi,
sbb Islam tu dah syumul,
tp adakah kita benar2 mengamalkan apa
yg diajar dlm Islam?
tepuk dada tanya iman...
kt bwh ni kajian seorang profesor
tentang org yahudi..

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani
housemanship> dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara
yang menarik dapat saya
perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi
Bijak?". Memang
tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari
segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling
hebat ialah bidang
perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70%
perniagaan di dunia
dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,
senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya
menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah
sebab nya kaum Yahudi
begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka?
Apakah ini
suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh
dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping
kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.
Untuk pengetahuan anda
tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun,
ini kerana
untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
Di Israel,
setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama
kali saya
perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain
piano dan si ibu
dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah
metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya
yang mengandung sering
membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa
soalan yang beliau
tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat > tentang metamatik,
tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya
kepada beliau,
adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk
anak saya yang
masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau,
semuga ia menjadi
genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk
mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada
metamatik tadi,
tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau
melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau,
sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma
bersama susu ,
dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan
tanpa kepala
bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis
kekacang, menurut
beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan
kepala ikan
mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan
pengembangan dan
penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini
adalah adat orang
orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu
ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang
Yahudi, perkara
pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap
undangan yg sama
perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi
atau fillet)
dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada
ikan, menurut
mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama.
Salad dan kacang
adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan
dahulu sebelum
memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang
kerumah Yahudi
anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka,
dengan memakan
hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah
buahan, ini akan
menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk
memahami pelajaran
disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah
Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan
menyuruh anda
keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.
Menurut saintis di
Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat
merosakkan sel utama
pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna
keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh
atau lembab). Suatu
penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang
genes dan DNA.
Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik
pengeluar rokok
terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka,
Pemakanan anak
anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan
bersama kacang
badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)
Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata
rata mereka memahami 3
bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi
mereka telah
dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.
Menurut mereka
bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan
lagi IQ kanak
kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate
(semacam senaman
untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik
terdiri dari kaum
Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar
metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah
diberi keutamaan. Di
dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak
di California,
ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun
kebelakang!! !.
Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak
Yahudi. Selain dari
pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan
sukan yg diberi
keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman
saya ini,
memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu
perkara disamping
mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi
(menengah) disini
murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka
digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon
kadangkala kelihatannya lucu
dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya
berupa senjata,
perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute
tinggi di
Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya
sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya
mereka tentang
perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda
hanya akan lulus
jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat
keuntungan sebanyak
$US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian
seluruh dunia
dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak
hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah
yg mencipta design
Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh
fakulti bisnes dan
fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah
mereka? Salah
satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut
mereka ini
dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan
dikepala, banyak
ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh
umatnya menunduk
atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak
kita supaya
bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering
menunduk nundukkan
kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg
pandai? Adakah
ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan
mentah). Adakah
ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia
membantu mereka yg
berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi
sahaja) jika
mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman
tanpa faedah
dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan
anda untuk
memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.
Maka itu lahirlah
Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di
Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama
dibawah naungan dewan
perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti
perubatan New
York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan
memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa
faedah, barulah
saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa
kekurangan doktor pakar.

Erti Kawan

Kawan


1)kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak....
2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap... dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI.. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA... Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.... kejap ade kejap takde..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi.......kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya... :)

elo my pren!!

Kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang
sakit.....
kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh
di
sana....
kate sedare,
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........
kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam
durian
bau je busuk tp sedap dimakan....
kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......
kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT
LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN
&
MACAM
BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia
selamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!!

Tesco

Tesco" adalah singkatan kepada Tessa Cohen , isteri kepada jutawan yahudi U.K. yang memiliki hypermarket tersebut.Jutawan ini amat kuat menyokong zionist nazi yahudi israel melalui kekayaan beliau.setiap RM yang kita beli di Tesco umpama satu peluru yang kita sumbangkan kepada israel utk membunuh saudara2 islam kita di palestin.tolong sampaikan kepada saudara2 serta kawan2 semua..mungkin ini saja jihad yang kita mampu lakukan setakat in..insyaAllah..janji Allah sekecil2 amalan pun xkan terlepas dari pandangan

from mahathir to paklah

LOMPAT MELOMPAT


1. Saya kembali ke tanahair dari Djibouti dan mendengar berkenaan Ahli Yang Berhormat UMNO Perak keluar parti dan masuk Keadilan (PKR).

2. Kemudian saya dengar pula dua orang ahli PKR hilang. Bila mereka dijumpai cerita yang didengar ialah mereka sudah keluar daripada PKR.

3. Dan banyaklah berita angin berkenaan ahli-ahli Yang Berhormat yang akan lompat dari parti ke parti.

4. Dahulu UMNO dan Barisan Nasional telah cuba sekat kejadian lompat melompat dengan mensyaratkan tiap calon tandatangan surat letak jawatan sebagai ahli Yang Berhormat tanpa tarikh. Kononnya jika setelah jadi ahli Yang Berhormat mereka ingin lompat masuk parti lain maka surat letak jawatan yang telah di tanda tangani oleh mereka akan dihantar kepada Speaker (Tuan Yang di Pertua Dewan) dan dengan itu akan terlucutlan anugerah Yang Berhormat mereka.

5. Malangnya perbuatan ini didapati tidak sah daripada segi undang-undang. Jika mereka ingin keluar daripada parti maka mereka sendiri perlu keluarkan surat yang diperbuat oleh mereka dan ditandatangani oleh mereka pada ketika itu untuk disampaikan kepada Tuan Speaker.

6. Saya percaya surat yang diperbuat oleh mereka tanpa tarikh dahulu akan ditolak oleh Tuan Speaker. Oleh itu mereka akan kekal sebagai Ahli Dewan walaupun mereka lompat ke parti lain atau mereka akan jadi ahli bebas.

7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.

8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.

9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.

10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.

LOMPAT MELOMPAT


1. Saya kembali ke tanahair dari Djibouti dan mendengar berkenaan Ahli Yang Berhormat UMNO Perak keluar parti dan masuk Keadilan (PKR).

2. Kemudian saya dengar pula dua orang ahli PKR hilang. Bila mereka dijumpai cerita yang didengar ialah mereka sudah keluar daripada PKR.

3. Dan banyaklah berita angin berkenaan ahli-ahli Yang Berhormat yang akan lompat dari parti ke parti.

4. Dahulu UMNO dan Barisan Nasional telah cuba sekat kejadian lompat melompat dengan mensyaratkan tiap calon tandatangan surat letak jawatan sebagai ahli Yang Berhormat tanpa tarikh. Kononnya jika setelah jadi ahli Yang Berhormat mereka ingin lompat masuk parti lain maka surat letak jawatan yang telah di tanda tangani oleh mereka akan dihantar kepada Speaker (Tuan Yang di Pertua Dewan) dan dengan itu akan terlucutlan anugerah Yang Berhormat mereka.

5. Malangnya perbuatan ini didapati tidak sah daripada segi undang-undang. Jika mereka ingin keluar daripada parti maka mereka sendiri perlu keluarkan surat yang diperbuat oleh mereka dan ditandatangani oleh mereka pada ketika itu untuk disampaikan kepada Tuan Speaker.

6. Saya percaya surat yang diperbuat oleh mereka tanpa tarikh dahulu akan ditolak oleh Tuan Speaker. Oleh itu mereka akan kekal sebagai Ahli Dewan walaupun mereka lompat ke parti lain atau mereka akan jadi ahli bebas.

7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.

8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.

9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.

10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.


Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups

w/ John McEnroe

Join the All-Bran

Day 10 Club.

Group Charity

i-SAFE

Keep your kids

safer online

Cat Groups

on Yahoo! Groups

discuss everything

related to cats.

.

tau makan tau simpan yer!


Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kawen lagi tak?

Suami : Abang rasa, abang mungkin kawen lagi kot, kerana anak2 kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang sediakan.

Isteri : Habis kalau abang kawen lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita?

Suami : Yelah, sebab rumah ni mahal, takkan nak biarkan kosong macam tu je..

Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik kita, toilet kita?

Suami : Ye yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia, nanti bilik ni membazir pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?

Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi orang lain pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?

Suami : Terpaksa la yang, sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri : Baju tidur saya, pijama, gstring dan towel saya?

Suami : Takkan itu abang nak bagi kat kakak & adik awak lak, jadi drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aje.

Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

Suami : Itu tak boleh sebab dia suka handbag kale maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal....

Isteri : @#$%???????! !!!!!!!!! !

Suami : (dalam hati) Alamak!!!!!!

SEX itu apa

Pada suatu pagi...
sewaktu sarapan..
seorang anak baru masuk darjah satu
bertanya soalan.. kat ayah nya

" papa .. SEX itu apa"

si ayah macam nak tersedak dengar soalan cepumas tu
sambil mengunyah roti canai segera yang liat
apa nak jawap ni....

naik berpinar kepala ayah budak tu
toing... idea sampai

maka si ayah pun memberi penerangan
sambil memberi perumpamaan

mcm ayam jantan dan ayam betina,
mcm lelaki dan perempuan

tetiba anak nya menangis sekuat kuat hati
lalu berlari mengambil beg sekolah

di keluarkan buku tulis nya
macam mana nak tulis...tempat kecik sangat...?

sambil menunjuk kan muka depan buku tulis dia


NAMA:....... ......... ......... ......... .

DARJAH:..... ......... ......... ......... .

SEX:........ ......... ......... ......... .


si ayah garuk kepala yang tak gatal

Politik di Perak

suasana agak kelam kabut sekarang ni kat Perak,
rasanya semua dah sedia maklum akan hal ni...
sekejap jer dah tersebar,terpampang kt media2 yg ada,
baik surat kabor,talavison mahupun secanggih IT.

semua sekali tertumpu kat sana sekarang ni...
ada 2 benda jer yg boley berlaku sekarang ni,
sama ada kerajaan perak diserahkan kpd BN
atau pun satu pilihanraya yg lain akan diadakan,
semuanya bergantung kpd budi bicara sultan
yg bijaksana.

pada hemat aku lah,
seeloknya satu pilihanraya yg lain perlu diadakan,
baru lah adil utk rakyat perak,
diorang yg berhak utk tentukan saper yg lebih
layak memimpin diorang.

klu tukar kpd kerajaan BN terus,byk masalahnya.
apa akan jd klu ada pulak ahli BN yg melompat ke PR,
nampaknya tukar lagi,
so berapa byk mau tukar daa...

Penantian yang mendebarkan Rosmah

Mohd Najib Tun Razak 56 tahun sudah tentu kelihatan lebih hebat dan kacak di mata isteri keduanya Rosmah Mansor biarpun wanita Monggolia Altantunya menjadi usikan dan dikaitkan dengan suaminya itu.

Apa tidaknya?

Mac tidak sampai sebulan lagi. Bulan itu bakal menyaksikan Najib ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam. Itupun jika Abdullah dan penyokongnya tidak membuat pusingan-u.

Anak bangsawan kelahiran Pahang itu menggantikan bapanya dikerusi parlimen Pekan Pahang ketika berusia 23 tahun. Sudah tentu banyak pengalamannya.

Rata-rata diperkatakan, sejak kelahirannya, Najib tidak pernah mengenal erti kesusahan. Kehidupannya, sama seperti anak-anak raja di istana.

Terbaru, peranannya di Perak yang mampu dan berdaya dalam percubaannya menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat sudah tentu dilihat sebagai permulaan yang sungguh berstamina oleh Rosmah.

Sebentar nanti, istana Perak akan membuat keputusan terhadap masa depan kerajaan Pakatan Rakyat yang berusia sebelas bulan itu. Samada membubarkan Dewan Undangan Negeri atau menerima kerajaan baru Barisan Nasional yang ditinggalkan Tajol Rosli yang malang.

Keputusan pilihan pertama sudah tentu akan melegakan PR. Pilihan kedua bakal merupakan keputusan yang ditunggu-tunggu Najib dan BN serta Rosmah.

Bermakna dengan pilihan kedua, penghalang kerjaya politik suaminya iaitu sudah pastinya Anwar Ibrahim, Ustaz Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Karpal Singh dilihat kecundang sebagai pemimpin berwibawa.

Bagi Rosmah dan Najib, sokongan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dalam isu ADUN di Perak sungguh melegakan. SPR seperti bapa angkat mereka berdua. Lagipula, belotkah rasuahkah, bukankah itu namanya politik ala-Malaysia.

Apa yang lebih penting ialah harapan menuju ke Putrajaya terlalu tinggi. Sudah pasti Najib dan Rosmah mengimpikan mereka berdua lebih dulu memijak kaki ke sana. Bagi mereka, "Anwar dan Pakatan Rakyat apa ada?"

Tercungap-cungap dan tak berstamina agaknya.

sumber:http://www.alkerohi .blogspot. com/