Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 2009 Oktober 31

'Wanita rimba' Kemboja masuk hospital sebab enggan makan

PHNOM PENH: 'Wanita Rimba' Kemboja, yang muncul dua tahun dulu selepas hidup selama 18 tahun dalam hutan, kini dimasukkan ke hospital kerana enggan makan, menurut para doktor dan bapa kandungnya, semalam.

Cik Rochom P'ngieng, kini berusia 28 tahun, dilaporkan hilang ketika berusia 10 tahun pada 1989 sewaktu mengembala kerbau di wilayah Ratanakkiri sekitar 600 kilometer ke timur laut ibu kota Phnom Penh.

Wanita itu dibawa pulang dari hutan, dalam keadaan bogel dan kotor, pada awal 2007 selepas ditangkap kerana cuba mencuri makanan milik seorang petani.

Beliau membongkok macam seekor monyet sambil menguis tanah untuk mencari makan dalam hutan.

Cik P'ngieng dilaporkan tidak boleh bercakap sebarang bahasa dan hanya membuat bunyi seakan bunyi binatang, kata Encik Sal Lou, lelaki yang mendakwa bapanya.

Penduduk Kemboja menggelarnya 'wanita rimba' dan 'gadis haiwan'.

Semalam, Encik Sal Lou memberitahu AFP menerusi telefon bahawa anaknya itu dimasukkan ke hospital Isnin lalu dan belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.

'Beliau enggan makan nasi selama sebulan. Beliau kurus betul sekarang dan masih belum tahu bercakap. Beliau berkelakuan mirip seekor monyet. Malam tadi, beliau melucutkan pakaiannya dan bersembunyi dalam bilik mandi,' katanya.

Dr Hing Phan Sokunthea, pengarah hospital wilayh Ratanakkiri, berkata wanita itu 'masih dalam keadaan ketakutan'.

Encik Sal Lou memberitahu AFP keluarganya mendapati sukar menjaga anak perempuannya itu dan merayu bantuan pertubuhan amal. -- AFP.

0 ulasan: