Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 2009 Oktober 31

Lelaki 112 tahun nikahi pasangan 17 tahun

GALGUDUUD: Ratusan tetamu menghadiri majlis perkahwinan unik membabitkan pasangan yang dijarakkan perbezaan usia 95 tahun di sebuah wilayah Somalia kelmarin.

Encik Ahmed Muhamed, 112 tahun, berkata beliau menunggu beberapa tahun sebelum melamar pasangannya, Safia Abdulleh, yang kini baru berusia 17 tahun.

Keluarga Safia mendakwa gadis itu 'gembira bersama suaminya' yang baru dinikahinya itu.

Encik Ahmed berkata beliau tidak pernah memaksa Safia supaya menerimanya sebagai suami.

'Sebaliknya, saya menggunakan pengalaman sendiri meyakinkan bahawa saya mencintainya,' katanya.

Ketika ini, Encik Ahmed mempunyai 18 anak hasil perkahwinannya dengan lima wanita lain. -- Agensi.

0 ulasan: