Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Khamis, 31 Disember 2009

Beragama Tanpa Tuhan



740.jpg
Gambar hiasan

“Hidup ibn Sedar… jumpa Tuhan tak jumpa agama”, itu terjemahan ringkas saya terhadap kisah seorang lelaki di zaman Andalus.
Namanya Hayy ibn Yaqdhan. Anak muda yang tercampak ke sebuah pulau asing, dan sejak kecil beliau membesar sendirian tanpa pernah bertemu dengan manusia lain. Ala-ala kisah Robinson Crusoe kurun ke-18.
Hayy ibn Yaqdhan tidak pernah tahu apa itu ‘agama’. Beliau membesar dengan belajar hukum alam di sekitarnya. Belajar mengajuk cakap binatang, belajar berkomunikasi dengan mereka dan dengan mematuhi hukum alam itu dia selamat.
Tetapi di dalam diri Hayy, ada suatu unsur kuat untuk dia melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Unsur untuk membolehkannya ‘berfikir’ tentang Kuasa Agung di sebalik semua material yang mengelilinginya. Semua ini tidak bermakna kecuali ia dihubungkan kepada Kuasa Agung itu.
Hayy terus menelah kehidupannya dan dia sampai kepada yakin, bahawa tiada kebahagiaan dalam hidup ini kecuali dengan bertafakur dan merenung Kuasa Agung itu, dialah Tuhan.

Hayy hidupnya begitu.
Dorongan fikir dan renungnya terhadap ‘Allah’ melalui mesej-Nya yang disampaikan melalui ciptaan Allah memaksa Hayy untuk dengan sendirinya tunduk rukuk, malah rebah sujud ke bumi. Terasa benar siapa dirinya, hingga tersungkur di depan Dia.
Segala-galanya berubah, apabila Hayy dikunjungi buat pertama kalinya oleh seorang lelaki dari ‘negeri bertamadun’. Lelaki itu bernama Absal.
“Manusia apakah ini yang hidup sendirian, bersalut bulu angsa untuk menyembunyikan anggota sulitnya?”, Absal terkejut melihat Hayy.
Setelah puas berusaha meyakinkan Hayy bahawa kedatangannya tidak membawa apa-apa maksud yang tidak baik, Absal dan Hayy bersahabat karib.
Pada renungan Hayy, biar pun Absal ini beragama dengan ‘agama itu’, cara Hayy bertafakkur dan berhubung dengan Tuhannya, selari dengan agama yang dianuti oleh si Absal. Namun, akhirnya mereka berdua akur bahawa ‘agama’ Hayy itu lebih asli berbanding amalan Absal yang hanya berorientasikan ritual semata. Atas kesepakatan ini, Absal membawa Hayy ke negerinya yang bertamadun itu untuk memperkenalkan ‘agama tulen’ si Hayy.
NOVEL
Kisah di atas bukan catatan sejarah. Hayy ibn Yaqdhan dan Absal hanyalah dua watak fiksyen. Ia merupakan kisah yang dikarang oleh seorang ahli falsafah Arab bernama Ibn Tufayl di negeri Andalusia, untuk mengkritik secara kiasan terhadap masyarakatnya ketika itu.
quran_andalus.JPG
Ibn Tufayl tidak menyebut apakah agama si Absal yang dikatakan penuh ritual tanpa makna itu. Tetapi agamanya berteraskan sehimpun solat dalam sehari, berpuasa di bulan tertentu, memberi bantuan kepada si miskin dan ziarah ke tempat suci. Sebagaimana agama Hayy ibn Yaqdhan dipraktikkannya tanpa nama, Ibn Tufayl juga tidak menyebut secara jelas bahawa agama yang dikritiknya ketika itu adalah agama Islam yang diamalkan oleh penduduk Andalus.
Mengapa harus dikritik? Mari kita sambung perjalanan Hayy ibn Yaqdhan bersama Absal…
Hayy teruja.
Teruja melihat penduduk negeri Absal beribadah sepertinya. Rukuk, sujud… semuanya serba serbi. Banyak persamannya.
741.jpg
Tetapi Hayy tidak lama begitu. Dia segera mengesan, bahawa segala perbuatan kaum di negeri Absal itu hanya ilusi. Mereka melakukan ibadah secara kosong tanpa makna. Tidak faham mengapa rukuk, tidak tahu mengapa sujud. Justeru ibadah mereka tidak memberi bekas. Tiada kesan.
Kehidupan penduduk negeri itu sibuk dengan huruf-huruf pada teks aturan agama tetapi mereka kehilangan roh aturan agama itu.
Hasrat Hayy untuk mencari manusia pintar yang boleh menerima dan mempelajari ‘agama tanpa nama’nya itu, tidak berhasil. Lantas Hayy dan Absal mengambil keputusan meninggalkan ‘negeri bertamadun’ itu kerana pada hemat mereka, penduduk di situ tidak lebih dari sekadar makhluk yang umpama binatang yang tidak berakal.
Mengapa?
Seperti binatang… hidupnya juga ada peraturan. Malah jarang sekali peraturan itu dilanggar. Tetapi binatang itu tidak mampu memahami maksud agama Hayy, kerana mereka tiada akal. Manusia yang mengikut peraturan tanpa akal, binatanglah mereka!
“Mereka bergantung sepenuhnya pada meniru pesan Nabi dan tradisi agama, secara melulu tanpa berusaha untuk memahami maksud perbuatan mereka itu”, simpul Hayy.
PEMURNIAN AGAMA
Apa yang dilakukan oleh Ibn Tufayl di dalam novel fiksyennya ini, hampir sama dengan apa yang cuba dilakukan oleh Moses Maimonides kepada Judaism. Agama yang sudah menjadi ritual.
maimonides-2.jpg
Moses Maimonides

Tetapi saya lebih terkasima dengan kisah Hayy ibn Yaqdhan. Lebih dari ungkapan tentang Robinson Crusoe sebagai novel pertama Inggeris, lebih dari Moses Maimonides yang hidup lebih awal, sezaman dengan Ibn Tufayl. Kerana hakikatnya, kritikan Ibn Tufayl kepada masyarakat Andalus melalui kisah Hayy ibn Yaqdhan dan Absal ini, masih relevan dan kena dengan kesengsaraan jiwa saya melihat kelakuan Muslim hari ini.
Agama menjadi ritual.
Kita semakin beragama tetapi beragama tanpa Tuhan.
BERTUHAN TANPA AGAMA
Terdahulu, saya kasihan melihat Eropah. Kekecewaan mereka terhadap agama Kristian yang penuh kecelaruan dan bertentangan dengan asas akal manusia, ramai yang lari meninggalkan agama.
Tetapi ini tidak bermakna mereka lari meninggalkan Tuhan. Berbekalkan keyakinan kepada Tuhan, mereka masih terus cuba mengenal pasti kehendak-Nya, tanpa agama. Lantas muncullah para saintis seperti Newton dan terutamanya François-Marie Arouet atau lebih dikenali dengan nama penanya Voltaire.
Tentu sahaja jika diukur pada soal hablun minallah, maka mereka tidak teratur malah tidak tentu arah dalam cubaan menjustifikasikanny a. Tetapi sari pati di sebaliknya masih ada. Fahaman Deism, yang saya simpulkan sebagai berTuhan tanpa agama, sudah cukup untuk memahamkan kepada kita mengapa tanpa Risalah Kenabian dan Syariat yang jelas, Eropah masih boleh bangkit sebagai sebuah masyarakat yang sistematik dan bertamadun.
CETUSAN SEBUAH REVOLUSI
Liberty… pembebasan
Equality… kesama rataan
Fraternity… persaudaraan
Slogan itu adalah intisari Revolusi Perancis. Ia berperanan besar dalam mendefinisikan kembali apakah itu keadilan bagi sebuah pemerintahan. Keadilan yang menjadi subjek tertinggi turunnya Syariat dari Pencipta alam kepada penghuni alam. Berlaku adil dan kehidupan, dan pemerintahan.
Tetapi sedarkah kita bahawa ketiga-tiga elemen itu, merupakan khasiat sebenar Tauhid dan Syahadah kita kepada Allah?
syahadah.JPG
Apabila kita lafazkan ungkapan La Ilah… ia menjadi teras kepada sebuah pembebasan. Membebaskan diri dari diperhambakan oleh diri yang lain. Jangan lagi ada manusia yang cuba menindas manusia lain.. La Ilah menyuntik pembebasan. Revolusi Perancis melaungkan La Ilah pada ungkapan Liberté, dan kerana mereka kabur dengan Tuhan sebagai rujukan, Liberté itu berjaya mencetuskan pembebasan tetapi dengan pelbagai kesan sampingan.
Akan tetapi seorang Muslim melaungkan La Ilah demi keluar dari penindasan dan perhambaan, lalu diikat kepada IllaLlaah! Bahawa kita keluar dari perhambaan bukan kepada menjadi Tuan. Kita keluar dari perhambaan sesama manusia, kepada pulang menjadi hamba kepada Dia, Allah Tuhan yang Maha Mencipta.
Kerana itu, antara komen awal yang diterima oleh Baginda SAW tatkala melaungkan seruan La Ilaha IllaLlaah ialah “seruan ini dibenci raja-raja yang memerintah”. Sesiapa sahaja yang memahami maksud Kalimah Tauhid itu akan tahu bahawa ia akan melucutkan hak menindas yang dinikmati oleh pemerintah.
Perancis di Eropah bertolak dari Liberté itu kepada égalité atau equality.
Setelah manusia bebas dari perhambaan sesama manusia, barulah mereka bersedia untuk menerima hakikat bahawa setiap insan dilahirkan sama. Tiada lebih arab ke atas ajam, tiada lebih putih ke atas hitam, malah tiada lebih penguasa dan rakyat, kecuali semuanya sama di hadapan peraturan dan undang-undang. Seruan ini membawa kepada deklarasi tahun 1789 bahawa setiap individu adalah sama statusnya sama ada terhadap hak mendapat perlindungan undang-undang, atau hak dihukum oleh undang-undang.
Inilah juga kesan Tauhid bahawa perlindungan sebuah kerajaan bukan hanya kepada orang kaya, malah turut memberi jaminan kepada si miskin. Hukuman jenayah bukan hanya mengerat tangan si miskin, tetapi juga si kaya serta penguasa. Lupakah kita kepada seruan perpisahan Nabi SAW di Hajinya yang satu itu?
“Wahai manusia sekalian! Sesungguhnya Tuhanmu adalah Satu, dan kamu semua berasal dari bapa yang satu, setiap kalian berasal dari Adam, dan Adam terbuat dari tanah, orang yang paling mulia di antaramu adalah mereka yang paling bertakwa. Tidak ada keutamaan bagi orang arab atas orang non arab, dan (sebaliknya) tidak juga bagi orang non arab atas orang arab. Juga tidak ada keutamaan bagi orang kulit putih atas orang kulit merah, kecuali dengan TAQWA”
Kesamarataan ini adalah intipati keadilan. Dengannya manusia memandang manusia lain dengan rasa kebersamaan. Di atas titik itu mereka berupaya untuk hidup sejahtera, bekerjasama di dalam lingkungan ukhuwwah persaudaraan. Biar pun Eropah memilih pelbagai jalan yang sulit untuk mendefinisikan fraternité atau Fraternity itu, namun mereka komited dalam usaha. Daripada Kristianisasi yang berfungsi sebagai tali pengikat di antara sesama manusia, mereka menyeru kepada rasa cinta kepada tanah air, demi sebuah penyatuan.
350px-prise_de_la_bastille.jpg
The storming of the Bastille, 14 July 1789

JELEK TERHADAP EROPAH
Kita mungkin jelek dengan Eropah dan jelek dengan usaha saya membuat perbandingan ini.
“Ada apa dengan Patriotisma ala Revolusi Perancis itu?!”, bermuncung-muncung kita mengkritik.
“Sama rata? Sama rata apa kalau perempuan memakan masa yang panjang dan susah payah yang jerih untuk sekadar membolehkan mereka itu ada hak memiliki harta, dan mengundi? Islam sudah lama begitu”, sombong seorang Muslim terhadap Eropah yang dipandangnya penuh jelek.
Ya, jika mahu diungkit kekurangan Eropah, kekurangan itu memang banyak. Apatah lagi jika cerminnya adalah Islam yang silam. Memang jauh sekali hebatnya Islam berbanding Eropah. Tambah pula jangan dilupa, bahawa Eropah itu berTuhan tanpa agama!
Tetapi busuk-busuk Eropah, biar pun dengan ideologi yang pelbagai, mereka mampu bertolak ansur dengan sentimen masing-masing terhadap sempadan negara. Mereka mampu membentuk Kesatuan Eropah. Kita yang Muslim dengan satu Tuhan, satu Rasul, satu Kitab dan satu Syariat itu, mampukah satu itu menghasilkan Kesatuan?
Kesatuan Arab?
Kesatuan Negara Muslim?
Pencapaian terbaik kita setakat ini ialah bersetuju untuk tidak bersetuju.
Jika tanpa agama, Eropah boleh memperelokkan struktur sosial, ekonomi dan politik mereka, apa perlunya dunia ini kepada Islam? Jangan main-main dengan soalan ini, kerana anda wajib bersedia menjawabnya.
Kita bangga dengan konsep Syura, tetapi sejauh mana pandangan orang ramai diambil kira? Usahkan orang ramai, sejauh mana pandangan pihak lawan di dalam medan sekecil parlimen, diambil kira? Tanya sahaja mana-mana negara Muslim, apakah ada Freedom, Equality dan Fraternity yang boleh diketengahkan untuk menandingi Eropah yang dipandang buruk itu?
KEADILAN SOSIAL ALA SUMER
Lawatan 2006 saya ke Dublin mencetuskan sesuatu di minda.
215-pic-1.jpg
Standard biasa kebanyakan rumah di Dublin

Saya melihat hampir kesemua projek perumahan dalam lingkungan usia sedekad ini, dibina dengan spesifikasi yang hampir sama. Boleh dikatakan kawasan perumahan di mana-mana sahaja yang sedang dibangunkan, ia mempunyai standard yang sama. Pembeza harganya hanyalah lokasi. Atas dasar ini, sesiapa sahaja yang mahu membeli rumah, akan membeli rumah yang ITU. Lantas di sebuah kawasan perumahan, bertemulah kita dengan seorang doktor berjiran dengan guru, tukang paip, akauntan, jurutera dan ahli perniagaan. Rumah mereka sama.
Jika ada yang kayanya lebih, mungkin dia akan membeli lebih dari satu rumah untuk pelaburan, atau beli sahaja istana lama di kawasan rural yang jauh dari penempatan awam. Lantas tidak wujud istilah rumah kos rendah di sisi rumah mewah. Tidak ketara di bandar besar seperti Dublin, adanya golongan elit ala Sierra Mas yang mustahil bertemu dan bercampur gaul dengan komuniti perumahan kos rendah di Damansara Damai di seberang jalan.
Sungguh….. perkataan apa yang patut diguna di sini? Sungguh Islamik!
Teringat saya kepada struktur seni bina bandar Ur kaum Sumer. Rumah ahli agama dan ahli politik serta rakyat jelata duduk di tempat yang sama. Pusat bandarnya pula ada rumah ibadah mereka. Ia menjadi asas tafsiran pengkaji sejarah bahawa struktur begini sulit untuk berlaku kecuali dengan kuasa agama, agama Tauhid yang memberikan equality kepada sesama manusia.
Hampir semua tamadun purba ada kesan wahyu dan kenabian padanya, biar pun sulit untuk kita buktikan secara jazam. Tetapi Tamadun Eropah nyata berbeza. Tiada nabi yang diutus untuk mereka selain Nabi Muhammad SAW sebagaimana kita. Tetapi bagaimana kesan yang hanya mampu dicetus oleh sari pati Tauhid boleh kelihatan dalam banyak aspek kehidupan Eropah hari ini?
Soalan ini terbuka kepada perbincangan.
Equality di Eropah bukan mainan ceramah atau tulisan, ia adalah nilai teras justeru dapat dilihat dalam polisi awam dan dinikmati oleh semua.
Dublin dan Eropah itu tidak punya Islam. Tetapi mereka ada nilai Islam. Eropah berTuhan tanpa agama.
MUSLIM BAGAIMANA?
Kita ada serba serbi.
Rujukan kita lengkap.
Bukan sahaja lengkap, malah jangan dicabar kesahihannya. Persenjataan ilmu kita amat kukuh untuk mempertahankan ketulenan agama kita.
Tetapi, dengan agama yang sahih itu… apakah terbit nilai yang sebenar? Apabila Allah SWT memerintahkan kita agar berlaku adil, dapatkah manusia lekeh setinggan dan manusia elit di puncak bukit menikmati keadilan yang sama?
Bagaimanakah layanan pemerintah di negara-negara Muslim terhadap rakyatnya? Terhadap pembangkang di dalam sistemnya? Terhadap kebolehan bersuara memberikan pandangan? Adakah ruang untuk seorang rakyat biasa di atas kerusi roda masuk ke parlimen untuk menyoal pemimpin tertinggi, seperti nikmat hari Rabu di sebuah Parlimen tanpa Islam bernama Westminster?
Jika semua itu tidak wujud pada amalan, di manakah silapnya?
Hayy ibn Yaqdhan akan lebih terseksa jika ziarahnya sampai ke kehidupan kita hari ini.
Agama kita hanya ritual. Bukan sahaja ritual pada sujud dan rukuk, malah ritual dalam segala-galanya. Tanpa makna.
Kita tegas menentang riba sebagaimana yang diperincikan oleh teks agama, tetapi alternatifnya sama menindas. Riba hilang, tetapi penindasan dan tekanan tetap ada.
Kita solat, berpuasa, berzakat dan berhaji, tetapi sejauh mana solat menjadikan kita ini sujud dan tunduk di luar solat? Sejauh mana puasa membebaskan diri dari perhambaan kepentingan peribadi, kepada mengutamakan kepentingan yang Maha Tinggi? Sejauh mana zakat kita menjadikan komuniti Muslim sebagai komuniti yang saling menjaga kebajikan si miskin yang tiada status sosial? Sejauh mana haji kita menjadi kemuncak Freedom, Equality dan Fraternity?
ritual01.jpg
Kita berusaha keras untuk mensahihkan penampilan luaran ibadah kita, tetapi pedulikah kita kepada roh ibadah itu sendiri?
Ia bukan soal Sufi Tasawwuf atau falsafah putar belit… ia adalah maksud beragama sebagai jalan berhubung dengan Tuhan. Apakah kita benar-benar berhubung dengan Allah melalui solat kita yang sahih itu? Jika kita berhubung, mengapa Solat kita tidak melahirkan manusia hamba? Lebih ramai yang sahih solatnya, lebih ramai yang berkelakuan seperti tuan, bukan hamba seperti yang sepatutnya.
Itu dalam soal ibadah individu.
Bagaimana pula dalam soal yang lebih besar?
RITUAL DALAM BERPOLITIK
Tunuslu Hayreddin atau Khayr al-Din al-Tunisi, bekas presiden Tunisia yang juga Menteri Utama Khilafah Othmaniyyah di zaman Sultan Abdul Hamid II, sudah mengingatkan kita bahawa keupayaan Eropah untuk maju, misalnya di zaman Charlemagne, bukanlah kerana Kristiannya mereka. Tetapi kemajuan itu dicapai atas komitmen mereka kepada JUSTICE, keadilan!
Inilah yang mesti disedari oleh pemerintah Muslim, bahawa mereka harus sedar bahawa maksud Islam dalam pemerintahan, ialah pada menegakkan keadilan. Tidak cukup menjadi pemerintah Muslim, jika pemerintahannya kosong dari komitmen kepada keadilan.
Apa maknanya tertegak sebuah pemerintahan yang diwartakan sebagai pemerintahan al-Quran dan al-Sunnah, jika ia jauh dari komitmen terhadap keadilan? Keadilan adalah akhlak sebuah kerajaan yang lurus.
adl.JPG
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) , dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (Al-Nisaa’ : 58)

Sebagaimana Hayy ibn Yaqdhan kecewa dengan penduduk negeri Absal yang ‘menyembah teks’ kerana berkelakuan seperti haiwan tanpa akal, saya juga terus berkongsi kekecewaan dengan golongan agama yang berkelakuan yang sama hari ini.
SALAF DAN KHALAF
Salaf dan Khalaf berkongsi masalah yang sama. Fazlur Rahman pernah memberikan komen tentang gerakan Muhammad bin Abdul Wahhab, bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab mahu membasmi taqlid dari masyarakat, tetapi beliau telah membuang instrumen terpenting untuk seseorang keluar dari taqlid, iaitu akal. Lantas mereka yang mengikut manhaj Muhammad bin Abdul Wahhab berpindah dari satu jenis taqlid, kepada taqlid yang lain.
Bagi khalaf pula, biar pun mereka tegas mempertahankan gagasan pembelajaran aqidah melalui Ilmu Kalam, tetapi sebahagian mereka turut bermusuh dengan seruan akal. Apakah ada sebab untuk Sifat 20 dipertahankan, jika dalam masa yang sama kita menolak fungsi akal dalam memahami agama.
Lantas kedua-dua golongan ini terus berbalah di sepanjang sejarah, atas kesepakatan mereka menolak faculty of reason. Jika ada yang cuba keluar dari dua kelompok ini, segera pula dibungkus dengan plastik berjenama Muktazilah! Habis cerita…
SIASAH
Soal pemerintah yang melakukan kesilapan dan kesalahan, ia adalah sesuatu yang lumrah. Ia terbit dari sifat asli manusia. Kerana itu sains politik diletakkan sebagai cabang disiplin sains sosial (sains kemanusiaan) . Apa sahaja ideologi yang menjadi dasar sesebuah negara, ia akan memperuntukkan kaedah check and balance untuk mengawal keadaan ini. Biar pun pemerintah tidak gemar dengan pembangkang, tetapi untuk menafikan peranan pembangkang sebagai pelengkap kepada sebuah sistem, belum ramai yang sampai ke situ, kecuali pemerintah maha diktator.
Tetapi penyembahan teks tanpa peduli kepada maksud Syariat Allah, menjadikan lahir segelintir ilmuan agama lebih rela melihat berleluasanya kemungkaran, berbanding usaha membetulkan keadaan.
Sebagai suatu kajian kes rujukan, munculnya golongan ni atas pegangan mereka kepada teks Sunnah yang menyebut larangan menegur pemerintah secara terbuka, mereka mematuhinya tanpa peduli kepada apakah maksud di sebalik perintah itu. Apa yang mahu dipertahankan ialah, jangan ditegur pemerintah itu. Baik di parlimen, atau di mana sahaja.
Soal maksud pemerintahan untuk menegakkan keadilan terhadap rakyat, semacam terlalu murah untuk diberi perhatian.
Lantas Eropah tanpa agama, lebih telus dan komited dalam melaksanakan keadilan kepada rakyatnya, berbanding negara mahu pun negeri al-Quran dan al-Sunnah. Lihat nasib pembangkang di negera dan negeri itu, lihat kekebalan pemerintah di negara dan negeri itu? Di situlah suburnya maksiat. Mungkin bid’ah rakyat rancak dihapuskan, tetapi maksiat pemerintah dan ketidak telusan dalam pemerintahan, dibiarkan begitu sahaja kerana kepercayaan bahawa pemerintah tidak boleh ditegur, bersabar ke atas maksiat mereka adalah jalan Taqwa.
Sesungguhnya ini adalah kepercayaan membuta tuli terhadap teks yang diangkat sebagai subjek sembahan, menurut tafsiran Ibn Tufail di dalam novel kritik sosialnya melalui watak Hayy ibn Yaqdhan dan Absal. Apa yang mahu dicapai oleh seruan Baginda SAW langsung tidak dipeduli, Apatah lagi seruan oleh Rasul yang sama terhadap tuntutan kalimatul haq ‘inda Sultan Jaa’ir.
Ketika semua ‘agama’ dan ideologi menerima bahawa kestabilan negara mesti dijaga, kerajaan mesti berlaku adil, dan kesilapannya mesti diperbetulkan, melalui pelbagai sistem yang ada, tiba-tiba hanya ada satu versi sahaja yang muncul memberitahu sebaliknya. Dan ia muncul atas nama al-Sunnah. Bahawa mengkritik pemerintah ialah suatu dosa!
Dosa warisan puak Khawarij!
philosophy.jpg
Jika Hayy ibn Yaqdhan masih hidup, mungkin komennya semasa mendarat di semenanjung ini ialah… this is a pseudo religion, agama saduran!
Tidak hairanlah, Muhammad Abduh pergi ke Paris dan pulang ke Kaherah, membuat kesimpulan bahawa, “aku ke Paris dan kutemui Islam tanpa Muslim, dan aku pulang ke Kaherah dan kutemui Muslim tanpa Islam!”
Kita bersolat sekadar ritual.
Kita berzakat sekadar ritual.
Kita berpuasa secara ritual.
Kita berhaji secara ritual.
Malah kita berekonomi secara ritual, dan malang sekali… kita juga berpolitik secara ritual.
Eropah bertuhan tanpa agama, Muslim beragama tanpa Tuhan. Eropah sesat menuju Akhirat, Muslim muflis dunia dan nasibnya juga belum tentu di Akhirat. Lantas agama kita kosong dari nilai… hanya ritual seperti kepatuhan lembu terhadap naluri laparnya yang menuntut rumput.
Yang enggan hidup dengan akal itulah haiwan ternakan, bal hum adhall!
ABU SAIF @ www.saifulislam. com
56000 Kuala Lumpur

Rabu, 23 Disember 2009

Kacang Hijau Dalam Telinga

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor: "Selamat petang..."
Pesakit: "Selamat petang Doktor!"
Doktor: "Ada masaalah apa ...?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda!"
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor: "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit: "Apa caranya doktor?"
Doktor: "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit: "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit: "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit: "??????????? "

Trick tak nak kena saman.. cuba la

Pada satu hari, seorang polis peronda menahan sebuah keto sebab melebihi had laju.

Polis: Encik dah langgar had laju tadi. Boleh saya lihat lesen memandu encik?
Pemandu: Mana saya ada, dah 2 tahun dah lesen saya kena gantung
Polis: Kalau camtu, boleh saya tengok registration kad keter nie tak.
Pemandu: Ni bukan keto saya tok, keto ni saya curik.
Polis: Habis tu, keter curik la nie yea?
Pemandu: Ler, kan saya dah kata tadi, keto ni memang saya curik tadik. Eh!! Kalau tak silap saya, saya ada nampak registration kad tu dalam tempat letak barang drebar masa saya letak pistol saya tadi.
Polis: Hah!! Ader pistol ker kat situ??
Pemandu: Aa..ahh!! kat situ ler saya letak pistol tu lepas saya tembak perempuan tu, owner keter ni kot. Lepas saya tembak dier, saya sumbat mayat dier kat bot belakang keto nie.
Polis: Ada mayat plak kat bot keto nie??
Pemandu: Yea laa, ko pokak ker aper?? kan aku dah bagi tau tadi aku sumbat mayat tu kat situ.

Mendengar balasan pemandu tu, polis tadi yang keseorangan tu jadi cuak dan terus hubungi markas sebab nak mintak bantuan. Dalam beberapa minit saja, keter tu telah dikepong oleh sepasukan polis. Kapten polis pun datang untuk bercakap face-to-face untuk menghandle situasi yang tegang tu.

Kapten: Buleh saya lihat lesen memandu awak??
Pemandu: Buleh, tarak hal punyer. Nah.. ni dier. Belum mati lagi tu cik.
Kapten: Nie keter saper yang ko bawak nie??
Pemandu: Keter saya le tok, kebetulan saya ader bawak Registration kad keter nie.
Kapten: Hmm... nie memang keter awak. Buleh awak bukak tempat barang sebelah pemandu tu tak??
Pemandu: Buleh.. (Lalu membuka tempat barang tersebut)
Kapten: Hmmm.. kosong jer, sekarang saya nak awak bukak bot belakang keter awak. Saya diberitahu yang keter nie ader satu mayat yang tersimpan kat situ.
Pemandu: No problem.. (Lalu membuka bot tersebut)
Kapten: Hmmm... kosong jugak. Pegawai polis yang menahan awak mengatakan yang awak bagi tau dier yang awak takde lesen memandu dan membawa keter curik, awak ader pistol dan awak membawa satu mayat yang baru saje awak tembak.
Pemandu: Ye ker?? Cehh,, tak guna betul. Saya rasa mesti si penipu tu fitnah saya bawak melebihi had laju tadi jugak kan??

Ahad, 20 Disember 2009

MAKSUD ALLAH SIAPALAH YANG TAHU......

 Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang
 pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini
 tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada
 kerajaan itu dikumpulkan.

 Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun
 sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

 Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang
 raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang
 sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa
 gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat
 ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga
 semua orang untuk mencari ikan itu.

 Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah
 mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

 Di lain waktu dan tempat, ada seorang rajayang amat terkenal
 kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

 Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata
 kesimpulan para tabib sama,iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang
 saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka
 sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

 Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di
 permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak
 kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak
 berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun
 mangkat.

 Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya
 mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau
 mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat,
 sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan
 ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu
 meninggal?

 Tuhan pun berfirman,

 "Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat
 suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu
 dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya.
 Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!

 Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu
 Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan
 datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa
 padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di
 dunia!"

 Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

 Pelajaran pertama adalah:

 Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga,
 sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak
 diperhitungkan- Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita
 apabila sedang tertimpa musibah.

 Pelajaran kedua adalah:

 Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan
 Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat
 menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi
 sehingga melupakan urusan ukhrowi.

 Pelajaran ketiga adalah:

 Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat
 keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka
 buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu
 meringankan penderitaannya.

 Pelajaran keempat adalah:

 Siapa yang tahu maksud Allah? Wallahua'lam bissawab.

 Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui akan segala ketetapan yg telah
 ditentukan buat kita, hambaNYA. Oleh itu jgn sesekali berdendam sesama
 insan, marah atau mengesali segala dugaan yg dtg menjengah di sepanjang
 perjalanan hidup kita untuk menemuiNYA. Allah itu Maha Pengampun, Pengasih
 serta Pemurah.. maka carilah keredhaanNYA agar hidup kita bahagia hingga
 ke akhir usia di dunia, seterusnya bahagia di akhirat kelak.

 salam ukhwah..

Selasa, 15 Disember 2009

Pelajar tingkatan dua hamil

Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com. my
KUALA TERENGGANU: Akibat termakan pujukan lelaki dikenali untuk melakukan hubungan seks, seorang pelajar berusia 14 tahun bakal menjadi ibu pada usia muda selepas keterlanjurannya itu menyebabkan dia kini sarat hamil.

Tindakannya menyembunyikan tragedi hitam yang berlaku Mei lalu itu daripada pengetahuan keluarga menyebabkan mangsa yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di bandar ini terpaksa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut selepas doktor Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini mengesahkan kandungannya memasuki lapan bulan.

Kejadian menimpa gadis malang itu bermula sejurus dia menerima SMS daripada seorang lelaki dikenalinya setahun lalu ketika berada di rumahnya di sebuah kampung di pinggir bandar ini, kira-kira jam 9 malam.

Ketika menghantar SMS berkenaan, suspek dari Kampung Belukar Jambu, Chendering di sini, memberi alasan konon ketika itu dia berada di rumah datuk gadis terbabit yang tinggal berjiran dengan rumah keluarganya dan meminta mangsa ke rumah berkenaan untuk berbual.

Sebaik menerima SMS itu, mangsa yang tinggal bersama keluarga dan tidak menduga niat jahat lelaki terbabit kemudian keluar bersendirian ke rumah datuknya kira-kira jam 10.15 malam.

Ketika tiba di rumah berkenaan, datuk dan neneknya sudah tidur dan mangsa bersembang dengan suspek yang juga rakan kepada abangnya di anjung rumah terbabit.

Berikutan persekitaran rumah ketika itu sunyi, suspek berusia 19 tahun dan bekerja sebagai juruteknik bagaikan dirasuk iblis apabila secara tiba-tiba mendekati mangsa sebelum mengambil kesempatan meraba gadis berkenaan.

Bagaimanapun, cubaan lelaki terbabit menjinakkan mangsa dengan sentuhan itu gagal apabila mangsa terkejut dengan tindakan suspek yang dianggapnya abang menepis tangan remaja lelaki berkenaan.

Sumber polis berkata, tindakan mangsa menghalang kemahuan suspek menyebabkan keinginan lelaki terbabit mengadakan hubungan seks semakin membuak sebelum bertindak memujuk gadis berkenaan.

Katanya, pujukan suspek membuatkan mangsa cair sebelum mahkota gadisnya diragut.

Menurutnya, mangsa mendakwa sebaik memuaskan nafsu syahwatnya, suspek memohon maaf atas perlakuannya dan meminta gadis terbabit merahsiakan perbuatan terkutuk itu daripada keluarga.

Katanya, selepas sebulan peristiwa hitam itu berlaku, mangsa mula dihantui perasaan cemas dan bimbang mendapati tidak datang haid dan mengesyaki hamil sebelum memaklumkan perkara itu kepada suspek dengan harapan lelaki terbabit bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Disebabkan bimbang dimarahi keluarga, mangsa nekad merahsiakan perkara itu hingga kandungannya memasuki lapan bulan,” katanya.

Menurutnya, tertekan dengan kandungan yang semakin membesar, mangsa yang buntu dengan keadaan itu membuat penyelesaian sendiri dengan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Kuala Terengganu, kira-kira jam 6.15 petang, Khamis lalu.

“Mangsa dibawa ke HSNZ untuk pemeriksaan lanjut dan doktor yang menjalankan pemeriksaan mengesahkan mangsa hamil lapan bulan dan kini ditempatkan di wad HSNZ kerana memerlukan pemeriksaan lanjut pakar kanak-kanak,” katanya.

Sumber itu berkata, susulan laporan itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kemudian ke rumah suspek dan menahan seorang lelaki berusia 19 tahun di rumah berkenaan, kira-kira jam 3.45 pagi, Jumaat lalu.

Suspek kini ditahan di lokap IPD Kuala Terengganu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.

Sabtu, 12 Disember 2009

Misteri Kematian Brucee Lee




Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.


Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.


Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim

Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.

Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim. Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.


Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.


Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut. Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.


Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)http://drupalmalays ia.org/silatmela yu/Datuk_ Meor_Gayung_ Malaysia




Dia bertarung dgn Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yg top sekitar awal 80-an).. Dicky ni bertarung dgn Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dlm seni bela diri.. Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee , lalu Bruce Lee jatuh.


[ BEBERAPA HARI SEBELUM KEMATIAN ]


Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita - berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat 'dubbing' untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.



[ BEBERAPA JAM SEBELUM KEMATIAN ]


Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.



[ BEBERAPA MINIT SEBELUM KEMATIAN ]


Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen ElizabethHospital. Tetapi, Lee sudah pon meninggal sebelum sampai di hospital.So, itu adalah 'cerita rasmi' tentang kematian Bruce Lee.

BAGI JADI KERAS (18+)

Seorang datuk dan cucunya sedang berjalan-jalan. Kerana hari panas mereka beristirahat di bawah pohon yang di depannya ada kolam ikan. Si cucu nie memang suka menanyakan berbagai soalan kepada datuk."Tok, adakah atok akan memberi saya duit RM100, bila saya berhasil menegakkan seekor cacing tegak lurus di atas tanah?" Si datuk tak percaya. Fikirnya mana boleh. Kata datuk: "Ok, kalau berjaya, besok atok kasi kamu RM100."

Si cucu lantas mencari cacing di pinggir kolam. Terjumpa seekor. Dibawanya cacing tersebut ke depan datuknya. Lalu si cucu mengambil hair-spray dari poket baju. Si cacing yang malang dispray beberapa kali, lantas mati keras. Dengan mudah si cucu menegakkan cacing tegak lurus di atas tanah. Si atok kagum, cucunya memang bijak. Sampai di rumah berceritalah si cucu tentang janji datuk pada neneknya. Si nenek mendengar penuh kagum. Leka bercerita si cucu pun tertidur.

Pagi esoknya si nenek mencari cucunya sambil membawa duit RM200."RM100 dari atok, dan RM100 lagi dari nenek untuk idea yang bagus." kata sang nenek. Si cucu melopong tak paham.

Rabu, 9 Disember 2009

Melihat Kepribadian Manusia dari Status Facebook

1. Manusia Super Update

Bila2 pun dan di manapun selalu update status. Statusnya tidak terlalu panjang tapi yg dapt dilihat buat nyampah, kerana hal-hal yang tidak terlalu penting juga dipamerkan.
Contoh : "Nak makan di restoran A..", "Dalam perjalanan menuju neraka..", "Sedang baca Paper..", dan sebagainya.

2. Manusia Melankolis

Biasanya selalu meluahkan di status. Entah kerana ingin banyak diberi komen dari teman-temannya atau hanya sekadar menceritakan ke facebook. Biasanya orang tipe ini menceritakan kisahnya dan terkadang menanyakan solusi yang terbaik kepada yang lain.
Contoh : "Kamu sakiti aku.. lebih baik aku cari yang lain..", "Cuma kamu yang terbaik buat aku.. terima kasih kerana menyangi selama ini..".

3. Manusia Tukang Ngeluh

Pagi, siang, malam, semuanya selalu ada aja yang dikeluhkan.
Contoh : "Bos suruh kuar ..!! Panas pula..", "Aaaargh ujan, padahal baru cuci keta.. hampeh..!!", "Malas ngapa ni.. Sakit hati gara2 si dia..", dsb.

4. Manusia Sombong

Mungkin beberapa dari mereka ini ada niat membanggakan diri, tapi terkadang orang yang melihatnya, tidak seberuntung dia, merasakan statusnya itu angkuh, dan malah buat jd meluat.
Contoh : "Otw ke Paris ..!!", "BMW ku sayang, dah sampai masa kamu mandi.. aku mandikan ya sayang..", "Wahh, bestnya berbelanja di Singapura, barang2nya murah sangat"

5. Manusia Puitis

Dari judulnya dah jelas. Status nya selalu diisi dengan kata-kata mutiara, tapi tak jelas apa maksudnya. Buat kita terharu? Buat kita sedar atas pesan tersembunyinya? atau cuma sekadar memancing komen? Sehingga saat ini, tipe orang seperti ini masih dipersoalkan.
Contoh : "Kita masing-masing adalah malaikat bersayap satu. Dan hanya bisa terbang bila saling berpelukan", "Mencintai dan dicintai adalah seperti merasakan sinar matahari dari kedua sisi", "Jika kau hidup sampai seratus tahun, aku ingin hidup seratus tahun kurang sehari, agar aku tidak pernah hidup tanpamu".

6. Manusia in English

Tipe manusia jenis ini seperti apa2 saja, apakah melankolis, puitis, sombong dan sebagainya. Tapi dia berusaha lebih canggih dengan mengatakannya dalam bahasa English
Contoh : "Tie and Chair..", "I can tooth (kentut), you Pink sun.." dsb..

7. Manusia Lebay

Updatenya selalu bertemakan 'pergaulan' dengan menggunakan bahasa dewa.. ejaan yang dilebaykan..
Contoh.." Morning all.. pagiiieh yg cerah... xixiixi" << lol~

Khamis, 3 Disember 2009

Rokok Tidak Merbahaya

Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki
oleh beberapa pakar dalambidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak
berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan
mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu
nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih
jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah
ini:

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang dokter. Mereka selalu bersama kemana
saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuwan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba
ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu
salah seorang mengambilnya lalu meng-gosok2kan ketel tersebut. Sejurus
kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti
menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit!
Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa
saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan
takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan
kemauan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup
mereka. Lalu mereka memilih kemauan mengikuti
kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di
seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
selama 10 tahun.

Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan
si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu
gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah
si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak
sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu
dengan perempuan.

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka
keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari
mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar
dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.

Dia berkata: JIN GUOBLOOOKK ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!

Safety Lesson-nya : 'Rokok Tidak akan berbahaya, sepanjang tidak ada mancisnya'

Adik beradik Jin!

Dari Ustaz Ismail Kamus...

Untuk Pengetahuan Kite Bersama....

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya ..

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).

Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tu (uhuks!!).

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-niliknasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Wallahua'lam

P/s: Saper kat sini dah masuk kategori adik beradik Jin? Hehehe..

Bermalam Di Katil Seorg Lelaki??

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa...lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra...menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal...

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi... ... ...... ..... ... ... ... ... ... ... .. ... .

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa...

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah

Rabu, 2 Disember 2009

Inul DiBenarkan Goyang Gerudi,Ketika Umat Islam Menyambut Aidiladha

Akhirnya cita-cita Inul Daratista untuk membuat goyang gerudi di Malaysia tertunai ketika umat Islam di negara ini sedang menyambut Hari Raya Aidiladha dan menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim as.Bertempat di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, semalam Inul mengoyangkan 360 darjah gerudinya yang memukau kira-kira 5,000 penonton.


Persembahan itu diadakan secara percuma kononnya untuk pekerja Indonesia di negara ini.

Tiket percuma dan terhad kepada warga Indonesia bukan isunya. Isunya, ia diadakan di negara ini ketika umat Islam sedang menyambut Aidiladha. Persembahan Inul yang terkenal dengan imej aksi goyang gerudi dengan kelucahan melampau ternyata menghiris hati dan perasaan umat Islam di negara ini. S
iapa yang membenarkan persembahan itu diadakan di negara ini? Adakah kerajaan 1Malaysia yang diterajui Umno yang mendakwa mereka parti Islam tidak mengetahui bahawa Majlis Ulama Indonesia sendiri telah memberi fatwa bahawa goyang gerudi adalah haram?
 Kenapa ulama Umno yang mengampu pemimpin mereka dalam isu doa Tuan Guru Nik Aziz senyap seolah-olah buta dan tuli dalam isu goyang gerudi ini? Adakah mereka sudah jumpa fatwa dan hujah yang menghalalkan dan mengharuskan goyang gerudi ini?

Adakah dengan membenarkan Inul membuat konsert di negara ini semalam merupakan salah satu syarat pengorbanan yang menjadi tuntutan dan ajaran Islam.?Jika itu syaratnya, maka dengan konsert ini semalam lengkaplah 'rukun' korban yang dilakukan oleh pemimpin Umno untuk tahun ini.
http://angkasanuri.blogspot.com/

Ahad, 29 November 2009

Melabur dlm ASB guna loan bank, Untung @ Rugi?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri jawapan sama ada untung atau rugi buat ASB loan ini. Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya sama ada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.
Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untukmemburuk- burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).
Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.
Contoh:
Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.
Cara A – Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
——————————————————————
Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,82 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.
Untung atau rugi?
Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.
Cara B – Belanjakan Dividen setiap tahun & maintainmembayar bulanan kpd loan
————————————————————————————————
Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahunadalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun =  RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000
Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.
Untung pada mata kasar ==> RM 64,64
Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan ‘potential gain’.
Total Value jika anda simpan sendiri  =   RM 383,018
Total gain kalau anda ambil loan       = – RM 240,000
—————————————————————
Kehilangan Keuntungan                          RM 143,018
Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !
Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adal h untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.
Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!! !.
Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.
Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang

Khamis, 19 November 2009

SEJARAH NEGERI CIK WANG KEMBANG @ KELANTAN

Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Kumar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Kumar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Kumar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada maharaja China itu.

Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Negeri Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginga Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Negeri Kelantan telah menjadi masyhur sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M, Raja Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).

Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D'Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.

Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.

Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.

Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.

Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.

Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).

Raja Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah putera Raja Petani (Wan Daim) yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahndanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan memerintah di Sening dekat Jembal.

Long Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long Bahar dengan Raja Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Getting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pendak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.

Kemudiannya pada 1758M, Long Pendak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pendak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletuskan peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dengan Long Gaffar, putera kepada Raja Reman di Hulu Perak. Dalam peperangan pada 1762M, Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. bagi mengenang jasa Long Gaffar yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan Negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.


Raja Kelantan Berketurunan Long Gaffar

1. Long Gaffar

* Bermula pada 1750-an selepas Perang Kota Kubang Labu II
* Mangkat pada awal 1780-an

1. Long Seri

* Pada masa pemerintahannya Patani jatuh ke tangan Siam (1785)
* Mangkat pada usia 137 tahun

1. Long Demor

* Pemerintahannya berpusat di Jeram

1. Tengku Chik Pandak

1. Engku Besar Tun Ahmad

* Bermula ketika kemasukan pengaruh Inggeris
* Tamat selepas peristiwa Pemberontakan Tok Janggut pada tahun 1915
* Kemudiaannya berhijrah ke Kota Bharu Reman

Long Gaffar menguasai Kelantan (ketika itu dipanggil "Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang). Setelah menang perang iaitu perang Kota Kubang Labu 1. Perang tersebut berlaku selepas raja Kota Kubang Labu (dari keturunan Jembal) yang bernama Long Pandak membunuh isterinya yang merupakan puteri Raja Legeh (Narathiwat sekarang).

Puteri tersebut bernama Puteri Neng Mas(Tengku tengah adik Long Deraman) adalah juga merupakan sepupu Long Gaffar dibunuh kerana dituduh berzina dengan Long Gaffar kerana memiliki "kain Cindai" yang bernama "Cepa Melaka" yang dimiliki oleh Long Gaffar. Sebenarnya kain cindai tersebut dipinjamkan oleh Long Gaffar semasa lawatannya ke Kota Kubang Labu, kebetulannya pada masa ketiadaan Long Pandak. Puteri Neng Mas telah dibunuh dengan kejam, dimana mayatnya telah dibelah perut dan diikat di atas belakang gajah yang bernama "Neng Malai" yang dihadiahkan oleh oleh Raja Legeh. Peristiwa inilah yang membangkitkan kemarahan Raja Reman dan Raja Legeh.

Gelaran "Long"

"Long" berasal dari perkataan "sulong" iaitu anak sulung. Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu, anak sulong dipanggil "long", "kak Long" atau "abang long". Sudah menjadi adat dikalangan raja-raja Melayu pula, putera sulung mereka akan mewarisi takhta. Jadi Long Gaffar adalah putera sulong Raja negeri Reman (yang terletak di Yala, Selatan Thailand hingga Hulu Perak sekarang).

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan "Long" itu berasal daripada perkataan Siam yang bererti "Putera". Ini berasaskan hakikat bahawa semua anak-anak lelaki diberi pangkal nama "Long" tanpa mengira sama ada anak sulung atau tidak. (Ini berbeza dengan Long Jaafar di Perak kerana adiknya ialah Ngah Ibrahim). Anak-anak perempuan diberi pangkal nama Tuan di Kelantan, atau "Nan" atau "Nang" di Terengganu (dipercayai dari perkataan "Nae" bererti "puteri' dalam bahasa Siam).

Keturunan Raja Jembal

AImarhum Haji Nik Mat bin Raja Banjar adalah daripada keturunan Raja Jembal yang memerintah negeri Kelantan dalam kurun ke- 16. Keturunan Raja Jembal ini masih ramai lagi di negeri Kelantan, terutama sekali di Kedai Lalat, Pulau Melaka dan beberapa buah kampung lain di dalam jajahan Kota Bharu.

Sejarah Raja Jembal telah ditulis oleh Almarhum Dato' Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud bin Nik Ismail (ayah Dato' Nik Ahmad Nik Kamil) sebelum Perang Dunia Kedua. Buku sejarah Raja Jembal yang ditulisnya telah dijadikan buku bacaan ilmu sejarah bagi sekolah-sekolah Melayu di Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua.

Antara ahli kerabat Raja Jembal yang terkenal ialah Puteri Saadong, anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di bahagian Hulu Kelantan pada waktu itu.

Asal-usul atau salsilah keturunan Raja Jembal ini bermula daripada seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja Bersiong yang telah singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kedai Lalat, kira-kira 10 kilometer dari Kota Baharu. Raja Bersiong ini dikatakan membawa dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan seorang lagi bernama Tuan Puteri Mani Kemian. Ada cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu berasal dari 'buluh betung' dan Tuan Puteri Mani Kemian itu terbit dari 'buih'. Dan ekoran daripada cerita dongeng itulah menyebabkan anak cucu Raja Jembal tidak memakan sayur buluh betung yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu sejak dulu hingga sekarang.

Tetapi fakta tentang cucu-cicit Raja Jembal zaman sekarang sudah dikaburi dengan cerita yang dianggap dongeng dan sudah tidak percaya lagi dengannya. didapati kini tiada lagi keturunan Raja Jembal itu yang percaya dengan dongeng yang mengatakan asal-usul nenek moyang mereka dari buluh betung dan buih.

Cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu keluar dari buluh betung dan Tuan Puteri Mani Kenilan itu keluar dari buih hanyalah rekaan dan khayalan penulis sejarah yang tidak begitu arif tentang sejarah dan salasilah Raja Jembal. Walau bagaimanapun, dikatakan terdapat wasiat daripada Raja Bersiong yang tidak membenarkan anak cucunya memakan sayur buluh betung dan tidak membenarkan anak cucunya membuat alat-alat rumah atau alat-alat pertanian dan lain-lainnya daripada buluh betung. Anak-anak cucu Raja Jembal juga tidak digalakkan memakan sejenis ikan bernama ikan sekacang.

Sejarah keturunan Raja Jembal itu bermula daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua duanya anak angkat Raja Bersiong. Setelah kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti telah dilsytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan beberapa daerah lain di Kelantan. Hasil daripada perkahwinan Raja sakti dengan Puteri Mani itu lahirlah Raja Loyur, Raja Omar, Raja Bahar dan beberapa orang putera dan puteri lagi.

Keturunan Raja Jembal yang ada sekarang ini ialah cucu cicit kepada Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian itu. Menurut Cikgu Tuan Mat, pemerintahan Raja Jembal di Kelantan berakhir setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung (puteri Sultan Omar) pada tahun 1725. Setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung satu rebutan kuasa telah berlaku antara puteranya iaitu Raja Abdul Rahman dengan adindanya, Raja Pah (adik Raja Kecil Sulung yg bernikah dgn Long Bahar Datuk Pengkalan Tua putera Raja Patani).

Akibat daripada perebutan kuasa itu, Raja Abdul Rahman tersingkir daripada takhta pemerintahan keturunan Raja Jembal ini dan suami kepada Raja Pah, Tuan Besar (atau lebih dikenali sebagai Long Bahar) mengambil alih pemerintahan daripada keturunan Raja Jembal. Perpecahan telah berlaku dalam kerabat keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar (Long Bahar) yang mengambil alih pemerintahan itu berasal dari Patani.

Sepatutnya Raja Abdul Rahman yang mewarisi takhta bagi meneruskan kuasa keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar atau Long Bahar itu bukan daripada keturunan Raja Jembal. Walaupun pemerintahan Raja Jembal telah berakhir, namun kesan sejarahnya masih wujud dengan adanya makam Raja Loyor, makam Raja Omar dan makam Raja Bahar yang telah dibaiki dan dibina semula oleh pihak Muzium Negara dalam tahun 1970an. Makam-makam ini terletak di sekitar Kedai Lalat.

Sebuah sekolah menengah di Kedai Lalat telah diberi nama Sekolah Menengah Raja Sakti dan sebuah sekolah rendah di pekan yang sama diberl nama Sekolah Kebangsaan Raja Bahar.

Dikatakan yang kerabat keturunan Raja Jembal kini berada di sekitar Kedai Lalat, Pulau Melaka, Sering dan di daerah-daerah lain di Kelantan dan masih lagi menggunakan bahasa diraja atau bahasa istana dalam pertuturan antara sesama mereka. Perkataan 'ku', 'patik', 'kanda', 'bonda', 'ayahanda', 'berangkat', 'cerat', 'mangkat' dan sebagainya masih digunakan oleh keturunan Raja Jembal walaupun kini mereka hanyalah rakyat biasa yang tinggal di beberapa buah kampung di Kelantan. Ini bererti bahawa pengaruh diraja dan istana masih tebal di kalangan cucu-cicit Raja Jembal yang masih hidup sekarang walaupun mereka telah dipisahkan dari istana sejak tiga abad yang lalu.

Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal telah pun ditubuhkan dan mendapat restu daripada Persatuan Kerabat Diraja Kelantan. Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal sekarang diketuai oleh Raja Mahmud bin Raja Mamat, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan dan Naib Ketuanya ialah Cikgu Tuan Mat bin Raja Kechik.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat juga telah dilantik sebagai penasihat kepada Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal ltu. Pihak Kerabat Diraja Kelantan telah diberitahu tentang perlantikan itu. Ini tidak bermaksud untuk mengulas secara panjang lebar tentang kisah dan sejarah Raja Jembal, tetapi hanya sekadar untuk mengaitkan serba sedikit riwayat tentang datuk nenek Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan keluarganya sebagai berketurunan daripada Raja Jembal yang masyhur dalam sejarah negeri Kelantan. Datuk sebelah bapa kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz masih lagi menggunakan panggilan 'raja', iaitu Raja Banjar.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengingati suatu perkara tentang almarhum datuknya ini. Raja Banjar bukanlah orang kaya walaupun memiliki banyak tanah. Mengikut Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, datuknya suka merantau meninggalkan rumah sehingga satu atau dua minggu. Apabila beliau pulang, dikerjakannya tanah dengan menanam kelapa dan getah secara bersungguh-sungguh bagaikan menggantikan masa kerjanya yang telah terbuang disebabkan merantau itu.

Kekaburan Sejarah Kelantan

Terdapat pihak yang mengatakan terdapat penyelewengan yang berkaitan dengan fakta sejarah negeri ini. Pendedahan yang telah dibuat menyebabkan ada pihak yang terasa. Penyelewengan itu dikatakan bermula dengan terbitnya buku "Ringkasan Cetera Kelantan" oleh Dato’ Perdana Menteri Nik Mahmud Bin Ismail sebelum tahun 1950-an. Penyelewengan fakta ini dipercayai dilakukan secara terancang dan berterusan ini terbukti dengan terbitnya buku terbaru sejarah Kelantan iaitu "Iktisar Sejarah Kelantan" yang kemudiannya diiklankan di dalam majalah "Pengasuh" keluaran MAIK.

Dikatakan, ramai yang tidak menyedari bahawa selepas kejatuhan "Kota Lubang Kubu" akibat Perang Kota Lubang Labu II pada tahun 1762 di antara Long Mohamad yang memerintah Kota Lubang Labu dengan Long Gaffar (Long Gaffar merupakan Raja Muda Negeri Reman dan bukannya anak pembesar Reman seperti yang didakwa di dalam buku di atas), negeri ini kemudiannya telah diperintah oleh Long Gaffar dan keturunannya.

Pusat pemerintahan utama semasa pemerintahan Long Gaffar di Negeri ini ialah di Kota Limbat, Peringat dan pada masa yang sama seorang tokoh iaitu Long Yunus (anak Long Sulaiman) yang merupakan sahabat baik Long Gaffar yang dianggap sebagai adik oleh baginda Long Gaffar. Lalu Long Yunus telah diberikan kuasa memerintah oleh Long Gaffar dari kawasan Pasir Tumbuh hingga ke Padang Garung, dan seterusnya hingga ke Kuala Kemasin dan Di sebelah Baratnya hingga ke Bukit Tanjung (Narathiwat). Walau bagaimanapun, segala keputusan dan kuasa sebenar berkaitan pentadbiran dan kes-kes jenayah adalah terletak di bawah bidang kuasa Baginda Long Gaffar di kota Limbat. Peristiwa ini yang menyebabkan munculnya nama "Kelantan", yang dikatakan berasal dari perkataan "Negeri yang Dikerat Lintang" antara Raja yang memerintah iaitu baginda Long Gaffar yang berpusat di Kota Limbat dengan Long Yunus dan sempadannya ialah Pasir Tumbuh.

Fakta tersebut dikatakan cuba diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu di Kelantan dengan memutarbelitkan peristiwa (menyatakan Long Yunus yang beri kuasa kepada Long Gaffar) bertujuan bagi memperkecilkan dan seterusnya menghapuskan peranan Long Gaffar dalam lipatan sejarah Kelantan sedangkan dalam perang tersebut, dipercayai Long Gaffar berjaya berperang dan mengalahkan Long Mohamad yang dibantu oleh Long Deraman.

Semasa pemerintahan baginda Long Gaffar dan keturunannyalah, telah terlaksana Hukum Hudud di Kelantan. Di antara tokoh yang terlibat dan menjadi tempat rujukan dan nasihat bagi perlaksanaan hukuman ini ialah Haji Nik Ismail Limbat (Tok Baruh) yang merupakan keturunanan Raja Jambu Patani yang asal. Keturunannya kemudian mengasaskan pondok Bukit Abal dan salah seorang dari keturunannya muncul sebagai tokoh agama yang terkenal iaitu Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal.

Pemerintahan keturunan Long Gaffar di Kelantan berakhir selepas peristiwa pemberontakan Tok Janggut pada tahun 1915 iaitu semasa pemerintahan Tengku Besar Jeram iaitu Tengku Besar Tuan Ahmad yang memerintah di Jeram, Pasir Puteh. Peristiwa yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan keturunan Long Gaffar ini dipercayai mempunyai kaitan dengan keengganan mengiktiraf pengaruh Inggeris dan Siam di negeri Kelantan. Akibat mainan politik penjajah Inggeris dan Siam, para keturunan Long Yunus kemudiannya diiktiraf sebagai pemerintah Kelantan.

Sumber

Buku sebenar yang dipercayai mempunyai Sejarah Kelantan ini ditulis menggunakan tulisan Jawi Lama dikatakan ada tujuh naskhah. Buku ini dipercayai ditulis oleh penulis DiRaja pada zaman pemerintahan Baginda Long Gaffar bagi menceritakan tentang salasilah keturunan Raja-Raja yang berasal dari Pagar Ruyung dan kebesaran kerajaan baginda. Berikut adalah maklumat terakhir tentang buku-buku berkenaan:-

1. Salah satu daripadanya dibeli di Kemaman oleh Haji Yaakob dan dijual kepada saudaranya iaitu Haji Abdul Razak Antik. Beliau kemudiannya menjual kepada Muzium Negara, tetapi sebahagian daripada muka surat iaitu muka surat 1 – 20 yang menceritakan kisah sebenar sejarah Kelantan telah dikoyakkan oleh pihak-pihak tertentu.
2. Naskah berikutnya dimiliki oleh Tengku Ismara yang kemudiannya diserahkan kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka.
3. Naskah ketiga dimiliki oleh Haji Zahari antik kemudiannya menjualkannya kepada dua pensyarah universiti berbangsa Inggeris dan India pada tahun 1974 dengan harga RM700.
4. Naskah yang selebihnya dipercayai masih ada di dalam simpanan pihak-pihak tertentu, di antaranya ialah Tengku Abullah Tengku Seriwa Raja dan pihak Istana Kelantan.

[sunting] Kesimpulan Sejarah

Secara kesimpulannya, Kelantan terdapat 3 puak atau kumpulan yang pernah menjadi Raja atau Sultan Kelantan hingga sekarang iaitu:-

1. Keturunan asal iaitu dari Raja Kumar yang kemudian memeluk Agama Islam dengan bergelar Sultan Iskandar Shah. Dari titihan ini lahirnya Cik Siti Wan Kembang.

1. Keturunan Raja Jembal yang berasal dari anak angkat Raja Bersiong dari Kedah setelah dihalau oleh saudaranya. Keturunan ini memakai gelaran Raja dipangkal nama. Puteri Saadong adalah dari susur-galur Raja Jembal.

1. Keturunan Datu Patani yang yang asalnya adalah "gabenor" yang dilantik oleh pemerintah pusat Patani bagi mewakili pemerintahannya mengantikan kesultanan Raja Jembal. Titihan ini mula memerintah Kelantan dengan perlantikan atau serah kuasa oleh Raja Kecil Sulung yang juga merupakan kakak kepada Raja Pah anak kepada Raja Omar adik kepada Raja Loyor kepada Long Bahar anak Raja Patani yang bergelar Datuk Pengkalan Tua.

Kemasukan ke Malaysia

Kelantan bergabung ke dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, dan mendapat kemerdekaan sama dengan negeri-negeri lain pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan secara rasminya menjadi salah satu negeri dalam Malaysia.

Minah tertipu

name aku Minah
aku ade teman lelaki
name teman lelaki aku Mat

kitorang dah lame kenal
dah lama saling sayang menyayang
kalo lepak same2 pon kadang2 dah naik bosan

tapi satu hari tu
kitorang keluar laa jalan2 macam biase
tapi aku terase lain macam sket
si Mat bawak aku pegi kedai emas
die nak beli cincin
hadiah untuk kakak die katenye

lpas tu die bawak pegi kedai baju pengantin
nak usha2 baju utk kakak die jugak katenye
aku pon ikut je laaa
tapi si Mat beriyer tanye aku yang mane yang aku paling suka

lpas tu, kitorang pegi kedai bunga
Mat beli sejambak bunga ros merah
pun untuk kakak die jugak katenye
aku pon malas laa nak tanye banyak2
same je jawapan die dari tadi

tak lama lpas beli bunga tuh
tibe2 Mat berenti..
die berdiri tegak memandang ke arah aku..
mukanya agak kemerahan
panas kot

tapi die senyum2..
dan tunduk memandang kasut sendiri
tibe2 die 'go down on one knee'
maka secara automatik aku pon teringat laa lagu avril
"i want to see you go down on one knee..marry me today..."

Mat memanggil nameku..
"Minah..."
sambil menghulurkan cincin dan bunga ros tadi
aku terdiam....
aku terpaku di situ...

perasaanku mula bergelora
sudah terbayang pelamin indah tempat kami bersanding
tiba2 terbayang keluarga dan anak2
tanggungjawab yang berat terhadap keluarga
sudah bersediakah aku...?

tetapi aku gembira
dalam tak sedar, airmataku mengalir perlahan di pipi
Mat masih tunduk...
die memanggil namaku lagi skali
"Minah..."

dalam tangisan kegembiraan aku menoleh ke arah Mat
dan pada masa yang sama juga Mat mendongak
memandang ke arahku
mata bertentang mata..
Mat bersuara...

"Laaaa..ni apsal nangis2 nih?? Tetibe je..gile ape??
Dah laaa orang panggil banyak kali tak jawab..
tolong laaa pegang bende2 ! ni jap..aku nak ikat
tali kasut nih..cepat laaa..panas
nih..ishhhh..susah btol orang sentimental nih..."

Dan aku pon meraung bagai nak gile
malunye aku
hampeh ko Mat..bile nak masuk minang nih..??

Rabu, 18 November 2009

19 tahun dahulu

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.
Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.
  Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.
  Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?) Dr Mahathir akan berakhir.
Maaf, saya tidak percaya "sumpahan" Mahathir itu benar. Cumanya terfikir juga mengapa beliau ucapkan kata-kata tersebut. Barangkali 2 perkara yang Mahathir fikirkan ketika itu :
  1) Zaman golongan veteran UMNO telah berlalu. Karier politik Anuar Musa, Awang Adek, Mustafa Mohammad bakal berakhir. Mereka akan diganti Generasi KEMAS tahun 1990.
  2) Umur TG Nik Aziz semakin tua. Jawatan MB akan menjadi perebutan sesama pimpinan PAS.
  Melihat pelbagai peristiwa yang "terhidang" setiap hari mengenai politik Kelantan akhir-akhir ini, mungkin mengiyakan kata-kata Dr Mahathir 19 tahun dulu. Lagi pun TG Nik Aziz menganggap Mahathir seorang yang cerdik dan bijaksana. Cumanya beliau seorang berfikiran sekular.
Semoga PAS Kelantan terutamanya pucuk pimpinannya dapat"membatalkan" kata-kata mantan PM itu.

Sabtu, 14 November 2009

cerita huruf T

Tatkala Temperatur Terik Terbakar Terus, Tukang Tempe Tetap Tabah, “Tempe-tempe” , Teriaknya. Ternyata Teriakan Tukang Tempe Tadi Terdengar Tukang Tauhu, Terpaksa Teriakannya Tambah Tinggi, “Tauhu…Tauhu. ..Tauhu… !”
“Tempenya Terbaik, Tempenya Terenak, Tempenya Terkenal!!”, Timpal Tukang Tempe . Tukang Tauhu Tidak Terima,”Tempenya Tengik, Tempenya Tawar, Tempenya Terjelek…. !”
Tukang Tempe Tertegun, Terhenyak, “Teplakkk… !” Tamparannya Tepat Terkena Tukang Tauhu. Tapi Tukang Tauhu Tidak Terkalahkan, Tendangannya Tepat Terkena Tulang Tungkai Tukang Tempe .
Tukang Tempe Terjengkang Tumbang! Tapi Terus Tegak, Tatapannya Terhunus Tajam Terhadap Tukang Tauhu. Tetapi, Tukang Tauhu Tidak Terpengaruh Tatapan Tajam Tukang Tempe Tersebut, “Tidak Takut!!” Tantang Tukang Tauhu.
Ternyata Tangan Tukang Tempe Terkepal, Tinjunya Terarah, Terus Tonjokkannya Tepat Terkena Tukang Tauhu, Tak Terelakkan Terjatuh Terkesima! Tujuh Tempat Terkena Tinjunya, Tonjokan Terakhir Tepat Terkena Telaknya.
Tukang Tauhu Terjerembab. “Tolong.. Tolong.. Tolong..!”, Teriaknya Terdengar Tinggi. Tetapi Tanpa Tunda Tempo, Tukang Tempe Teruskan Teriakannya, “Tempe .. Tempe .. Tempe ..!!”

Jumaat, 13 November 2009

Mengapa Perlu Kahwin??

Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak... Kenapa akak mesti kahwin?"
Tanya Udin petah.

"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la.... ",
Jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun Dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun Dan Karim merupakan sahabat baik Dan mereka menyewa sebuah rumah berhamp ira n dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun Dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun Dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.

"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang."
Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gemb ira .. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!"
Kata Udin dengan g ira ng.

"Sebab apa?"
Tanya Kakak Udin.

"Sebab gatal belakang!"
Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah nak... Sebenarnya gatal depan........"