Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Khamis, 25 Disember 2008

BANK NEGARA DIKUDAKAN OLEH PENGUSAHA PERBANKAN?

Baru-baru ini timbul isu-isu bagaimana beberapa kumpulan Islam/Melayu yang mempertikaikan Bank Negara yang mana dikatakan telah dikudakan oleh pengusaha-pengusaha perbankan dan syarikat kewangan ternama di Malaysia kerana hari ini Bank Negara seolah-olah sengaja mencari pelbagai kesalahan dan bagaimana untuk menutup beberapa syarikat-syarikat swasta yang kini hebat membantu ekonomi Islam/Melayu di seluruh Malaysia seperti Buluh Emas, Jasmine serta 3 Koperasi Islam/Melayu yang hebat dalam meningkat ekonomi orang Islam.

Walaupun syarikat-syarikat ini telah mengkaji dan melaksanakan operasi syarikat mereka mengikut landasan undang-undang atau peraturan yang dikenakan oleh Bank Negara tetapi para pegawai di Bank Negara seperti tidak berpuas hati dan mencari kesalahan syarikat-syarikat tersebut serta 3 Koperasi Islam/Melayu ini. Pelbagai cara untuk menutup operasi syarikat dan koperasi ini dijalankan. Soalannya betulkah perkara ini berlaku atau ianya hanya satu gossip liar oleh para ahli syarikat-syarikat dan koperasi-koperasi ini?

Antara gossip-gossip liar yang menjadi perbualan dikedai kopi hari ini ialah

- Pegawai-pegawai Bank Negara makan rasuah dari syarikat-syarikat perbankan dan kewangan yang meminta syarikat-syarikat atau koperasi ini ditutup kerana ramai ahli syarikat atau koperasi yang menjadi mangsa ini menggugat kredibiliti syarikat pelaburan, syarikat insuran dan pelbagai lagi. Ini kerana ramai yang mengeluarkan simpanan dari Simpanan Tetap, ASB,ASN,Takaful, Insurans Simpanan dan pelbagai lagi untuk menjadi ahli di dalam syarikat dan koperasi yang menjadi mangsa ini.

- Terdapatnya konspirasi menjatuhkan ekonomi orang Islam atau mengekalkan tahap ekonomi orang Islam supaya orang Islam tak banyak yang kaya-raya dan memastikan majoriti orang Islam/melayu sentiasa menjadi golongan pertengahan dan bawahan sahaja.

Diatas adalah antara 2 gossip liar yang paling popular selain pelbagai lagi gossip liar..walau bagaimanapun tiada bukti kukuh untuk menyokong gossip liar ini selain beberapa fakta yang dinyatakan oleh penggosip, antaranya:

- Sistem Bank Negara hari ini berdasarkan sistem British sudah tentu ia tidak memihak kepada orang-orang Islam/melayu dan mampu digunakan untuk menekan lagi orang-orang Islam/melayu. ..

- Menteri Kewangan Pertama Malaysia yang telah dilantik oleh Bapa Kemerdekaan selama beberapa penggal adalah orang bukan Islam dan dikatakan oleh penggosip telah memberi ruang dan kelebihan kepada beberapa Bank dan Syarikat Kewangan (kroninya) untuk membangun dan maju sejak berpuluh tahun lalu dan hari ini telah menjadi bank atau syarikat kewangan yang terkenal.. Mereka merasa terancam apabila transaksi akaun-akaun ahli syarikat dan koperasi yang dikatakan menjadi mangsa tersebut ada yang mencecah puluhan ribu sehari lalu melaksanakan konspirasi menjatuhkan ekonomi orang Islam/melayu tersebut..

Walau apa pun...tak kiralah ia hanya satu gossip liar atau tidak, maka anda diminta memberi komen, maklumat atau pendapat... Sama-sama kita menjana KBKK kita (Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif).

Akuan bersumpah

Ingat Raja Petra jer ker
yg reti wat akuan bersumpah,
aku pun bolay daa....

Next week,
aku akan ke Pesuruh jaya sumpah
untuk membuat akuan berkanun...

naper yek...??


tunggu................. .. .... ..

Ahad, 21 Disember 2008

Serabut!!

xtaw lah nk ckp apa...
sepanjang aku jd sukarelawan kt ukm ni,
byk kenangn pahit dari manis.

lepas satu, satu nkmat yg Allh tarik,
may b aku dah buat byk dosa kat sini.
dompet aku kena curi,
enset aku tercicir...
lepas ni xtaw la benda apa pulak yg akan ilang....

dr luaran mmg aku nmpak cool,
tp dalaman....
berserabut!!

byk benda yg aku nk pikir
sampai aku xleh nk fokus...

klu iman aku lemah,
dah bunuh diri agaknya,
jalan pintas ke neraka,
tp
x selesai masalah jugak.
aku berdoa kpd Allah agar aku diberikan hidayah,
kekuatan utk hadapi ujian @ bala dari Allah ni.

kpd yg baca blog aku ni,
tlg doakan aku jugak yer....