Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 15 November 2008

Dunia Akhir Zaman

AKU pernah mengatakan kepada kamu bahawa sesuatu itu mustahil kekal dalam sesuatu keadaan. Ini adalah sunnatullah - berubah bak roda. Sekejap ke atas, sekejap ke bawah. Pernah Islam gemilang pada zaman Rasulullah, Khulafar al-Rashidin, Umaiyah, Abassiah, Uthmaniyah, Anatolia, Safawiyah dan Mongol di India. Islam pernah dihancurkan oleh Perang Salib, kaum Mongol dan sekularisme Kamal Ataturk. Islam di Eropah dihancurkan oleh kombinasi Katholik antara Ferdinand dan Isabella.

Aku katakan jangan bersedih walaupun sekarang Islam cuba dihancurkan oleh Israel dan Amerika. Kita terpaksa menerima fakta ini, kita sedang berada pada roda sebelah bawah. Sebelum ini bukankah kita berada di atas? Sekarang kita berada di bawah -apa bezanya? Sama bukan?. Ini kerana sebelum kita ke bawah, kita mengulangi kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh orang Umaiyah sebelum mereka hancur. Kita melakukan segala kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh Abbasiah sebelum mereka hancur. Begitulah juga kita meniru kelakuan umat yang terdahulu yang dihancurkan. Sejarah itu berulang dan manusia (annas) itu pelupa. Maka itu kita berdebok jatuh ke bawah. Peduli apa! Kita terimalah.

Maka itu kita di sini perlu ingat, ya situasi di negara kita sendiri. Sekiranya kita melakukan kesalahan yang serupa yang dibuat oleh orang yang terdahulu, kita juga akan dilanyak jadi lempeng hangus. Kalau tak percaya tunggulah. Satu hari nanti akan ada satu "kuasa" yang memukul kita bersepai di muka bumi, sekiranya kita tidak berwaspada dengan konsep "roda yang berpusing" ini.

Ciri utama sesuatu umat itu akan dimusnahkan ialah membelakangkan al- Quran dan Hadith. Semakin jauh kita dari al-Quran dan Hadith semakin dekat kita kepada kehancuran itu. Penyakitnya bermula dari dalam. Berpoya-poya. Rasuah. Harta negara dan wang rakyat dirompak. Meletakkan sesuatu, seseorang, institusi atau apa saja tidak kena pada tempatnya. Orang yang salah memimpin sesuatu jemaah. Orang yang bodoh dan tolol jadi pemimpin. Orang berilmu berdiam diri. Orang miskin terus melarat tiada pembelaan. Tiada suara mencegah yang mungkar dan menyuruh berbuat baik.

Allah akan memulakan tanda-tanda kecil sebelum tibanya musibah total yang memukul habis: banyak maksiat, gejala sosial yang buruk, anak muda tersalah jalan, orang tua tak sedar diri, banyaknya hiburan yang melalaikan, berlaku bencana alam yang tak disangka-sangka. Dan banyak lagi. Kerja kufur kepada Allah bukan saja dilakukan oleh individu bahkan satu bangsa dan satu negara sekali gus.

Sila lihat keliling? Ada atau tidak tanda-tanda seperti ini dalam masyarakat kita? Kalau ada, sah! Kita sedang menjunam ke bawah. Akan ada kuasa yang kuat melanyak kita jadi lempeng hangus. Usah tanya "kuasa" siapa itu. Kamu boleh menjawab sendiri. Aku sendiri berpendapat kita memang menuju kepada "ke bawah". Kerana apa? Selalunya sunnatullah itu berlangsung selama 50-100 tahun dalam satu- satu keadaan. Sekiranya sesuatu bangsa itu bersih, maka ia boleh bertahan selama 300 tahun. Selepas itu mulalah melakukan penyelewengan sehingga ia menjunam ke bawah.

Contoh mutakhir ialah Bosnia, umat Islamnya terus meninggalkan agama dan hidup secara orang Kristian. Akhirnya Allah hancurkan mereka dengan menjadikan kenalan, jiran, sahabat mereka sendiri sebagai ejen pemusnahannya. Itu pengajaran.

Bangsa kita baru merdeka 45 tahun, baru satu generasi. Sekiranya kita tidak memelihara amanat ini - amanat apa itu? - amanat Allah iaitu agama Islam - kita akan dihancurkan dalam tempoh 50 tahun lagi. Siapa yang akan melutu kepala kita? Perhatilah keliling, siapa yang memelihara moral mereka, siapa yang beradab, siapa yang membina ilmu - mereka ialah orang kuffar. Siapa yang memelihara ini, dia yang melutu kepala kita yang bobrak moralnya, yang sentiasa berdosa, yang sentiasa berlaku zalim sesama seagama. Allah sudah berfirman dalam al- Quran hal ini. Carilah!

Adakah kamu fikir Amerika akan kekal begitu? Tidak! Adakah kamu fikir Israel akan kekal seperti sekarang? Tidak! Ya, mereka mungkin berkuasa 100 tahun lagi tetapi awas, mereka akan ditewaskan. Mengapa? Barang siapa melakukan kezaliman, akan ada "kuasa" lain menzalimi mereka balik. Ini juga sunatullah.

Orang Yahudi melakukan kezaliman dua kali (marrotaini) saja di muka bumi ini (ada dalam al-Quran). Pertama sejak bangsa Yahudi wujud pada zaman Nabi Musa (membawa Bani Israel dari Mesir ke Sinai dan kemudian ke Canaan) sehingga wujud Negara Madinah. Bani Israel memang bangsa pilihan dan diakui oleh al-Quran. Tetapi mereka melakukan kezaliman dengan membunuh para nabi, mengubah kitab suci, mempersendakan nabi- nabi dan macam-macam dosa lagi. Mereka berkuasa tetapi berlaku zalim.

Apabila Islam membina negara dan tamadun di Madinah, Yahudi lupus. Di mana saja bangsa Yahudi berada mereka dibenci, ditindas dan dizalimi - baik di Eropah, Russia, Timur Tengah mahupun Afrika. Pernahkan anda mendengar berabad-abad diaspora Yahudi di Eropah dihalau dan ditindas sehingga (Holocaust) zaman Hitler? Inilah pusingan ke bawah untuk roda Yahudi, setelah berkurun lamanya mereka berkuasa di atas melakukan kezaliman.

Sekarang, selepas 1948 (wujudnya negara Israel), tiba kebangkitan Yahudi semula. Awas! Ini kebangkitan Yahudi kali kedua seperti yang tersebut dalam al-Quran. Ertinya Yahudi berada di roda atas baru 54 tahun - masih muda benar. Seperti yang biasa berlaku, sesuatu kuasa
(tamadun) itu akan bertahan paling kurang 100 tahun. Kuasa Yahudi ini mungkin bertahan sehingga 500 atau 600 tahun lagi. Ya Allah, lama lagi untuk menunggu Yahudi ditumpaskan untuk kali kedua dan ini untuk selama-lamanya. Kita sudah tentu tak dapat pun melihatnya. Syed Ali Akhbar dalam ruangannya dalam Berita Minggu pernah menurunkan ayat al- Quran tentang Yahudi akan ditewaskan.

Bangsa Yahudi memang satu bangsa yang gigih, intelektual yang hebat tetapi tidak bermoral, dan asabiah. Walaupun dalam Exodus dan Joshua ada aspek yang positif orang Yahudi terhadap bangsa lain tetapi Yahudi lebih cenderung mengambil ayat Taurat yang lebih agresif yang konon mengatakan Tuhan membenar memusnahkan bangsa lain (kelas kedua) di dunia ini. Sebagai bangsa pilihan Tuhan Yahudi tidak terikat oleh mana-mana undang-undang bangsa lain.

Bangsa Palestin jika dibandingkan dengan Yahudi kata Nabi Israel Hess ialah seumpama kegelapan dengan cahaya. Dengan itu bangsa Palestin mesti menerima nasib yang sama seperti bangsa Amalek (satu bangsa minoriti di bawah koloni Bani Israel); dalam Taurat, Tuhan memerintahkan Bani Israel membunuh mereka tanpa belas kasihan - rujuk
1 Samuel 15:3). Maka itu intifadah yang dilakukan oleh orang Palestin dianggap oleh Haim Tzuria (mewakili Yahudi) sebagai:

Di setiap generasi ada sekelompok orang yang bangkit memberontak yang harus kita musnahkan. Kerananya, setiap generasi mempunyai Amaleknya sendiri. Bangsa Amalek pada generasi kita memperlihatkan dirinya dalam kebencian mendalam orang Arab terhadap kebangkitan nasional kita di tanah leluhur kita.

Lihatlah bagaimana Yahudi memburu, membunuh rakyat Palestin sekarang hatta orang sedang solat pun dibunuh dengan kejam yang dianggapnya Amalek. Ini semua kerana ekstremis Yahudi yang menganggap bangsa Semit itu (Yahudi) lebih mulia daripada bangsa Aria (Amerika), Roman
(Eropah) Arab, Ajam (Melayu), Persi, Iraq atau Afghanistan.

Seperti kata PM kita, enam juta rakyat Yahudi di Amerika amat berkuasa dan dapat berbuat segala apa yang mereka sukai. Ada pendapat yang mengatakan pemerintahan Amerika itu ialah ZOG (Zionist Occupation Government) yang didominasi oleh setan dan Yahudi.

Bagaimana kita nak lanyak Yahudi yang punya kekuatan tentera, senjata yang canggih dan disokong oleh Amerika itu? Senjata nuklear akan digunakan tetapi tidak berkesan sepenuhnya. Memang beratus-ratus ribu orang Islam akan mati tetapi yang lain akan bangun menentang. Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.

Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak? Benar Rasulullah. Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam- tanaman. Benar atau tidak? Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.

Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq di blocked oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991. Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom (Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah.

Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya. Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati.

Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad).

Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.

Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar - ibu segala peperangan - Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia.

Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang. Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya: Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan.

Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.

Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biolgi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman. Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan- kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita.

Jadi, sekiranya kamu hendak ke Jurusalem, silakan! Mungkin kamu boleh menawannya tahun depan. Kekuatan kamu ialah kerana kelemahan kami, seperti yang kamu katakan kami menyeleweng jauh dari landas agama, melakukan dosa besar dan kecil dan lalai dari menyuruh berbuat baik dan mencegah mungkar. Tetapi awas! Umat Islam akan merebut kembali seluruh Jurusalem seperti Salehuddin Al-Ayubi merebutnya daripada orang Kristian (walaupun 88 tahun lamanya dijajah).

Kamu berpegang kepada Protokol tetapi kami kepada al-Quran. Kami tidak takut mati kerana mati melawan kamu adalah mati syahid. Allah menjanjikan syurga untuk kami. Sejuta sahabat kami mati, tak apa, sejuta terus masuk syurga tanpa hisab. Alhamdulillah! Tetapi kamu mati katak, satu sen tak berharga kerana kamu kaum kuffar.

Selepas daripada ibu segala peperangan ini berakhir, Amerika, Eropah dan Israel dapat ditewaskan. Dunia akan diperintah oleh orang Islam. Dunia kembali aman, makmur dan sejahtera sehingga orang kaya berkeliling dunia mencari orang yang layak menerima zakat tetapi tidak bersua (mafhum Hadith Nabi s. a. w.).

Beriman Kepada ALLAH TA`ALA.

Fasal 1 : Mengenal ALLAH dan mengEsakanNya.

Hadith 4 :

Dari Ibn Umar r. a., dari Nabi s. a. w., sabdanya : "Fikirkanlah mengenai segala nikmat ALLAH dan pemberianNya, dan janganlah kamu memikirkan tentang zat ALLAH." (HR Abu Syeikh dan at-Tabrani)

Muslimin dan muslimat rahimakumullah. Hadith yang ke4 yang kita baca pada kali ini, masih lagi berlegar dalam masalah menggunakan akal fikiran secara benar. Dalam sesi yang lalu kita telah pun membaca hadith yang ke2 dan yang ke3, yang membicarakan bagaimana Nabi s. a. w. mengarahkan kita supaya berfikir tentang makhluk ciptaan ALLAH SWT. Tapi pada hadith ke4 kali ini, Nabi s. a. w. mengarahkan kita supaya memikirkan pula nikmat pemberian daripada ALLAH SWT.

Kalau kita rujuk dalam al-Quran, kita akan bertemu bagaimana ALLAH SWT menyebut kepada kita betapa banyaknya nikmat pemberianNya itu sehingga manusia tidak akan mampu untuk menghitungnya. Ada 2 surah yang mempunyai lafaz ayat yang sama yang menyebutkan tentang hal ini. Yang pertamanya ialah dalam Surah Ibrahim 13:34, dan yang keduanya dalam Surah an-Nahl 14:18. Dalam ayat tersebut ALLAH kata, "Sekiranya kamu cuba nak menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tak akan mampu mengiranya..."... Ayat ini nampak saja ringkas tapi cukup jelas memberitahu kepada kita bahwa nikmat ALLAH terlalu banyak sampai tak terkira.

Kalau boleh dikira, maknanya benda tu tak la banyak. Contohnya macam dapat pingat Emas sukan Commonwealth. Boleh dikira, betoi tak?...5 bijik je dapat pun, tapi belagak takdak dah. M`sia tara tu aje la. Takpa la, hang menang tu kira baguih la, tapi dengan seluaq pendek sebijik macam cina makau ni apa cerita?... Nak ceritanya, banyak mana dapat pingat pun, dia tetap boleh dikira. Tak boleh challenge nikmat ALLAH yang tak terhitung banyaknya seperti bintang di langit. Kalau nak kira jugak, infinitilah jawapnya.

Perenggan di atas tadi adalah contoh pertama dalam Quran yang menyebut tentang nikmat. Sekarang kita tengok pula contoh yang kedua. Cuba tuan-tuan buka Surah ar-Rahman. Dalam surah ini, kita akan dapati ALLAH mengulangi 31x lafaz kalimah yang sama. Iaitu kata ALLAH yang bermaksud, "Wahai jin dan manusia, nikmat Tuhan manakah lagi yang kamu nak dustakan?"... Tidak ada surah lain kecuali Surah ar-Rahman inilah, ALLAH ulang 31x kalimah yang sama. Walaupun dalam Surah al-Mursalaat ada ALLAH berulang-ulang kali sebut, "Celakalah bagi mereka yang mendustakan agama.", tapi hanya
10x sahaja. Sedangkan dalam Surah ar-Rahman, ALLAH ulang 31x cerita tentang nikmat.

Dan satu lagi contoh yang boleh kita petik tentang nikmat ALLAH ialah dalam Surah an-Najm 27:55, kata ALLAH yang bermaksud, "Manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu nak ragui?"...

Okay, bila Nabi s. a. w. suruh kita fikir tentang nikmat yang tak terhitung banyaknya seperti yang diceritakan dalam Quran, maka untuk mengenangkannya, kita boleh rujuk kepada pandangan Saiyyidina Ali karramallahu wajhah yang telah membahagikan nikmat yang banyak itu kepada 6 bahagian. Kata Saiyyidina Ali k. w. :

1) nikmat yang pertama yang perlu kita kenang ialah nikmat ugama Islam itu sendiri. Katalah sekarang ni kita bukan orang Islam, yang nama pun Ah Chong atau Muthusamy apa ka. Kalaulah mati time tu sebelum mengucap 2 kalimah syahadah, confirm neraka tuan-tuan oiii!... Kekal selama-lamanya pulak tu... Nauzubillah. Maknanya, apabila kita jadi Islam, maka itu sudah satu nikmat yang ALLAH dah tentukan sejak azali. Maka sebab itu, kita sepatutnya bersyukur banyak-banyak sebab ALLAH pilih kita menjadi orang Islam. Tapi yang sedihnya kita hari ini ialah apabila kita lihat, kebanyakan orang yang ALLAH pilih jadi Islam, tapi mereka gagal menilai nikmat Islam. Mereka tidak memahami bahwa nikmat agama Islam itu adalah satu nikmat yang tidak ada tolok bandingnya. Ini mengakibatkan mereka sendiri berpaling tak ndak kepada Islam, tak minat dengan Islam, dan akhirnya jadilah mereka Islam hanya pada baka atau Islam hanya pada ICnya sahaja. Ini paling celaka sekali pasai lan! gsung tak tau apa pasai Islam.

Bila sebut Islam hanya pada nama, teringat ana pada ayat terakhir Surah Muhammad s. a. w. yang mana kata ALLAH, "..., jika sekiranya kamu berpaling (wahai umat Islam!), jika sekiranya kamu tak ndak dah berhukum dengan hukum Islam, jika sekiranya kamu tak ndak dah nak kaji Islam, maka Aku akan tukar ganti kamu dengan kaum bangsa yang lain daripada kamu, yang mana mereka ini minat dengan Islam dan mereka tak kan sama perangai macam kamu."... Maknanya, ALLAH sedikit pun tak rugi sekiranya suatu kaum itu tak ndak pada Islam. Kalau umat Islam tidak lagi menghargai Islam, tidak mahu bersungguh-sungguh tentang Islam, senang-senang saja ALLAH boleh tukar dengan bangsa yang lain untuk menegakkan kalimahNya di atas mukabumi ini. Akhirnya ALLAH akan jadikan bangsa yang pada awalnya bukan Islam itu, tiba-tiba depa minat pada Islam, lepas tu depa peluk Islam, dan depa bena! r-benar bekerja untuk Islam. Manakala hat Islam original tadi, akhirnya kuffur kepada ALLAH... Nauzubillahi min zalik. Inilah hakikatnya yang sedang berlaku sekarang. Serata dunia sekarang, orang bukan Islam sedang bersungguh-sungguh mengkaji Islam. Inilah kebenaran firman ALLAH pada ayat terakhir Surah Muhammad tadi.

Cuba tuan-tuan cari buku bertajuk "The Developing of Human" tulisan Prof Emeritius Keithmore dari University of Toronto, Canada. Beliau adalah seorang pakar dalam bidang anatomi sel biologi tubuh manusia. Dan buku ini telah diterjemahkan dalam 6 bahasa sekitar dunia. Maknanya memang hebat orangnya Prof Keithmore ni. Dalam buku tu, dia hurai bagaimana kejadian janin manusia yang dipanggil embryo zigot berdasarkan fakta sains dan al-Quran... Ini yang hebatnya tu. Dia huraikan satu perkataan, iaitulah `alaqah. Dia explain in detail apa itu `alaqah dan dia relate dengan al-Quran. Kita orang Islam yang tiap-tiap hari dok baca al-Quran tak jumpa pun benda ni dalam Quran, tapi tiba-tiba sarjana mat saleh American ini boleh pi jumpa ilmu yang diceritakan dalam al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu. Malu kita, tuan-tuan. Semoga ALLAH beri hidayah kepada Prof Keithmore supaya dia dapat masuk Islam.... Okay mai kita tengok apa dia `alaqah tu?...`Alaqah adalah sebuta! n bahasa Arab. Tapi kalau tranlate pi bahasa Melayu, dia boleh pi 3 makna. Pertamanya ialah seekor lintah. Yang keduanya ialah sesuatu yang bergantung di dinding. Dan yang ketiganya ialah seketul darah. Jadi, apa yang mengkagumkan kita daripada kajian Prof Keithmore ini ialah dia kata bahwa apabila sperm lelaki bertemu dengan ovam telur wanita, ia akan membentukan `alaqah. Dan rupa `alaqah yang dilukis dalam buku tu sebijik tak tumpah betoi-betoi rupa seekor lintah. Mula-mula dia lukis seekor lintah betoi. Kemudian sebelah lintah tu dia lukis, inilah dia manusia pada rupa bentuk `alaqah. Sebijik macam lintah. Maknanya kita ni dulu macam lintah je, tapi bila dah besaq panjang, jadi samseng pulak dah. Memang puak-puak toghut ni perangai macam lintah pun. Bukan saja darah depa isap; malah duit epf, duit tabung aji, duit pprt pun depa isap jugak!

Jadi apa yang mengkagumkan kita sebenarnya ALLAH dah cerita benda ni lama dah, iaitu 1400 tahun dahulu. Yang pada ketika itu, belum ada lagi USM, belum ada lagi lab, belum ada lagi tabung uji/ tabung radas apa semua, belum ada lagi penunu bunsen, ketika Nabi s. a. w. masih berada di kawasan Arab jahiliyah; pada ketika itulah ALLAH SWT sudah mengajar manusia tentang sains.

Okay yang keduanya bila kata `alaqah, dia adalah sesuatu yang bergantung di dinding. Dan memang kita sewaktu jadi `alaqah pun, kita memang melekat di dinding rahim ibu (uterus of womb). Sebab itu dalam proses ini, iaitu bila urine test positif sah kata isteri kita mengandung, mulalah dia start pening, mulalah nak makan kiwi kasut, mulalah nak makan macam-macam, waktu ni lah kena jaga betoi-betoi. Sebab possibility untuk miscarried (keguguran) cukup cerah time tu sebab dia hanya melekat saja di dinding rahim.

Kemudian bila habih Prof Keithmore mendetailkan kejadian `alaqah, dia pun komen dengan satu kenyataan yang cukup mengkagumkan kita, iaitu katanya, "Mustahil seorang insan yang bernama Muhammad (s. a. w.) yang mengaku buta huruf dan duduk pula di tengah-tengah padang pasir bersama Arab jahiliyah, boleh present pada kita suatu ilmu yang baru dijumpai teorinya oleh saintis 30 tahun dulu. Kecualilah ilmu ini datang dari Tuhan Yang Maha Perkasa."... Tuu dia tuan-tuan, macamana orang barat mengkaji kehebatan ayat al-Quran.

Okay mai kita tengok satu lagi contoh yang kata hebatnya Islam tu. Dalam beberapa bulan lalu, bukankah kita didedahkan tentang cerita pengakuan seorang juruselam Inggeris (apanama dia pun ana dah lupa) yang bekerja dengan National Geographic?... Yang mana dia kata, "Saya telah bertemu dengan kebenaran firman ALLAH dalam Surah ar-Rahman 27:19-21 yang bermaksud : Dan laut itu Kami pisahkan antara keduanya dengan barzakh (dinding) sehingga tidak bercampur keduanya."... Ayat ini ajar kita bahwa sebenarnya dalam laut tu dia ada dinding (barzakhun). Macam kita dok biasa dengar alam barzakh la tuan-tuan. Alam barzakh maknanya alam dinding. Alam yang kita tak nampak sebab alam dunia dengan alam barzakh, dia ada dinding. Bila ada dinding, kita tak nampak sebalik dinding sebelah sana, kecualilah superman. Tu pembohong punya cerita. Hanya rekaan yahudi untuk tipu kita..! .Okay ayat ni nak bagitau kat kita bahwa di tengah-tengah laut tu pun ada juga air tawar tapi dia tak bercampur dengan air masin sebab ada dinding. Dan saintis National Geographic tu kata, "Kami dah jumpa dinding tersebut!"... MasyaALLAH tuan-tuan, orang barat mengkaji Islam sampai tara tu sekarang. Sebab itu Prof Keithmore dalam kenyataannya berkata, "Saintis di barat sekarang tidak lagi boleh menolak teori zaman dulu. Teori itu ialah Quran dan sains adalah dua benda yang berpisah."... Maknanya saintis mutakhir sekarang ini tidak boleh lagi berpendapat begini tapi sebaliknya mereka sekarang berlumba-lumba mencari kebenaran Islam.

Ini pula ada satu lagi contoh yang menunjukkan hebatnya keunikan Islam yang boleh kita dapat dari internet. Kalau kita rajin layari internet, banyak maklumat yang kita dapat. Tapi kalau buka internet kona kot lain, birula bijik mata jawabnya. Dalam beberapa bulan sudah ada sahabat cerita dia jumpa satu cerita tentang seorang Prof yang bernama Tagata Tajasen. Dia adalah seorang pensyarah bahagian anatomi di University of Chiang Mai, Thailand. Specialization dia ialah kulit manusia. Mari kita kongsi cerita ni, kemudian sama-sama sebarkan hebatnya Islam... Satu hari dia menghadiri persidangan Perubatan Dunia yang ke8 di Riyadh, Arab Saudi. Orang kafir boleh masuk Riyadh, tapi tanah haram seperti Mekah/Madinah, depa tak boleh masuk. Ini berdasarkan hadith ketika Rasulullah s. a. w. menghalau orang yahudi berambos daripada Madinah. Maka Nabi s. a. w. bersabda, "Tidak akan tinggal di bumi Madinah ini termasuklah! Mekah kecuali orang Islam sahaja."... Hadith ini ulama ambik bagi mengharamkan orang kafir dari memasuki 2 tanah haram... Okay berbalik kita pada cerita Prof Tagata Tajasen tadi. Semasa dia hadir sebagai peserta dalam seminar tersebut, satu hari tu dia sempat berbual dengan Prof Sheikh az-Zindi, seorang Arab yang fasih berbahasa Inggeris. Dalam perbualan mereka itu, Sheikh az-Zindi telah membacakan untuk Prof Tagata ayat 56 Surah an-Nisa`. Iaitulah firman ALLAH yang bermaksud, "Apabila setiap kali kulit manusia hangus terbakar di dalam neraka, maka ALLAH akan menukar dengan kulit yang baru, supaya manusia merasai azab ALLAH."... Bila habih saja Sheikh az-Zindi baca ayat tu, tiba-tiba Prof Tagata melompat dalam keadaan tercengang-cengang sebab seolah-olah dia merasai suatu keajaiban berlaku pada diri dia. Lalu Sheikh Zindi tanya, "Apa yang pelik sangat apabila saya baca ayat 56 Surah an-Nisa` yang berhubung dengan kulit tu?"... Prof Tagata kata, "Saya seorang pakar kulit. Dan hari ini saya telah bertemu dengan kebenaran al-Quran."... Tanya Sheikh Zindi lagi, "Apa ceritanya?"... Kata Prof Tagata, "Tahukah kamu di lapisan kulit kita adanya sel yang mengawal deria panas?... Sel inilah yang send isyarat panas tadi ke otak. Bila otak reflect dengan message tersebut, at split of second kita akan angkat tangan kita daripada api."... Sebab itu kadang-kadang kita tengok orang gila bubuh tangan dia kat api sebab otak dia dah tak berfungsi. Otak dia tak boleh nak response terhadap isyarat yang dihantar oleh sel tersebut. Kat sekolah dulu pun kita dah belajar tentang sel ni... Kemudian sambung Prof Tagata lagi, "Apabila kita kena bakar, sel deria yang kawal kepanasan itu akan hantar isyarat kepada otak mengatakan panas. Aku menjadi kagum kerana apabila ALLAH kata apabila kulit manusia hang! us dibakar di dalam neraka, Dia akan ganti dengan kulit yang baru. Itulah dia kebenaran yang aku cari selama ini. Kerana apabila kulit manusia hangus terbakar, maka turut sama hangus terbakar ialah sel yang kawal kepanasan tadi. Sel itu akan musnah. Jadi kalau ALLAH tak tukar dengan kulit yang baru, ahli neraka senyum sempoi la jawabnya. Sebab mereka tak akan rasa lagi kepanasan sebab sel itu dah mati. Jadi bakarlah api besar mana pun, mereka tak akan rasa panas dah. Tapi bila ALLAH kata Kami akan tukar dengan kulit yang baru, ini bermakna turut ditukar ialah sel kawalan panas yang baru. Bila sel itu wujud, maka bila kena api, depa akan melompat. Inilah kebenaran yang baru aku jumpa setelah berpuluh tahun aku belajar bab kulit."... Tuan-tuan tau ka apa dia buat selepas dia kata lagu tu kat Sheikh Zindi?... Dia pun pegang microphone lalu dia kata, "Mulai hari ini aku mengisytiharkan tidak ada Tuhan melainkan ALLAH, dan Muhammad itu Rasulullah."... Dia masuk Islam di R! iyadh pasai kes kulit je. Lepas tu bila dia balik ke Jepun, dengan teori yang dia dah belajar ini, dia telah berjaya mengIslamkan
5 orang anak murid dia. Inilah nikmat ugama ALLAH yang kita anuti sekarang. Sebab itu kita kena jaga betoi-betoi ugama ALLAH ini. Bayangkan orang bukan Islam boleh peluk Islam hanya dengan ayat al-Quran yang mereka dengar, apatah lagi kita yang dah Islam sejak dilahirkan?

2) Nikmat yang kedua ialah Nabi Muhammad s. a. w. menjadi rasul. Jangankan kata ajaran dia menjadi nikmat kepada kita sebab boleh menyelesaikan segala masalah, bukan sekadar itu, tapi dengan hanya menyebut nama dia pun dah cukup untuk menenangkan jiwa kita. Cuba tuan-tuan amalkan selawat ke atas Nabi s. a. w. 100x sehari?... InsyaALLAH jiwa yang berserabut akan jadi tenang setenang-tenangnya. 100 tu kira banyak dah tu. Kalau ikut ulama` dulu, beribu tuan-tuan oiii!... Kita kata 100 pun dah kira banyak sebab orang la ni sembang lebih. 100 pun kira besaq tuah dah tu kalau nak banding dengan hat langsung tak selawat... Okay pasai apa kita kata sebut nama Nabi s. a. w. pun sudah terasa nikmatnya?... Ini sebab Nabi s. a. w. sendiri janji bahwa siapa selawat sekali atas dia, maka ALLAH akan selawat ke atas orang itu 10x. "ALLAH selawat atas makhluk" maksudnya rahmat. Maknanya Dia bagi petunjuk, Dia bagi hidayah, Dia bagi sakinah, Dia bagi ketenangan jiwa, lapang da! da dan sebagainya. Inilah hasil selawat kita menyebut nama Nabi s. a. w.. Itu belum lagi sembang ziarah maqam baginda lagi. Saya tak la pernah sampai ke sana lagi. Tapi kalau tuan-tuan tanya orang yang pernah pi haji, tuan-tuan akan diceritakan bagaimana perasaan tak sabarnya mereka untuk menziarahi maqam Nabi s. a. w.. Depa cerita bila turun je kapalterbang kat Jeddah, naik bas 8 jam sementara nak sampai tu terasa cukup punya lambat. Tapi tengok driver la jugak. Kalau driver tu jenih superman, 6 jam aje. Kata ust Halim, tengah dok top speed tengah-tengah highway 4 lorong tu depa boleh tukaq driver lagu tu je. Kata nak berenti memang takdak punya. Bila driver yang lenguh tu bangkit berdiri, terus driver hat ganti tu celapak masuk. Tuu dia yang kata perangai tok Arab tu tuan-tuan. Inilah adegan yang siapa pun tak berapa ingin nak lihat, tapi itulah realitinya. Tapi apa nak ceritanya ialah perasaan tak sabarnya depa nak sampai ke Madinah tu. Depa kata masa nak masuk bandar Madinah! tu, bila nampak saja Kubah hijau Masjid Nabawi daripada jauh pun kira dah meleleh airmata dah. Sebab di bawah kubah hijau itulah berehatnya 3 orang sahabat karib, iaitulah Rasulullah s. a. w., Saidina Abi Bakrin r. a. dan Saidina Umar al-Khatab. Merekalah yang berhempas pulas untuk agama ALLAH sehingga sampai kepada kita hari ini. Sepatutnya kita mesti ada perasaan malu sekiranya kita masih lagi ada perasaan tidak menghargai ugama ALLAH yang diperjuangkan oleh 3 sahabat karib ini. Inilah kata-kata Imam Ghazali rahimmallahu ta`ala.

3) Nikmat yang ke3 kata Saidina Ali k. w. ialah al-Quran. Sapa diantara kita yang baca Quran rasa tak sedap, tolong bagitau kata saya?... Mai saya nak katok kepala dia ngan kambe32. Kalau tuan-tuan baca Quran tak rasa sedap, maknanya tuan-tuan tak rasa nikmat Quran. Sejak bangun daripada tidur pagi tadi, sampailah lepas Asar pun kita tak terasa nak baca Quran, tu kira kes berat dah tu. Makna kata hati kita ada something wrong tuan-tuan oooiii!.... Kalau sampai kepada peringkat macam tu, maknanya hati kita perlu kepada major overhauled. Mungkin dah berkarat dah kot. Sampai ke malam tak terasa berdosa pun kalau tak baca Quran. Happy je tengok penutup Sukma malam tadi. Bangga dengan puluh-puluh pingat yang dapat. Cuba bagitau sat, semua pingat-pingat tu untuk mengadap sapa?... Memang bersukan itu Islam tak larang, dah banyak kali dah kita sebut, tapi jagalah batasan aurat. Nie sampai tak ketahuan, kita sendiri pun naik malu nak tengok. Hangpa gimrama tu yang ha! ngpa suka sangat tu. Ish! tak malu ke puak-puak tu?... Bukan apa tuan-tuan, kita tengok hodohnya sampai tak dak rupa orang Melayu dah. Nauzubillahiminzalik... Okay berbalik kita pada cerita nikmatnya Quran. Inilah antara sifat Pemurah ALLAH yang Dia sebut di awal Surah ar-Rahman lagi. Selepas ayat pertama yang memuji zatNya sendiri dengan menyebut Dia Maha Pemurah, kemudian dibalasNya selepas itu pada ayat kedua dengan sifat PemurahNya sebagai nikmat ialah dengan mengajar kita reti baca Quran. Cuba tuan-tuan bayang bila kita baca Quran, secara automatik kita boleh cakap Arab. Walhal 2 patah je yang betoi-betoi kita tau, "Ana enta ana enta", tu je yang reti. Tapi lihatlah bila ALLAH beri nikmat, tiba-tiba kita boleh cakap Arab masa kita baca al-Quran. Tak pasai-pasai boleh jadi Arab sekejap. Begitulah juga bila sembahyang, terus saja boleh cakap Arab. Mana boleh cakap melayu dalam sembahyang, haram berdosa. Inilah nikmat al-Quran tu tuan-tuan. Paling tidak, sebenarnya ki! ta sedang belajar bahasa Arab hari-hari walaupun tidak dalam kelas secara formal. Tuu tak sembang lagi bab qiraat (cara bacaan). Kalau kita ada kat Madinah kata sahabat, macam-macam gaya bacaan kita boleh tengok. Turki cara dia. Kita cara kita. Tapi nampak sedap kita lagi sebab M`sia boleh. Tengok musabaqah sudah la tuan-tuan. Depa pulun habih sampai tok Arab pun bungkuih lari. Nampak saja bacaan hebat pun tak jadi apa jugak kalau hukum tetap tak diambik, dan ajaran tak dilaksanakan secara sepenuhnya.

4) Dalam jutaan nikmat ALLAH, yang ke4nya kata Saidina Ali k. w. ialah nikmat kesihatan. Sebab itu Nabi s. a. w. kata ada 2 nikmat yang umat aku lalai tak reti nak guna, iaitulah pertamanya sihat tubuh badan dan keduanya masa lapang waktu. Kebanyakan kita kalah kat 2 benda ni. Pertamanya kita suka lalai bila time sihat tubuh badan. Kita tak berapa nak hargai waktu kita sihat. Waktu sihat kita tak mau pulun sungguh-sungguh tapi bila dah sakit baru nak kelam kabut. Kita pun tak tau pasai apa kebanyakan kita perangai lagu tu?... Kata Nabi s. a. w., "Bila seorang tua tu jatuh sakit, dia tak larat dah nak pi kuliah, tapi sewaktu mudanya dia pulun sungguh Islam, sebut aje ceramah kuliah mana saja dia sampai; maka ketika dia terlantar sakit, ALLAH tetap bayar pada dia pahala sepertimana dia ligat waktu muda."... Tu kira bonus tu tuan-tuan. Ini bukan bonus link ada ma! ta punya yang dok tempek kat belakang kereta tu "I want my bonus". Tapi ini bonus daripada ALLAH bagi kat kita tapi dengan syarat waktu muda dengan sihat tubuh badan, tolong guna elok-elok untuk Islam. Manakala yang keduanya kata Nabi s. a. w. ialah waktu lapang. 2-3 jam daripada kita perabih tengok tv, ada baiknya lagi kita baca Quran.

5) Nikmat ke5 ialah tertutupnya aib kamu. Semua kita ada aib iaitu kelemahan. Tuan-tuan ada kelemahan tuan-tuan dan saya ada kelemahan saya. Apabila aib kita tertutup orang tak tahu, maka itu satu nikmat. Kalau orang tahu aib kita, kemudian dia guna pulak mulut capoi dia untuk menyebar, naya kita. Sebab itu tertutupnya aib adalah satu kenikmatan kata Saidina Ali k. w..

6) Dan yang ke6 ialah tidak mengharapkan bantuan orang lain. Iaitu buat kerja sendiri, tak harapkan orang lain. Tapi kalau perlukan bantuan juga, itu pun hanya sekadar teknikalnya saja.

Sebenarnya ada jutaan nikmat lagi yang Nabi s. a. w. suruh kita fikir. Tapi Saidina Ali k. w. sekadar mengkelaskan kepada 6 perkara tadi hanya untuk kita mengenangkanNya. Untuk apa tujuan Nabi s. a. w. suruh kita fikir tentang nikmat ALLAH ini?... Tak lain ialah supaya kita jangan sombong. Inilah tujuan besar sebab apa kita kena fikir nikmat ALLAH tu. Bayangkan daripada kejadian kita yang berbentuk `alaqah, kemudian jadi mudrah, jadi jasadah, `izzomah, lepas tu keluar daripada rahim ibu dalam keadaan tak reti satu habuk pun, takkan tiba-tiba dah besar panjang sekarang ni nak jadi samseng pulak?... Sebab itu sempena peringatan peristiwa 11 Sept yang berlaku tahun lalu di Amerika, tolong ambik pengajaran daripada peristiwa ini. Pertama kita memang mengutuk apa yang berlaku di WTC dan The Pentagon itu. Kita memang tak setuju dengan segala bentuk keganasan dan kekerasan kerana kita cintakan keamanan. Dan kita nak bagitau yang kita ni bukan jenih bawah tanah punya line,! pasai bawah tanah ini kuboq orang mati. Kita tak main bawah tanah pasai kita jenih atas tanah
(demokrasi). Kita cintakan keamanan sebab itu kita masuk pilihanraya kerana kita yakin (InsyaALLAH) dengan cara aman ini kita boleh bercakap Islam.

Dan yang kedua yang boleh kita ambik ikhtibar daripada apa yang berlaku di Manhattan Street dan The Pentagon itu ialah sebenarnya mengajar kita dengan satu pengajaran bahwa kamu tak kuat tapi ALLAH lah yang kuat. Cuba perati apa ALLAH kata dalam Surah Fussilat 24:15 yang bermaksud, "Ingat! Ketika pemimpin-pemimpin kaum Aad mendabik dada sambil berkata : Siapa yang lebih hebat daripada kami?... Lihat saja bangunan kami, ekonomi kami, pentadbiran kami, tentera kami; siapa lagi yang lebih kuat?... ALLAH jawab : Apakah mereka tidak melihat bahwa ALLAH lah yang menciptakan mereka (daripada tiada kepada ada)?... ALLAH itu lebih kuat daripada mereka..."... Apa yang tuan-tuan tau tentang kecanggihan The Pentagon?... Satu dunia punya maklumat ketenteraan ada dalam Pentagon. Berapa banyak kapalselam Rusia?... Maklumat dia ada di Pentagon. Berapa ribu tentera M`sia?... Ada d! i Pentagon. Berapa banyak keretakebal Jerman?... Juga ada di Pentagon. Whole world punya maklumat ada dalam perisian depa. Cuba tuan-tuan buka internet cari maklumat tentang kecanggihan kapalterbang pengebom B2 yang direka-cipta oleh engineer Amerika (yang bentuk macam ikan pari tu)?... Canggihnya B2 sehingga ekszosnya yang diselit tepi sayap tu boleh mengeluarkan asap yang minima, sehingga tidak mampu dikesan oleh radar dan juga tidak mampu dikesan oleh laser mahupun infrared. Punyala canggih B2 ni tuan-tuan ooii!... Mai-mai sampai je, baguih punya tuju. Canggihnya B2 ni sampai radar tak boleh trace sebab radio detection enranging tak boleh reflect balik pada asap dia. Manakala dia punya body pulak adalah kalis frequency. Tapi dalam depa dok syok kata B2 radar tak boleh detect, tiba-tiba haprak mana ka pi rampas kapalterbang pakai razor blade je, lepaih tu pi rempuh WTC, lingkup habih. Hangpa ingat boleh reka B2 tu kira hangpa dah kuat ka?... Sampai dabik dada jadi polis dunia.! Pi campurtangan di Cuba, campurtangan di Panama, kalau boleh nak campurtangan di semua negara. Dia (Amerika) juga adalah salah satu daripada 5 negara yang punyai kuasa veto. Shell pun ada, tapi v-power. Itu bukan veto power. Jangan ada yang beli tak bayaq pula....5 negara yang ada veto power ni boleh batalkan segala keputusan yang dibuat oleh Unesco, Who dll, dan mereka boleh buat keputusan mereka sendiri. Depa dera rakyat Iraq sampai buat air sanction sehingga beribu-ribu rakyat Iraq mati sebab ubat tak sampai. Bila berlaku macam ni, ALLAH balas ranap habih. Sebab tu jangan sombong. Lepaih tu tak tau nak boh kepala sapa, teroih saja depa tuju kepala Osama Ben Laden. Takke kelam kabut punya cerita tu?

Okay kita ulang balik, satu sudut kita memang simpati sebab kita anti keganasan dan tak suka akan terrorism. Kita satu jamaah yang cintakan keamanan sebab tu kita masuk pilihanraya setiap 5 tahun. Tapi dari sudut yang lain pula, ia mengajar kita bahwa orang yang sombong, ALLAH akan hukum sekelip mata. Cuba tuan-tuan buka Surah al-Qamar 27:50, ALLAH kata, "Urusan Kami kalau Kami nak buat hanyalah secepat kelipan mata."... Sekelip mata je, 5000 habih. Dengan sheriff bawah tu, dengan ketua polis dok melangaq-melangaq pun habih mati kena timbus. Jadi semua ini mengajar kita supaya jangan sombong, kerana ALLAH ialah Tuhan yang boleh buat apa saja yang Dia mahu, sehingga takdak siapa boleh halang.

Kesimpulan:

Berfikirlah tentang nikmat ALLAH. Dan memanglah nikmat ALLAH banyak sehingga ALLAH kata, "Kamu tak akan mampu untuk menghitung nikmat Tuhan."... Tapi paling tidak kita boleh mengenang apa yang Saidina Ali k. w. ringkaskan untuk kita, iaitu mengenangkan nikmat Islam, nikmat Rasulullah s. a. w. jadi rasul, nikmat al-Quran dll tu semuanya adalah nikmat yang kita kena grab dengan segala kesyukuran kepada ALLAH SWT.


Hadith 2:

Dari Ibn Abbas r. a., dari Nabi s. a. w. sabdanya : "Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan ALLAH), tetapi janganlah kamu memikirkan tentang zat ALLAH..." (HR Abu Syeikh).

Hadith 3:

Dari Abu Dzar r. a., dari Nabi s. a. w., sabdanya : "Fikirkanlah mengenai segala makhluk ALLAH, dan janganlah kamu memikirkan tentang zat ALLAH, kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa
(dalam kesesatan)." (HR Abu Syeikh)

Muslimin dan muslimat rahimakumullah. Hadith yang ke2 dan ke3 yang kita baca pada kali ini, adalah hadith yang berhubung dengan ilmu sains yang diajar oleh Nabi s. a. w.. Selain hadith ini mengajar sains kepada kita, ia juga adalah merupakan suatu cara dan kaedah tentang bagaimana ALLAH SWT mahu menjadikan kita insan yang sentiasa berfikiran positif. Kerana orang-orang yang berjaya di dalam hidup mereka ialah mereka-mereka yang sentiasa berfikiran positif. Dan banyak ayat di dalam al-Quran yang mengajar kita supaya sentiasa menjadi positive thinker, dengan menolak kaedah negatif seperti menyangka buruk tanpa usul periksa dan sebagainya.

Hadith ini mengajar kita bahwa di antara cara nak melahirkan insan yang berfikiran positif ialah dengan memikirkan tentang penciptaan ALLAH SWT. MaksudNya, kita digalakkan mengkaji setiap makhluk ciptaan ALLAH. Tapi kita dilarang memikirkan tentang zat ALLAH SWT. Kerana zat ALLAH adalah suatu yang akal tidak mampu untuk mencapainya. Contohnya, kita semua kan tahu wujudnya arus eletrik yang mengalir dalam wire. Pengaliran itu berlaku akibat electron current flow dari +ve ke -ve charge. Tapi tidak ada seorang pun yang pernah melihat electron. Kita hanya diajar nucleus proton dan neutron yang ada di dalam charge electron. Itu sajalah yang diajar. Jantan betina ka proton neutron ni, kita tak tahu. Yang hanya kita yakin ialah adanya elektrik. Kalau tuan-tuan tak caya, pi la kerobek tengok wire kat rumah. Siap kain kapan la jawabnya. Sebab itu, walaupun kita tak boleh nak rasa zat elektrik, tapi kita yakin elektrik memang wujud berdasarkan teori yang diajar oleh a! hli-ahli kejuruteraan di bidang elektronik. Kita diajar bagaimana eletrik dihasilkan melalui dc motornya, ac motornya, segala jenis motor termasuklah moto kapcainya sekali. Semuanya kita belajar. Sebab itu kita yakin adanya elektrik. Jadi, siapa beritahu kita tentang elektrik?... Mereka ialah pakar bidang elektrik dan elektronik yang bertungkus lumus berpuluh-puluh tahun mengkaji bidang ini. Tapi yang beritahu kita, tak boleh kaji zat ALLAH ini ialah seorang yang pakar kepada segala pakar, iaitulah Nabi Muhammad s. a. w.. Baginda hanya mengajar kita supaya memikir tentang makhluk ciptaan ALLAH. Dengan kita memikir makhluk yang ALLAH cipta, di samping kita dapat melihat Kebesaran dan Keagungan ALLAH SWT, dari situ juga kita akan dapat melihat ilmu-ilmu sains yang diajar di dalam al-Quran.

Sebab itu, kita jangan cuba berbahas tentang zat ALLAH. Kalau tiba-tiba datang lintasan dalam kotak pemikiran kita, maka lintasan seperti itu tidak dikira. Ini bermakna, dalam Islam, lintasan dalam hati tidak diambil kira ALLAH. Umpamanya dalam sembahyang, tiba-tiba terlintas dalam hati Tuhan dalam bentuk suatu jelmaan sedang dok duduk tengok kita sembahyang; kalau datang lintasan lagu tu, ianya tidak diambil kira. Atau pun katalah contohnya kita nak keluar rumah, tiba-tiba isteri kita tegur, "Abang bukan nak pi makan kenduri ka?... Awat yang pakai baju comot tu?... Awak tu bakal YB. Pi la tukar pakai hat smart punya sket."... Kita pun pi tukar baju dengan takdak niat langsung nak riak ataupun takdak langsung perasaan nak tunjuk kat orang kata baju kita lawa. Takdak. Tapi tiba-tiba masa berjalan tu, dia mai juga lintasan dalam hati, "Aiseyman! Smart betoi aku hari ni. Takdak orang yang smart dalam majlis tu, melainkan aku sorang aje yang smart."..! .Kalau datang lintasan macam tu, maka ianya tidak diambil kira oleh syara`. Tidak berdosa. Tapi jangan masa pakai-pakai tu, dia dah datang perasaan nak riak; yang ni berdosa, tuan-tuan. Ini dia Islam. Dia tidak mengambil kira lintasan.

Jadi, Nabi s. a. w. bukan suruh kita fikir tentang zat ALLAH tapi yang disuruhnya kita fikir (tafakkur) ialah tentang makhluk ALLAH. Sebab itu dalam Ihya Ulumuddin, hujjatul Islam al-Imamul Ghazali rahimallahu ta`ala telah meletakkan suatu bab khas dalam kitab karangannya itu dengan dinamakannya "Bab Tafakkur". Tafakkur maknanya berfikir. Dia bukannya macamana orang kita dok pi tunduk kat tugu negara tu. Hat tunduk-tunduk tu Jepun. Kita bukan Jepun. Nampak tak tuan-tuan, macamana istilah "tafakkur" telah disalah-ertikan. Yang imam Ghazali tulis dalam kitabnya bab tafakkur ialah untuk nak ajar kita berfikir, bukannya suruh kita pi tunduk angguk-angguk.

Okay, menurut ust Halim Nasir, untuk menjadikan tapak perbincangan pada kali ini yang menghubung-kaitkan dengan hadith ke2 dan ke3 ini, maka ust telah menjadikan sandarannya berdasarkan ayat 164 Suratul Baqarah. Dalam ayat ini, ada 7 benda yang ALLAH suruh kita fikirkan. Sebab daripada 7 benda inilah, ia menghasilkan ilmu sains kepada kita.

1) Kata ALLAH, "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,...".

i) Maknanya bila kita perati langit dan bumi, kita akan nampak dengan jelas akan Kebesaran ALLAH SWT. Kita boleh tengok sendiri bagaimana langit yang berada atas kepala kita itu berdiri tanpa tiang. Siapa buat langit tu, tuan-tuan?... Atas perintah ALLAH SWT lah, langit itu berdiri dengan megahnya tanpa tiang.

ii) Kalau kita belajar ilmu kejuruteraan elektronik, kita akan dapati bahwa langit digunakan sebagai medium untuk frequency wave transmission dalam bentuk amplitude modulation (AM). Tetapi tidak dalam bentuk FM. AM tak sama dengan FM (frequency modulation) sebab FM lebih canggih daripada AM. FM lebih banyak synthesizer band nya daripada AM. Jadi, FM lebih sedap bunyi fidelity nya daripada AM... Okay, bila kita belajar AM (yang tuan-tuan buka radio tang MW atau SW tu), kita akan dapati bahwa langit akan memainkan peranan. Sebab daripada satu transmission ke satu transmission, dia menggunakan langit sebagai medium. Contohnya katalah satu pemancar di Kuantan nak hantar ke KL. Dia akan tembak ke langit, dan langit akan reflect jatuh balik ke bumi. 1 reflect dipanggil 1 hop. Jadi, nak sampainya daripada Kuantan ke KL, maka berlaku 1st hop, 2nd hop dan 3rd hop. Normally sampai setakat 3rd hop sahaja. Tapi bila dapat kat b! lack metal, terus depa kata, "Hip! hop!"... Tuuu dia tuan-tuan, kurang ajaq punya black metal. Jadi, FM tak sama dengan AM sebab FM tak pakai langit. FM transmit straight follow curving of the earth yang dipanggil sebagai "Line of side". Sebab itu, di setengah-setengah tempat yang susah nak dapat transmission, depa akan pasang relay pemancar. Contohnya macam Pulau Langkawi, dia mesti kena ada satu relay pemancar. Begitu jugalah dengan tempat-tempat pendalaman, yang kalau nakkan transmission, depa mesti kena ada satu relay pemancar sebab transmission sukar dalam keadaan hutan... Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah langit yang dicipta ALLAH itu tidak sia-sia kerana ia amat berguna kepada manusia.

iii) Okay yang ke3 nya, cuba tuan-tuan perati tengok bumi yang tuan-tuan pijak tu. Kalau tuan-tuan belajar ilmu sains, bumi ini asalnya hanyalah sebuah lautan yang luas, yang tidak ada daratan. Time tu takdak lagi P. Pinang, takdak lagi Kedah, takdak lagi Putrajaya, takdak lagi apa semua ni. Yang ada hanyalah lautan air yang luas. Kemudian bila berlaku evolusi demi evolusi pada peredaran dunia, yang diambil kira perubahan zaman, cuaca, ekologi pada waktu itu, akhirnya dengan izin ALLAH, timbullah dataran yang kita panggil bumi. Dan dataran bumi yang mula-mula sekali timbul ialah "ummal kuraq", iaitulah Mekah al-Mukarramah. Apa erti "ummal kuraq" dalam al-Quran?... Ummal kuraq ertinya ibu negeri. Jadi pasai apa Mekah disebut ummul kuraq?... Ia disebut begitu kerana dialah dataran bumi yang mula-mula sekali muncul di dunia ni. Bilakah tarikh sebenar dia muncul?... Kalau dalam bahasa sains, waktu ummal kuraq itu timbul, ia dipanggil "ikeozoid" ! (4600 juta tahun dahulu). Time tu melayu entah ke mana pun tak tau. Yang ada time tu hanyalah semenanjung tanah Arab yang baru sahaja timbul. MasyaALLAH, sebenarnya Quran dah sebut kat kita lama dah tuan-tuan tentang benda ni.

Kemudian fasa yang ke2 pula ialah 410 - 1500 juta tahun dahulu, dataran bumi yang muncul pada waktu itu dipanggil "proterozoid". Kalau nak hafal, jenuh jugak tu tuan-tuan. Jadi, tak yah hafallah, bukannya nak masuk PMR lagi dah. Hangpa semua dah tua berjanggut dah. Apa yang saya tulis ni, hanya just a knowledge to us. Itu saja. Okay, proterozoid ni ialah dataran yang timboi sikit belah-belah kutub utara, seperti Rusia dan Siberia. Kemudian dalam fasa ke3 pula, antara 205 - 410 juta tahun dahulu, dia dipanggil "paleozoid". Time ni barulah keluar segala gunung ganang apa semua, termasuklah gunung berapi. Manakala dalam fasa ke4 pula, antara 6 - 205 juta tahun dahulu, dia dipanggil "mesozoid". Time ni dah nampak canggih sikit, sebab keseluruhan Eropah dan China jelas kelihatan. Dan akhirnya sekali, sejak dari 6 juta tahun dahulu sehinggalah sekarang, itulah dia map of the world, dan dia dipanggil "senozoid".... Faham tu murid-murid...! Ceeeh! Perasan jadi cikgu pula aku... Bukan apa tuan-tuan; saja aje saya sebut sebab nak bagi knowledge kat tuan-tuan, bahwa peta dunia yang kita dok duduk sekarang ni terbentuk keseluruhannya sejak 6 juta tahun dahulu. Jadi, lama dah usia dunia ni tuan-tuan oooiii!... Kemudian daripada itu, barulah marinya segala dinosaur-dinosaur semua ni. Selepas tu bila puak-puak dinosaur ni mati, bukit bukau pun hancur bersama-sama dengan pokok kayu yang nala-nala punya besaq masuk ke perut bumi; maka terjadilah petrolium. Lepas tu, puak karat pi kebas di T`ganu. Tu cerita dia.

2) Yang keduanya ALLAH suruh kita fikir ialah berlakunya pertukaran siang dan malam. Tuan-tuan jangan sekadar tengok saja berlakunya pertukaran hari siang dan malam begitu saja. Tetapi kita kenalah fikir rahsia disebalik siang dan malam itu.

i) Cubalah tuan-tuan fikir, apa akan jadi pada dunia sekiranya siang 24 jam, takdak gelap langsung?... Jawapannya, manusia akan jadi robot. Dia kira nak kerja aje. Tak reti dah nak rehat. Industri akan semakin meningkat dalam keadaan manusia tidak direhatkan. Sedangkan ALLAH buat tubuh kita ni sepertimana yang disebut Nabi s. a. w. dalam hadithnya yang maksudnya, "Mata kamu ada haq. Telinga kamu ada haq. Tubuh kamu juga ada haq. Tidurlah. Walaupun aku ialah orang yang paling hampir dengan ALLAH; aku berpuasa, aku berbuka. Aku sembahyang malam, aku tidur..."... Hadith ini Nabi s. a. w. sebut bila ada beberapa sahabat kata dia nak beribadah sampai tak mau tidur langsung dan berpuasa sampai tak mau buka-buka. Jadi, hadith di atas adalah suatu nasihat daripada Nabi s. a. w. supaya jangan melampau di dalam beribadah sehingga melawan fitrah ALLAH. Sebab itu di Taiwan, ad! a seorang lelaki mati kerana dia tidak tidur selama 7 hari. Bukan dia tak boleh tidur. Tapi dia paksa diri dia tak ndak tidur. Maka bila sampai hari ke8, dia pun mati. Sebab apa?... Sebab dia melanggar fitrah yang ALLAH dah tentukan.

Kemudian cuba tuan-tuan bayangkan pula sekiranya berlaku 24 jam malam, takdak siang?... Jawapannya, semua pakat tidoq belaka la. Pantang tengok gelap, kira nak tidoq aje. Berapa banyak kilang torch light dan bateri yang akan terpaksa didirikan?... Jenuh menyuluh kita, tuan-tuan. Tapi semuanya tidak berlaku kerana besarnya rahmat kasih sayang ALLAH kepada kita sehingga disebutNya dalam Surah an-Naba`:9-11. Kata ALLAH, "Kami jadikan malam untuk kamu tidur beristirehat. Dan Kami jadikan siang untuk kamu mencari penghidupan."... Inilah nikmat yang ALLAH beri pada kita, tuan-tuan.

ii) Bila perati siang malam, kita akan dapati inilah satu contoh yang ALLAH buat untuk kita ambil iktibar. Manusia yang hidup dalam hidayah adalah seperti siang yang terang benderang. Manakala manusia yang hidup dalam kegelapan adalah seperti malam yang gelap gulita. Dalam lain perkataan, hati menjadi gelap dalam keadaan tak boleh terima agama ALLAH SWT... Jadi, apa yang kita nak bagitau disini ialah pertukaran malam dan siang itu bukan sekadar satu proses peredaran bulan, peredaran matahari dan putaran bumi; malah ia merupakan satu pengajaran yang amat besar di belakangnya yang boleh kita kait dengan hidayah, petunjuk dan sebagainya.

3) Yang ke3, ALLAH suruh pula kita perati tengok kapal-kapal yang berlayar di lautan, yang membawa barang-barang yang bermunafaat bagi manusia. Kapal dibuat daripada besi tapi pasai apa tak tenggelam?... Sedangkan kalau kita campak seketul besi, ia tenggelam. Tu yang ALLAH suruh kita fikir tu. Kapal ni bila kita buat dia dengan sistem buoyancy dia, dengan titik graviti dia dan dengan segala sistem kejuruteraan marine yang difahami oleh orang yang belajar dibidang itu; maka dia boleh melayarkan manusia di tengah lautan yang luas. Dan kata ALLAH, "Bukan sekadar belayar, tapi dia dapat membawa barang-barang yang berharga untuk manusia."... Cuba tuan-tuan perati tengok, kebanyakan barang import eksport semua ni diselenggarakan melalui kapal, betoi tak?... Minyak mentah, minyak kelapa sawit apa semua ni, orang tak bawa naik pakai kapalterbang. Boleh runtuh kapa! lterbang tu akibat terlalu berat. Jadi, semua benda bahan mentah ni dibawa melalui kapal. Kapal nak pergi ke mana tuan-tuan kalau takdak air laut?... Jadi, bila kita fikir semua benda-benda lagu ni, ia akan menarik kita bersyukur kepada ALLAH. Inilah yang ALLAH TA`ALA ajar. Tapi ada manusia yang kadang-kadang dia tak faham. Dia boleh belayar berpuluh-puluh hari di dalam kapal, padahal dia tak sembahyang pun. Sedangkan ALLAH sebut dalam al-Quran Surah Yaasiin: 43 yang bermaksud, "Kalau Aku mahu, Aku boleh tenggelamkan mereka. Maka tidak ada siapa pun yang boleh menolong mereka..."... Nampak tak tuan-tuan sifat Mutakabbir yang dimiliki ALLAH. Dia boleh buat apa sahaja yang Dia suka. Time tu kita nak minta tolong kat sapa?... Tuuu yang ALLAH suruh kita tengok kapal tu.

4) Yang ke4 pula kata ALLAH, "Apa-apa yang ALLAH turunkan daripada langit, berupa air hujan. Yang dengannya Kami hidupkan bumi sesudah mati."... Dalam ayat ini, ALLAH suruh kita perati air hujan. Ada beberapa ayat dalam Suratul Waaqi`ah yang cukup indah untuk kita lihat sebagai contoh. Tuan-tuan boleh rujuk pada ayat 68-70. Ayat-ayat berkenaan adalah satu bentuk pertanyaan ALLAH yang kita rasa amat kerdil untuk dijawab. ALLAH tanya, "Hoi manusia! Tidakkah kamu tengok air yang kamu minum?"... Tu yang kita minum segala teh tarik tongkat ali, kopi gano, nescafe apa semua tu, air dia tu mai daripada mana?... Dia mai daripada stor simpanan air atau kawasan tadahan, yang kemudiannya disalur melalui pili paip. Boleh ka kawasan tadahan air itu penuh kalau air huj! an daripada langit tak turun?... Sebab itu ALLAH tanya lagi, "Kamukah yang bawa turun air hujan tu atau Kami yang menurunkannya?"... Melopong kita tuan-tuan, sebab tak ada manusia yang boleh buat air hujan. Kemudian ALLAH tanya lagi, "Bagaimana kalau air hujan tu rasanya masin?"... Naya kita tuan-tuan kalau air hujan tu ALLAH buat bagi masin. Kalau nak minum kopi, jenuh setengah gelas tu saja nak kena bubuh susu pasai nak neutralise kan rasa masin. Jenuh nak kena bagi jadi manis. Akhirnya kita pula yang kena kencing manis. Pekedai rugi pasai nak kena bubuh banyak susu, yang kita pula kena penyakit diabetes.

Diabetes ni berlaku sebab gula terlampau banyak tersimpan dalam badan akibat tak exercise. Tu yang jadi gemok tu. Bukankah doktor dah bagi nasihat, dalam seminggu mau 3x jogging?... Sekali sekurang-kurangnya mau ambik masa dalam 20 minit berjogging atau jalan cepat. Bayangkan tuan-tuan, ada maklumat daripada doktor yang beritahu bahwa sekeping roti canai yang kita makan, lalu untuk membuangkan segala kolesterol minyak apa semua tu, 1 keping roti canai = 7 km jogging. Tak ke naya badan kita, tuan-tuan?... Tu tak masuk lagi roti planta, roti tempayan lagi tu. Kalau masuk, mau boleh pi sampai 21 km. Tak ke mampuih punya cerita tu?... Sebab itulah kita kena amalkan gaya hidup sihat. Disamping kita makan benda yang berkhasiat, exercise juga amat perlu. Lepas Subuh, cuba ambik dalam 20 minit jalan cepat atau jogathon. Jangan belenggang macam pi hantaq kueh pulak. Macam tu tak aci. Sebab matlamat kita ialah untuk pecahkan glugos yang berlebihan dalam badan. Gula yang ! kita makan akan jadi glugos. Glugos adalah untuk tenaga. Sebab itu, dia mesti dibakar dan dibuang. Dan cara nak bakar dia ialah kita kena exercise. Seminggu 3x. Sekali ambik dalam masa 20 minit tu pun kira ok dah tu. Bukan pasai apa tuan-tuan, perjuangan kita memang jenih makan masa punya. Lambat lagi nak menang ni. Takkan hangpa nak mati cepat kot?... Perjuangan kita masih jauh lagi ni. Esok suruh pi tampai poster, dah tak boleh pasai terlantar kat hospital kena diabetes. Pi jengok lagi sorang, pun masuk spital jugak pasai kena sakit jantung akibat darah pekat. Check check tengok, tuuuuu dia tiap-tiap pagi 4 keping roti canai punya mentahkedarah. Nak berjuang apa kalau lagu ni punya gaya. Makan makan jugak, tapi exercise kena buat tuan-tuan pasai nak pecahkan lemak dalam badan. Sebab itu orang yang kuat makan cokelat kalau dia tak exercise, dia akan jadi gemok. Maka bila dah gemok, mudahlah risiko sakit jantung menyerang. Mati memang semua orang mati, tapi Islam mengajar kit! a jaga kesihatan. Kalau tak, mana mai hadith Nabi s. a. w. sebut, "Seorang mukmin yang sihat lebih dicintai ALLAH daripada mukmin yang tidak sihat."... Inilah hadith yang membicarakan tentang kesihatan.

Okay berbalik kita kepada cerita kalau air hujan masin tadi. Jenuh kita tuan-tuan. Tapi hakikatnya ALLAH buat elok saja tawarnya. Jadi berapa ramai yang bersyukur bila dia dapat minum air yang siap dah ditawarkan?... Berapa ramai boleh fikirkan kebesaran ALLAH bila dapat minum air ais tika cuaca panas tengahari?... Inilah dia yang dikatakan aqidah tu, tuan-tuan. Tengok ayaq nampak ALLAH. Ini yang ahli-ahli tasawuf atau wali-wali kata, kamu tengok apa pun, nampak ALLAH. Sebab tu ada setengah orang kata depa ni gila, walhal sungguh. Kerana depa sentiasa nampak akan kebesaran ALLAH yang telah menciptakan segala-galanya. Tapi bila orangramai tak faham, dituduhnya ahli-ahli tasawuf dan wali-wali ni semuanya gila. Tengok cawan nampak ALLAH. Tengok apa pun nampak ALLAH. Kalau kita kaji, memang sungguh sebab segala kejadian semuanya datang daripada ALLAH SWT.

5) Yang ke5 nya ALLAH suruh kita tengok binatang-binatang yang melata di mukabumi. Ada binatang yang ditunggangi, ada binatang yang dimakan, ada binatang yang diambil bulunya dan berbagai-bagai lagi. Cuba tuan-tuan buka Quran dan tengok ayat ke5 dalam Suratul Jumu`ah. Dalam ayat ini ALLAH cerita tentang kaldai (himar). Kata ALLAH yang maksudNya, "... misal mereka-mereka yang dipikulkan (diamanahkan) Taurah ke atas mereka, tiba-tiba tidak dipikulnya, maka samalah mereka seperti kaldai yang memikul kitab."... Samalah juga dengan mereka-mereka yang diberi al-Quran supaya dipikul amanah al-Quran ini, tiba-tiba tidak diendahnya isi kandungan al-Quran itu, maka samalah mereka seperti kaldai yang penuh kitab di atas belakang. Nampak saja bawa kitab, tapi bangang satu habuk pun dia tak paham. ALLAH marah tu, tuan-tuan. Matdet ni sebenarnya apa pun dia tak tau, ta! pi berlagak tau. Inilah dia perangai kaldai. Bercakap ni seolah-olah mengalahkan wali-wali, padahal apa pun dia tak reti. Memang kita tidak nafikan betapa pentingnya pendidikan kerana ayat yang pertama turun mencecah ke dunia ini pun adalah ayat pendidikan. Tapi apa perlu kita tergesa-gesa untuk memperkenalkan bahasa Inggeris kepada sains dan matematik?... Kita nak bagitau, pendidikan bukannya bola takraw yang boleh disepak sesuka hati. Memang kita tak nafikan kepentingan bahasa Inggeris, tapi apa yang kita nak bagitau ialah kalau setakat dalam masa 6 bulan ini iaitu next year January will be starting English in math and sains, dia bukan benda mudah. Dan kita pun dah sedia maklum bahwa bahasa Inggeris bukannya menjadi jaminan kemajuan sesebuah negara. Mana bukti yang kata kena belajaq in English baru boleh maju?... Tahukah tuan-tuan, kita sekarang kalau nak maju, kita kena peka dengan perkembangan Asian +3?... Maknanya kalau asian nak maju, dia kena bergabung dengan 3 lagi nega! ra, iaitulah Korea, China dan Japan. 3 negara ni maju tak tuan-tuan?... Maju tuan-tuan oooiiii, tapi cakap omputih sepatah haram pun tak tau. Tuuuuu! Penang Bridge yang hangpa dok lalu tu. Engineer dia Korea yang cakap omputih mampuih dia tak tau. Tapi jambatan tu tegak elok je. Lagi apa?... Tuuuu! KLCC yang hangpa dok bangga sangat tu. Engineer dia sapa, kalau bukan joint antara Korea dan Jepun yang sehabuk omputih pun tak reti, tapi tegak elok je KLCC tu sampai orang kata "batu nesan KL". Korea dan Japan ni maju sehingga boleh jadi host World Cup 2002 walaupun depa tak reti cakap omputih. Ronaldo dapat kasut emas, yang hangpa tengok sampai masjid "naik cerah" tu bukannya reti cakap omputih pun tapi dia muncul sebagai orang yang berjaya dalam hidup. Kita memang tak nafikan kepentingan English sebab Nabi s. a. w. pernah bersabda bahwa beruntunglah orang yang faham banyak bahasa. Tapi tuan-tuan kena faham juga kenapa tiba-tiba merepek terus nak buat dalam masa 6 bul! an?!... Kalau tuan-tuan baca kenyataan Prof Ungku Aziz, kenyataan Tan Sri Aninuddin Wahid, kenyataan Prof Dr Abdullah Abu Bakar (bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka); tuan-tuan akan dapat gambaran yang lebih jelas tentang isu ini. Prof Ungku Aziz buat kenyataan dalam akhbar, dia kata, "Cadangan penggunaan bahasa Inggeris bagi sains dan matematik adalah satu kerja gila!"... Tu dia aih!... Prof Ungku Aziz ni sapa tuan-tuan?... Prof kedai kopi ka?... Dia adalah bekas Naib Chancellor Univ Malaya yang berstatus Professor Di Raja, tuan-tuan ooooiii!... Bukannya macam hangpa Prof mangkuk!... Prof Di Raja ni hangpa nak komen pendapat dia ka?... Begitu juga dengan DBP (dewan bahasa dan pustaka), yang buat kempen dengan sejuta tandatangan membantah isu ini. Hari ni, persatuan-persatuan Cina (apa nama pun tak tau) pun turut menghantar memorandum membantah. Bila puak-puak gila ni kena hentam kiri kanan atas bawah, dan-dan terus menggunakan senjata utama depa iaitu apa lagi kalau buka! n ISA. Yang tu ja depa tau. Depa tak nampak apa sebenarnya yang perlu dirombak. Sepatutnya sistem pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri yang perlu dirombak. Tu baru betoi. Bukannya memperkenalkan kepada subject yang amat penting seperti sains dan math. Tara la ni bahasa melayu pun, pencapaian anak-anak kita dalam sains dan math pun nyawa-nyawa ikan je, inikan pula diinggeriskan 2 subject tu?... Jadi tolong pikir dulu. Menurut maklumat dari Perangkaan Kementerian Pendidikan setakat Februari 2000, negeri Kedah mengalami masalah kekurangan tenaga pengajar bahasa Inggeris sebanyak 239 orang. Inilah sepatutnya kena settle dulu. Ni dak, dok ikut juga cakap "si kaldai bawa kitab" tu.

Binatang yang kedua kita nak tengok ialah anjing. Dalam Quran ada ALLAH menyebut tentang anjing walaupun dia najis mughallazah (binatang yang tak boleh kita makan). Dan kita perlu ingat, benda-benda haram ni kalau sampai ke tahap darurah, kita dibolehkan makan. Begitu juga dengan sutera yang orang lelaki tak boleh pakai. Sebab ada satu hadith sahih yang menceritakan bahwa Ibn Abbas r. a. memang suka pakai pakaian sutera. Kemudian bila Rasulullah s. a. w. umum sutera diharamkan bagi lelaki, maka Ibn Abbas pun turut mematuhi larangan itu dengan tidak lagi memakai sutera. Tapi selang 2-3 hari, tiba-tiba Ibn Abbas r. a. mengalami penyakit gatal-gatal kulit sebab dia tak pakai pakaian sutera. Lalu dia jumpa Rasulullah s. a. w. dan diceritakan masalahnya. Maka Rasulullah s. a. w. pun kata Ibn Abbas, "Pakailah oleh mu sutera itu."... Maknanya benda yang diharamkan dalam Is! lam bila sampai keadaan darurah, ia bertukar menjadi harus. Begitu juga dengan babi. Ia haram dimakan tapi bila darurah, ia boleh dimakan. Tapi dengan 3 syarat. Syarat yang pertama, kalau tak makan kita mati. Yang keduanya, makan jangan sampai kenyang. Setakat boleh bagi kita bernafas, cukup. Jangan pi belunjoq kaki bawah pokok sambil cungkil gigi, kemudian belehaq, "Bluuurp! sedap rupanya babi ni.", bagitau pula kat kawan sebelah. Jangan sampai macam tu, tuan-tuan. Dan syarat ketiga ialah tak boleh bungkuih bawa balik. Memang kita nampak kelakar, tapi jangan main-main tuan-tuan sebab syarat ni ulama` bahas. Tengok ada plastik, kita pun potong sikit untuk bekalan. Tak boleh buat lagu tu tuan-tuan sebab dikhuatiri selepas tu bila kita boleh berjalan, mungkin kita akan bertemu benda-benda yang halal dimakan, maka ketika itu babi itu kembali menjadi haram. Jadi apa yang kita nak bagitau ialah haramnya babi tapi boleh makan bila waktu darurah. Begitu juga sutera yang diharamkan ! bagi lelaki, tapi kalau tak pakai kita rasa gatal-gatal kena penyakit kulit, pada waktu tu dibolehkan pakai sutera. Haramnya rokok, kalau tak isap rokok pening kepala. Jawapannya tetap tak boleh isap. Bukan apa tuan-tuan, mana la tau kot-kot ada sahabat nak qias keadaan darurah ni dengan rokok pula. Depa nanti kata, "Kalau macam tu, rokok pun kira boleh la kot. Pasai saya kalau tak isap rokok, kepala ni nanti naik pening, tak boleh dah nak pikiaq."... Oooo, hang nak qias aku dengan rokok pulak. Sorry, takdak pasai. Hangpa tau ka dalam sebatang rokok tu ada 200 punya jenih racun. Salah satunya ialah racun tikus. Takke mampuih punya cerita tu?... Dan termasuk dalam asap rokok tu ialah tar (yang orang dok buat jalan tu). Jadi tak payahlah hangpa susah payah pi isap rokok, lebih baik minta sikit kat JKR, kepak sikit tar tu, lepas tu hangpa jilatlah, kunyahlah sepuas hati. Lagi cepat mampuih la jawapnya.... Apa ra hangpa ni. Takdak sedap apa pun isap rokok tu. Berenti buang l! a. Kalaulah sekali sedut tu nampak Masjid Nabawi, sayalah orang yang mula-mula sekali isap rokok. Dua kali sedut, nampak pula kelambu Ka`bah; bukan kata isap, nak kunyah telan pun sanggup. Jadi jangan dok qias hadith Ibn Abbas pakai sutera tu dengan rokok pulak.

Okay berbalik kita pasai anjing tadi. Dalam Suratul A`raaf 9:176 ALLAH buat perumpamaan bahwa orang yang rakuskan dunia dengan menolak ke tepi Islam, maka orang itu samalah macam anjing. Kata ALLAH, anjing ni kalau kamu bagi makan ka, tak bagi makan ka, dia tetap akan jelirkan lidah. Maknanya, dia sentiasa nakkan habuan.

Okay binatang apa lagi yang melata kita nak tengok?... Apakata kita tengok babi. Babi ni adalah satu jenih binatang yang kira nak menyondoi aje tak kira dah halai haram. Lagi teruk rupanya babi ni. 5 tahun sekali, kerja nak menyondoi saja puak-puak ni. Tak kira halai, tak kira haram, tak kira lingkup aqidah, janji boleh kenyang kira ok. Jadi tiap-tiap yang ALLAH cipta tu mesti ada pengajaran yang boleh kita ambik.

6) Yang ke6 nya kita tengok angin yang bertiup. Bila sebut angin, 2 benda kita kena tengok. Yang pertamanya ialah rahmat, dan yang keduanya ialah bala`. Bila kita pi picnic kat Batu Feringgi atau kat Telok Bahang, kita dihembus dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Angin jenis ni ialah angin rahmat. Lepas tu pula, ada juga angin yang membawa ujian besar kepada manusia, dengan dia boleh menerbangkan segala-galanya. Angin jenis ni membawa bala`. Contoh-contohnya adalah seperti Hurricane, Tornado, Greg dll. Tuan-tuan tengok dak gambaq Twister?... Depa boleh pi tracking puting beliung tu. Kerja gila sungguh depa ni. Depa konvoi ramai-ramai dengan bawa segala aksesori pengesan ribut siap dengan ocsiloscope, siap dengan radar apa semua. Bila ribut dikesan dok mai, bukannya ribut tu hambat depa, depa yang pi hambat ribut tu pulak. Hambat punya hambat, last sekali bila kita tengok puting beliung tu terbangkan segala-galanya yang dia redah, kita pun naik kecut per! ut. Tu baru gambaq, bukan lagi hat cerita dalam Quran macamana bila mai hari Qiamat. Nauzubillahi min zalik.

Dan satu lagi yang perlu kita ingat bila sebut pasai angin ni, iatulah dia tentang kerajaan negeri Nabi Sulaiman a. s.. Sebab antara unsur kekuatan k`jaan Nabi Sulaiman a. s., salah satunya ialah angin. Kata ALLAH dalam Surah al-Anbiyaa` 17:81 yang bermaksud, "Kami tundukkan angin untuk dia. Sehingga dia bergerak ke mana pun, angin akan membawa dia..."... MasyaALLAH tuan-tuan. Walaupun macam tu, Nabi Sulaiman a. s. tak pernah sombong dengan ALLAH. Bahasa binatang dia faham. Jin ifrit, manusia, burung tentera dia. Angin kenderaan dia. Lalu Nabi Sulaiman a. s. kata kat ALLAH, "Ya ALLAH. Aku minta ampun kepada Mu...."... Inilah dia sifat orang beriman, tunduk kerdil di depan ALLAH.

7) Dan benda yang terakhir (yang ke7) ALLAH suruh kita tengok ialah benda yang tergantung antara langit dan bumi, itulah dia awan. Kalau kita naik commercial flight yang tingginya 35000 kaki dari aras laut, kita berada atas lagi daripada awan. Tapi kalau kita pi Langkawi yang flightnya terbang dalam ketinggian 10000-13000 kaki sahaja dari aras laut, kita akan rasa kita duduk betul-betul atas awan. Kita boleh tengok awan ni sebijik macam kapas tapi bila kapalterbang langgar dia, kita akan rasa kapalterbang bergoyang. Maknanya awan ni dia ada ketumpatan. Fungsi awan ini ialah dia mengumpul titisan air. Bila berat, barulah dilepasnya ke bumi sebagai air hujan, yang kemudiannya menjadi kegunaan manusia.

Kesimpulannya, inilah dia 7 benda yang ust Halim sebut kali ini dengan dikaitkan dengan hadith 2 (dari Ibn Abbas r. a.) dan hadith 3 (dari Abu Dzar r. a.) berhubung dengan masalah memikirkan penciptaan ALLAH. Dalam ratusan ayat al-Quran yang menceritakan penciptaan ALLAH, ust Halim memilih Suratul Baqarah 2:164 sebagai topik perbahasannya supaya mudah kita faham. Jadi akhir kata, berfikirlah kita secara positif untuk agama ALLAH. Jangan sekali-kali berfikir secara negatif untuk melemahkan agama ALLAH SWT. Dan jangan juga sekali-kali berfikir tentang zat ALLAH kerana memang kita sebagai makhluk tak mampu. Kalau rasa lintasan, ia tidak diambil-kira syara`. Jangan ikhtiqad zat ALLAH begini-begini, boleh jatuh kapir kita tuan-tuan. Nauzubillah... Senang kata, jangan dok pikirlah. Banyak lagi kerja lain yang kita nak fikirkan. ALLAH memang Dia wujud, yakni Dia tetap Ada. Bagaimana zat Dia?... Dialah saja yang Maha Tahu. Kita buat kerja kita sudah. Seperti sembahyang,! puasa, berjuang dan sebagainya.

Menteri "Raba-Raba" Mengamuk Selepas Solat Jumaat - malaysiakini

KERATONG: [4.00 pm] Satu berita gempar telah terjadi selepas solat Jumaat sebentar tadi. Ia berkaitan dengan "amukan" Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis terhadap Imam Solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4 dekat sini. Kejadian dipercayai berpunca daripada "sakit hati" JJ terhadap Iman Solat Jumaat terbabit yang membuat khutbah perihal soal "Keadilan Dalam Islam". Iman yang mengendalikan khutbah tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad (foto) , yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang. Menurut Ustaz Suhaimi, ketika membaca khutbah beliau menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh. "Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan akta zalim (ISA) yang dilihat tidak adil dalam Islam" katanya.

Menurutnya selepas selesai membaca solat, beliau telah didatangi oleh Ahli Parlimen Rompin itu dalam keadaan yang penuh dengan emosi dan muka yang bengis. "Saya tidak menyedari bahawa Ahli Parlimen Rompin itu turut menjadi jemaah solat Jumaat yang saya imamkan" katanya. Ahli Parlimen Rompin itu telah mengherdik Ustaz Suhaimi yang membaca khutbah berbaur politik katanya. Namun beliau menjawab "Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik". Namun JJ nampak marah dan tidak berpuas hati dengan berkata "Andainya khutbah seperti itu dibaca, saya pun boleh membawa khutbah". Lalu Ustaz Suhaimi menyahut "Jika Dato' fikir, boleh membaca khutbah apa salahnya. Elok Dato' baca khutbah minggu depan" (Foto: Lihat gambaran JJ menjadi Imam Solat Jumaat) . Kenyataan Ustaz Suhaimi itu amat menyiksakan jiwa Ahli Parlimen Rompin berkenaan. Di mana akhirnya beliau mencabar supaya Ustaz Suhaimi keluar masjid.

Mungkin cabar itu dibuat bagi "membelasah" Ustaz Suhaimi. Kerana kami difahamkan terdapat ramai puak-puak UMNO karat dan kroni Jamaluddin Jarjis sedang menunggu diluar. Melijat keadaan itu, beberapa orang jemaah dan sahabat beliau menasihat agar tidak keluar masjid bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Maka akhirnya Ustaz Suhaimi menjawap pelawaan JJ itu dengan berkata "Elok kita berbicara dalam masjid Dato' kerana ini rumah Allah dan lebih afdal dari diluar". Ketika itu JJ dan kuncu-kuncunya telah menunggu dengan "geram" dan "samseng" diluar. Mungkin bagi mereka, sekajap lagi Ustaz Suhaimi iaitu Imam yang membaca khutbah dan menjadi Imam solat Jumaat di Keratong 4 itu akan dibelasah cukup-cukup agaknya. Namun dek kerana beliau tidak keluar akhirnya kumpulan Ahli Parlimen terbabit beredar dari masjid dengan perasaan yang amat kecewa. Mujurlah kejadian itu tidak berakhir dengan insiden yang lebih buruk lagi. Jika tidak sudah pasti satu peristiwa gempar akan berlaku di Masjid Keratong 4 siang tadi.

Peristiwa yang berlaku ini jelas sekali mencerminkan betapa buruknya keperibadian Ahli Parlimen Rompin itu. Maka sahlah keputusan Pak Lah untuk tidak melantik beliau kekal dalam kabinet barunya adalah tepat sekali. JJ sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa insiden yang amat memalukan termasuk kes "Raba Punggung" di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan sebelum ini namanya juga dikaitkan dengan kes "Norrita Samsuddin" hingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup siasatan kes tersebut dengan keputusan "tiada pembunuh sebenar". Bahkan lebih aneh lagi pihak polis menyatakan bahawa " terdapat dua lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh pragawati itu". Hingga sekarang ianya masih menjadi misteri. Apapun, ramai yang mengaitkan nama JJ dalam kes tersebut, samalah dengan TPM Najib yang dikaitkan dengan kes Altantunya selama ini. Sikap panas baran yang ditunjukkan oleh beliau itu, jelas sekali tidak menghormati kesucian "rumah Allah". Beliau tergamak menyerang Imam yang mengimami solat Jumaat dimana beliau sendiri menjadi makmumnya ketika itu. Apakah manusia seperti ini boleh dilantik dan dikekalkan sebagai pemimpin umat Islam. Maka diharap dengan peristiwa ini, ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat di Rompin agar menolak beliau dalam pilihanraya umum akan datang.

Jumaat, 14 November 2008

Sedekah yang paling murah

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Sebagaimana kata Rasulullah,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."Namun demikian tidak berarti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih. Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang."Anda ingin beramal soleh...?

Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

AWAS!!! Penipu besar di Internet

skang ni,
byk urusan jual beli dijalankan melalui intenet.
dan pernagaan di internet semakin berkembang dgn pesat di Malaysia.
dgn kemudahan yg ada,
kita boleh membeli brg yg kita suka dgn harga
yg berpatutan atau lebih murah dari pasaran.

Namun begitu,
sesetengah individu mengambil kesempatan yg ada
utk menipu pengguna2 di internet.

Siapa ABDUL MUTALIB BIN AHMAD?
siapa kenal?
bg yg dah lama membeli barang
melalui internet atau buat bisnes,
semestinya sudah kenal
siapa dia si kaki penipu ini.

Dulu dia terlibat dgn forex,
berapa ramai yg kena tipu.
satu lagi kat e-bay,
pun ramai yg kena tipu.
sbb kat e-bay penguna perlu
bank-in dulu sebelum barang tersebut dihantar.
jadi,risikonya amat tinggi utk ditipu,
dgn cara inilah
ABDUL MUTALIB ni menipu ramai org.

Rasa2nya,
dah byk laporan polis dibuat terhadap YB MUTALIB tu,
tp cam x kena tangkap pun.
dan sekarang dia masih aktif menipu di internet.

Baru2 ni,
member sy nk membeli laptop
dan telah membuat survey di mudah.com.
lalu terjumpahlah satu laptop sony VAIO
yg tinggi jgk dia punya specs,
dan harga yg ditawarkan teramat murah.
kat bwh ni iklan tersebut.

Sony VAIO VGN-AR690U Blu-Ray Laptop RM2500


Placed by Alep 11 Nov, 15:17. Delete.
Click to see the next image












Price: RM 2 500
VAIO AR690 notebook. It boasts a 1080 HD multimedia powerhouse with Blu-ray Disc technology
and 17" widescreen display with XBRITE-HiColor LCD technology.I purchased this laptop when I was in U.S. last December

Here are the things you’ll get with the laptop:

1. Intel Core 2 Extreme X9000 @ 2.8GHz
2. 2x 2GB PC2-5300 RAM (4GB Total)
3. 160GBx 2 SATA Hard Drive on RAID
4. nVidia GeForce 8600m GT
5. 17” 1920x1080 FullHD Monitor
6. Blu-Ray Writer
7. Power Adapter
8. 1 Standard BPS9A/B Battery
9. 1 High Capacity BPL9 Battery
10. Remote Control + Receiver
11. Sony HDMI Cable
12. ATI Digital TV Tuner (NTSC + ATSC) with Cable
Card support.guarantee this will work
here(Tv1,2,3,7 n tv9).
13. Original Restore DVD
14. Genuine Windows Vista Ultimate operating
system and Ori DVD
For fast deal arrange for meeting by calling me at 0128801614.ONLY MEET SERIOUS BUYER do not call me if u just wanna play or just look at my laptop.Personal 3 month money back guarantee.




Photobucket


Muka nampak alim jer kan,
pada hari yg sama jgk kami ada terbaca berita pasal
Noordin Mat Top,
alah...
pakar bom yg dikehendaki oleh
kerajaan indon tu lah,
pasal terlibat ngn pengeboman di Bali tu.
Tgk berita kat bwh,


Photobucket

atau ni gmbr asalnya...


Photobucket


Nampak ada persamaan kan gmbar
Nordin Mat Top dgn
Si abdul mutalib tu,
so, x mustahil lah klu gmbr dlm mykad tu dah di editkan.

Selain tu, kat bwh ni penipuan yg dia buat kat Low Yatt.net...

Hi guys,
If anybody have info about this FAKER please INFO me. For those who don't, take this info as a PRECAUTION!!!.
TAKE NOTE OF THESE INFOS BELOW ESPECIALLY ACCOUNT NO AND HANDPHONE NO!!!!!

Last week, my friend browse around http://www.mudah.com.my and found a Sony vaio ad.
and then Last Friday (31/10/2008), my friend just got cheated by this guy who made the ad by giving him RM800 deposit!!!!:

NAME (as he claimed): ABDUL MUTALIB BIN AHMAD
FAKE IC NO: 7607405-13-5673 (7607405 is 7 digit, thats obviously wrong, haiya doh.gif )
HP NO: 019-4531335
ADDRESS: NO.240, Lorong 2A, Jalan Setia Raja Tabuan, 93350 Kuching, Sarawak.

He also gave 2nd contact person and hp no:
NAME: MAZUIN BIN AHMAD
HP NO: 012-8924465

He gave my friend a fake ic copy, damn!!
He photoshopped the ic..obviously look fake!!
unfortunate for my friend, didn't consult me first about this.

At first, he ordered my fren to bank in his account:
Account no: 111057101917 (MAYBANK)
Account Holder: ABDUL MUTALIB BIN AHMAD (i checked with maybank2u, it is really ABDUL MUTALIB BIN AHMAD's ohmy.gif )

Then, he said his account got credit card problem, then gave his proclaimed cousin account:
Account no: 161051413009
Account holder: ISMANDI ISMAIL (checked correct with maybank2u)

After he got the RM800 deposit, he never answered my friend call.
There is one time, a boy answered the call and the boy said "Dia tak de, dah pegi masjid"
Hmm, cheated people but also have time to go to mosque, damn u!!!

Below is attachment about him:

Photobucket

Photobucket
Cuba perhatikan,
no ic nya berbeza dgn mykad yg
dihantar kpd member sy.

Selain tu,
dia juga cuba menjual laptop
kt forum Tanya@Putera.
Ni ayat simpati dia...

Samekom, disini saya ingin menjual laptop saya.. Saya terpaksa menjualnya atas sebab terdesak nak guna duit..
Saya jual sangat2 murah... Saya membelinya dengan harga rm4900... Saya hanya akan menjual sehingga Isnin ini sebab saya nak guna duit itu pada Isnin ini... Thanks..

Barang:Sony Vaio SZ75gn

Pakej termasuk: laptop, bag, warranty card, mouse

Harga:rm2000(nego)

Jaminan:18 bulan

Cara berurusniaga:COD or postage

Lokasi penjual:Miri, sarawak

Cara hendak dihubungi PM/Telefon:tiny_angelo@yahoo.com

Usia barang:6 bulan

Keadaan barang:Sangat baik.jarang guna. sibuk dengan kolej

Gambar:tak tahu nak upload macam mana.. xde scan

Alasan hendak jual: Nak bayar bil hospital, ayah sakit

Jualan ini dibuka sehingga sehingga hari Isnin ini sahaja..

Dia ada byk no fon,
antaranya..
  1. 0168845284
  2. 0194531335
  3. 0168746663
  4. ####
  5. 012-8924465
dan beberapa alamat yg berbeza,

  1. 28A Piasau Utara 1 , 98000 Miri Sarawak.
  2. NO.240, Lorong 2A, Jalan Setia Raja Tabuan, 93350 Kuching, Sarawak.
No Ic yg pernah dia gunakan
  1. 760405135673
  2. 760705135673/K418613
  3. 760704-13-5673 / K641624
  4. 7607405-13-5673
  5. 660715-13-5673
Mcam2 la taktik dia,
dia cuma ubah 6 angka depan jer.

Tp,
nama dan no akaunnya tetap sama.
jd tlg lah ingt nama dan no akaun ni,
supaya anda x tertipu nanti..

ABDUL MUTALIB BIN AHMAD.
Account no: 111057101917 (MAYBANK)

So,
nasihat aku,
klu nk beli apa2 kat dunia siber ni,
jgn bank-in duit dulu,
prefer COD @
cash on delivery .
yg tu lebih selamat.
jgn dok percaya bulat2
kat internet ni,
ngn org yg anda x pernah jumpa.
Akhir kata dari aku,
Selamatkan duit anda dari di tipu....
zasssss!!!!

Khamis, 13 November 2008

Gambar palsu Norman Hakim Dan Memey berpakaian pengantin

Aku dah cakap dah,
gambar palsu...
tp korang ni degil,
nk tengok jugak.

kan dah kena tipu...
kuikuikui...


Photobucket

DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud :Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.