Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 18 Oktober 2008

Foto jenaka edisi oktober

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kisah Hotel 5 Bintang

Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.

Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran RM 200.00

“Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?” tanya si suami terkejut.

Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, “Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya
bertaraf antarabangsa.”

“Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut,” kata si suami berkeras.

“Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan,” kata si pengurus tak mau kalah.

Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang RM 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.

“Ini baru RM 50.00?” tanya pengurus.

“Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar… iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya”

“Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik…”

“Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan…”

Persoalan Hidup Seorang Manusia, Kenapa ?

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 12

ISLAM MEMBINA KELUARGA PENYAYANG

Manusia ialah makhluk Allah yang paling mulia di muka bumi ini. Allah mencipta manusia untuk memakmurkan dunia dan beribadat kepadanya. Asas ciptaan manusia adalah daripada roh dan jasad. Jiwa manusia perlu kepada agama untuk memenuhi keperluan rohani . Perasaan beragama juga perlu untuk memenuhi kebahagiaan hidupnya. Sekiranya perasaan ini hilang, maka terumbang-ambinglah manusia itu tanpa tujuan dan matlamat hidup.

Hidup manusia bukan setakat di dunia sahaja. Mereka akan dibangkit semula di akhirat untuk mendapat pembalasan daripada Allah S. W. T tentang amalan mereka di dunia ini. Pembalasan itu adalah setimpal dengan kelakuan mereka semasa hidup. Ini kerana Islam telah menetapkan peraturan dan undang-undang yang perlu diikuti oleh manusia untuk menjadi panduan hidup mereka. Peraturan dan syariat Islam adalah ciptaan Allah yang hanya disampaikan kepada manusia melalui para Rasul dan Nabi. Manakala Nabi Muhammad s. a. w. pula sebagai nabi yang terakhir untuk seluruh umat manusia di dunia hingga hari kiamat.

Membina keluarga yang bahagia dan penyayang mestilah mengikut ajaran dan panduan yang digariskan oleh agama. Islam memberi petunjuk kepada manusia bagaimana cara membaiki keadaan hidupnya, mengenal hak dan kewajipan dalam pergaulan, bahkan dalam segala pekerjaan supaya manusia berbahagia dan untung di dunia dan akhirat.

Islam mendidik manusia supaya hidup berkesopanan. Bercakap benar, berlaku jujur, malu berbuat dosa, memenuhi tanggungjawab, memelihara amanah, berlaku adil adalah antara contoh sikap yang baik dan berguna. lni kerana ketenteraman hidup berjalan atas dasar-dasar yang disenaraikan tadi. Manakala perbuatan bercakap dusta, berbuat curang, berlaku kianat, rendah budi, zalim dan melakukan kekejaman adalah antara sifat yang boleh merosakkan pergaulan dan memutuskan perhubungan.

Pembentukan keluarga dalam Islam bermula dengan ikatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan secara sah mengikut hukum Islam itu sendiri. Apabila rumah tangga itu dibina dengan sempurna dan sah, maka ia mendapat keredhaan dan berkat dari Allah S. W. T. Banyak rumah tangga yang dibina tanpa mengikut landasan agama menemui kehancuran dan kegagalan seperti kahwin lari tanpa restu keluarga atau pasangan yang cetek pengetahuan tentang agama.

Untuk memupuk keharmonian hidup berumahtangga, setiap suami isteri hendaklah mematuhi dasar-dasar hukum yang digariskan oleh Islam agar terhindarlah perkara-perkara yang tidak diingini. Islam telah mengingatkan bahawa isteri adalah amanah daripada Allah dan hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya. Bagi pihak isteri pula, Allah telah menegaskan bahawa mereka wajib mentaati suami mereka pada jalan Allah dan haram bau Syurga sekiranya mereka menderhaka terhadap suami selagi si suami patuh dan taat kepada landasan hukum Islam.

Hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa akan membawa ke arah keluarga yang bahagia. Islam telah memberikan perhatian yang penting ke atas dua pihak berkenaan. Agama mewajibkan anak-anak mentaati kedua orang tuanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Syurga di bawah tapak kaki ibu".

Anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada kedua ibu bapa sekalipun ibu bapa kafir dan ingkar terhadap Allah, namun mereka berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka. Ini kerana daripada mereka berdualah lahirnya anak-anak ke dunia ini. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras kita mencela atau memarahi mereka dengan bahasa yang kasar. Kita haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.

Betapa berat soal anak-anak menghormati ibu bapa, berat lagi tanggung jawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka ke jalan diredai Allah S. W. T. Ibu bapa wajib memberikan pendidikan yang betul kepada anak-anak mereka. Tanpa bekalan ilmu untuk dunia dan akhirat, anak-anak akan hidup terumbang-ambing. Kecuaian ibu bapa memberikan pendidikan agama yang sepatutnya, maka timbulah gejala sosial kepada anak-anak seperti budaya lepak, bohsia yang melanda negara kita sekarang ini.

lbu bapa merupakan model kepada anak-anak. Oleh itu ibu bapa perlulah berkelakuan yang sopan dan mulia. Tingkah laku mereka mudah menjadi perhatian dan ikutan anak-anak. Dampingilah anak-anak dengan memberikan kasih-sayang yang sempurna. Luangkan masa untuk berbincang tentang masalah mereka. Anak-anak perlu diberikan kasih sayang dan perhatian. Sekiranya diabaikan tanggung jawab ini, jiwa anak-anak akan merasa kekosongan dan mereka tidak diperlukan oleh ibu bapanya. Mereka akan mencari sesuatu yang dapat memenuhi jiwa mereka di luar rumah. Akibatnya ramai yang tercebur ke kancah maksiat dan dadah, maka porak perandalah keluarga tersebut. Sabda Rasulullah s. a. w yang bermaksud; "Hak anak atas bapanya, supaya membaikkan akhlaknya dan membaikkan namanya ".

Kewajipan ibu bapa ialah membentuk peribadi anaknya selaras dengan tuntutan Allah S. W. T. Ini akan membahagikan hidup mereka di dunia dan akhirat. Apabila jiwa anak-anak telah ditanam dengan taqwa dan keimanan Islam, maka kasih sayang dan hormat menghormati wujud dalam keluarga tersebut. Ibu bapa wajib memberikan ilmu dunia dan akhirat kepada anak-anak mereka. Anak-anak yang berilmu dan beriman akan sentiasa mengingati ibu bapa mereka apabila mereka telah tua atau pun telah meninggal dunia. Sabda Rasuluilah s. a. w yang bermaksud; "Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara sahaja iaitu sedekah yang berkekalan, ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya dan doa daripada anak-anak yang soleh".

Islam juga menganjurkan supaya kita mempunyai hubungan yang baik sesama individu. Sabda Rasullullah yang bermaksud; "Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. Nabi s. a. w bersabda lagi yang bermaksud; "Yang paling baik di antara kamu ialah yang baik pergaulannya terhadap keluarganya". Anak-anak perlulah dididik dengan pergaulan yang baik sesama mereka. lbu bapa mestilah berlaku adil dalam melayani kerenah anak-anak mereka supaya terhindar perasaan dengki, iri hati dan dendam. A nak-anak yang lebih kecil hendaklah rnenghormati abang yang lebih tua. Manakala abang mestilah bertolak ansur dengan adik-adik mereka. Apabila sikap ini dapat ditanam dalam diri anak-anak, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga dan mereka saling sayang dan menyayangi antara satu dengan lain. Aman tenteram dan berbahagialah keluarga tersebut

Islam amat mengambil berat dalam membentuk keluarga yang penyayang. Hidup dalam bahagia dan aman sentiasa serta saling tolong menolong antara satu sama lain. Islam telah menggariskan panduan untuk menunjuk ke arah tersebut. Oleh itu membina keluarga yang penyayang dan harmoni maka kita mestilah mengikuti landasan agama.

Train pemandu bas kt China

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Senjata milik Israel

klu korang nk tahu...ni ler antara senjata cnaggih diorang...diorang cuma bergantung kpd teknologi jer...
askar2 Isreal ni pengecut...para pejuang Hezbullah yg berkekuatan 300 org mampu mengalahkan askar Israel yg berkekuatan beribu2...


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Jumaat, 17 Oktober 2008

SAPA LAGI KUAT

Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.


Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.


Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.


Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muka biru.


Peserta keempat tu dari cina nie tokey B*** dah masuk dekat sejam x kuar, so diorang ingat dia la menang bila dia kuar.


Tapi ader lagi hebat.


Terakhir peserta dari Bangladesh ...
Baru masuk xsmpai 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah

Isnin, 13 Oktober 2008

Najib dan Heli-kapter nya

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

TIPS MENGENAI AIR COND

Sistem
aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh
compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di
dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil
ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu
disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan
menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon
kereta berfungsi.
Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon.

1.
Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa
kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat
tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai
bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih
ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon.
Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak
bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan
dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih
murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi
pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya
kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang
dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya
anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada
kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar
kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil
tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di
buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon
sekaligus.

2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya
berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau
selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon
di kawal oleh satu suis yang meng ‘on’kan dan meng’off’kan aircon kita
secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih
lama ‘on’.

3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika,
aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal ‘on’
dan ‘off’ aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang
mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan
gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku
atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan
menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian
lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama
beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan
thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi,
maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar.

4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara ‘3′ di atas.

5.
Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang
masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda
telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan
basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

6. Asap putih
keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang
terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di ‘3′.

7.
Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya
cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan
habis dan angin aircon akan panas.

Berdasarkan pengalaman saya,
saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun
dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada
suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk
pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu ‘bermain’ dengan
thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk
membaikinya agak mahal.

Tips Kalis Air

Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak lekat pada body)ialah
kenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai. Tapi buat
sakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari… kesan kalis air
sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot.. Kos untuk polish pula bukannya murah… malah berpuluh-puluh ringgit.

Di sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air.

Rahsia saya ialah… ..bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN.
Cara-caranya ialah:
1. Cuci kereta anda sebersih-bersihnya.
2. Bilas dengan air biasa dahulu.
3. Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan.
4.
Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam
pemyembur pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin semua boleh).
5.
Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda
akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang
melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi
bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.(kenapa?..tak percaya ka?)
6. Jangan tunggu kering baru lap… .tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.
Dengan
cara ini… anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh
ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak
kotor sangat).
Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi.
Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik
untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesen basuh anda.

Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun.
Selamat mencuba.

Cuci Kereta

PEMILIK kenderaan suka melihat kereta bersih dan berkilat manakala
bahagian enjin pula tidak comot. Untuk membersihkan enjin, jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidaK dapat dihilangkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah untuk menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.
Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik. Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu
boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas. Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian
bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak. Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir jika
kurang. Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak,mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol. Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu
memajukan perniagaan mereka.

Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula. Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk pencucian
kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai. Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik,
cat akan cepat rosak.

Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan
permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi retak-retak. Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.
Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah. Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran
berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh memakan cat.
Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

Senggara enjin kenderaan anda apabila..

Semakin
ramai di kalangan wanita yang memandu sendiri kenderaan sama ada ke
tempat kerja atau untuk urusan harian seperti menghantar anak ke
sekolah. Satu hal yang perlu diambil berat bagi yang memiliki kereta
sendiri ialah menyelia dan menyenggaranya supaya ia sentiasa berkeadaan
baik. la perlu dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi
memastikan kereta selamat digunakan.


Biasanya, buku jadual senggaraan disertakan apabila seseorang membeli
kereta. Saya akan membawa anda mengikuti peraturan senggaraan sistem
utama sesebuah kereta iaitu enjin. Enjin memainkan peranan untuk
menukarkan kuasa haba kepada kuasa mekanikal.

Perkara-perkara yang perlu diseng-garakan pada bahagian enjin ialah:
+ Menukar minyak enjin
+ Menukar penapis minyak enjin
+ Menukar penapis udara
+ Menukar tali sawat injap
+ Melaras tali sawat
+ Enjin coolant (air radiator)
+ Melaras kelegaan injap (valve clearance)
+ Sambungan paip dan hose radiator
+ Pemegang enjin (engine mounting).

Terdapat beberapa sub-sistem pada enjin kereta:
+ Sistem penyejukan (cooling system)
+ Sistem pelinciran (lubrication system)
+ Sistem bahan api (fuel system)
+ Sistem nyala (ignition system)
+ Sistem mekanisme injap (valve mechanism system)
+ Sistem pemula (starting system).

Enjin perlu disenggara mengikut spesifikasi yang disyorkan oleh pengeluar
enjin agar ia boleh beroperasi dengan sempurna. Perkara asas senggaraan pada sesebuah enjin adalah:

Menukar minyak enjin
Penukaran minyak enjin (orang panggil ‘minyak hitam’) dibuat setiap
5000 km atau tiga bulan atau yang mana sampai dahulu. Jarak dan bulan
penukaran ini tidak sama antara satu kenderaan dengan kenderaan dan ia
juga bergantung kepada keadaan atau tempat di mana kenderaan itu
digunakan serta mutu minyak yang dipakai.

Menukar penapis minyak enjin (oilfiller)
Kebiasaannya ia ditukar sekali pada setiap dua kali penukaran minyak
enjin. Pastikan jenis penapis yang disyorkan adalah tulen dan mengikut
spesifikasi.

Menukar penapis udara (air filter)
Kebiasannya ia akan diperiksa pada setiap 10,000 km atau enam bulan
atau yang mana dahulu. Keadaan penapis itu akan menentukan sama ada ia
perlu ditukar atau dibersihkan. Menggunakan penapis udara yang kotor
atau tersumbat boleh mengakibatkan penggunaan bahan api yang tinggi dan
ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada piston dan jara (dinding
silinder). Pastikan penapis yang ditukar adalah tulen dan mengikut
spesifikasi.

Menukar tali sawat injap (timing belt)
Penukaran ini dibuat pada setiap 100,000 km perjalanan. Kegagalan
menukarnya boleh mengakibatkan ia putus dan akan memudaratkan mekanisme
injap, juga piston.

Melaraskan kelegaan injap masukan dan injap ekzos (inlet dan exhaust valve)
Pelarasan ini hanya akan dibuat:
1. Selepas rombakan
2. Apabila bunyi terialu bising.
Melaras tali sawat
3. Apabila menggantikan tali sawat yang barn
4. Setelah perkakas yang dipacu herubah dari kedudukan asal
5. Berbunyi.

Amalan Asas Penjagaan Kereta

MEMANG terbukti kereta yang terjaga mendapat nilai yang lebih baik
apabila anda ingin menjual atau menukar ganti (trade-in) kereta itu.

Berikut antara amalan penjagaan asas yang boleh anda lakukan.

- Elak pengubahsuaian yang terlampau. Kereta yang diubah suai dengan
ekzos besar, pemecah angin (spoiler) atau kit badan (bodykit) yang
ekstrim atau air brush yang terlalu menonjol menimbulkan perasaan
kurang selesa kepada bakal pembeli.

Orang ramai biasanya meminati kereta yang berada dalam keadaan asal.
Penjual kereta terpakai juga tidak mengambil kira nilai aksesori
tambahan dan mungkin ada yang memberi harga lebih rendah kerana mereka
terpaksa memulihkan kereta berkenaan kepada keadaan asal.

- Elak daripada membawa muatan besar dan berat kerana ini boleh
merosakkan bahagian dalaman dan juga sistem penyerap hentak kereta.

Membawa muatan berlebihan di dalam kereta penumpang juga satu kesalahan trafik.

- Jangan cuba membuat kerja membaiki kereta anda sendiri. Kerja
teknikal yang rumit elok diserahkan kepada mekanik. Kerja yang kurang
kemas atau tidak betul menjatuhkan nilai kereta anda. Lainlah jika anda
seorang mekanik bertauliah.

- Jika anda terpaksa meletakkan kereta di tempat terbuka dan panas
pastikan anda meletakkan penghadang cahaya pada cermin hadapan kereta.
Ini mengurangkan tahap haba dalam kereta. Suhu terlampau menyebabkan
keretakan pada bahagian papan pemuka serta komponen plastik di ruang
dalaman kereta.

Amalan penjagaan yang mudah ini membolehkan anda mendapat nilai terbaik
untuk kereta anda. Bukan itu saja ia memastikan kereta anda selesa dan
terjaga.

Tips servis kereta, luar dan dalam.

Sebut
pasal servis kereta ni sure ramai yang tahukan? Especially pada
pemilik-pemilik kereta, tak kira saiz besar ke saiz kecik, semuanya nak
kena servis bila sampai masanya. Lagi besar kereta, lagi mahal
servisnya, normal la tu.

So, kat sini aku nak share beberapa tips dengan warga KOL sekalian
supaya kita tidak mudah tertipu dengan mekanik-mekanik kedai servis.
Penipuan semasa servis banyak berlaku dan kalau kita baca di dalam
akhbar, saban waktu berlaku penipuan servis, baik dari segi harga atau
alat-alat ganti.

Sebab tu amat penting dan sangat-sangat penting bagi kita sebagai
pemilik kereta supaya sentiasa menunggu apabila kereta kita diservis.
kebiasaannya kita hantar kereta dan petang baru kita ambik kan? Tetapi
pernah tak korang bertanya berapa harga bagi setiap alat-alat ganti
itu? Berapa harga pasaran minyak hitam, oil filter, air filter dan
sebagainya.

Kita sebagai pengguna perlu ambik tahu harga alat-alat ganti kerana ada
sesetengah kedai menipu kita dengan menaikkan harga alat-alat ganti itu
untuk keuntungan mereka tanpa disedari oleh pemilik kereta. Sebab itu
penting bagi kita menyimpan kesemua resit-resit servis untuk rujukan
dan simpanan. Amat penting kita membuat senarai harga bagi setiap
barang dan disimpan di dalam wallet atau purse kita untuk rujukan
dimasa hadapan.

Mari kita tengok kejadian yang biasa berlaku semasa servis selain menaikkan harga alat-alat ganti tanpa pengetahuan kita.

Kes 1:
Pemilik perodua kancil ini menghantar kereta untuk servis tetapi
apabila diperiksa sebenarnya, keretanya belum diservis langsung dan
keadaan enjin adalah sama seperti masa dihantar untuk servis. Oleh itu
penting bagi kita untuk memeriksa enjin didepan mekanik apabila hendak
mengambil kereta. Kita ada hak untuk meminta mekanik tersebut untuk
membersih keadaan atas enjin selepas servis.

Kes 2:
Pemilik KIA Spectra menghantar kereta untuk membuat alignment dan
balancing tayar. Selepas menunggu beberapa jam, kereta pemilik siap
untuk diambil tetapi tidak berapa lama selepas itu pemilik kereta
mendapati, nat dan ibu nat telah ditukar dengan bahan tempatan
sedangkan nat yg asli itu telah dicuri oleh pemilik bengkel kereta
tersebut.

Kes3:
Pemilik perodua kancil juga menghantar keretanya untuk servis biasa,
tukar minyak hitam dan sebagainya. Harga servis seperti biasa tetapi
selepas beberapa bulan, pemilik menghantar keretanya untuk servis
seterusnya dan mendapati oil filter tidak ditutup dengan rapat sehingga
minyak hitam menitis keluar. Kata mekanik servis, encik bernasib baik
kerana cepat hantar servis, kalau tidak, minyak hitam kering, habis
la…

Itu antara beberapa kes yang pernah berlaku dan mungkin pernah terjadi kepada kita sahabat atau saudara mara.

Begitu juga untuk menukar tayar. Kalau kita ke kedai tayar, sudah pasti
tokey kedai kata tayar kita sudah botak padahal tayar kereta kita boleh
tahan lagi untuk tempoh sebulan. Bunga tayar masih ada dan ada tokey
kedai yang menjual balik tayar untuk keuntungan sementara.

Minyak hitam pula harganya berbeza-beza mengikut kedai. Oleh itu bijak
bagi kita jika membuat survey harga minyak hitam itu di merata kedai
dan supermarket. Di Carrefour, Tesco atau Giant mungkin murah sedikit
tetapi kalau setahun dihitung cuba kira berapa kita untung? Sebenarnya
kita boleh membawa minyak hitam yang dibeli sendiri untuk tujuan
menukar minyak hitam. Tidak menjadi kesalahan tetapi kita perlu
berhati-hati kerana minyak hitam tidak sama kelikatannya. Ada nombor
siri yang perlu kita ingat.

Kelikatan minyak hitam itu akan mengekalkan deruman enjin dan kekuatan enjin. Berhati-hatilah.

Kita perlu ingat, harga alat-alat ganti tidak sama di semua kedai dan
perlu bagi kita untuk membuat senarai harga alat-alat ganti itu.
Kenapa? Nanti kita boleh tanya balik kepada mekanik kenapa harga naik
atau sebagainya.

Setengah kedai ada mempunyai sebutharga alat-alat ganti yang diletakkan
didinding kedai mereka. Perhatikan dan jika tiada pandai-pandaila
bertanya kerana mengikut Kementrian Pengguna, adalah menjadi satu
kesalahan jika tidak memaparkan senarai harga alat-alat ganti.

Dan akhir sekali, sentiasa perhatikan kerja-kerja mekanik dan pastikan
mereka tidak menukar barang tanpa kebenaran kita sebagai pemilik
kereta. Tak pasal-pasal nanti kita kena charge lebih. Berhati-hati

Tip Membeli Kereta Baru

Banyak orang berpendapat, membeli kereta seperti memasuki belantara yang penuh bahaya. Sebenarnya tidak. Apalagi kewangan sudah mengizinkan. Tapi, membeli kereta yang tepat tanpa mendatangkan penyesalan dikemudian hari, harus ada langlah-langkah tertentu.

Langkah pertama
Sejak dari mula pembeli mesti tahu dan tetap dulu tujuan membeli kereta tersebut. Jangan sampai terpengaruh dengan pujuk rayu dan senyum manis salesman yang melayan anda bagaikan VVIP hingga terbeli kereta lain yang lari dari tujuan dan target asal anda.

Secara umumnya ada tiga macam alasan mengapa seseorang membeli kereta. Yang pertama, membeli kereta untuk memenuhi keperluan asas sebagai alat pengangkutan sehari-hari. Yang kedua, untuk menunjukkan status atau kedudukan di kalangan masyarakatnya. Dan yang ketiga untuk mendapatkan kepuasan diri sendiri atau sekadar hobi. Golongan terakhir ini biasanya sudah memiliki kereta lain sebagai alat pengangkutan sehari-hari.

Bila anda termasuk golongan pertama, belilah kereta serbaguna, seperti Toyota unser, proton iswara,Naza Ria/Citra,Wish,Avanza atau wira, Mitsubishi storm, Honda city, perodua rusa atau sejenisnya. Kalau anda mengejar status, fikirkan citarasa dan gaya apa yang ingin anda akan ditampilkan. Contohnya, kereta BMW dikenali sebagai kereta mewah tetapi ranggi sesuai untuk eksekutif muda yang berjaya. Sememangnya Mercedes Benz kereta orang kaya dan nampak mewah tapi kurang menyengat dan ranggi. Kalau anda termasuk golongan ketiga, maka pilihan anda sangat luas kerana yang dicari hanya mengikut citarasa dan kemahuan mata. Harga kereta dan harga pasaran tak jadi soal buat orang-orang seperti ini.

Langkah kedua

]Pilihlah kereta-kereta yang popular (top ten) untuk menjamin harga jual balik yang menguntungkan, spare parts yang mudah diperolehi dan hikmat service yang sempurna.

Pilih warna dan aksesori yang banyak diminati. Jangan suka-suka memilih warna kerana akan merugikan kelak. Begitu juga dengan aksesorinya. Ini kerana ianya adalah faktor-faktor utama yang mempengaruhi harga kereta anda apabila anda ingin menjual balik dikemudian hari.

Sedari tahap kemampuan dan budjet anda. Jangan giarah membeli kereta yang lebih mewah. Selain membebankan kewangan dan hidup, kos penjagaan dan baikpulih serta keperluannya sehari-hari seperti petrol,alat tukar ganti dan cukainya adalah lebih mahal.

Kunjungi lebih dari satu pusat pengedar. Biasanya ada perbezaan tawaran, seperti kadar faedah yang lebih murah dan servis kereta yang lebih lama dan praktikal.

Langkah ketiga

Kalau ingin tukar beli, jangan buka harga dulu sebelum tahu harga kereta baru. Kerana biasanya harga kereta baru akan jadi lebih mahal sebab ada bebanan untuk membeli kereta anda.

Jangan lupa meminta nasihat dari rakan-rakan atau keluarga yang sudah biasa atau mahir mengenai kereta yang ingin anda beli. Pendapat dan nasihat mereka akan sangat berguna.

Yang terakhir, kalau wakil penjual kereta tersebut nampak meragukan, sebaiknya tangguh pembelian kereta, dan kunjungi tempat yang lain.

Penjagaan Minyak Hitam

Minyak hitam akan berkurangan disebabkan oleh beberapa sebab yang kadang-kadang tidak diambil peduli oleh kebanyakan penggunakereta.
Minyak hitam terbakar di dalam kebuk silinder bersama-sama petrol. Ini disebabkan 'ring' piston yang berfungsi menghalang minyak hitam masuk ke ruang pembakaran telah haus, atau telah mengalami regangan yang berlebihan yang menyebabkan wujud ruang di antara piston dan dinding silinder blok menyebabkan minyak hitam memasuki kebuk pembakaran dan terbakar bersama-sama petrol/diesel.

Tanda yang dapat dilihat adalah asap yang keluar akan menjadi kebiruan dan berbau minyak hitam. Lama-kelamaan minyak hitam di dalam enjin akan berkurangan.

Keadaan ini sebenarnya adalah perkara yang pasti akan berlaku kepada semua jenis enjin bersilinder. Tetapi jangkamasa yang ia pasti akan berlaku biasanya sehingga 10 tahun atau lebih.

Faktor yang mempercepatkan perkara ini berlaku adalah seperti:
penukaran sistem pengeluaran gas ekzos (penggunaan ekstraktor) kepada bukan standard,
penggunaan minyak hitam yang tidak mematuhi spesifikasi yang diberikan pengeluar
tidak menukar minyak hitam mengikut jangkamasa yang ditetapkan pengeluar,
tidak menukar penapis minyak seperti yang disyorkan pengeluar,
penggunaan minyak hitam yang tidak mencukupi,
pemanduan yang terlalu agressive (selalu buat spin wheel), dan
untuk enjin turbo; tidak memberikan masa kepada suhu minyak hitam turun kepada normal operating temparature (tak pasang turbo timer).

Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku dengan cepat:

tukar minyak hitam mengikut jadual bersama-sama penapis minyak yang disyorkan pengeluar,
sekira boleh, masukkan sedikit enjin treatment setiap 7 atau 8 kali menukar minyak hitam
pasang turbo timer (untuk enjin turbo), panaskan enjin dalam keadaan melahu sebelum memulakan perjalanan,
elakkan spin wheel atau pemanduan aggresive, gunakan kebuk pelepasan asap eksoz standard.

Jika keadaan ini sudah berlaku, apa yang boleh dibuat cuma:

menambahkan minyak hitam setiap kali berkurangan.
kalau keadaan tidak begitu serious mungkin dengan penambahan enjin treatment (yang mengandungi plumbum) dapat membantu menutup ruang antara piston dan dinding silinder.
jalan terakhir terpaksalah tukar piston ring baru atau kalau silinder dah 'makan', terpaksa tukar piston dengan ringnya sekali dan rebor silinder.


2. jika kita dapati setiap pagi ada minyak hitam di atas lantai bawah kereta kita, ini bermakna ada kebocoran di enjin kereta kita. Kita tak akan dapat memastikan perkara itu dengan hanya menjenguk ke bawah enjin. Perkara pertama yang perlu kita buat, pergi ke kedai mencuci enjin, cuci semua bahagian bawah enjin dengan menggunakan sejenis chemical sehingga betul-betul bersih, kemudian gunakan kereta seperti biasa. Selepas sehari, pergi ke bengkel dan angkat kereta, kita akan dapat lihat di mana kebocoran itu berlaku. Biasanya ada tiga tempat di mana kebocoran berlaku i.e. di penyambung drive shaft, di penyambung gear box atau di oil sum gasket. Keadaan ini tidak berapa kritikal berbanding dengan keadaan satu di atas dan kita cuma perlu membaikinya jika kita terpaksa menukar clucth plate, timing belt, drive shaft atau peralatan yang lebih major. Keadaan ini berlaku kerana penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai, enjin terlalu panas, semasa menukar peralatan yang berkaitan, oil seal tidak ditukar bersama (seperti timing belt, jika ditukar, eloklah ditukar sekali kesemua oil seal kerana jika bocor, minyak akan terkena belt dan bila-bila masa belt akan putus)

3. Jika minyak hitam kita berkurangan tetapi tiada kebocoran dan tiada pelepasan asap kebiruan, cuba periksa air di radiator. Jika airnya berminyak, ini bermaksud terdapat kebocoran dalaman enjin yang menyebabkan minyak hitam masuk ke dalam saluran air penyejuk. Keadaan ini sangat kritikal dan memerlukan enjin di angkat dan ditukar gasket yang terlibat. Keadaan ini berlaku kerana enjin terlalu panas dan sistem penyejukkan enjin tidak dapat berfungsi dengan baik.

4. Minyak hitam berkurangan juga boleh disebabkan minyak hitam menjadi berketul-ketul dan menjadi padat dan likat. Ini biasanay berlaku bila air bercampur dengan minyak atau penggunaan oil treatment yang tidak sesuai. Keadaan ini juga boleh berlaku jika kita tidak menukar minyak hitam mengikut jadual. Jika ini berlaku, minyak enjin perlu diganti dan enjin perlu di flush dengan menggunakan engine flush chemical (tidak digalakkan kerana akan merosakkan gasket dan oil seal).

5. Kadang-kadang minyak hitam akan berkurangan jika kita selalu memandu pada kelajuan tinggi (melebihi 120 km/j selama lebih 30 minit). Ini kerana minyak enjin terkeluar melalui bahagian atas penutup enjin atau top cover enjin. Biasanya ini tidak melibatkan apa-apa kerosakan, cuma jika kita ingin memandu pada kelajuan tinggi, pastikan kita menukar penutup minyak enjin kepada yang lebih tahan tekanan tinggi (macam enjin turbo).

TIP: Ketika Tayar Tiba-tiba Pancit

Sebaik sahaja tayar pancit JANGAN PANIK dan JANGAN TEKAN PEDAL BREK!!!
Pasang signal awas, lepaskan minyak dan pegang stering kuat-kuat dengan kedua-dua belah tangan.
Turunkan ke gear rendah, apabila kereta telah stabil sepertit 5-3-2- atau D-2-L dan bawa kereta ke tepi jalan.
Berhentikan kereta dengan membrek perlahan-lahan di gear 2.
Pastikan kereta berhenti di luar garisan tepi jalan dan tukar tayar kereta.
Jika tidak menekan brek, insya Allah semuanya akan selamat walaupun tayar pancit pada kelajuan 150 km/j. Jika ada penumpang di sebelah anda, minta bantuan untuk memegang stering semasa anda turunkan gear. Jika tayar kereta anda botak, jangan memandu terlalu laju semasa cuaca panas. sekian.

# Jika anda panik semasa tayar tiba-tiba pancit dan anda menekan pedal brek secara mengejut, kereta anda boleh terbalik atau berpusing. UTAMAKANKESELAMATAN.
salam....

TIP: Pemandu wanita Sistem: Keselematan

Kunci kereta anda sebaik sahaja anda memasuki kereta anda. Pastikan pintu di kunci walaupun sebelum anda menghidupkan enjin kereta anda.
Apabila anda berhenti dijalan raya, pastikan pintu anda berkunci dan jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan tidak begitu rapat. Ini mengelakkan penjenayah daripada mencari peluang untuk memasuki kereta anda dan seterusnya menyerang anda.
Letakkan kereta anda di tempat yang terang dan selamat, walaupun anda meninggalkan kereta anda tidak lama. Perhatikan sekeliling anda sebelum keluar daripada kenderaan anda. Jika seseorang dengan tiba-tiba menghampiri anda dengan tujuan menyerang, hidupkan enjin dan keluar daripada kawasan tersebut secepat mungkin.
Pastikan tempat duduk hadapan dan belakang kosong dan seperti biasa kunci kereta sudah tersedia di tangan anda
Apabila anda di ekori di kawasan tempat letak kereta, dan anda masih lagi jauh daripada kereta anda, cuba menginsut di bawah kereta berhampiran. Posisi ini menyukarkan penjenayah untuk menyerang anda yang berada di bawah kereta.
Jika penyerang berjaya memasuki kereta anda ketika anda berada di dalamnya, gunakan segala kekuatan anda untuk keluar daripada kereta tersebut. Walaubagaimanapun, jika anda masih tidak berjaya melepaskan diri, pandu kereta anda melanggar pendua jalan, tembok, tiang dan apa sahaja yang dapat menyebabkan kemalangan kecil. Ketika penyerang anda beralih perhatian gunakan peluang ini untuk keluar secepat mungkin daripada kereta anda. Lari sekuat hati sambil menjerit meminta pertolongan. Cuba menarik perhatian orang untuk menolong anda.
Jangan berhenti untuk meolong orang yang anda tidak kenali ketika keretanya rosak, sebaliknya apa yang anda boleh lakukan untuk menolong ialah dengan memandu ke pondok telefon berdekatan dan menelefon polis atau bantuan lain.
Jika tayar anda pancit di tengah jalan, teruskan juga pemanduan ketempat yang selamat, terang dan ramai orang. Lebih baik merosakkan tayar anda daripada mengambil risiko untuk mengabaikan keselamatan anda.
Jika anda terlibat di dalam kemalangan, duduk di dalam kereta anda sehingga polis sampai. Di dalam kemalangan kecil terdapat pemandu yang akan meminta keterangan pemanduan seperti lesen dan insuran. Tunjukkan lesen dan insuran anda melalui cermin sahaja.
Jika anda diekori ketika di dalam perjalanan, jangan memandu pulang kereta anda sebaliknya pandu kereta anda ke balai polis atau balai bomba yang berhampiran. Bunyikan hon kereta anda. Jika tidak, pandu kereta anda ke stesen minyak atau ke kawasan tumpuan orang ramai dimana anda dapat menelefon polis. Jangan tinggalkan kereta anda melainkan anda pasti bahawa anda akan dapat memasuki bangunan dengan selamat. Cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta serta mengecam kereta yang mengekori anda.

# Jika boleh, cuba untuk memiliki sebuah telefon bimbit di dalam kereta anda untuk tujuan kecemasan. ( Pastikan juga bateri telefon anda di cas serta telefon anda boleh membuat panggilan ) ...........

Salam...

Sukar Menukar Gear ,Sistem: Gear box

ADA beberapa jenis gear kenderaan iaitu manual, automatik dan gear untuk kenderaan pacuan empat roda (4x4), tetapi konsepnya tetap sama iaitu menggerakkan kereta dengan menyesuaikan takuk gear tertentu agar seimbang dengan pusingan enjin.

Bagaimanapun, apakah yang berlaku jika anda sukar untuk menukar gear ketika mahu berbuat demikian ketika mendaki bukit dan terdengar pula bunyi gigi gear berlaga?

Kebiasaannya apabila keadaan itu berlaku, berkemungkinan gigi gear mula menghadapi masalah.

Antara sebab utama kerosakan sebegini ialah cara pengendalian kenderaan kurang elok, klac tidak terlepas dengan sempurna, kerosakan pada alat sirat-segerak gear, pelarasan mekanisme pemindahan gear kurang tepat yang mana ada berkemungkinan ada kerosakan padanya.

Ada juga pemandu mempunyai kebiasaan tidak memijak pedal klac secukupnya sehingga terdengar bunyi gigi gear berlaga.

Sering kali ini terjadi apabila tempat duduk mereka terlalu jauh ke belakang. Ia juga boleh menjejaskan pemanduan.

Apabila didapati pemindahan gear sukar dilakukan pada waktu kenderaan statik (tidak bergerak), anda perlu memijak pedal klac dan memindahkan gear kepada gear satu atau gear mengundur (secara berurutan).

Jika ia masih bermasalah, lepaskan klac sekali gus dan pijak semula kerana dengan cara itu gear dapat dipindahkan dengan mudah.

Jika berdepan masalah memindahkan gear ketika kenderaan bergerak, lepaskan klac beberapa saat kemudian baru masukkan semula gear.

Secara umumnya, proses pemindahan gear pada waktu kenderaan sedang bergerak tidak akan memberikan kesukaran jika posisi gear yang digunakan bersesuaian dengan kelajuan kenderaan.

Bagaimanapun, jika pemindahan gear masih tidak dapat dilaksanakan dengan mudah, masalahnya mungkin tidak terletak pada pemandunya, tetapi pada bahagian kenderaan itu sendiri.

Apabila terdengar bunyi perlagaan gigi gear atau kesulitan pada setiap kali gear hendak dipindahkan, bermakna klac tidak dapat dilepaskan dengan sempurna.
Jika alat sirat-segerak gear rosak, pemindahan gigi gear tidak dapat dilakukan dengan baik selain akan terdengar bunyi perlagaan gigi gear ketika gear ditukar.
Apabila menukar gear daripada gear tinggi kepada lebih rendah, perlahankan kenderaan sehingga pada tahap kelajuan bersesuaian terlebih dulu.

Bagaimanapun hindari daripada menukar gear ketika kenderaan bergerak laju.
Kesukaran menukar gear dan bunyi perlagaan gigi gear akan selalu kedengaran walaupun pedal klac dipijak dua kali, jika ada kesalahan atau kerosakan pada alat sirat-segerak mahupun mekanisme pelepas klac.

Beberapa jenis kenderaan tidak dilengkapi alat sirat-segerak pada peringkat gear rendah.

Sehubungan itu, apabila memindahkan gear kepada lebih rendah tanpa memijak pedal klac dua kali akan terdengar bunyi perlagaan gigi gear, tetapi ia bukan bermakna berlaku kerosakan.

Pentingnya Beteri Sistem: Elektrikal

BATERI adalah antara komponen yang cukup penting pada bahagian enjin kenderaan. Bateri yang lemah, rosak dan kekurangan air bateri boleh menyebabkan enjin sukar dihidupkan.

Oleh itu, pemeriksaan bateri dan kabelnya adalah beberapa perkara yang perlu diperiksa sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Namun, ada juga pengguna tidak mengambil kira bahagian kotak bateri. Lazimnya, kerosakan pada kotak bateri kenderaan kadang kala boleh dibaiki, tetapi tidak menjamin berapa lama hayat kuasa bateri anda akan bertahan.

Antara sebab kerosakan itu tidak tahan lama ialah kerana bahagian dinding yang merekah itu akan diresapi asid bateri, sekali gus sukar melekatkan sebarang pelekat yang disapukan kepadanya.

Selain itu, anda sering menghadapi risiko apabila menggunakan bateri yang sudah retak terutama boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan kerana kehilangan kuasa bateri.

Bagaimanapun, jika anda ingin menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak dengan membaiki semula, boleh berbuat demikian dengan mengambil beberapa langkah tertentu.

Peringkat pertama, pindahkan bateri itu dan diletakkan pada lapikan plastik. Bersihkan bahagian luar bateri itu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk untuk menghilangkan tompokan berminyak dan gris.

Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak menggunakan pisau sebelum memasukkan simen khas ke dalamnya untuk menampung kerosakan ini. Simen khas dikenali sebagai Batrepair ini boleh dibeli di kedai aksesori kereta. Tunggu sehingga simen yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lain.

Setelah kerja membaiki keretakan itu selesai, masukkan cecair asid ke dalam lubang disediakan pada paras ditentukan.

Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian daya kuasa menggunakan alat pengecas khas. Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya ketika enjin kereta dihidupkan.

Terlalu lama mengecas bateri itu juga boleh merosakkan bahagian kepingan plumbum seperti retak.

Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan dan sekali gus, petanda anda perlu menukar kepada bateri baru.

Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum ia boleh digunakan.

Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positif bateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.
Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas ke kedua-dua terminal itu.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.

*Selain itu, kesan selaput asid itu juga boleh menyebabkan kabel bateri berkarat dan mudah terputus.

Makna Nombor Pada Tayar


Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalag 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikiu berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.


Panduan memandu ketika kecemasan

A. Terpaksa Berhenti di Lebuhraya:

- Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.

- Lampu hadapan dinyalakan rendah pada waktu senja, malam dan hujan.

- Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.

- Jika kenderaan berhenti di selekoh atau atas puncak bukit dan kawasan bahaya, keluarkan
penumpang jauh dari aliran lalu lintas.


- Pastikan peralatan kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.

- Angkat bonet dan dapatkan bantuan.


B. Cermin Hadapan Pecah:

- Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat.

- Rentang gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain
berkenaan.


- Lindungi mata dengan memakai kaca mata.

- Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

C. Menghadapi Kemalangan:

- Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri
dan pandu keluar dari jalan raya.

- Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan kerana
pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.

Tips Membeli Spare Part

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.
1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan '1' di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.

3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.

4. Spare part recon. yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan '2' di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.

5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan
100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan '1'. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.

Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Kami akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4.

Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang '3'. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan '1' atau '2'. Selepas menggunakan barangan '3' selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. untuk timing belt belum pernah pihak kami jumpa barangan '4'.

Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plag, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.

Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plag tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plag recon, jangkahayatnya tidak lama.

Disini tidak dapat diterangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori.

Akhirnya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan 1, 2, 3 atau 4. Dicadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang.

6 cara jaga tayar

TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

  • PERTAMA

Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

  • KEDUA

Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

  • KETIGA

Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

  • KEEMPAT

Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

  • KELIMA

Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

  • KEENAM

Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

Tatacara Memandu Ketika Hujan

Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.

Ada tiga aspek sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, Iaitu:-

  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan
  • Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik
  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air
  • Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik
  • Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya
  • Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik

Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-

  • Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar
  • Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan
  • Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan
  • Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:
    • Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik
    • Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek
    • Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek
    • Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja
    • Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj
    • Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju

Enjin Kereta Dimasuki Air

BAGI anda yang tinggal di Kuala Lumpur, banjir kilat adalah antara perkara ‘menakutkan’ bagi pemilik kenderaan. Ketika anda sibuk di pejabat, tanpa disedari kereta anda sudah ditenggelami banjir akibat hujan lebat yang berterusan.

Apabila ini berlaku, ia pasti membabitkan kos baik pulih yang tinggi. Namun kos berkenaan dapat dikurangkan jika tip ini dapat diamalkan. Jika keseluruhan kereta dan bahagian enjin tenggelam, periksa kereta anda selepas banjir surut. Jangan sekali-kali menghidupkan enjin kereta kerana ia akan mengakibatkan anda terpaksa membayar kos yang berlipat ganda. Tindakan ini selalunya dilakukan oleh ejen bengkel atau pemilik trak penunda yang tidak bertanggungjawab supaya anda membayar kos yang lebih tinggi untuk membaikinya. Ini kerana apabila enjin cuba dihidupkan dalam keadaan demikian, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik). Sekiranya masihada saki-baki air dalam alat berkenaan, litar pintas boleh berlaku dan alat itu terpaksa diganti.

Tindakan berkenaan boleh menyebabkan semua sensor yang menyalakan suis enjin akan terbakar. Harga sebuah sensor tidaklah mahal, tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi itu boleh menyebabkan kos yang berlipat ganda.

Apabila tiba di bengkel, buka keseluruhan kereta anda termasuk penutup alat elektronik. Palam pencucuh juga perlu diperiksa dan pastikan ia tidak berair. Minyak enjin juga perlu diperiksa sama ada ia tercampur dengan air atau tidak. Begitu juga dengan petrol. Selepas kesemua peralatan elektronik kering sepenuhnya (kebiasaannya dua hingga tiga hari), enjin boleh dihidupkan tetapi tidak perlu digerakkan kerana kotak gear belum diperiksa.

Sekiranya enjin boleh dihidupkan, kosnya tidaklah begitu mahal. Jika sebaliknya, ia mungkin boleh mencecah ribuan ringgit. Kemudian minyak kotak gear perlu diperiksa. Dalam keadaan biasa ia akan berwarna merah tetapi jika bercampur dengan air, warnanya akan bertukar kepada merah jambu. Jika bercampur air, minyak gear perlu ditukar dan enjin perlu dihidupkan dalam masa dua hingga lima minit. Kemudian, minyak kotak gear diperiksa sekali lagi dan ulang proses ini sehingga ia betul-betul menjadi warna merah dan tidak lagi bercampur dengan air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga lapan kali dan akan menggunakan lebih kurang 15 hingga 20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya tiada kerosakan yang membabitkan peralatan elektronik, kos mungkin hanya membabitkan upah mekanik, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara.

Cara Mengatasi Masalah Enjin Tidak Berfungsi

Enjin adalah elemen terpenting bagi sesebuah kenderaan. Namun, ada ketikanya jika tidak bernasib baik, enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah start.Ada beberapa kemungkinan kerosakan yang boleh terjadi berdasarkan gejala, sebab dan pembaikan yang boleh dilakukan.

Jika ada masalah dengan sistem pemula (starter), kita perlu belajar cara menghidupkan enjin apabila bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:
Hidupkan enjin dengan menolak kenderaan (untuk kereta manual). Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.

Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah bergerak cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin. Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Prosedur kedua-dua cara itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.
Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama.
Satu lagi masalah yang mungkin dihadapi ialah motor starter berfungsi tetapi enjin tidak dapat dihidupkan. Ketika suis kontak starter diputar, motor starter berfungsi tetapi gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Pelan bersiar-siar ditangguhkan sehingga masalah diatasi. Kini mereka meneruskan misi untuk mengesan masalah yang terjadi. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak.

Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start. Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.

Apabila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan. Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar distart kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.


Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi.

Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karburator tetap melimpah. Dalam hal ini, jika tidak tahu membetulkan sendiri, adalah lebih baik bawa ke bengkel untuk dibaiki


Kurang Air Antara Faktor Enjin Terlalu Panas

Enjin yang terlalu panas berpunca daripada pelbagai faktor termasuk kurang air dalam radiator, paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada termostat sistem penyejuk.

Selain itu sistem penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.


Enjin yang terlalu panas kerana terlalu lama dihidupkan selepas membuat perjalanan jauh boleh mengundang bahaya sekiranya lambat bertindak kerana boleh menyebabkan kenderaan terbakar atau meletup. Apabila enjin terlalu panas, berhentilah ditepi jalan dengan tempat teduh.
Langkah pertama, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa satu daripada punca yang dinyatakan tadi. Pertamanya, periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran dibahagian itu.

Selepas itu periksalah tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankannya seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa. Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air didalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja dengan lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik.


Tidak lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar dari radiator. Isikan air kedalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa
dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan. Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.

Pertamanya, buka tutup radiator dulu dan ketukkannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain. Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator dapat mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan. Sekiranya ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu. Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti.

Jika ada kebocoran, balut bahagian yang rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat. Anda perlu ingat pembaikan itu hanya untuk sementara waktu sebelum kenderaan dibawa kebengkel berhampiran.

Paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan menganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air. Keadaan itu boleh diketahui dengan memeriksa aliran air pada pili pembuangan. Jika aliran air tidak lancar atau tidak keluar sama sekali keadaan itu menunjukkan paip radiator tersumbat.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih selama kira-kira sepuluh minit untuk mengeluarkan kerak atau karat itu. Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur yang melekat pada bahagian muka radiator akan menyebabkan aliran udara penyejuk akan terganggu hingga air menjadi panas. Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas.
Walaupun enjin berada dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas. Enjin itu boleh disejukkan kembali dengan cara menghentikan kenderaan anda sebentar, membuka bonet, hidupkan enjin pada putaran tinggi atau isikan radiator dengan air sejuk.

Tips Kereta Tenggelam Banjir

Disini ada beberapa tips untuk semua tentang tindakan selepas kereta anda tenggelam banjir .


1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk injin dan bahagian dalam kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik injin termasuk kotak komputer

(untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti
(harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000). Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

2. Apabila sampai ke bengkel, bogelkan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

3. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak injin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.

4. Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.

Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).

Sistem Brek

Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.

Kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah terjadi kereta kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.

Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek
(tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.

Kereta baru. Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran yang kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan' mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.

Cara penjagaan sistem brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.