Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Jumaat, 12 September 2008

Hati2 balik kg..ingt org tersayang

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Burger dalam tin

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Cerita malas


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN

belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari
seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki
mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang
menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari
dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....

suka duka Wan Azizah

KEBERANIAN Dr Wan Azizah Ismail melepaskan jawatan 31 Julai lalu sebagai wakil rakyat Permatang Pauh demi perjuangan parti membuktikan beliau bukan calang-calang orang.


Disebalik sikap peramah dan lemah lembutnya, terselindung jati diri yang lebih jitu, utuh dan padu iaitu ketabahan dan kecekalan beliau.

Kekuatan dalaman inilah yang membolehkan beliau mengharungi sepak terajang dunia politik, suatu dunia yang tidak pernah beliau impikan malah apa lagi menceburinya.


Tetapi itulah yang dikatakan takdir. Takdir juga meletakkan beliau di persada politik tanahair sebagai Presiden KeADILan sejak parti tersebut ditubuhkan sedekad lalu.


Beliau memberi laluan kepada suami tercinta, Anwar Ibrahim agar obor perjuangan yang dibawanya selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh terus dijulang Anwar ke tahap perjuangan yang lebih mencabar dan getir.


Kesanggupan ini menjadikan beliau seorang yang unik dan disanjung rakyat di atas pengorbanan beliau itu.


Dalam temuramah selama sejam di ibu pejabat KeADILan, Dr Wan Azizah, menyingkap pengalaman pahit beliau ketika suami tercinta ditangkap dan dipukul polis semasa di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1998.


Doktor kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga mengimbas kembali saat-saat manis Anwar dibebaskan daripada Penjara Sungai Buloh pada 2004. Ikuti liku-liku hidup beliau mengharungi tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri, nenek dan pejuang politik yang beliau berkongsi bersama Suara Keadilan.

Wartawan Suara Keadilan Dzulkarnain Taib dan Zul Salehin Zulkupli bersama-sama juru gambar Yuisriah Yusof dan juru kamera Ebrahim Harris menemubual Dato’ Seri Dr Wan Azizah di Ibu Pejabat KeADILan di Petaling Jaya1 Ogos lalu.



PEMBABITAN POLITIK

Apa yang mendorong Dato’ Seri mengambil tanggungjawab menerajui sebuah parti politik yang baru pada 1998 walaupun Dato’ Seri bukan ahli politik ketika itu?

Saya berkeyakinan bahawa saya harus bangun menegakkan keadilan dan memberi semangat kepada suami dan juga anak-anak saya.


Pada masa itu anak-anak saya masih kecil lagi dan saya juga mempunyai latarbelakang yang mungkin berbeza dengan ramai rakyat Malaysia, namun dalam hati kecil saya saya tetap mahu bahawa saya mesti buat sesuatu. Itu adalah azam hidup saya untuk menegakkan yang hak dan cuba melenyapkan ketidakadilan.


Sebelum Dato’ Seri menerajui KeADILan, Dato’ Seri adalah seorang isteri kepada Timbalan Perdana Menteri. Mungkin sedikit sebanyak Dato’ Seri didedahkan kepada dunia politik melalui Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Adakah Dato’ Seri meminati bidang politik sehingga akhirnya meyakinkan Dato’ Seri untuk memimpin sebuah parti politik?


Saya tidak ada minat dan tidak didedahkan kepada apa-apa yang berbaur politik sejak kecil lagi. Saya dibesarkan di Alor Setar, “a small town girl” dan belajar di Sekolah Convent. Saya hanya menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Selepas itu saya ke luar negara, tamatkan pengajian dan pulang bekerja di Malaysia. Itu saya kira sesuatu yang biasa dialami oleh ramai orang.




Selepas itu saya bertemu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan berkahwin. Saya mengahwini seorang guru di mana pada ketika itu Dato’ Seri Anwar bekerja di Yayasan Anda Akademi, sebuah institusi untuk anak-anak yang tercicir. Dato’ Seri Anwar mempunyai satu ciri dan azam untuk mengangkat martabat pendidikan anak-anak Melayu.


Dengan kemudahan yang serba kekurangan, kesempitan hidup, anak-anak ini mungkin tidak mencapai tahap akademik yang diinginkan.. Jadi untuk membuka peluang bagi mereka, yayasan ini banyak membantu mereka yang tercicir dalam bidang akademik.


Saya mengahwini Dato’ Seri Anwar pada tahun 1980 dan pada ketika itu pendapatan saya lebih sedikit daripada beliau.


Dato’ Seri Anwar mendapat RM800 sebulan dan saya ketika itu berkhidmat sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan. Ketika saya menjalani “housemanship” di Hospital Besar Kuala Lumpur saya bertemu Dato’ Seri Anwar.

Adakah pengalaman yang diperolehi oleh Dato’ Seri sebagai isteri seorang ahli politik memberi kekuatan dan keyakinan kepada Dato’ Seri untuk memimpin KeADILan?

Apabila beliau masuk gelanggang politik pada tahun 1982 dan beliau memasuki Umno, ia sungguh mengejutkan saya kerana beliau pada ketika itu juga mempunyai hubungan baik dengan Pas yang dipimpin oleh Allahyarham Dato’ Asri ketika itu. Tetapi dia telah membuat keputusan dan saya sebagai isteri berharap saya menjadi isteri yang baik serta memberi segala sokongan kepada suami yang baru memasuki arena politik.

Setelah itu beliau bertanding di Permatang Pauh pada 1982 dan memenangi kerusi tersebut. Kemudian Dato’ Seri Anwar dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan akhirnya Timbalan Perdana Menteri.


Saya hanya isteri seorang ahli politik, saya tidak tahu selok belok politik. Saya hanya menerima tetamu yang datang ke rumah, menghadiri Perhimpunan Agung Umno dan sebagainya dan juga sedikit sebanyak pengalaman sebagai isteri menteri dalam Bakti.


Selepas peristiwa penangkapan Dato’ Seri Anwar pengalaman saya berubah dan saya memang merasa tertekan tetapi seperti yang saya katakan saya berpegang kepada prinsip keadilan.


Pangkat dan kedudukan hanya membantu dalam apa yang kita hendak buat tetapi apa yang kita percaya itulah yang menjadi dorongan utama.

Saya kira ini adalah pengalaman pahit dalam hidup dan saya akan cuba harungi sedaya upaya. Sebagai seorang Islam saya mahukan keredhaan Allah s.w.t dan itulah yang memberi saya kekuatan.

Jika pegangan kita kuat kita mampu menghadapi apa jua kesusahan.




PENUBUHAN KeADILan


Boleh Dato’ Seri ceritakan sedikit peringkat awal penubuhan KeADILan sehingga Dato’ Seri dipilih menerajui parti?

Bila saya fikirkan kembali, seolah-olah ulang tayang, saya kira ia sesuatu yang mustahil terjadi tetapi hakikatnya ia berlaku..


Semua yang terjadi tidaklah dirancang begitu teliti sebab apabila Dato’ Seri Anwar dipecat beliau telah mengadakan “roadshow” menjelajah seluruh Malaysia dan pada masa itu memang ada ura-ura beliau akan ditangkap. Jadi pada salah satu ceramah beliau apabila Dato’ Seri Anwar ditanya siapa yang akan menggantikan beliau jika beliau ditangkap terus Dato’ Seri Anwar mengumumkan bahawa saya akan menerajui parti jika apa-apa terjadi kepada beliau.

Apa perasaan Dato’ Seri setelah diisytiharkan oleh Dato’ Seri Anwar sebagai pengganti beliau?

Saya agak terkejut dengan keputusan beliau itu kerana kami tidak pernah berbincang terlebih dahulu mengenainya. Namun setelah diberi tanggungjawab saya akur dan pada ketika itu saya tidak merasakan begitu teruk sebab Dato’ Seri Anwar belum ditangkap dan masih di sisi saya.

Apabila akhirnya Dato’ Seri Anwar ditangkap dan saya diumumkan sebagai pengganti beliau maka saya menerima mandat dan kepercayaan tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab.


Saya mengucapkan alhamdullilah ketika itu dan berdoa kepada Allah, “Ya Allah berilah kekuatan kepada saya”. Itulah sedikit sebanyak apa yang berlaku pada awal sejarah penubuhan KeADILan.


Selepas itu saya mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin parti yang lain mengenai struktur organisasi samada ianya satu parti Melayu atau parti pelbagai etnik, muka-muka baru dalam parti, siapa yang akan dilantik dalam jawatankuasa dan sebagainya.


ANWAR DI TANGKAP

Apabila Dato’ Seri Anwar ditangkap pada September 1998, apa pesanan terakhir beliau kepada Dato’ Seri?


Beliau tidak sempat berpesan apa-apa kerana apabila beliau ditangkap mereka serbu masuk rumah dan masa itu memang kelam kabut.


Anak saya Ihsan dan Nuha baru balik dari tuisyen ketika itu. Ihsan diacukan dengan “machine gun” di tengkuknya kerana Ihsan ketika itu berlari ke arah ayahnya yang telah dikepung manakala Nuha pula lebam di belakang badannya kerana dihentak dengan buntut senapang. Anak kelima saya pula menjerit kesakitan kerana dipijak kakinya.


Bagaimana perasaan Dato’ Seri ketika Dato’ Seri Anwar ditangkap kerana beberapa hari sebelum itu beliau adalah sebahagian daripada pemimpin tinggi kerajaan dan apabila dipecat beliau dilayan sebegitu rupa termasuk keluarga dan anak-anak beliau?

Ketika itu saya tidak mahu fikir mengenai orang lain. Saya hanya memikirkan untuk menjaga dan melindungi keluarga saya dan itulah sahaja yang bermain di fikiran saya ketika itu..


Walaupun ramai penyokong datang saya berasa amat lemah dan tertekan. Anak-anak saya menceritakan apa yang berlaku kepada mereka hanya selepas dua tahun.


Saya fikir saya mesti melindungi Dato’ Seri Anwar. Selepas beliau ditangkap kami sekeluarga dimasukkan di dalam sebuah van dan Hana masa itu masih didukung.


Di tengah-tengah perjalanan itu van tersebut berhenti dan kami dipisahkan. Dato’ Seri Anwar dibawa keluar seorang dalam keadaan digari dan ditutup mata. Saya tidak tahu dimana lokasi kami dipisahkan kerana saya berada di van berasingan dan sehingga hari ini saya masih tidak tahu lokasi tersebut.


Apa yang saya ingat ia adalah satu tempat yang sunyi dan saya tidak dapat mengecamnya. Dato’ Seri Anwar sempat mengucapkan “see you later Zah” ketika kami dipisahkan dan itulah kata-kata terakhir beliau.


Apabila saya sampai ke Bukit Aman saya tidak dibenarkan masuk. Dalam situasi kelam kabut dan tegang itu tidak sedar yang saya tidak memakai kasut dan berkaki ayam. Saya berkata kepada pihak polis bahawa saya tidak akan balik selagi saya tidak tahu di mana Dato’ Seri Anwar dibawa.

Anak-anak saya pada ketika berada dalam van. saya berkeras tidak mahu pulang sehingga polis memanggil Dato’ Jamil Johari. Beliau datang dalam keadaan memakai kemeja T sahaja dan saya terus berkata kepadanya, “Sebagai seorang Islam, I want your word as a Muslim. You Islam, I Islam, jangan apa-apakan Anwar. If my husband is guilty or not guilty you deal with it professionally” .


Masa itu saya tidak sedar bahawa Dato’ Seri Anwar sedang dibelasah di Bukit Aman.

Apa respon Dato’ Jamil Johari?

Beliau berkata “yes, kita akan buat secara profesional”. Kemungkinan beliau juga tidak tahu yang Dato’ Seri Anwar dipukul pada ketika itu.

Selepas ditangkap bila Dato’ Seri dapat berjumpa untuk pertama kalinya dengan Dato’ Seri Anwar?

Saya tidak dibenarkan menemui beliau ketika ditahan pada 20 September sehinggalah 29 September. Saya hanya dapat peluang bertemu beliau di mahkamah. Ini kerana ketika ditangkap dirumah beliau ditahan dibawah akta 377 B iaitu “sodomy” dan pada keesokan harinya dipinda pula kepada ISA.


Jadi kita tidak dapat berjumpa sehingga 29 September dan ketika Dato’ Seri Anwar dibawa ke mahkamah matanya lebam. Memang masa saya berjumpa beliau perasaan saya bercampur antara susah hati dan rasa lega kerana beliau masih hidup.


Susah hati kerana saya menerima satu panggilan pada 21 September, sehari selepas Dato’ Seri Anwar ditangkap yang mengatakan beliau telah meninggal dunia! Saat itu saya merasakan seperti orang tidak siuman, tapi saya berkata kepada diri saya tidak akan percaya sehingga saya dapat melihat mayat beliau dengan mata kepala saya sendiri. Sebab itulah apabila saya berjumpa dengan beliau pada 29 September itu saya berasa amat lega dan bersyukur sekali yang beliau masih hidup.


Saya juga berasa lega apabila hakim membenarkan doktor memeriksa Dato’ Seri Anwar. Pada masa itu, kita dibenarkan melawat beliau tetapi diawasi ketat oleh polis dan Dato’ Seri juga nampak amat keberatan untuk bercakap cakap kerana mungkin ada Special Branch yang pandai membaca pergerakan bibir.

Apabila Dato’ Seri bertemu Dato’ Seri Anwar buat pertama kalinya di mahkamah, apakah pesanan beliau?

Dato’ Seri Anwar berkata kepada saya, “sabar, take it easy”. Kita tidak menjangka ianya akan jadi sebegini rupa dan amat zalim. Mungkin sebelum beliau dibelasah saya masih ada lagi sikit kepercayaan terhadap polis tetapi apabila saya melihat mata lebam beliau saya kurang kepercayaan kepada sesiapapun. Dato’ Seri Anwar juga turut tidak percaya kepada sesiapa kerana dua hari sebelum ditangkap beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya dipukul. Sebagai seorang doktor, kita boleh kawal emosi dan bersabar. Jarang saya tunjukkan emosi saya walaupun selepas Dato’ Ser Anwar ditangkap, cuma sekali sahaja saya menangis ketika di Baling.




SOKONGAN KELUARGA DAN KAWAN


Bagaimana pula dengan sokongan daripada kawan dan sahabat handai Dato’ Seri?

Saya mendapat sokongan dari kawan-kawan tetapi bagi isteri-isteri menteri dan Perdana Menteri saya faham dilema mereka. Selepas Dato’ Seri Anwar disingkirkan daripada jawatan beliau saya pergi ke rumah Perdana Menteri dan berjumpa dengan Tun Dr Siti Hasmah.




Dia memang baik dan bertanya kenapa saya tak datang lebih awal. Pada beliau tindakan suaminya betul dan saya rasa tak mungkin saya akan dapat apa-apa sokongan dari beliau.




Ada isteri-isteri menteri yang datang jumpa saya tapi tidak ramai, dan saya berterima kasih kepada mereka kerana sudi datang walaupun berlainan pandangan politik. Walau bagaimanapun yang membuat saya berasa amat berbesar hati adalah mereka yang saya tidak kenal langsung.




Mereka inilah yang datang dan memberi saya semangat serta dorongan dan berjanji mahu bersama-sama menegakkan keadilan. Hati saya amat terharu apabila seorang makcik tua yang dah bongkok datang berjumpa saya di Cherok To’ Kun dan memberi satu ringgit kepada saya. Saya betul-betul amat terharu dan peristiwa itu memberi kekuatan lagi kepada diri saya untuk terus berjuang dan juga menambahkan keyakinan saya.

Semua yang kita lakukan selama ini bukan semata-mata bukan kerana Dato’ Seri Anwar atau keluarga. Memang beliau dizalimi tetapi yang lebih utama ialah kita lakukan demi negara kita dan rakyat. Bersama-sama rakyat menegakkan yang hak membuatkan saya yakin dan kuat semangat.




Bagaimana kesan ke atas anak-anak dan keluarga Dato’ Seri melihat apa yang terjadi kepada Dato’ Seri Anwar?


Alhamdulillah anak-anak saya terutamanya Nurul Izzah faham apa yang berlaku.. Mereka melihat ini sebagai satu perjuangan. Mereka menerima sindiran dari kawan-kawan tetapi ini memperkukuhkan ikatan kami sekeluarga.


Dato’ Seri Anwar adalah seorang ayah yang penyayang dan selalu bergaul rapat dengan anak-anak dan sekarang bersama cucu. Jadi itu mengeratkan lagi ikatan kami sebagai satu keluarga. Saya bersyukur kita mampu menghadapi semua ini dengan sabar dan tabah.


Bila anak-anak saya melihat ibu mereka mampu bertahan dan sabar menghadapi semua cabaran itu juga yang memberi mereka kekuatan. Mereka melihat saya tidak tunduk, saya masih teguh dan saya mengatakan kepada mereka bahawa ini adalah fitnah terhadap ayah mereka dan kita harus bersama-sama menegakkan keadilan.


Walaupun ada bisikan-bisikan yang ragu-ragu dengan fitnah ini, kami sekeluarga tetap berpegang teguh dengan pendirian kami bahawa ini adalah fitnah semata-mata.


MELAWAT ANWAR DI PENJARA

Selama enam tahun Dato’ Seri Anwar dipenjarakan berapa kali Dato’ Seri sekeluarga melawat beliau?

Ianya bergantung. Ketika dalam tahanan reman kami boleh melawat dua minggu sekali tetapi pada peringkat awal reman, kami tidak dibenarkan melawat beliau. Saya hanya dapat bercakap dengan beliau menggunakan interkom disebalik dua lapisan kaca dan wajah Dato’ Seri Anwar tidak jelas kelihatan kerana kaca tersebut agak kotor.


Apabila Dato’ Seri Anwar mula menggunakan kerusi roda, bapa mertua saya menulis surat kepada Perdana Menteri untuk merayu dan membenarkan kami melawat beliau seminggu sekali.


Agak payah juga waktu hendak melawat Dato’ Seri Anwar sebab kami perlu serah kad pengenalan, mengisi borang dan terpaksa menunggu lama dan pelbagai lagi halangan tetapi apabila dapat berjumpa beliau kami sekeluarga dapat menghilangkan kerinduan kami. Ketika berjumpa Dato’ Seri Anwar beliau sentiasa berlagak normal dan tidak memberitahu kesusahan yang dihadapinya. Jika saya fikirkan masa beliau ditahanlah, saya dapat bersama-sama beliau meluangkan masa kualiti dengan anak-anak. ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri perjum-paan sebegini memang jarang berlaku kerana beliau terlalu sibuk dengan tugas-tugas rasmi kerajaan. Mungkin juga ada hikmah di sebalik penangkapannya.


Sepanjang enam tahun tersebut, walaupun hanya dapat berjumpa 40 minit dengan beliau namun ianya cukup berharga bagi kami. Ketika itu anak-anak mengambil peluang untuk berbual dengan ayah mereka dan ini merupakan kenangan manis bagi kami sekeluarga. Bagaimanapun kami tidak dibenarkan membawa makanan.


Berapa kali pula Dato’ Seri sekeluar-ga berpeluang menyambut harijadi bersama Dato’ Seri Anwar semasa beliau dalam tahanan?

Ia jarang kerana memandangkan beliau di penjara tetapi kami berpeluang hanya sekali di mahkamah apabila kami membawa kek harijadi untuk beliau. Walau bagaimanapun, alhamdullilah, yang paling penting kami sekeluarga masih teguh bersama.



TANGGUNGJAWAB POLITIK DAN ANAK-ANAK

Adakah anak-anak Dato’ Seri mempunyai kesedaran politik melalui apa yang terjadi kepada ayah mereka?

Izzah yang paling memahami senario yang berlaku dan adik-adiknya yang lain hanya ambil tahu sahaja.


Daripada masa Dato’ Seri menerajui parti sehinggalah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh adakah Dato’ Seri mengadakan perbincangan dengan Dato’ Seri Anwar mengenai hal dan masalah bersangkutan parti, polisi, dasar, perancangan dan sebagainya?

Kami sentiasa sibuk dengan kerja-kerja parti tetapi kami sering berbincang secara tidak formal. Bukan kami berdua sahaja berbincang, Dato’ Seri Anwar lebih gemarkan konsensus daripada semua pemimpin parti dan juga pemimpin Pakatan Rakyat. Kita tidaklah mempunyai kepakaran dan sesi ‘briefing’ seperti yang diberi oleh Perdana Menteri tetapi kita ambil pendapat semua orang.

Apakah cabaran-cabaran yang Dato’ Seri hadapi sepanjang sepuluh tahun menerajui KeADILan?

Sememang dalam parti ada pasang surutnya. Pada 1999 kita melihat ramai pemimpin KeADILan keluar dan masuk parti. Ini lumrah. Pada pilihan raya 1999 kami memenangi 5 kerusi dan 2004 hanya satu kerusi sahaja.

Jika kita membuat kajian senario politik negara, keadaan politik yang kita alami bagaikan ‘pendulum’ dimana setiap kali pilihan raya, rakyat akan beri sokongan kepada kerajaan dan pada pilihan raya yang lain rakyat berpihak kepada pembangkang.


Tahun 2008 adalah tahun bagi pembangkang dan 2004 adalah untuk kerajaan di mana pada ketika itu kita mempunyai Perdana Menteri yang baru dengan konsep Islam Hadhari-nya dan tamatnya era Tun Dr Mahathir.

Jadi rakyat mendapat harapan baru dan mengundi Perdana Menteri yang baru. Pada ketika itu hanya saya seorang memenangi kerusi yang ditandingi KeADILan dan itu pun hampir kalah.




SAAT MANIS DAN PAHIT

Boleh Dato’ Seri berkongsi saat yang paling pahit dalam tempoh sepuluh tahun ini?

Saat yang paling pahit ialah ketika saya diberitahu Dato’ Seri Anwar meninggal dunia dalam tahanan polis. Saya tidak berapa ingat apa lagi yang diberitahu dalam panggilan telefon tersebut tetapi saya cuma beritahu saya tidak percaya dengan cerita itu.


Saya jarang bercakap kasar dengan orang tetapi ketika itu saya tinggikan suara saya kerana terlalu marah dengan berita yang mengatakan Dato’ Seri Anwar telah meninggal.

Saya katakan kepada diri saya sendiri masa kan Allah tidak memberikan hambanya peluang kerana saya adalah mangsa dalam masalah ini dan tidak langsung terlibat dengan politik.


Daripada 20 September sehingga 29 September merupakan hari-hari yang paling gusar bagi saya kerana saya tidak mengetahui langsung apa yang terjadi kepada Dato’ Seri Anwar.


Saya dapat berkomunikasi dengan Musa Hasan yang mengendalikan siasatan itu dan bertanya kepada beliau keadaan Dato’ Seri Anwar dan beliau memberi jaminan bahawa Dato’ Seri Anwar berada dalam keadaan dan kesihatan yang baik.




Selama sembilan hari tidak ada berita mengenai Dato’ Seri Anwar, apakah yang bermain-main di fikiran Dato’ Seri pada ketika itu?

Saya hanya fikirkan tentang anak-anak dan keluarga dan bagaimana hendak menangani masalah ini. Apa yang mampu saya buat, dengan tidak ada pekerjaan ketika itu dan di mana pula hendak dapatkan sumber kewangan untuk menjalani kehidupan seharian?


Rumah kami di Bukit Damansara juga belum habis dibayar pinjaman perumahan kerajaannya tetapi alhamdullilah, selepas itu ramai yang membantu kami sekeluarga dengan sumbangan dari mereka. Sedikit sebanyak dapatlah kami menampung perbelanjaan umpamanya tuisyen anak-anak. Saya amat bersyukur ke hadrat ilahi dengan rezeki yang dilimpahkannya. Izzah ketika di Uniten, ramai juga yang membantunya.



Apa pula saat yang paling manis buat Dato’ Seri?


Saat paling manis sudah pasti ketika Dato’ Seri Anwar dibebaskan dari penjara kerana saya tidak menyangka beliau akan dibebaskan. Sebelum beliau dibebaskan, Dato’ Seri Anwar ada menyebut kemungkinan beliau akan dibebaskan cuma beliau berpesan kepada saya supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi dan jangan bersedia untuk hari tersebut.

Pada hari beliau dibebaskan kami terkejut apatah lagi dengan keadaan rumah yang masih tidak terurus kerana kami berpindah dari kediaman rasmi setelah dua hari Dato’ Seri Anwar dipecat. Kami hanya membuka separuh sahaja kotak-kotak di rumah Bukit Damansara itu dan selebihnya dibiarkan dalam kotak..




Ketika mendapat berita tersebut keadaan kami sekeluarga ketika itu agak kelam kabut sedikit. Dato’ Seri Anwar ketika pulang dari penjara membawa bersama barang-barang peribadinya dan baju beliau semuanya masih berada dalam kotak-kotak yang belum dibuka. Pada keesokan paginya, ketika kami sedang bersarapan, Dato’ Seri Anwar hanya berkain pelikat dan menyarung kemeja T dan apabila saya membuka pintu rumah kami terkejut melihat jurugambar-jurugamb ar dari akhbar Cina yang telah sedia menunggu di hadapan rumah.




Mereka berebut-rebut untuk mengambil gambar Dato’ Seri Anwar dan saya agak terkejut dengan apa yang berlaku. “Okaylah, it was nice, he’s around, the kids checked up on him and they still can’t believe that papa is home and everyone in the family is very happy at that time”.

Pada keesokan harinya kami mengambil pasport beliau untuk membawanya ke Munich bagi pembedahan sakit belakangnya.




ANWAR DIBEBASKAN

Apa perancangan awal Dato’ Seri setelah Dato’ Seri Anwar dibebaskan?

Saya memikirkan tentang masalah kesihatan Dato’ Seri Anwar kerana beliau sudah menggunakan kerusi roda dan tidak dapat berjalan dengan betul. Keadaan fizikalnya juga kurus disebabkan beliau jarang makan ketika dalam tahanan dan sering berpuasa.

Sudah berapa lama Dato’ Seri sekeluarga tidak pergi bercuti?

Ketika kami ke Munich untuk pembedahan Dato’ Seri Anwar itulah dianggap percutian bagi kami sekeluarga, “we took it as part vacation” dan kami sekeluarga selepas itu mengerjakan umrah yang pada ketika itu bulan Ramadhan dan kami menyambut Ramadhan di sana.

Jadi kami dapatlah juga peluang untuk bercuti dan ketika juga Dato’ Seri Anwar menjadi profesor, kami sekeluarga turut melawat beliau dan ke Geneva selama dua hari.

Ketika berada di luar negara, bagaimana respon rakyat Malaysia dan asing terhadap Dato’ Seri Anwar?

Alhamdullilah, kami diterima dengan baik. Dato’ Seri Anwar sering dijemput untuk memberikan ucaptama dan mendapat sambutan yang amat baik. Bagaimanapun pelajar Malaysia telah diberi amaran oleh “Malaysian Student Department” untuk tidak menghadiri apa-apa ceramah yang melibatkan Dato’ Seri Anwar dan jika ingkar, pelajar-pelajar ini akan mengalami masalah biasiswa.



LEPASKAN KERUSI PARLIMEN PERMATANG PAUH


Apakah yang mendorong Dato’ Seri untuk melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh kepada Dato’ Seri Anwar kerana sebelum ini Kulim Bandar Baharu dikatakan kawasan beliau akan bertanding pilihan raya kecil?

Kami telah berbincang dan saya mula-mula dahulu ketika bertanding dan memasuki politik pun kerana apa yang terjadi kepada Dato’ Seri Anwar. Kalau beliau tidak boleh bertanding ini adalah kerana kerajaan menjadi penyebab perkara sebegini berlaku. Kerajaan tidak membenarkan beliau bertanding pada 2008.

Sekiranya kerajaan membenarkan beliau bertanding, perkara sebegini tidak akan berlaku.


Saya juga pernah memberitahu dan berterus terang kepada pengundi-pengundi saya, bahawa jika saya menang kerusi Permatang Pauh saya akan kosongkan kerusi ini untuk memberi laluan kepada Dato’ Seri Anwar bertanding.


Beliau memang berasal dari Permatang Pauh dan menjadi ahli parlimen Permatang Pauh sejak tahun 1982 lagi sehingga 1999.


Jadi ada satu ikatan yang begitu erat sekali di antara kami dan penduduk Permatang Pauh. Dalam pilihan raya 2004 saya memenangi kerusi itu. Pada kiraan pertama, saya sudah menang dan saya tidak meminta kiraan semula. Tidak mungkin saya hendak membuat kiraan semula jika saya sudah diisytiharkan menang.


Pihak lawanlah yang meminta kiraan semula kerana mereka sudah kalah.. Pada ketika itu televisyen di seluruh negara mengatakan saya kalah, ‘kecundangnya di kubu kuatnya di Permatang Pauh’ kata mereka. Selepas kiraan semula pada malam itu, saya bertemu pengundi di satu ceramah dan saya berkata, ‘malam ini berbalaslah rasa kasih Anwar Ibrahim kepada Permatang Pauh dan Permatang Pauh kepada Anwar Ibrahim’.

SELEPAS PERMATANG PAUH

Apakah perancangan Dato’ Seri setelah secara rasmi mengakhiri tugas sebagai wakil rakyat Permatang Pauh secara rasmi?

Saya masih lagi menjadi Pengerusi Yayasan Aman dan juga Presiden KeADILan dan saya akan jalankan tugas seperti biasa. Dato’ Seri Anwar adalah Ketua Umum parti dan saya akan terus membantu beliau.
Kita percaya kepada “collective leadership” dan kita juga merupakan parti pelbagai etnik dan aspek ini penting dalam perjuangan kami.Satu lagi tugas saya ialah sebagai seorang isteri, ibu kepada anak-anak saya dan juga nenek.

Adakah Dato’ Seri akan kerap melawat Permatang Pauh walaupun sudah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat?

Saya rasa ada talian yang kuat di antara kami. Kemesraan antara saya dan pengundi-pengundi di Permatang Pauh akan berterusan sampai bila-bila dan jikalau Dato’ Seri Anwar tidak dapat balik ke Permatang Pauh saya boleh mewakili beliau dan bertemu rakyat Permatang Pauh dan ini tidak menjadi masalah kepada saya.




KONSPIRASI KEDUA

Apa pandangan Dato’ Seri mengenai konspirasi kedua terhadap Dato’ Seri Anwar dalam usaha menghalang beliau memimpin Malaysia?

Ada juga perasaan begitu tetapi sekarang ini rakyat lebih faham dan tahu bahawa ia adalah secara terang satu konspirasi. Mereka sudah tidak ada apa-apa lagi untuk menuduh Anwar. Apa yang mereka ada? Rasuah yang mereka cari sudah bertahun-tahun tetapi tidak jumpa dan jika ada sudah pasti ada kes terhadap Dato’ Seri Anwar.
Skandal dengan perempuan? Masa dahulu mereka tuduh beliau dengan wanita Mexicolah, Latinolah tetapi semuanya tidak ada asas dan bukti. Kes liwat juga telah digugurkan. Ini memang jelas konspirasi dan kami sudah bersedia untuk menghada-pinya, insyaAllah.

Adakah Dato’ Seri berasa takut dengan khabar angin yang mengatakan bahawa Dato’ Seri Anwar akan ditangkap dalam masa terdekat ini?

Kita memang ketahui mengenai khabar angin ini dan wartawan pun telah mula berkampung di hadapan rumah kami kerana mereka telah diarahkan oleh editor masing-masing untuk mendapatkan berita penangkapan semula Dato’ Seri Anwar.Dahulu beliau ditangkap ala “Rambo”.

Kami melihat helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar rumah kami. Kami telah berbincang mengenai langkah yang perlu diambil sekiranya penangkapan ini benar-benar terjadi.

Sekiranya Dato’ Seri Anwar ditangkap dan didakwa tanpa jaminan tetapi menurut undang-undang beliau masih boleh bertan-ding seperti saudara Manoharan yang menang bertanding di Kota Alam Shah walaupun menjadi tahanan ISA. Jadi kita boleh mengisi borang pencalonan dan hantar melalui peguam bagi memastikan Dato’ Seri Anwar dapat bertanding.



MASA BERSAMA KELUARGA


Apakah perasaan Dato’ Seri sekarang setelah dapat meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan juga cucu?

Alhamdullilah, saya berasa amat bersyukur sebab dapat peluang ini sekarang. Kalau tunggu lama lagi mungkin saya sudah tak bertenaga lagi tetapi sekarang ini saya masih bertenaga dan boleh bermain dengan cucu dan meluangkan lebih masa dengan anak-anak. Satu hari nanti kita bangun tidur dan melihat anak-anak kita semuanya sudah besar dan tiada siapa lagi yang tinggal bersama kita. Masa itu kita akan berkata, “Ya Allah, masa berlalu begitu pantas sekali dan saya terlepas peluang untuk bersama anak-anak dan cucu” tetapi sekarang ini saya masih berpeluang.

Soalan terakhir buat Dato’ Seri, kalaulah ditakdirkan Dato’ Seri Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam masa terdekat ini, adakah Dato’ Seri bersedia menjadi ‘First Lady’ atau Wanita Pertama?

Saya rasa walau apa pun peranan saya, insyallah, sebagai isteri itu adalah keutamaan dan juga sebagai ibu. Kalaupun beliau tidak menjadi sesiapa-pun, kalau beliau seorang banduan sekali pun, saya masih lagi menjadi isteri dan ibu, itu yang terpenting.

Kalau saya fikirkan tentang nama dan status sebagai Wanita Pertama Malaysia, itu sudah menjadi rumit dan niat sudah menjadi lain, saya rasa saya tidak mahu fikirkan tentang perkara itu buat masa ini.




Video (tekan tajuk untuk menonton):


Wawancara bersama Dr Wan Azizah Episod 1

Wawancara bersama Dr Wan Azizah Episod 2

Wawancara bersama Dr Wan Azizah Episod 3

Wawancara bersama Dr Wan Azizah Episod 4

Wawancara bersama Dr Wan Azizah Episod 5


PENGARAH JAKIM VS DR MOHD ASRI

Masalahnya beliau kerap tidak hadir dalam muzakarah tetapi beliau lebih senang menghadiri program yang lebih beliau sukai dan berorientasikan hizbiah (kepartian). Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan) , bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain - Pengarah JAKIM
Dr. Mohd Asri Kecewa Sikap Pengarah JAKIM
Laporan: Semalam Akhbar Utusan melaporkan Dr. Mohd Asri menganggap perbuatan Raja Petra adalah biadap. Bahkan kenyataan asal Dr Asri menyebut sesiapa yang menghina Islam atau bersekongkol dengan orang menghina Islam –secara sedar dan faham apa yang dilakukannya- adalah terkeluar dari akidah Islam dan wajib bersyahadah semula.
Akhbar semalam juga melaporkan beliau berpendapat tindakan JAKIM membuat laporan Polis terhadap Raja Petra sebelum diwujudkan sessi dialog dan penegakkan hujah (iqamah al-hujjah) supaya dibetulkan (jika masih ada ruang) akidah pihak yang dianggap menghina Islam iaitu Raja Petra adalah kurang tepat.
Hari ini Pengarah JAKIM, Dato Wan Muhammad (Utusan 8 Sep. 2008) membuat kenyataan sebagai membantah Dr. Mohd Asri seperti berikut: “Masalahnya beliau kerap tidak hadir dalam muzakarah tetapi beliau lebih senang menghadiri program yang lebih beliau sukai dan berorientasikan hizbiah (kepartian). Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan) , bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain”. (klik di sini untuk laporan penuh berita 8 Sep. 2008)
Berikut adalah kenyataan Dr. Mohd Asri mengulas kenyataan Pengarah JAKIM berkenaan:
“Saya amat terkejut dengan bahasanya dalam keadaan kita berpuasa ini. Saya seakan membaca kata-kata yang amat tidak sesuai dengan kedudukan seorang Pengarah JAKIM. Saya hanya memberi pendapat bahawa tugasan JAKIM bukan sekadar membuat laporan Polis. Itu boleh dibuat oleh orang biasa, tidak memerlukan institusi sebesar itu.
Dalam bab aqidah, jika ada kes yang seperti ini, maka langkah yang awal adalah membetulkan kesalahan faham terhadap akidah Islam tersebut dengan cara yang dipanggil Iqamah al-Hujjah iaitu penegakkan hujjah. Setelah dia faham, tapi dia masih lagi kekal dengan kesalahan itu, maka hukuman ridah (murtad) atau selainnya boleh diputuskan.
Selepas itu, tindakan secara kekuasaan boleh dibuat. Mana mungkin dalam perkara akidah seseorang dituduh tanpa dia dijelaskan hujah-hujah yang menunjukkan dia terkeluarkan dari akidah yang sahih. Saya tidak menghina JAKIM, cumanya memberikan pandangan yang berbeza. Apakah itu menjadi kesalahannya?
Apakah dalam Islam di Malaysia ini seseorang diharamkan berbeza pendapat dengan Pengarah JAKIM? Beliau membangkitkan saya tidak hadir beberapa mesyuarat, saya sebenarnya malas hendak mengulas. Banyak pun mensyuarat yang saya hadir dan aktif. Cumanya beberapa mesyuarat fatwa saya tidak hadir.
Antaranya, ketika membincangkan hukum terkena dakwat pilihanraya. Maaf, saya rasa segan pada diri saya sendiri untuk datang jauh dari Perlis ke Putrajaya bagi membincangkan hal itu. Ada juga saya tidak hadir kerana terlalu mengejut, sedangkan jadual saya telah tersusun. Ada juga kerana bertembung dengan program negeri. Terbaru JAKIM buat mensyuarat di Terengganu pada tarikh Pilihanraya Permatang Pauh, sedangkan saya pengundi kawasan berkenaan.
Adapun dakwaan beliau saya hadir program kepartian, saya tidak pasti. Semua orang tahu, saya tidak pernah membuat sokongan terbuka untuk sesebuah parti. Memang, saya agak kerap hadir program jemputan Kerajaan Kelantan. Namun saya berbicara atas prinsip-prinsip umum Islam. Mereka menjemput saya dan saya hadir. JAKIM tiada hak dalam perkara itu.
Saya bergerak atas prinsip, bukan untuk keredhaan sesiapa insya Allah. Jemputan pihak lain pun saya hadir. Apa salahnya? Adapun tuduhan beliau tentang ujub dan seumpamanya, pada bulan puasa ini saya serahkannya kepada Allah. Beliau lebih tahu siapa diri beliau.”

Khamis, 11 September 2008

Tali Gantung



Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung
.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas
Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata
Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu
di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai
RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman
gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk
hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada
hari hukuman.

' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan
jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada
dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Rabu, 10 September 2008

kenapa mati hari jumaat?

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap

mengalami kejadian pelik..

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap

hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka

Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan


untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa org doktor bersiap

sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang

mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa
doktor

memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am ...

tiba-tiba... ...

Pintu bilik ICU itu terbuka....

Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci

yang hanya bertugas setiap hari jumaat..

Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus

mencabut....

soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan. .

vacuum cleanernya.. ..

Isnin, 8 September 2008

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.


Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.




7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)





10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu a

maran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di

masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi k

esan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda y

ang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.


Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Ahad, 7 September 2008

Ahmad Ismail bertengkar dengan Tsu Koon, dimana Lim Guan Eng?

Walaupun isu "menumpang" dan "mohon maaf"
kini sangat memdapat perhatian ramai,

adakah kita perasan hujan lebat semalam telah
menengelamkan beberapa kawasan rendah di Pulau Pinang?


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,
juga melawat ke kawasan banjir pada masa yang terpantas,






walaupun ada yang mengatakan beliau hanya melakon saja,

tapi ini lebih baik jika dibandingkan beberapa pemimpin negara

yang bercuti ke luar negara semasa banjir besar di Selatan Negara, Johor.


ada yang hanya buka beberapa sidang media dan terus melarikan diri.


nampaknya Ahmad Ismail, Koh Tsu Koon dan beberapa lagi pemimpin negara yang masih belum sedar selepas pilihan raya 308 perlulah menjadikan Lim Guan Eng sebagai contoh.




jangan memainkan isu sensitif seperti isu perkauman hanya demi masa depan politik masing masing.


Kita Semua Adalah Rakyat Malaysia,
Buatlah Segala Tindakan Demi Kebaikan Negara!


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

16 September 2008

Pasu retak

kisah menarik antara
pasu retak dan wanita cina...
Pasu retak