Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 6 September 2008

Lawak pendek

download kat bawah...
LAWAK PENDEK

Cuci dosa di Thailand

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

PERKAUMAN DAN REALITINYA

Andai tuhan itu m'ciptakan melayu,cina, india,kadazan dan iban tanpa m'mikirkan ciri-ciri rupa keturunan,adakah bangsa malaysia akan m'bangkitkan isu seperti yg dibncangkan sekarang???



Seperti yang sering disebut oleh Mursyidul Am PAS, kita ini datang dari keturunan yang sama. Sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan dan Siam, kita dari Adam yang satu.

bg sya bangsa sesuatu kaum tidak m'bezakan kedudukan seseorng.walhal yang membezakan seseorng manusia itu adalah AGAMA nya.ini kerana dengan agama akan timbul pribadi yg mulia yg merujuk kepada orng tersebut.


Mustahil Allah SWT yang bersifat Maha Bijaksana; mencipta manusia dan agama yang diredaiNya dalam sistem hidup Islam yang lengkap tetapi tiba-tiba pula boleh membawa bahaya dan memecah belahkan perpaduan kaum?

Contoh unggul yang boleh dirujuk dari sejarah Islam ada terpahat melalui kelahiran tiga tokoh besar generasi sahabi yang bernama Salman Al-Farisi(Farsi) , Bilal Al-Habashi (Habshah) dan Suhil ibn Rumi (Rom) yang boleh hidup penuh rukun bersama seluruh umat Islam di zaman Nabi. Jika dalam konteks terkini di Malaysia, mereka mungkin boleh di samakan dengan kaum Melayu, Cina, India dan Benggali.

Nabi s.a.w sendiri memuji sikap tolong menolong sesama kaum. Baginda s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

di sini,bkan sya menyeru rakan-rakan yg ada untuk tidak mempedulikan identiti kaum,adat dan budaya yang kita ada,tetapi adalah lebih baik kemulian seseorng itu dapat dilihat melaui prinsip-prinsip islam.

Persis seperti apa yang Allah ingatkan suku Aus dan Kharaj di Madinah. Firman Allah: (maksudnya) “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).

Maaf jika saya sebutkan, apalah sangat yang hendak dibanggakan dengan bangsa melayu jika dilihat pada realiti hari ini secara perbandingan? Kita bukan yang paling berjaya dalam ekonomi, tidak juga dalam pelajaran akademik. Bahkan politik melayu pun dalam banyak keadaan telah mengorban bangsa sendiri.

Kalau muncul sesiapa yang kononnya pejuang bangsa, kita pun tidak pasti, adakah dia ikhlas, atau untuk merebut kerusi pilhanraya? Sebabnya, yang bercakap tentang kepentingan bangsa itulah juga yang melonggokkan keseronokan kepada anak muda melayu sehingga mereka hanyut dan menjadi pemuja orang politik yang telah memberi kebebasan yang ‘seronok giler’ kepada mereka.

ingin saya tegaskan,masa depan orang melayu tidak akan dapat dijamin oleh semua slogan dan kempen-kempen bermusim ini. Penyelesaian yang sebenar adalah semua pihak di kalangan umat Islam tanpa mengira bangsa di negara ini hendaklah kembali kepada prinsip-prinsip Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah

Seperti orang arab pada hari ini menjadi lemah dan hina kerana meninggalkan Islam tulen, demikian nasib kita akhirnya jika tidak kembali kepada sumber agung Islam; al-Quran dan al-Sunnah

cinta itu pelik tapi benar

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti

seseorang
yg menunggu bas.

Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak
kata pada diri awak,


"Eee...penuhnya. ..tak de tempat duduk." Jadik,
awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak nengok bas tu dan awak akan
cakap, "Eee...bas ni buruk sgt... mesti tak
selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah
jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.

Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak
seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
"Emmm... tak de air-cond...cuaca pulak panas. Lebih baik saya
tunggu bas yg lain."

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak
bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya.
Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa...awak
dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak
nak....

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond,
adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang
pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan
awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi...saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni.

Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nantikan) , awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

....Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam
tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu...
semuanya terpulang pada diri awak.

Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba
melarikan diri daripada cinta!

Mat rempit berotak

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.



Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata:
"Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak sebut?".

Sampuk si bapa:
"Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer antar belajar!".

MORAL : JADILAH MAT REMPIT BEROTAK :D

Cerita seram pakcik den

erm... .gini kisahnyer... pakcik aku tue koje sebagai pemandu teksi... erm... .adala satu malam tue... .jeng... .jeng... jeng... (buat suspen skit... hehehehhe).. . .tgh pakcik aku tercari2 penumpang... ..adela die jumpa sorang pompuan nie... .fuh... .cantiknyer die... .cam model lak... 'erm... mmg dah rezeki aku dpt penumpang lawa mlm2 nie'... kata pakcik aku... .bile pompuan tue masuk jer... fuh... .bau harum semerbak menusuk hidung pakcikku itu... lepaih tue die terus jln... adala dlm 5 minit lepas tue... pakcik aku teringat die lupa nk tanya pompuan tue nk berhenti kat mana... pakcik aku cube la pandang pompuan tue melalui cermin pandang belakang tue... die tgk takde... 'aik... .mana lk pompuan nie pi'... getus hati kecil pakcikku... .die cube pandang lagi... takde gak... .eeeeee... pakcik aku dah mula kuar peluh jantannyer dek kerana terlalu panik... ..disebabkan terlampau takut pakcik aku telah buat satu brek mengejut... ..fuh... ..pakcik aku toleh ke belakang... die tgk muka hantu pompuan tue berubah jd garang... .hidungnyer berdarah... ..pakcik aku cube ingat ayat2 suci... .tapi hampeh... .hantu tue dgn perasaan marahnyer... .berkata... 'kenapa ... .kenapa ... ... KENAPA ?... ' pakcik aku cubela berlagak tenang di dpn antu tue sambil membalas... 'kenapa apa ... '... antu tue dgn perasaan marahnyer.. dan geramnyer... ... berkata... 'kenapa ko brek mengejut... .BODOH!!!... ..'.. ... .har... .har... har... ... rupa2nyer... .waktu pakcik aku jeling blakng tgk pompuan tue takde sbb pompuan tue tgk tunduk... die tgh melombong bijih... hahahaha... .. ... .buat suspen je minah nie... hidung die berdarah disbbkan tertusuk jarinyer masa mengorekapabila pakcik aku buat 'brek mengejut'... .hahahahahaha. .. .. ... .itula cite seramnyer...

Jumaat, 5 September 2008

Kapak dan pari2

Alkisahnye.. ....
Pada suatu ketika, ada seorang pencari kayu api bernama Pak Jongos masuk dalam hutan utk cari kayu api. Dia membawa bersama sebilah kapak. Sedang dia menyeberang titi yang merentangi sebtg sungai, tiba2 kapaknya terjatuh ke dlm sungai itu. Maka Pak Jongos pun susah hati. Sedang dia bersedih itu, muncullah pari2.

"Kenapa engkau bersedih?" tanya pari2.

"Kapak aku jatuh dlm sungai," jawab Pak Jongos.

"Engkau jgn susah hati.. aku boleh tolong ambilkan," kata pari2 seraya masuk ke dlm sungai. Beberapa ketika kemudian, dia muncul membawa sebilah kapak emas.

"Ini ke kapak engkau?" tanya pari2.

"Bukan," jawab Pak Jongos sambil menggelengkan kepalanya. Pari2 masuk semula ke dlm sungai.

Beberapa ketika kemudian, pari2 muncul semula membawa sebilah kapak perak.

"Yang ini ke kapak engkau?" tanya pari2 lagi. Pak Jongos menggelengkan kepalanya.

"Bukan," jawab Pak Jongos. Pari2 masuk lagi ke dlm sungai. Beberapa ketika kemudian, ia muncul kembali membawa sebilah kapak besi yang sudah berkarat.

"Macam mana pulak dgn yg ini?" tanya pari2 sambil menunjukkan kapak besi itu kpd Pak Jongos. Pak Jongos pun tersenyum gembira.

"Haa, ini baru kapak aku!" ujar Pak Jongos sambil mengucapkan terima kasih kpd pari2. Oleh krn kejujurannya, pari2 itu tlh memberikan ketiga2 kapak itu kpd Pak Jongos.

Suatu hari yg lain, Pak Jongos masuk ke hutan dgn isterinya. Kali ini isterinya pulak jatuh ke dlm sungai. Pari2 pun muncul menawarkan bantuan.

Setelah beberapa ketika, pari2 pun membawa naik Siti Nurhaliza.

"Yang ini ke isteri engkau?" tanya pari2.

"Ya! Inilah isteri aku!" jawab Pak Jongos dengan pantas. Mendengar jawapan Pak Jongos itu, pari2 menjadi marah krn dia tahu Pak Jongos berbohong.

"Aku tak sangka engkau tlh berubah. Kelmarin engkau jujur, mengapa sekarang engkau berbohong?!" tanya pari2.

"Eh! Engkau salah sangka. Aku tak berniat nak tipu engkau.. kalau aku kata Siti Nurhaliza ni bukan bini aku, nanti engkau bawak naik Wardina pulak. Kalau aku kata bukan jugak, barulah engkau bawak naik bini aku. Lepas tu tiga2 kau kasi kat aku sebab aku jujur. Takkan la bini aku sanggup dimadu!" jawab Pak Jongos.

Sindir-sindir sayang ..

masa bercinta
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi ken! a lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

baru kahwin,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk
aku saja

bila anak dua
lain pulak cerita,
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak te! mpe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?...

KETAQWAAN SAYIDINA UMAR IBNU AZIZ

1. Sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah, beliau pulang ke rumahnya dengan wajah cemas dan menemui isterinya lantas berkata: " Aku kini seperti memikul gunung. Segala beban umat sudah tertanggung ke atas aku. Aku sudah tiada masa lagi untuk bersama denganmu. Sekiranya kamu tidak sanggup demikian, nyatakanlah agar aku melepaskanmu secara baik. Andainya engkau ingin terus bersamaku, maka engkau adalah sebahagian dari diriku yang turut memikul beban umat."

Menurut pengakuan isteri beliau, semenjak hari itu hingga wafatnya, tidak pernah tidur bersama dengannya.

2. Khadam (pembantu) kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz merasa hairan kerana di malam hari titisan air mata khalifah itu sering jatuh menimpanya yang tidur di pangkin bawah.

Apabila khadam itu bertanya kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz beliau menjawab, "Amanah Allah SWT yang dikurniakan kepada diriku seperti anggota tubuh, anak isteri dan sedikit harta benda. Aku cemas kalau-kalau aku tidak dapat menjawabnya di hadapan Allah SWT. Betapalah kini aku sedang memikul beban dan tanggungjawab umat Muhammad, seluruh urusan umat ini Allah SWT akan tanya kepada aku satu persatu, bolehkah aku melelapkan mata, lantaran aku menanggung segala beban umat ini."

3. Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz setiap minggu akan duduk berkumpul bersama para ulama untuk mendengar nasihat dan tarbiyah terutamanya dari kalangan ulama sufi. Kerana ulama sufi sering sahaja bercerita mengenai kehidupan akhirat. Di sini juga memperlihatkan betapa di zaman beliau para ulama sangat jujur dan berperanan mendidik masyarakat termasuk kepada pemimpin.

Suatu hari seorang ulama sufi bercerita mengenai nasib tiap-tiap khalifah sebelumnya yang diperolehi melalui mimpi. Kata ulama tersebut: "Aku melihat dalam mimpi betapa Khalifah Abu Bakar melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya. Begitu juga aku melihat giliran Khalifah Umar r.a melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya dengan selamat. Diikuti pula oleh Khalifah Uthman dan beliau juga selamat. Khalifah Ali r.a juga aku lihat selamat melepasi Siratal Mustaqim."
Sambungnya lagi: "Selepas itu aku lihat tiba pula giliran tuan untuk melalui Siratal Mustaqim..."
Tiba-tiba saja Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz berkata, "Aku bagaimana yang engkau lihat?"

Ulama sufi itu dengan tenang bercerita, "Aku lihat tuan..."

Belum habis ulama sufi itu bercerita, tiba-tiba Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz menjerit, "Allahu Akbar" lalu beliau jatuh pengsan.

Beberapa ketika selepas itu beliau kembali membuka matanya dan bertanya, " Terus ceritakan apa yang kamu lihat mengenai aku."

Ulama sufi itu mengulangi lagi cerita mimpinya, "Apabila sampai giliran tuan, aku lihat..."

Sekali lagi Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz jatuh pengsan.

Setelah beliau kembali membuka mata dan bertanya mengenai nasib dirinya ketika melalui Siratal Mustaqim, ulama sufi itu tidak mengulangi ceritanya seperti sebelum ini. Sebaliknya ulama sufi itu menjawab dengan ringkas sahaja, "Tuan selamat."

Guan Eng umum tubuh SAR, kembalikan bantuan perkapita



PULAU PINANG, 5 Sept (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.




Iklan





Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.




Beliau berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.




"Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak, " ujarnya.




Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.

Peruntukan itu amat wajar tegasnya, untuk menghidupkan pergerakan persekolah agama untuk generasi Islam.




Menurut Lim lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sepertimana BN yang sanggup menghukum SAR kerana sokongan pada parti itu kurang kononnya kebanyakan orang Melayu berpaling tadah menyokong pembangkang.




"Bila peruntukan dicantas oleh Kerajaan BN ia memberi kesan terhadap pendidikan terutamanya pihak sekolah yang mengelolakannya. Setelah berkuasa kita akan beri kembali, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan. - mks._

::JiMAN::

Jiman tersengih- sengih macam kerang busuk. Air liunya berjejer- jejer di tepi mulut. Baginya itulah senyuman paling manis yang di hulurkan buat Shidah, anak Mak Ngah Kiah. Shidah membalas senyuman Jiman, ikhlas dan sopan. Terkinja- kinja Jiman kesukaan. Bagi Jiman, itu sudah memadai. Dia tidak perlukan apa- apa dari Shidah, cukup dengan senyuman ikhlas. Jiman akan kenang sampai pagi esok sebelum melihat Shidah buat kesekian kalinya.

"Hoi Bangang! Dah tak ada lagi ke bumi Tuhan ni kau nak bawa lembu kau tu jalan? Apa di tengah dunia ini juga kau nak heret?" Herdikan Siah dari dalam kereta Wira kelabu itu menghentikan tawa Jiman. Namun senyuman masih lekat di bibirnya.

"Hoi Bangang, ke tepila.. aku nak jalan!" Jerit Siah lagi.

"A.. aku bu.. bukan b..ba..bangang, n..na..nama aku Jiman" Jiman
menjawab lurus. Lembunya di tarik ke tepi. Siah mengerling tajam
kegeraman.

"Dahlah gagap, bodoh, ada hati nak menjawab lagi tu! Woi.. lain kali
tarik lembu kau ikut denai sana . Ini jalan untuk kereta, bukan untuk
lembu" Siah menjawab laju.

Keras suaranya. Jiman mengangguk faham. Tersengih- sengih melihat kereta Siah berlalu. Bilakah agaknya Jiman
merasa bersandar di dalamnya sepereti Siah?

"Vroom….. vrrrooommm…." Jiman menggayakan lagak Siah. Air liurnya di seka keras.

Jiman tidak peduli Siah. Jiman lebih suka pada Shidah. Shidah baik,
selalu senyum. Tidak macam Siah, tidak macam Melah. Melah cantik
juga. Lagi cantik dari Shidah. Tapi Melah jahat. Dulu Melah pernah
siram Jiman dengan air panas. Jiman ingat lagi. Hampir seminggu
Jiman terlantar di atas tikar mengkuang. Habis melecur pipi dan
badan Jeman. Tiap- tiap hari mak lap badan Jiman, sapukan ubat.
Jiman sakit. Menangis, merayu pada mak, tapi mak tak peduli, mak lap juga, mak sapu ubat juga. Emak nangis, Jiman pun nagis juga. Lagi kuat. Atan, Jiman sudah tambat di kandang. Jiman menuju ke tangga. Air di tempayan sudah kontang. Lekas- lekas Jiman capai baldi menuju ke perigi. Jiman tahu, nanti balik, emak akan basuh kaki di tempayan. Terkial-kial Jiman menggunakan tangannya yang bengkok untuk menceduk air. Tapi itu bukan lagi masalah buat Jiman. Alah bisa tegal biasa. Selesai kerja, Jiman duduk di tangga. Langkah mak yang pendek- pendek di perhatikan Jiman. Semput- semput mak berjalan. Amat perlahan. Hari ini mak tak bawa beban atas kepala. Maknanya esok Jiman tak perlu tolong mak memberus kain di perigi. Jiman amat seronok. Tidak perlu kerja. Tidak perlu bangun pagi. Seronoknya Jiman.

Timah memerhatikan Jiman penuh sayu. 26 tahun lamanya dia membela Jiman. Bukan suatu jangka masa yang singkat. Setengah usianya di habiskan bersama Jiman. Kepala Jiman yang terlentok di pehanya di usap perlahan. Air liur Jiman membasahi kain batiknya. Tapi Timah tidak geli. Tidak jijik. Dulu Jiman tidak begitu. Jiman macam kanak kanak lain, sihat. Ramai kawan-kawan. Segala- galanya berpunca dari demam panas. Jiman hilang zaman ceria kanak- kanak. Kawan-kawannya menghilangkan diri. Jiman dikatakan bebal, dungu, bengap. Melah yang dahulu baik dengan Jiman juga mengusir Jiman. Ingat sangat dalam otaknya bagaimana Melah memukul Jiman dengan penyapu lidi. Berbirat belakang Jiman, bengkak kepalanya di baling pangkal penyapu. Melah itu nama sahaja perempuan, jahatnya pada Jiman mengalahkan anak jantan.

Masih jelas dalam kepala tua Timah bangaimana Siah menolak Jiman
masuk ke dalam parit dalam. Terkapai- kapai Jiman dalam selut. Orang lain tidak membantu. Malah mentertawakannya. Jiman meraung- raung di dalam tidak siapa peduli. Jiman pula di katakan bodoh. Kalau mereka pandai kenapa Jiman tidak di selamatkan. Timah menyeka air mata. Bukan sekali, malah beribu, berjuta kali kolam matanya banjir mengenangkan Jiman. Timah takut sendiri. Usianya bukan muda lagi. Entah esok- entah lusa, nyawanya di panggil Ilahi. Bagaimana dengan Jiman? Siapa yang akan menjaga makan pakai Jiman? Sekarang, dia masih ada, esok lusa? Kebimbangan itulah yang menghantui hari- hari tuanya.

"Abang Jiman, jangan bawak lembu tengah jalan, nanti kereta langgar anaknya" tegur Shidah lembut. Jiman ketawa senang hati. Kepalanya di angguk perlahan.

"Bawak ikut jalan sana tu" tambah Shidah lagi. Jiman mengangguk
lagi. Atan, dan Minah, jiman tarik kuat- kuat. Biar cepat sampai
denai. Jiman, kalau Shidah yang suruh, cepat sungguh dia bergerak.
Jiman senang hati kalau yang bekata itu Shidah. Walau Shidah masih
anak , Jiman tetap turut.

Jiman menghantar lembunya di tepi sawah. Biar mudah Atan dan Minah nak makan. Jiman pandang Atan, pandang Minah. Pandang Piah. Jiman cukup seronok. Jjiman seronok tengok Piah. Piah ada keluarga. Piah ada Atan, ada Minah. Jiman Cuma ade mak. Jiman tak ada ayah macam Piah. Jiman rasa Piah lagi untung darinya. Sesekali Piah menggesel- gesel kepalanya di leher Atan. Bertuahnya Piah. Piah boleh bermanja dengan mak dan ayah. Tapi Jiman tidak. Air mata Jiman tiba- tiba tumpah. Jiman seka dengan hujung lengan baju. Jiman pun ada perasaan. Jiman sedar dirinya bodoh. Bengal . Tapi Jiman tahu nilai kasih sayang. Jiman tahu nilai kemesraan. Jiman tidak pernah nampak Piah di marah oleh kawan- kawannya. Tidak penah sekalipun. Atan dan Minah cukup sayang pada Piah. Jiman pun sayang juga. Sebab itu Jiman jaga mereka baik baik. Bagi mereka makan, minum. Belakan kandang mereka bersih bersih.Kakinya di hayun laju.

"Emak.. perut Jiman lapar. Jiman mahu makan".

Pasti hari ini mak masak nasi putih. Lauk ikan bilis. Wah.. kecur
air liurnya. Jiman melangkah lagi laju. Jiman nak makan sambal ikan
bilis. Semalam Jiman nampak mak bawak ikan bilis dengan pucuk paku. Pasti sedap.

"Kalau bukan lembu-lembu kau siapa lagi Timah. Percaya benar kau
beri si bebal tu jaga lembu- lembu tu. Dahlah menjahanamkan halaman rumah aku, taiknya bersepah sana- sini!' jengkel saja bunyi suara Mak munah di telinga Jiman. Jiman memandang mak penuh tanda tanya.

"Mana kau tambat Atan, Jiman?" soal Timah lembut. Jiman menunding jari ke tengah sawah. Jiman melangkah memanjat anak tangga. Perutnya lapar.

"Hoi mangkuk! Belum abis lagi, sayur- sayur belakang rumah aku tuh siapa nak bayar gantinya? Dah abis di kerjakan lembu kesayangan kau tuh!" Munah bersuara garang. Timah terdiam

"Dah Jiman kata tadikan Munah, Atan, jiman tambat di sawah sana ,
macam mana boleh dia ke rumah kamu? Apa-apa pun bagilah anak aku makan dulu, penat dia menarik lembu" Timah menyanggah dalam lembut. Gila apa Munah menuduh lembunya yang di sawah mengerjakan tanamannya. Bukan dia tidak kenal Munah. Kaya yang menindas orang
lain.

"Kalau kau tak mahu bayar ganti rugi Timah, aku adukan pada ketua
kampung, susah sangat, biar dia saja yang halau korang anak beranak
dari kampung ini, tanah ini dulu pun, kalau bukan sebab laki aku.
Kau tak merasa Timah"

"Jangan nak kaitkan tanah pulak Munah, Ini abang Zaki yang usahakan, laki kau cuma membantu" Timah sudah berpaling.
Bertekak dengan Munah memang tidak akan menang. Dari dulu lagi,
itulah modal Munah. Tanah yang sekangkang kera inilah juga yang mahu di rebutkan.

"Ei Sial! Turun kau, mencekik aje kau tau, sayur aku tu pergi
tengok" Munah menjerit kasar.

"Munah, bukan anak aku yang sial, anak kau si Siah tu yang sial,
belum nikah dah beranak. Jamal tu yang sial, merengkok dalam jail,
khalid tuh yang sial, jadi penagih kutu rayau, kalau kau sayang
mulut kau Munah, baik kau balik sebelum aku suruh si Jiman yang
bebal tuh hayun kau dengan parang" lembut Timah sudah hilang.
Pantang benar anaknya Jiman di kata sial. Si sial itulah buah hati
pengarang jantungnya. Munah berundur setapak. Takut jua dia ugutan Timah. Jiman di atas sudah tidak peduli apa- apa lagi. Sambal ikan bilis mak terlalu sedap untuk di tinggalkan.

"Wargh!! Wargh!!!! Uuuu!!! Uuuuu!!" Suara Jiman menjerit jerit lain benar pagi itu. Timah mengintai dari pintu. Jiman menuju dapur dan mencapai parang takik. Timah kehairanan. Marah benar nampaknya Jiman. Jiman melompat anak tangga. Menghilang di balik seman samun.

"Timah! Timah, Jiman mengamuk. Bawak parang dia ke hulu ke hilir mencari si Judin" adu Faridah cemas. Timah membeliakkan biji mata.

"Atan, ekornya di tetak si Judin, lembu betina yang kecik tu pulak
mati kat tepi sawan nun. Shidah yang bagitahu aku tadi" Timah
terduduk. Terkesima dia di situ. Apalah salah si Jiman sampaikan
binatang itu pula jadi mangsa.

"Baik kau pergi sabarkan Timah, karang ada yang jadi mayat nanti. Ke dalam pula si Jiman"

"Shidah mana?"

"Shidah sudah menurut Jiman. Cepat Timah" Faridah sudah memimpin tangan Timah. Terkedek- kedek mereka menjejak Jiman yang entah kemana hilangnya.

Peristiwa lembu Jiman sudah mulai di lupai orang. Biarpun baru
seminggu tapi orang kampung tidak mahu berbicara lagi. Hanya Jiman yang saban hari meratapi kematian Piah. Timah bersyukur banyak banyak. Kalau tidak kerana Shidah, Judin hampir di tebas kepala dek si Jiman. Sayang bebenar Jiman pada Atan dan Piah. Judin pula satu hal, benda kecil pun hendak di perbesarkan. Sudah tahu akan perangai si Jiman yang bodoh bodoh alang, di usik pula. Bila Jiman melawan, hendak dimarah. Berdendam pula.

"K..ke..kesian Atan, t..tttaakk.. ada ekor l..llaa..lagi. B..bu..
buruk" Jiman menghalau langau yang mengerumuni bekas luka Atan.
Shidah memandang sayu.

"J..j..Ji..Jiman r..rriindu Piah. Piah dah mati, Jiman t..t..tak ada
k..kawan lagi" adu Jiman pada Shidah. Air mata Jiman mengalir lagi.

"Abang Jimankan masih ada Shidah, abang janganlah sedih, nanti lama- lama nanti ekor Atan tumbuh balik.. panjang" Shidah cuba memujuk.

"Minah nanti boleh beranak lagi, abang boleh dapat Piah yang baru"

"Piah c..ccu..Cuma ada satu. L le..lepas ni, t..ttaakde Pppiah"
sanggah Jiman. Jiman pandang muka Shidah. Muka Shidah tak manis macam dulu. Nampak sedih macam Jiman juga.

Satu demi satu anak tangga di pijak Timah. Prak! Bunyi kayu reput di sambut dengan jeritan perempuan tua. Suasana kembali sunyi. Seperti tiada apa yang berlaku. Tubuh tua Timah terkulai di bawah anak tangga. Jiman masih di tepi sawah bersama Shidah dan lembu lembunya.

Kisah Timah jatuh tangga sudah tersebar seluruh kampung. Nasib baik kebetulan Faridah datang kerumah. Susah payah orang tua itu
mengangkat tubuh Timah yang agak berisi. Sudah ramai yang datang
melawat. Jiman kehairanan. Mak di kerumuni orang kampung. Barang di dapur bertambah. Semua nampak sedap. Shidah kata mak sakit. Sebab itulah mak tak boleh bangun. Timah nampaknya seakan nazak benar. Orang kampung berkira- kira mahu membacakan Yassin. Jiman cukup seronok. Tak pernah rumahnya di datangi orang ramai begitu. Biarpun kasihan melihat mak tapi Jiman seronok. Ada orang bawakan makanan, banyak dan sedap sedap. Ada orang mengaji silih berganti.

Namun begitu Jiman masih seperti biasa, meninggalkan mak untuk
membawa lembu lembunya ke tepi sawah. Balik setelah pasti Atan dan Minah kenyang. Orang di rumah masih ada. Tapi Jiman tidak peduli. Siap mengandangkan Atan, Jiman akan naik dan duduk sebelah mak. Mak Dah dan Shidah juga ada. Setiap hari mereka datang. Jiman seronok. Timah menanggung sendu. Jika dia mati hari ini, bagaimana dengan Jiman? Sanggupkan Faridah menjaga Jiman? Bagaimana makan dan pakai Jiman? Timah takut sekali. Saat kematiannya hampir tiba. TapiJiman tetap tidak tahu. Jiman Cuma tahu seronok melihat gelagat orang yang
datang ke rumahnya.

"mmakk.. J..ji..jiman ppi baruh, a..ambil air, nn..nanti
oo..oo..orang nak basuh kaki. S..Shidah pun b..bb..bbolehbb. .bbasuh
kaki" Jiman memandang mak. Timah hanya mampu memandang. Entah kenapa sayu sangat pandangan kali ini buat Jiman.

Mungkinkah ini hari terakhirnya dia melihat Jiman. Badannya tidak sekebas dulu lagi. Namun masih tidak mampu di gerakkan. Timah seakan tidak mahu membenarkan Jiman pergi. Dia mahu Jiman ada di situ. Berada di sisi.


Setiap detik terakhirnya tidak mahu di sia siakan. Dia mahu melihat
Jiman puas puas sebelum matanya di tutup. Namun Jiman sudah hilang dari pandangan.

"Aku sangkakan aku yang pergi dulu Dah. Aku yang nazak benar.
Rupanya Jiman yang kesana mengikut ayahnya…" sayu suara Timah. Masih kuat bau kemenyan dalam rumah itu. Faridah sekadar mendiamkan diri.

"Aku sedih Dah, tapi aku bersyukur, Jiman sudah selamat, kalau aku
menutup mata saat ini pun aku tak takut lagi. Tak ada lagi orang nak
menganiaya Jiman. Syukur aku banyak-banyak pada Tuhan Dah"

Faridah mengesat air mata. Bacaan Yassin yang patutnya untuk Timah rupanya ke arah Jiman. Jiman tidak pulang- pulang setelah turun ke baruh. Pada Shidah, Timah minta jengukkan. Tapi kata Shidah, Jiman tiada. Hati tua Timah tidak sedap. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada Jiman. Sampai malam, Jiman tak muncul juga. Malam itu orang kampung mencari Jiman. Seluruh tempat di rayau. Sawah, bendang, sungai sudah di cari. Tapi kelibat Jiman tidak mncul jua. Timah teringat pada perigi di baruh. Kuat dia malam itu. Hilang segala sakitnya mengenangkan Jiman. Pada Judin, Timah minta jengukkan sekali lagi di baruh. Cari biar sampai dalam perigi. Benci-benci Judin pada Jiman, kehendak Timah Judin turutkan juga, untuk menjaga hati tua. Sekali lagi mereka ke baruh. Kali ini kedalam perigi di suluh Judin, kalau tiada juga, hendak di ajak sahaja orang lain mencari Jiman esok pagi. Tapi apa yg kelihatan, kain lusuh Jiman terapung. Setelah di periksa, mayat Jiman ada di dalamnya. Jelas di kaki Jiman dua tanda patukan ular. Mungkin kerana tidak mampu mengawal keadaan, Jiman terjatuh ke dalam.

"Betul lah kata uztaz, setiap kejadian ada hikmahnya" Timah bersuara
lagi. Benar kata Timah, andainya yang mati itu Timah, bukan Jiman.
Siapa yang akan jaga Jiman kelak? Setakat makan dan minum, masih
tidak mengapa. Tapi Jiman perlu di jaga segala. Sehari dua mungkin.
Kalau untuk selamanya, dia sendiri mengaku tidak sanggup.

"Dah, umur aku tidak lama, kalau aku mati nanti, kau ambik lah
segala apa yang ada. Selama ini Jiman cukup sayangkan Shidah. Kau
serahkan lah segala milik Jiman pada Shidah termasuk tanah ini.
Jiman tak ada orang lain selain aku dan Shidah. Kau pun tau" Timah
menyeka air matanya.

Faridah sudah tidak mampu lagi. Fatimah di peluk erat. Marshidah
sudah tiada esak lagi. Kehilangan Jiman amat di rasainya. Semoga
Jiman bahagia di sana .

Janda 18 tahun

Alkisah...ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda
ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda setelah kematian isterinya.

Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak
mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti,
fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya,
manala tau

kekawannya ada calon yg sesuai. Usin, kawan karibnya yang mendengar
berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai
untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak
rekomenkan adalah janda 18 thn.

Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya. "nak ke dia kat aku yg
dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.
"kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi
apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak
kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi. '
Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh
jalankan..tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang.

Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat."
kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana
dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri
Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan
Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya
berisi wang RM500 pemberian Amat. Amat segera terbayangkan saat2 indah yang
bakal dilalui bersama isteri barunya nanti.

Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap
dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar.
Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu
untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik
pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang. Tapi alangkah
terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak
digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat
mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan
namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la
Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda
18thn.

"Usinnnnnnnnnn! !!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin
yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan
Amat.
"Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin. "Tipu apa
plak???" tanya Usin bingung. "Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.
"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!" .
"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu

Moral of the story: Check dulu umo bakal isteri andaa...

Ngeri...jgn tgk kalo x kuat semangat...

SAPA-SAPA YANG TAK KUAT SEMANGAT DILARANG KERAS MELIHAT GAMBAR INI!!!!)

AKU KATA JANGAN TENGOK....!



Murtabak Yang Harum dan sedap.... kuahnya yang kuning tu fuhhh... kalau bau gerenti tutup mata punya....



Cuba anda saksikan kilatan di atas daging ayam percik ni... fuuhhh.. kalau tersentuh lidah kita... gerenti nikmat tak terhingga sehingga menitiskan air mata... ditambah hirisan timun tu... masya Allah... hanya Tuhan je yang tahu nikmatnya...



Tak payah nak cakap apa, ikan pari bakar kalau dicicah dengan air asam, memang satu tarikan yang pasti kita akan sukainya setiap masa... fuh.. kalau perah asam limau atas dia... lagilah kecur air liur wa akap luuu...



Korang lihat sahajalah dekorasi nasi beriyani ayam ni... warna kuning keemasan yang menyala disulami kuah-kuah yang enak dan pedas, disertakan ayam madu yang manis dan rangup... fuuuhhhh... inilah saat paling indah untuk menikmatinya...



Anda bayangkan, anda ada sepinggan pulut tanpa lauk.... pulut kuning pulak tu... so apa yang anda akan lakukan??? melihat sahaja tekstur yang ada pada rendang daging ni????


Bagi yang nak simple-simple, jangan pandang rendah pada keputihan telur mata kerbau yang terbaring diatas keempukan aroma maggie goreng kerana aroma inilah yang akan buat kita kembang hidung...



Anda pulang ke rumah, pastu anda terbau rakan serumah anda goreng sesuatu, alih2 bila dah siap anda terlihat rakan anda tu goreng benda ni.... disamping sos cili yang memukau!!!



Bagi peminat makanan siam, tidak syak lagi bila dihidangkan tom yam dihadapan anda, anda akan jadi gila... sebab perlu disertakan dengan nasik ... dan sambal belacan... mak datuk... nikmatnyaaa!!!!



dan ini adalah menu utama, semua orang pasti menyukainya... lihatlah kemerahan ikan sambal tu kawan-kawan.... gerenti nangis kalau kita rasa... fuh.... nasi campur sekeliling ada laukkk...



MasyaAllah, cantiknya susunan cincau dalam bandung ni... warna pink bandung tu kalau menerjah ke tengkuk kita pada masa ni... pasti kita akan buat sembahyang syukur... tanda terima kasih ya amat....



Hirisan popia basah ni memang dipandang sepi, tapi cuba anda letakkan di atas lidah, dan telan... anda pasti akan kata dunia ini ana yang punya!!!


.

Solat tarawih di Masjidil Aqsa perlukan permit tentera Israel!

BAITULMAQDIS 1 Sept. – Dalam umat Islam di Malaysia berpesta dengan kemerdekaan Malaysia, dan dengan tenang menyambut Ramadhan, nun jauh di Palestine, Israel dilapor 'membenarkan' sebahagian penduduk Palestin mengunjungi Masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitul Maqdis Timur bagi menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Inilah akibatnya bila Sistem Khilafah yang menjaga tempat suci umat Islam telah tiada. Umat Islam ingin mengunjungi Tanah Suci ketiga mereka ini terpaksa mendapat kebenaran khas terlebih dahulu dari tentera Yahudi Laknatullah.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan Israel berkata, lelaki Palestin berusia antara 45 dan 50 tahun serta berkahwin, boleh mengunjungi masjid itu, iaitu tempat suci ketiga bagi umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Kebenaran turut diberikan kepada lelaki berusia lebih 50 tahun dan wanita berusia lebih 45 tahun. Bagi penduduk Palestin di Tebing Barat yang berusia 30 hingga 45 tahun pula, hanya mereka yang mempunyai permit khas yang dikeluarkan oleh tentera Israel dibenarkan mengunjungi masjid itu. Pihak berkuasa Israel dilaporkan turut bercadang melanjutkan masa operasi di pusat-pusat pemeriksaan tentera di Tebing Barat.

Selain itu, pihak berkuasa Zionis juga akan membenarkan kaum keluarga menyerahkan bungkusan kepada 11,000 rakyat Palestin yang ditahan di beberapa penjara di Israel. Langkah itu diumumkan oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Presiden Palestin, Mahmud Abbas ketika menghadiri satu pertemuan di sini semalam. Ia sebahagian daripada usaha kedua-dua pihak untuk mewujudkan perjanjian damai dengan Israel yang diharap dapat dimeterai menjelang hujung tahun ini. Palestin sebelum ini menuntut wilayah Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara mereka. [Sumber AFP]

Masalah konflik Israel-Palestine ini bukannya masalah perjuangan setempat dan kebangsaan, tetapi ia adalah perjuangan antara kuasa kuffar dan Islam. Baitul Maqdis adalah tanah suci umat Islam (bukan tanah suci bagi bangsa Palestin sahaja) yang telah dinodai oleh Rejim Isreal laknatullah. Dengan persekongkolan politik oleh PBB, negara Isreal yang tidak pernah ada di dalam peta dunia telah diwujudkan dan umat Islam telah dirampas tanahnya dan tempat suci ketiga mereka telah dikuasai oleh tentera Yahudi. Penyelesaian kepada masalah Isreal ini bukannya di meja perundingan, tetapi dengan jihad terhadap negara naram Israel ini oleh negeri-negeri Islam yang berjiran dengan mereka, kemudian kalau mereka tidak mampu barulah negara-negara yang paling hampir dengannya dan kemudian seterusnya.


Sebelum tanah Palestin jatuh ke tangan Yahudi dahulu, Theodore Herzl (Zionist) telah bertemu dengan Sultan Abd Hamid II, Khalifah kaum Muslimin di Turki, dan telah memujuk Sultan agar menjual tanah kosong di Palestin kepada Yahudi. Sebagai bayaran, Zionis akan membayar pada Sultan abd Hamid:-


1. 150 juta wang emas Inggeris

2. Melangsaikan segala hutang kerajaan Khalifah Utsmaniyyah

3. Menubuhkan pasukan armada laut untuk kerajaan Khalifah

4. Membina Universiti Utsmaniah di Baitul Maqdis

5. Memberi sokongan politik kepada Sultan di Eropah dan Amerika


Namun, dengan keimanan yang mendalam dan ketaqwaan yang kukuh, Khalifah Abdul Hamid telah memberi jawapan,

"Aku tidak boleh bertolak ansur walau sejengkal pun daripada bumi Palestin kerana ia bukan milikku. Tetapi ia adalah milik umat Islam yang telah berperang dan mengorbankan darah dan nyawa mereka untuk mendapatkannya. Sekiranya kamu membayar kepada saya dengan seluruh emas yang ada di muka bumi ini sekalipun, aku tidak akan benarkan kamu mengambil bumi Palestin."


Namun ternyata setelah kematian sang Khalifah, akhirnya tanah Palestin diduduki juga oleh Yahudi laknatullah ini, hasil pengkhianatan oleh para pemimpin Arab. Telah berlalu berbagai generasi umat ini yang cuba mempertahankan tanah suci Palestin. Namun sayangnya, umat Islam ini berjuang tanpa kekuatan seorang pemimpin yang boleh menjaga dan melindungi mereka. Para pemimpin negara-negara Arab hingga kini masih lebih mementingkan assobiyyah mereka sendiri dari membebaskan tanah suci ketiga milik umat Islam ini. Namun, Hizbut Tahrir yakin bahawa Insya Allah apabila Khilafah kedua kalinya berdiri sedikit masa lagi, maka Khalifah pasti akan membebaskan bumi suci ini dari tangan-tangan kotor Yahudi laknatullah.

Suka duka guru

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Khamis, 4 September 2008

Kucing bersayap

Heboh seekor kucing di Cina mempunyai sepasang sayap

Mustahil seekor Kucing mempunyai sayap !....sebagai manusia normal, kita

pun tentu menyetujui hal tersebut. Tetapi sepertinya kita harus menarik

kembali kata-kata tersebut. Karena seekor kucing di Cina mempunyai

sepasang sayap dipunggungnya !

Seorang Nenek bernama Feng yang tinggal di Kota Xianyang, Propinsi

Shaanxi, Cina, mempunyai seekor kucing jantan yang istimewa.

Kucing tersebut mempunyai sepasang sayap yang ditumbuhi rambut di

punggungnya. Layaknya sayap burung, bila diraba terasa ada tulang di

dalam sayap tersebut. Masing-masing sayap mempunyai panjang sekitar 10 cm

"Pada awalnya terbentuk dua gumpalan di punggung, kemudian tumbuh dengan

cepat dan membentuk sepasang sayap dalam waktu satu bulan", nenek Feng

menjelaskan.

Menurutnya, sayap tersebut mulai muncul setelah kucingnya digoda oleh

kucing betina. 1 bulan sebelumnya banyak kucing betina yang sedang birahi

menggoda kucing miliknya dan tidak lama kemudian tumbuhlah sayapnya.

Menurut para ahli, fenomena ini terjadi semata-mata karena mutasi gen.

Tumbuhnya sayap tidak menyebabkan kucing kesulitan menjalani kehidupan

normalnya.








Photobucket

Dr M: KENAPA SAYA TAK BUAT APA-APA

1. Kesemua empat komputer di rumah saya tiba-tiba terputus hubungan internet. Saya terfikir adakah semua orang mengalami masalah yang sama?
2. Saya tak boleh akses blog walaupun sebelah pagi boleh. Saya sempat baca sesetengah komen oleh pembaca.
3. Saya nak menjawab, tapi hanya sekadar apa yang saya boleh ingat.
4. Satu komen bertanyakan kepada saya apakah yang saya lakukan berkenaan keadaan semasa dan kritikan-kritikan saya terhadapnya? Komen tersebut juga ada mencadangkan apa yang patut saya lakukan.
5. Saya selalu disuruh "buat sesuatu". Saya dah lakukan yang termampu:
i) Saya telah secara terbuka salahkan Dato Seri Abdullah dan meminta dia meletak jawatan
ii) Saya kritik keputusannya berkenaan dengan jambatan (bengkok ke Singapura)
iii) Saya secara terbuka menuduh beliau terlibat dengan rasuah
iv) Saya telah tegur pemimpin dan ahli UMNO bahawa mereka akan menghancurkan UMNO dan sekutunya
v) Saya keluar dari UMNO
vi) Saya telah bercakap berkenaan rasuah dan kesannya terhadap nasib yang menanti orang Melayu
vii) Saya telah mulakan blog saya dan pembaca pun tahu apa yang saya telah katakan dalam blog
6. Untuk semua ini, apa yang saya dapat daripada pemimpin UMNO adalah saya telah dimaki dan dicerca. Semua orang tahu apa yang Nazri Aziz kata kepada saya.
7. Tidak ada satu pun pemimpin UMNO yang tunjuk apa-apa kesungguhan untuk bertindak terhadap Dato Seri Abdullah. Hinggakan apabila dia melakukan rasuah secara terbuka pun, kecuali seorang ketua bahagian, yang lain tidakpun berkata apa-apa. Pemilihan semula Nazri Aiziz di dalam pilihanraya umum yang lepas menunjuk yang majoriti ahli UMNO dan pengundi di kawasannya menyokong tindakan beliau menghina saya.
8. Apabila saya dijemput berucap, tidak ada pemimpin atau ahli UMNO yang hadir. Kecuali seorang pemimpin di Perak, tidak ada satupun yang menyokong saya.
9. Anak saya Mukhriz tidak keluar UMNO. Ini kerana tiada pemimpin mahupun Ahli Parlimen lain yang tinggalkan UMNO. Tidak berada di dalam UMNO bermakna beliau tidak boleh bertindak untuk menyelamatkan UMNO. Dia secara terbuka meminta Dato Seri Abdullah meletak jawatan selepas Pilihanraya Umum 2008 dan selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh.
10. Anak saya Mokhzani keluar parti. Tetapi siapa lagi? Sebaliknya mereka-mereka yang kononnya menentang Dato Seri Abdullah, seperti Ketua Bahagian Cheras, sekarang ini menyatakan sokongan mereka terhadapnya.
11. Secara peribadi ramai yang nyatakan sokongan kepada saya dan mereka mahu Dato Seri Abdullah meletak jawatan. Tetapi mereka tidak sanggup berkata secara terbuka.
12. Itulah sebabnya saya mulakan blog saya ini. Lebih kurang enam juta pelawat telah melayari blog saya dan berpuluh ribu lagi yang meninggalkan komen dan menyokong saya.
13. Tetapi kebanyakannya nampak risau dan tidak mahu tinggalkan nama mereka. Biasanya mereka guna nama samaran. Jadi sokongan tidak begitu berkesan.
14. Saya tak boleh lakukan semuanya seorang diri. Saya perlukan sokongan. Saya tak boleh pergi kepada Dato Seri Abdullah, tangkap dia dan buang dia.
15. Apa yang mungkin saya buat akan perlukan sokongan terutamanya daripada UMNO. Tetapi UMNO dan pimpinannya tidak boleh diharap. Mereka hanya berminat mengaut sesuatu untuk diri sendiri tetapi tak kira jika UMNO dan negara ini hancur.
16. Apa yang ahli UMNO dan penyokong Barisan Nasional lain yang tidak puas hati dapat lakukan, dan yang telahpun mereka buat, ialah undi pembangkang untuk tunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap parti dan Kerajaan.
17. Tetapi pembangkang juga akan menghancurkan negara ini jika mereka menang dan tubuhkan Kerajaan.
18. Rakyat sebenarnya mendapat Kerajaan yang padan bagi mereka, baik atau buruk. Jila mereka dapat Kerajaan yang buruk, ini adalah oleh kerana mereka tidak sanggup bertindak untuk perbetulkan keadaan, tidak sanggup ambil risiko untuk mengalih kepimpinan Kerajaan kepada yang baik.
19. Dato' Seri Abdullah sudah hancurkan UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan BN. Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.
20. Ahli kanan MCA, Gerakan dan MIC telah sertai pembangkang.
21. Di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, ahli UMNO dan BN tidak berani pakai baju dengan logo UMNO atau BN. Mereka tidak berani letak pelekat atau bendera parti di kereta mereka. Rapat umum mereka diceroboh ahli PKR yang memakai logo parti dan ahli BN dan UMNO duduk senyap seperti tikus bila belia PKR menjerit "bohong" semasa Dato Seri Najib berucap.
22. BN berada dalam keadaan yang amat sedih. Tidak ada satu pun pemimpin yang berani. Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN.
23. Inilah yang dilakukan Abdullah Ahmad Badawi.
24. Sejarah akan rekodkan kegagalan Abdullah Ahmad Badawi dan konco-konconya dan pemimpin-pemimpin terdahulu parti-parti ini dan juga ahli-ahli politik yang akan datang akan mengutuk kepimpinan BN ini selama-lamanya.
sumber: www.chedet.com

Politik ugut Abdullah untuk sekat kerajaan baru

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius kenyataan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawaan 2009 yang bertegas tidak akan melepaskan kerajaan kerana mandat telah diberikan rakyat kepada BN.

PAS berpandangan kenyataan ini adalah lambang sikap tidak demokratik Abdullah Badawi yang tidak mahu mengakui bahawa beliau sudah kehilangan kepercayaan parlimen untuk terus mengetuai kerajaan.

Jadi pendekatan yang berbau ugutan cuba digunakan ke atas wakil rakyat yang berhasrat meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru.

Kenyataan Pak Lah untuk terus mempertahankan kerajaannya itu telah ditafsirkan oleh pemerhati politik bahawa beliau akan menggunakan undang-undang darurat untuk mengisytiharkan MAGERAN atau membubarkan parlimen jika BN kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

Ini merupakan satu amalan politik yang tidak sihat dan terlalu gilakan kuasa. Apabila seseorang perdana menteri sudah tidak diyakini oleh penyokong sendiri, mereka mesti berundur, bukannya mengugut wakil rakyat supaya tidak melakukan sesuatu.

Bahkan, tindakan mereka yang hendak berhijrah " melompat " parti adalah suatu yang demokratik jika ia dilakukan dengan tujuan yang baik. Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah supaya wakil mereka membela kepentingan rakyat, dan wakil-wakil rakyat BN mendapati BN bukanlah wadah untuk membela rakyat, sebaliknya untuk kroni dan keluarga Perdana Menteri. Untuk melaksanakan mandat rakyat mereka perlu berhijrah kepada Pakatan Rakyat dan meninggalkan BN.

Pak Lah cuba juga menggambarkan bahawa beliau berupaya untuk mendaruratkan negara ini atau membubarkan parlimen, sedangkan ia adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Pak Lah seolah-olah cuba memberi tahu rakyat bahawa Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju dengan caranya dan Baginda akan tunduk dengan kehendak beliau.

PAS percaya bahawa Tuanku tidak akan mudah diperalatkan oleh BN dan PAS sangat berharap supaya Tuanku boleh memainkan peranan penting dalam menamatkan krisis politik ini.

BN cuba menjadi Yang di-Pertuan Agong sebagai alat politik mereka dengan menyuruh Tuanku membubarkan parlimen. Perkara ini tidak akan berlaku kerana Baginda terkenal dengan kebijaksanaan dalam pentadbiran seperti yang berlaku dalam krisis politik di Terengganu selepas pilihan raya lalu.

Tidak menjadi satu kesalahan untuk bertukar parti kerana ia adalah hak setiap wakil rakyat.

Tidak munasabah untuk seorang wakil rakyat berdegil dengan partinya walau tahu partinya sudah rosak. Bahkan, Umno/BN sendiri sudah beberapa kali melakukan perkara yang sama dalam menjatuhkan kerajaan.

Pada 1961, Umno membeli wakil rakyat PAS untuk menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu. Pada 1967, Umno melakukan sekali lagi di Kelantan, tetapi gagal. Kemudian pada 1994, kerajaan PBS di Sabah dijatuhkan dengan cara yang sama.

Adakah apabila giliran Umno melakukannya ia adalah demokratik, apabila parti lain yang ingin menjatuhkan BN demi untuk perubahan masa depan negara, maka ia dianggap tidak demokratik.

Jika demikian mengapa Umno/BN melakukannya di Kelantan pada 2004 dan Tajol Rosli melakukan di Perak menjelang 31 Ogos baru-baru ini?

Umno bertegas bahawa perbuatan memujuk wakil rakyat BN ini suatu perkara yang tidak bermoral, tetapi mereka sendiri melakukannya. Bukankah Umno juga berusaha memujuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyokong BN dalam isu muzakarah.

Bermoralkah Umno? Umno patut menilik pada diri sendiri sebelum mengatakan tindakan orang lain sebagai tidak baik. Pakatan Rakyat memujuk wakil BN berpindah kem adalah untuk kebaikan rakyat setelah BN terbukti gagal membela kepentingan rakyat. Sedang BN membeli wakil rakyat pembangkang untuk kepentingan dan survival politik sempit mereka.

PM juga sedang melakukan ugutan dengan menakutkan wakil rakyat BN. PM ini berusaha untuk melakukan ugutan yang baru iaitu melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Dua agensi kerajaan ini sudah diarah untuk menyiasat mana-mana wakil rakyat yang terlibat dengan rasuah atau melarikan diri daripada membayar cukai. Mereka akan didakwa jika cuba melompat daripada BN.

Persoalannya, apakah apabila seseorang itu kekal dengan BN, dia mempunyai imuniti daripada undang-undang, sedang bila keluar sahaja, maka undang-undang akan berkuat kuasa ke atasnya.

Inikah yang dikatakan keadilan untuk rakyat? BN bukan sahaja mengugut wakil rakyat mereka demi kelangsungan kuasa Pak Lah, tetapi turut memermain-mainkan undang-undang.

Kerana itu, wakil rakyat BN yang ingin menyertai Pakatan Rakyat, mereka mesti melakukan dengan segera supaya kerajaan BN terus tumbang dan tidak lagi dapat memperalatkan jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka.

PAS berharap kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dapat memainkan peranan untuk melindungi wakil-wakil rakyat BN yang ingin berhijrah ke Pakatan Rakyat bagi menjayakan pembentukan kerajaan baru bagi negara Malaysia yang lebih bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara dan prihatin terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat.

SYABAS DR OSMAN DAN RAMLANG, BERANI KERANA BENAR

Saya sangat menyanjung insan-insan di dunia ini yang berani kerana benar walaupun berhadapan dengan kerenah dan fitnah manusia. Sifat berani kerana benar adalah sifat yang sangat mulia kerana dengan keberanian seseorang itu maka, akan ada insan yang teraniaya dibela.

Inilah yang dilakukan oleh dua orang hamba Allah yang saya rasa mempunyai watak yang sangat penting dalam episod fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Tanpa keberanian saksi-saksi atau hamba Allah yang terlibat secara langsung ini maka mudah puak-puak yang menjadi konspirator mengatur gerak seterusnya untuk menguatkan lagu hujah fitnah mereka.

Tidak syak sifat mulia Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dan Imam Ramlang Porigi yang sanggup menggadaikan nyawa dan periuk nasi masing-masing demi kebenaran mesti dicontohi oleh semua rakyat Malaysia dan hamba Allah di dunia ini. Andaikata lebih ramai insan seperti mereka berdua ini saya yakin negara kita akan lebih aman dan maju. Namun tidak ramai yang berani seperti mereka berdua. Kebanyakannya lebih sayang kepada pangkat dan kedudukan sehingga sanggup berdiam diri merahsiakan perkara yang sebenar. Tetapi ingat Saksi palsu, berbohong dan menyembunyikan kebenaran merupakan satu dosa besar.

Pada kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini Imam Ramlang Porigi mendedahkan duduk perkara sebenar dalam isu sumpah Saiful di mana beliau menyatakan beliau dipaksa untuk duduk seolah-olah menjadi saksi ketika Saiful bersumpah mendakwa DSAI meliwatnya. Imam Ramlang dengan tegas dan berani berkata perkara yang benar.

Hari ini pula, Dr Mohd Osman yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, muncul untuk mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.

Dr Osman telah mengambil cuti lebih sebulan lalu selepas kebocoran laporan perubatannya ke atas Saiful itu, pada 28 Julai lalu.

Doktor tersebut, yang ditemani peguamnya - M Puravelan dan Yusri Kamaruddin - mengadakan sidang akhbar di Majlis Peguam pada jam 12 tengahari ini.

Beliau mengesahkan bahawa akuan berkanunnya, yang disiarkan oleh Malaysia Today memang ditandatanganinya.

"Saya tidak terbabit dalam politik, saya sentiasa bercakap benar," kata Dr Osman yang kelihatan agak gementar.

Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.

Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.

Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut beberapa minggu kemudiannya.

Dr Osman berkata, beliau mengadakan sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.

Beliau yang membaca kenyataannya berkata, beliau mengambil cuti kerana beliau merasa tertekan ekoran siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatannya ke atas Saiful.

Dr Osman juga berkata, beliau tidak tahu bagaimana laporan perubatannya ke atas Saiful diketahui umum.

Ditanya sama ada beliau masih lagi berkhidmat dengan Pusrawi, Dr Osman berkata, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.

Dr Osman juga menafikan dakwaan bahawa beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya.

Syabas Dr Mohd Osman dan Imam Ramlang, ingatlah sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang-orang benar.

Kadar zakat fitrah mengikut negeri

Zakat Fitrah according to states

  • Johor = RM5.00
  • Melaka = RM4.70
  • Negri Sembilan = RM5.00
  • Selangor = RM5.20
  • Kuala Lumpur/Putrajaya = RM4.70
  • Penang = RM5.00
  • Kedah = RM5.00
  • Perlis = RM5.00
  • Perak = RM5.00
  • Pahang = RM4.80
  • Kelantan = RM4.80
  • Terengganu
    Grade A = RM5.50
    Grade B = RM5.00
    Grade C = RM4.20
  • Sarawak = RM5.20
  • Sabah = RM5.20

5 taktik terbaik Pendatang Asing Tanpa Izin menyeludup masuk...


No.5
(dalam beg pakaian..isk...isk...isk...)









No.4
(dalam dashboard kereta...adeh sakitnya otot-otot!)








No.3
(dalam rear seat kereta...macam sardin King Cup pula dia tu...!)









No.2
(dalam enjin kereta...heheh...kulit badak atau unta kah orang ni ah...???)








No.1
(Dalam front passenger seat kereta...kah...kah...kah...!!!!!
Bergeliga betul otak diurang ni tapi kena tangkap juga! Kantoi woi...!!)





AWAS!!!! AMARAN...
SEMUA PEMBACA YANG MEMILIKI KERETA DISARAN SUPAYA MEMERIKSA BETUL-BETUL KERETA
MASING-MASING SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN. MANALAH TAHU ADA PATI YANG BERSEMBUNYI
DALAM STERING KAH, DALAM WIPER KAH, DALAM TANGKI PETROL KAH, DALAM TAYAR KAH...