Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 16 Ogos 2008

Video Sumpah Si Saiful

Blh donlod link kt bawah...

Saiful bersumpah

Jumaat, 15 Ogos 2008

Saiful: Saya tidak rela diliwat

ayo....maner satu yg betol nih...
cuba tgk laporan malaysiakini

Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kondominium mewah di Damansara.

Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang tadi.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat dan mengucap dua kalimah syahadah.

"Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

"Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat."


Masa naik mahkamah ari tu...suka sama suka...
ari ni tetiba jer bersumpah dah jadi dipaksa pulak.
Sumpah ni sengaja dibuat utk mengurangkan populariti DSAI
di kalangan pengundi Permatang Pauh.


Xtahu la sumpah ker sesumpah yg dibuat olaeh si saiful tu.
Sepatutnya, org yg dituduh liwat itu bersumpah utk membersihkan
namanya,bukannya org yg menuduh.

Sepatutnya kes ni blh selesai awal, xperlu dipolitikkan lagi.
klu dah bersumpah tu, tunggu jer lah pengadilan di akhirat kelak,
itu lagi adil. Klu nk dibicarakan di dunia mmg x adil sbb perbuatan liwat
cmtu memerlukan 4 org saksi yg adil, br lah blh dibicarakan.
Undang2 ciptaan manusia memang x adil,
dah ada al-Quran, tp xnk ikut.
Cmni ker org Islam??

Iblis Dengan Ahli Neraka

ALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api.

Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: "Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka."

Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai para penghuni neraka." Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis.
Kata Iblis: "Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'ir."

Berkata Iblis lagi: "Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. Akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat."

Berkata Iblis lagi: "Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?"

Akhirnya Iblis berkata: "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam."

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.

Malaikat Zabaniah berkata: "Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya. "

Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti maka segala-galanya tidak berguna lagi.

Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya.

Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.

UiTM :cadangan kepada kerajaan selangor


Demo pelajar UiTM telah melondehkan beberapa perkara.Walaupun tujuan demo tersebut untuk memprotes cadangan TSK tetapi yang terlondeh ialah beberapa kelemahan siswa yang perlu diambil tindakan segera dan tegas oleh kerajaan negeri Selangor.Tindakan tindakan ini adalah perlu di kala negara berusaha melahirkan modal insan yang cemerlang dan pro aktif.Salah satu perkara yang perlu diambil pendirian tegas dan perhatian segera oleh kerajaan negeri ialah terdedahnya keruntuhan akhlak siwa siswi UiTM termasuk aktiviti sex bebas yang dikataka berleluasa di rumah rumah sewa pelajar.


Perkara ini perlukan tindakan segera kerajaan negeri Selangor kerana kita semua tahu pihak pentadbiran UiTM tidak berminat dengan perkara sebegini,mereka lebih berminat untuk menyatakan bantahan kepada cadangan TSK.


Antara yang boleh dibuat oleh kerajaan negeri ialah penguatkuasaan undang undang syariah di UiTM dan kawasan sekitarnya.Pencegah pencegah maksiat perlu dihantar di seluruh kawasan rumah sewa pelajar di sekitar Shah Alam.Pencegahan segera amat amat diperlukan malah ianya menjadi lebih penting kepada kita semua dari cadangan membuka UiTM kepada pelajar bangsa lain.


Umumnya,ramai ibupaba pelajar UiTM yang mula bimbang dengan perkembangan negatif ini.Lebih membimbangkan ianya berlaku di salah sebuah IPT kebanggaan negara.Selama ini tidak ada tindakan pencegahan dibuat oleh kerajaan yang lalu.Dari itu aktiviti sumbang dan menyalahi perintah agama ini menjadi semakin berleluasa.Kini sampai masanya kerajaan negeri yang kita sandarkan harapan mengambil tindakan tegas berdasar bidang kuasa yang ada.Ana yakin kerajaan negeri mampu melakukannya dan mampu melondehkan kebobrokan sosial di UiTM,sebuah IPT yang kita semua harapkan untuk melahirkan intelektual melayu.


Kita tidak mahu intelektual melayu yang dilahirkan oleh UiTM tidak lagi patut kepada ajaran agama dan menjadi sebahagian rakyat yang tidak berguna kerana membuang "bayi" merata rata.Jangan sampai taraf intelektual melayu setaraf dengan bohsia atau bohjan kerana suka buang bayi ini.


Bertindaklah sekarang.Kepada TSK dan Dr. Hassan Ali,tolonglah lakukan sesuatu demi agama bangsa dan negara."

Trajedi pergaduhan di Sekolah Men Sg. Manir,Terengganu [18sg]

Xtaw lah betol ker x...
nampak cam eksiden...
tp x mustahil kalu bergaduh pun...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Balasan Kpd Yg Terlibat Dalam Konspirasi 1998

dari sumber Tn Hj Sunan...Perisik Rakyat

telah terbukti doa orang teraniaya adalah amat makbul dan tanpa hijab waima doa orang kafir sekali pun tetap akan dimakbulkan.rasanya mungkin ada yang masih belum tahu lagi nasib yang menimpa kepada perancang konspirasi 1998 lepas.


Lihat senarai mereka yang telah diadili.

Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?

Azizan Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.

Aziz Shamsuddin------> ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.

Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar.

Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar.

Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera.

Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!


Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.

Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Ya, hanya 'perkara yang baik' akan menemui mereka yang melakukan 'kebaikan' kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.


Contoh, orang seperti Hamzah Zainuddin, seorang yang suka berfoya-foya, tidak wajar diberi 'jalan keluar' yang mudah. Kepada Hamzah, nasibnya lebih teruk daripada kematian.

Dan apakah anda mungkin bertanya, nasib Hamzah yang lebih dahsyat daripada kematian?
Hamzah diperintah bayar RM11.206 juta

Pada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan Pengerusi Felcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta dan jumlah ini mesti dibayar dalam tempoh sebulan.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri, ketika membaca keputusan itu berkata, ia merangkumi bayaran tuntutan mutaah dan tuntutan nilai gaji serta kenaikan tahunan ekoran perletakan jawatan plaintif (bekas isteri) yang kesemuanya berjumlah RM11.206 juta.

Dalam keputusan itu, mahkamah juga mengarahkan Hamzah membayar satu pertiga daripada harta sepencarian melalui jumlah saham-saham di tiga buah syarikat sebanyak 21,064,286 unit atau sebagai pilihan beliau perlu membayar RM10 juta.

Mahkamah turut memutuskan harta tuntutan balas Hamzah terhadap Nooraini yang berupa dua kereta mewah dan sebuah rumah di Subang Jaya, Selangor, dikekalkan milik bekas isterinya keseluruhannya sebagai hibah.

"Tuntutan mutaah yang layak kepada plaintif dalam masa perkahwinan mereka selama 15 tahun."

"Tuntutan nilai gaji dan kenaikan tahunan setelah plaintif meletakkan jawatan dalam masa perkahwinan adalah layak dituntut selama 22 tahun," katanya lagi.

Hamzah diwakili oleh peguam syarie Zulkefli Ulul Aziz, manakala Nooraini pula oleh peguam syarie Asmuni Alwi.

Tuntutan mutaah merangkumi nafkah diri selama 15 tahun sebanyak RM360,000; pakaian dan hiasan diri sebanyak RM270,000 serta upah menjaga anak kira-kira RM180,000.

Bagi tuntutan nilai gaji selama 22 tahun berjumlah RM382,866 manakala kenaikan tahunan pula kira-kira RM13,200.

Dalam keputusan itu, Hassan berkata, mahkamah memutuskan harta tiga buah syarikat yang dihujahkan sebelum ini diisytiharkan sebagai harta sepencarian iaitu Hexagon Holding Berhad, Evermaster Group Berhad dan Asian Pac Holding Berhad.

Katanya, jumlah unit saham di Hexagon Holding Berhad adalah 3,013,957 unit, Evermaster Group Berhad adalah 3,496,901 unit dan Asian Pac Holding Berhad adalah 56,682,000 unit.

"Dengan itu, plaintif layak dan berhak menuntut satu pertiga bahagian daripada jumlah nilai saham di tiga buah syarikat tersebut."

"Tetapi defendan diberi pilihan dengan membayar sebanyak RM10 juta sebagai ganti," katanya.

Hassan memberitahu, Nooraini berhak membuat tuntutan mutaah kerana sepanjang perkahwinan dengan Hamzah, beliau tidak pernah mengaibkan nama suaminya serta sentiasa menjaga kehormatan dan keselamatan anak-anaknya.

"Mutaah wajib dibayar oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang taat dan tidak pernah dilaporkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah."

"Bagi kes itu, si isteri sanggup berkorban dengan bekerja sendiri walaupun defendan mengetahui kesukaran yang dialami bagi menanggung dan menjaga anak-anak di
rumah," katanya.



renung2kanlah

p/s---->yang di bold kan tu adalah nama mereka-mereka yang terlibat dan balasan Allah ke atas mereka.Allah bagi balasan bukan sahaja cash di dunia tapi sampai akhirat jua.

Cuti datang lagi

yea...yea...
cuti lagi...

bdk sek start cuti ,
aku pun sibuk nk cuti jgk..
hehe

dah org bagi..kita amik jer lah...
so,
utk pengetahuan sumer,
esok aku akan start cuti

xlama,
seminggu jer.
maknanya klu aku dah balik kg,
aku xkan update blog nih selama seminggu...

xtaw lah klu tetiba lak aku rasa rajin nk g ke cc.
namun aku akan buat draf dlm masa seminggu ni supaya
blog aku sentiasa up2 date

=]

Cinta seekor cicak

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan... .. Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!

Harga minyak baru bergantung kepada Permatang Pauh

"Hari
ini Dollah mengumumkan akan menurunkan harga minyak pada 1 September
nanti berdasarkan penurunan harga minyak dunia. Pastinya rakyat akan
bergembira dengan berita ini.


Apa
jua yang diperkatakan oleh Dollah tentang sebab penurunan itu, bagi
saya nilainya pasti akan ditentukan berdasarkan keputusan Pilihanraya
Kecil Permatang Pauh.

Kenapa begitu?
Isu
tawaran penurunan harga minyak akan dijadikan modal bagi menghadapi
Pilihanraya Kecil itu memandangkan Anwar juga memainkan isu yang sama.
Oleh itu Dollah dan kroni BNnya mempertaruhkan harga minyak diatas
kertas pengundi agar pengundi tertarik untuk memberikan peluang kedua
kepada BN mengalahkan Anwar.

Sebenarnya,
dalam dua bulan kebelakangan ini, harga minyak sering turun. Tapi tiada
satu pun tawaran dibuat. Isu penurunan ini baru sahaja disebut, iaitu
selepas Wan Azizah letak jawatan.

Berdasarkan
pengamatan saya, Dollah telah merancang perkara ini lebih awal kerana
semasa Pilihanraya Umum lalu, Wan Azizah telah mengumumkan bahawa
kerusi beliau akan dikosongkan untuk Anwar selepas tamatnya tempoh
larangan untuk suaminya itu. Dollah tahu, Anwar akan masuk Pilihanraya
kecil juga akhirnya.

Sebab
itulah, Dollah mengambil langkah drastik untuk membuat pusingkan
keuntungan terlebih dahulu dengan menaikkan harga minyak antara
78sen-RM 1. Walhal, harga itu boleh dinaikkan pada kadar yang kurang
dari itu. Prestasi harga minyak dunia yang turun naik sebenarnya perlu
diambil kira, dan kenaikkan 30sen sebenarnya sudah menguntungkan kroni
Dollah. Tetapi disebabkan mereka tamak, mereka naikkan lebih
78sen…kemudian mereka akan tawarkan penurunan yang akhirnya rakyat
tertipu.

Rakyat
akan fikir bahawa BN memang baik kerana turunkan harga minyak lepas
ini. Walhal itulah harga yang sebenarnya BN nak naikkan dulu. Mereka
naikkan lebih sikit, kemudian turunkan sikit. Hakikatnya harga tetap
lebih tinggi dari harga lama. Kesimpulannya harga minyak tetap naik
juga.

Inilah taktik ekonomi dinosour BN yang cuba mengambil kesempatan pada rakyat yang kelihatan kini semakin lesu untuk membantah.


Kenapa tunggu 1 September?Dollah
sebut akan turun 1 September. Maklumlah, pilihanraya Permatang Pauh
akan berlangsung pada 26 Ogos ini. Maka mereka sempat lagi untuk
jadikanya modal kempen dan tunggu keputusannya.


Berapa banyak nak turun?Kita juga tertanya-tanya. Berapakah nilainya. Bagi saya, nilainya akan ditentukan oleh siapakah pemenangg di Permatang Pauh.

Kalau
BN Kalah, nilainya mungkin sedikit kerana mereka nak balas dendam pada
rakyat atau mereka akan turunkan dengan banyak untuk tunjukkan pada
rakyat bahawa BN memang baik hati. Ini akan dijadikan modal bagi
menahan ahli parlimen lompat pada PAKATAN selepas kemenangan Anwar.

Tapi
kalau BN menang penurunan yang banyak dijangka berlaku dengan harapan
rakyat dapat terus mempercayai BN. Tapi tak mustahil juga penurunan itu
sedikit kerana bagi BN, turun banyak nanti akan merugikan kroni mereka.
Walau apa jua alasannya, penurunan itu mempunyai kaitan dengan
kepentingan politik BN.

Dollah
menekankan bahawa subsidi 30 sen dikekalkan. Ini bermakna kadar
penurunan itu mungkin sebanyak 30 sen atau 20 sen atau 10 sen…atau
kurang dari itu.


Jangan seronok sangatSeperkara
lagi, saya juga berharap agar kita tidak selalu seronok dengan tawaran
itu kerana kadar pengangkutan awam telah dinaikkan. Caj elektrik naik
dan banyak lagi yan tidak akan diturun-turunkan oleh BN.

Mereka kurangkan sedikit harga minyak tapi naikkan lebih 15% harga barang dan caj perkhidmatan lain.

Akhirnya
rakyat juga yang terhimpit. Nak tak nak kena bayar juga. Kita dipaksa
dan tiada pilihan selain dari terus menerus mengkayakan kroni BN."

Dewan Ulama PAS: Hadi layak jadi PM

IPOH: Dewan Ulama PAS Pusat berpendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul HAdi Awang merupakan pemimpin yang layak untuk menerajui kerajaan baru jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pada 16 September.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata Dewan Ulama sentiasa menyambut baik sesiapa sahaja yang ingin menjadi Perdana Menteri yang baru jika pemimpin yang dipilih itu menjadikan Islam sebagai asas pentadbirannya.

"Jika anda tanya kami (PAS), maka sudah pasti kami katakan Datuk Seri Abdul Hadi adalah orang paling layak untuk memikul tanggungjawab itu," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Dewan Ulama PAS Pusat di Dewan Perbandaran di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta megulas mengenai pendapat peribadi Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Mohd. Amar Nik Abdullah yang lebih suka mengutamakan Presiden Pas itu menjadi Perdana Menteri berbanding pemimpin dari parti lain.

Mohamed Daud berkata pendirian itu adalah sesuatu yang normal kerana sudah pasti penyokong PAS mahukan pemimpin mereka yang menjadi pemimpin nombor satu negara.

"Namun kita dalam Pakatan Rakyat akan berbincang mengenai siapa yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri.

"Soal berebut jawatan itu tidak timbul kerana sudah pasti semua komponen Pakatan Rakyat akan memutuskan individu yang layak menerajui pimpinan negara," katanya.

Tegas beliau, jawatan dan pangkat bukan sasaran utama untuk mengambil alih kerajaan sebaliknya tanggungjawab menguruskan kerajaan dengan sempurna mengikut landasan Islam itu yang lebih penting.

Khamis, 14 Ogos 2008

8G pada lelaki yang dibenci wanita

1. Garang

( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam lah dia betul semua, dan sebagainya).
Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas

(kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yang dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar

(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dan sebagainya) Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yang dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabrah

(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada

(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dan sebagainya) Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal

(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat untuk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo

(keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat, macho sangat, dll). Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal

(miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri). Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

SUMBER : Dr. Fadzilah Kamsah...

Myvi SE

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Lawak ujang



AMARAN: Jangan tgk klu lemah semangat

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Bayi 2 muka

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Apa menarik kat China

sempena sukan olimpik ni...
jom kite ke China


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket