Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Rabu, 2 Julai 2008

Anwar ada bukti dimana beliau berada 26 Jun

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan fakta dimana beliau berada pada 26 Jun lalu iaitu tarikh yang didakwa Saiful Bukhari Azlan sebagai tarikh kejadian liwat kononnya berlaku.

ImageDalam ceramahnya di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Anwar menyatakan penjelasan mengenai hal itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Saiful Bukhari yang membuat laporan di Pondok Polis HKL di bawah kawalan Jalan Travers mendakwa beliau diliwat Anwar pada 26 Jun lalu di Kondominium Desa Damansara.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu sejurus selepas laporan mengenai dakwaan liwat itu diketahuinya.

Di hadapan 10,000 penyokongnya, Anwar turut menegaskan bahawa tuduhan yang dihadapkan ke atasnya itu adalah 'rekaan' semata-mata untuk menjatuhkan beliau.

Malah beliau menyesyaki tuduhan itu dilakukan kerana niat jahat pihka tertentu tatkala melihat sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

Kenyataan itu disambut dengan sorakan oleh para penyokong yang setia menanti penjelasan Anwar sejak isu tuduhan liwat ke atas beliau dilaporkan media Ahad lalu.

ImageTurut berceramah antaranya, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah.

Sementara itu Anwar juga memberitahu penyokongnya bahawa beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berhubung penyelewengan fakta laporan kes 'mata lebam pada tahun 1998.

Menurut Anwar laporan polis itu berhubung siasatan kes beliau ditumbuk (mata lebam) oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor pada 1998 yang didakwa melibatkan penyelewengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Anwar percaya Musa Hassan dan Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadapnya.

"Musa dan Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya daripada pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah," katanya sambil disambut oleh sorakan gemuruh penonton.

ImageDalam ceramah tersebut juga Anwar mengecam sebarang percubaan jahat untuk menjatuhkannya.

Bagi Anwar kerja-kerja sedemikian adalah kerja golongan yang terdesak yang tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya untuk mengambil alih pemerintahan.

Justeru beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba untuk menjatuhkan reputasi beliau agar berhati-hati kerana beliau tidak akan tertipu dengan permainan mereka ini. _

Diari.. seorang rakyat Marhaen...

"Assalamualaikum. .
FIKIRKANLAH. ..

6.30 pagi - Selepas Solat, anak kedua minta duit lebih untuk beli buku tambahan, manakala anak sulung pula meminta duit bas sekolah yang baru dinaikkan. Tanpa fikir panjang permintaan mereka aku tunaikan demi pelajaran.

7.00 pagi - Sewaktu menghidupkan enjin kereta,terpandang pula meter minyak sudah ditahap bahaya, sambil menunggu enjin panas, ternampak pula tayar kereta yang bunganya sudah hilang seri, belum lagi nak dikira dengan minyak enjin yang aku selalu buat ISIAN SEMULA.


7.15 pagi - Sebelum kereta sempat keluar,isteriku pula meminta wang tambahan belanja dapur yang semakin lama semakin tidak cukup,malah kadang kala terpaksa pula berhutang dengan isteriku,kesian dia...

7.35 pagi - " Berapa ? " . " Errr!! RM15 jerlah! " . " OK, DAH !! " . " AIK!! baru aku terkira-kira duit dan siap isi MINYAK ,Cepatnya!. Perjalanan ketempat kerja terasa lembab,iyerlah kena pandu bawah 100 (JIMAT BEB), mengekori ku sebuah Mercedes (jenis seposen dua posen) yang dari tadi tak potong-potong walaupun dah diberi laluan,kesian tuannya pun jimat jugak rupanya.

Sampai dipersimpangan jalan,terdapat pula BESI HADANGAN untuk jalan pintasku,terpaksa pula mengubah laluan ke jalan berTOL.

8.10 pagi - Sampai di Kedai , belum sempat duduk,terpandang pula beberapa bil-bil yang diletakkan di atas meja (yerlah semalam aku buat kerja luar). Rasanya baru minggu lepas aku bayar semua bil,semalam datang lagi (bayar lewat la ni ).. Mari kita buka satu persatu.

TNB - Tiada syarikat lain yang bekalkan letrik hanya TNB ,ingat tu!.

"Hah!! Bil bulan lepas RM257.30 ,Bulan ni RM315.17 -Naik Dah!!.

Cagaran Tambahan ada pulak RM400- kononnya (Dulu masa aku telefon ) aku guna lebih,jadi Deposit kena lebih ler, ada pulak. Untuk makluman Deposit aku RM300,tang mana yang lebih tak tau la, ikut logik RM15.17 kena tambah deposit RM400,bayangkan kalau lebih RM50,berapa Cagarannya.. Tunggakan yang tah datang dari mana aku pun tak tau tapi menurut kata ,tunggakan diambil dari bil 2,3 taun dulu (siapa boleh simpan bil lama memang hebat) . Denda lewat bayar RM10 (yang ni dah dikira wajib diisi .. walaupun jarang-jarang aku bayar tepat waktunya). Bayangkan kalau RM10 denda untuk seramai 1 juta ..banyak tu TNB untung percuma..

AIR- Syarikat perbekalan air yang airnya sama tapi kadarnya tak sama antara negeri-negeri (kecuali SINGAPURA ).

Bulan lepas RM47.12 ,Bulan ni RM56.55 -boleh la, takda air payah.
Sewa Meter (Dulu tiada,sekarang ada) RM1.00 . Ini lagi satu cara untung percuma kan..

TELEKOM - Syarikat yang kabarnya untung 100% setiap tahun. (awak sorang boleh ler).

Bil bulan ini ada penurunan dari RM155.21 kepada RM130.34 - yerlah banyak guna enpon, tapi tak syoknya bab sewa telefon RM45 sebulan,guna ke tidak tetap kena bayar ( patutla untung yek!! ).Ini pun boleh dikategorikan sebagai untung percuma..yerlah mana ada orang ganti telepon (rosak) setiap bulan yer tak?,itu tak kira lagi dengan denda lewat bayar.

STREAMYX.. kadarnya sama setiap bulan cuma yang tak sama,perkhidmatanny a yang kejab stabil sekejab tidak,makin ramai pelanggan makin teruk, SABO jer la..

9.30 pagi - Tekak terasa perit,nak minum kat kedai faham jer la,beli ler air kotak soya dulu RM1.00 sekarang RM1.30( jimat 50sen dari harga MINYAK). Baru nak minum,datang pula penguat kuasa sebab :

- Tak letak kad (RM ni ) parking pada kereta. "eh!! ada pulak saman tak letak peringatan (RM juga) pada kain rentang didepan kedaiku sendiri..
Disebabkan kesian kot hanya diberi peringatan untuk :
Barang yang diletakkan di kakilima kalau tak alih boleh di KOMPAUN!
Saiz SIGNBOARD kedai besar sangat,kena bayar kalau nak guna juga.
Lesen perniagaan yang baru kena mohon sebab buat penambahan kedai (walaupun mengikut plan -bayar gak ni ). Urusan perniagaan mesti mengikut apa yang tercatat pada lesen walaupun HALAL (camner nak duit lebih ...).

10.05 pagi - Sedih dan terkilan tengok keadaan kedai yang kurang pelanggan, iyerlah dulu kita sorang yang buat bisnes ni disini,sekarang persaingan sengit (Biasalah orang kita pandai meniru- contoh kat satu simpang ada sebuah kedai makan baru dibuka.esok lusa akan bertambah pulak kedai makan di sebelahnya). Nak marah tak boleh mereka pun nak idup..SAbo jer la..

10.41 pagi - Ada panggilan buat keje luar, tengah seronok layan angin sambil memandu (jimat kos tak guna aircond) kena tahan pulak dek JPJ dan Trafik.. Tengok saman apa aku kena :

- " Awak bawa melebihi had laju dibenarkan , "kawasan apa ni Encik ? " "kawasan ni 60 jer ".. Biasalah MEREKA ni memang selalu operasi kat kawasan 60 jer,jarang operasi kat kawasan 90,yerlah ramai sikit yang kena yek!!.;SAIN ajer ler..

- Cermin gelap yang aku pun keliru tentang kadar dan undang-undangnya, kejab begitu itu kejab begini.

- Mengubah Bumper kereta (Dah bumper Honda yang murah dan tahan lama,Proton mahal ). Ini pun pelik,tukar Bumper leh menyebabkan kereta Accident ker?. Bukan tukar Engine bang...

12.15 tgh - Sampai di kedai semula,ada pula surat saman ekor atas nombor motor buruk (kapcai) aku yang dah tinggal rangka itu,KESALAHAN langgar lampu merah,paling best, disaman di Pulau pinang sedangkan aku di pahang..terus telefon balai polis,apapun aku tetap kena bayar kenapa :

- Mana nak cari geran motor tu bang..bertaun tak idup, tak kan nak bawak rangka motor tu ke balai, boleh bayar murah tapi kena bayar kat sana (Gila ker ape )..

1.00 tgh - Isteriku telefon,ambil anak disekolah,Bas rosak pulak, terkejar lah pulak ke sekolah..(Minyak dah kureng dah kat sini )..

3.40 ptg - Datang semula ke kedai, Uruskan kerja-kerja yang perlu dilakukan,datang kawan baik ku " La..apsal tak pasang air-cond, panas ni macam mana nak buat keje " ...malas aku nak layan..teruskan kerja..

4.15 ptg - Bank telefon mengingatkan aku , bayaran ansuran kereta belum dijelaskan (dia telefon pun kita bayar tau ),walaupun surat peringatan (bayar gak ni ) telah dihantar.

6.00 ptg - Pulang ke rumah dengan membawa hasil perniagaan yang semakin sedikit kadarnya...

8.00 mlm - Tengok Berita tv3,ada isu sama malam ini dan sebelumnya :

- penyeludupan berlaku tetapi yang dapat ditangkap cuma pengawal keselamatan serta pekerja bawahan ajer..kesian baru keje 3 hari...

- Terasa negara dipimpin oleh Melayu kulit putih ,semua wawancara bercakap bahasa inggeris.

- Apabila sesuatu barang keperluan naik, Tinjauan dan kesalahan hanya dilakukan terhadap peniaga kecil,pembekal tidak diusik pun.

- Pembangkang teruk dibuli,walaupun kadang kala mereka berusaha untuk menyenangkan rakyat.

- Isu artis kawin ,cerai pun jadi isu utama.

-Orang susah hanya terdapat di negeri tertentu sahaja.

- Perebutan kuasa dan tuduh menuduh ingatkan kat negara luar saja,kat sini lagi banyak rupanya,

9.10 mlm - Sebagai ahli,aku hadir ke Mesyuarat JKKK , banyak yang aku boleh rumuskan disini antaranya :

-Usul untuk melantik sendiri ketua kampung ditolak kerana ini urusan orang atasan.

- Imam masjid yang lama perlu diganti (Orang PAS beb),ganti dengan Hj. Sameon(Ketua Cawangan ) yang berbini 2,yang jarang ke masjid tapi kerap ke rumah no 1 dan 2.

- Kita hendaklah memberi sokongan kepada pimpinan yang ada kalau tidak akan berlaku pecah belah. (walaupun hidup susah).

- Pastikan peruntukan dan permohonan orang kita dulu yang terima,dan biarlah berita ini tersebar antara kita sahaja.

- Urusan kampung terutama tentang projek-projek akan melalui hj. Sameon dulu (patutler bini2 ) untuk ditapis sebelum diserahkan pada ahli serta orang kampung.

- En. Daud ( setiusaha ) telah dipecat dari jawatan kerana membantah beberapa isu berkenaan kepentingan kampung ,serta dituduh tali barut pembangkang, walaupun diketahui En. Daud pernah melempang Ketua Cawangan PAS serta kehidupannya serba KEBIRUAN..(Dulu kini dan Selamanya.

- Hj. Sameon belanja ahli makan diluar..(Banyak duit dia ek!!)

12.10 mlm - Sebelum memelapkan mata,aku terfikir ...


"PATUTKAH AKU PERGI KE ARAH MEREKA YANG MENJANJIKAN SEDIKIT KESENANGAN .. ATAU MASIH DISINI YANG TELAH TERBUKTI TIADA KESENANGAN ".. zzzzz
"

Pengangkutan Awam Bukan 'People-Centric Project' ke?

Harga petrol naik 40%, rakyat diseru ubah cara hidup, disuruh naik pengangkutan awam, jadi dimana rasional kerajaan kata monorail bukan projek 'people centric'. Rakyat nak ubah cara hidup dengan menggunakan pengangkutan awam yang mesra alam, tapi projeknya dibatalkan. Samalah macam suruh anak belajar rajin-rajin tapi tak bagi buku, pen untuk belajar.

Saya tidak tinggal, bekerja dan bukan orang Penang.

Pengangkutan awam seperti monorail ini sepatutnya jadi satu keperluan utama. Infrastruktur sebegini penting untuk bandaraya sebab ia boleh menjimatkan penggunaan tenaga, memudahkan rakyat, tidak mengeluarkan CFC, tak ada pencemaran bunyi, kadar kemalangan kosong, meningkatkan taraf keselesaan rakyat, sistem yang 'reliable', menjimatkan kos pengangkutan rakyat, menjimatkan masa rakyat (masa pun kos), tapi peliknya, kerajaan tidak mengkategorikan ia dalam 'people centric project' (PCP).

Jadi, boleh kerajaan tolong jelaskan senarai 'compliance' untuk PCP. Apa kriteria nya? Apa parameter dalam mengklasifikasikan PCP ini?

Jadi mana rasionalnya aspirasi kerajaan nak melihat rakyat Malaysia ini menggunakan pengangkutan awam?

Memanglah ada banyak lagi jenis pengangkutan awam, tapi bezanya yang lain itu menggunakan minyak. Dato' Shahrir kata, kita kena berjimat 'reserve' minyak yang kita ada, supaya anak cucu kita dapat merasa hasil minyak yang kita pernah ada. Jadi monorail Penang itu patut dibina!!
Kalau Kuala Lumpur sudah ada monorail atau LRT dari tahun 80an dulu seperti yang dicadangkan oleh Dato' Shahrir sendiri masa menjawat Menteri WP dulu, dah tentu rangkaian LRT dan monorail sekarang lebih luas dari sekarang. Begitu juga Penang, jangan biar sistem pengangkutan awam di Penang untuk 15 tahun akan datang jadi macam KL sekarang. Mana aspirasi Wawasan 2020. Pengangkutan awam adalah 'pre-requisite' untuk jadi negara maju.

Betullah andaian YB Sallehuddin Ayub dalam perdebatan denga Dato' Shahrir Samad di RTM yang mengatakan kerajaan tak ada 'blue print' untuk sistem pengangkutan awam negara. Kejap nak buat, kejap tak nak buat.

Samaada masalah itu wujud dibandar atau luar bandar, tetap masalah rakyat. Masalah rakyat Sabah dan Sarawak tetap masalah nasional. Tak dapat dinafikan, ia sudah kronik, banyak peruntukan dialihkan kesana untuk kepentingan politik pemerintah. Jadi pembelaan isu rakyat disana tak 'genuine'. Dibuat secara 'ad-hoc'. Masalah PATI, kemiskinan, pembangunan Sabah Sarawak bukan isu baru, dah berpuluh tahun.

Sebab itu peruntukan monorail Penang dah dilarikan kesana. Atau sebenarnya, kerajaan memang ada duit nak buat tapi sengaja dibatalkan dengan alasan situasi kewangan semasa. AAB mengulangi aksi yang sama seperti sebelum PRU 12 dulu di Parlimen 26 June lepas, melaporkan prestasi ekonomi lah, KPI lah, harga saham lah, report card lah. tapi rakyat tak nampak benda itu semua dalam poket mereka, dalam kantung duit mereka. Apa yang mereka nampak, sekeping roti canai sudah tak cukup dengan sekeping duit seringgit lagi. Saya singgah 'tapau' chapati di Sri Hartamas, tiga keping RM4.50.

Masa AAB jadi PM pada 2003, rakyat, tak kiralah penyokong kerajaan atau tidak, memasang harapan tinggi Malay sia akan keluar dari bayangan Mahathir yang dikatakan kronisme, nepotisme dan banyak lagi. Rakyat begitu optimistik dan beri beliau kemenangan besar masa PRU 11. Tapi lepas itu apa yang rakyat nampak, sama saja, kronisme dan nepotisme masih jadi trend dalam UMNO dan BN. Rakyat patah harapan.
Fasal Suruhanjaya BPR dan Kehakiman ini semua, dah kira terlambat, itu semua setakat 'damage control' saja. Hati rakyat dah tak boleh dibeli lagi. Hati Ezam saja yang lembut.

Penang adalah 'golden egg goose'.Menyekat pembangunan infra dan sebelum ini , isu paip gas kosong di Penang, sama seperti menyekat angsa tadi dari bertelurkan emas. Komunis China pun tak buat begitu pada Hong Kong, lagi dilimpah limpahkan duit ke pulau itu. Pemimpin komunis China tahu angsa demokrasi itu mengeluarkan emas berbillion dollar. Jadi buatlah penilaian antara pemimpin kita dengan komunis China itu. Siapa yang bijak, dan siapa yang lebih komunis dari komunis.

OK, katakanlah rakyat faham, harga minyak naik sebab nak kurangkan kereta di jalanraya, nak suruh rakyat buat 'car pool'. parking naik dan di caj sampai malam sebab tak mahu orang bawa kereta masuk bandar macam Singapura. Dato' Shahrir pernah sebut, minyak akan jadi barang mewah. Jadi nak tak nak, rakyat akan gunakan pengangkutan awam. Katakan lah juga, rakyat faham sebab selama ini infra pengangkutan awam tak cukup sebab kurang sambutan dari rakyat sendiri. Tapi apa fasal monorail Penang dibatalkan?? Itu yang rakyat tak faham.

Taktik 'oppressive' tak pernah berjaya secara total dan holistik. Di manapun taktik oppressive akan gagal dan memakan diri. Tak perlu tengok sejarah Nelson Mandela, dalam negara pun cukup. Hampir 20 tahun PAS Kelantan dihimpit dengan taktik itu. Tapi mereka semakin kuat, rata-rata orang professional yang mulanya hanya simpati, sekarang jadi tulang belakang parti. Boleh tengok dalam Parlimen macamana style YB mereka bercakap. Mereka cakap apa yang mereka tahu, tak seperti MP BN yang tak pernah cakap Tamil, tiba-tiba nak cakap Tamil dalam Dewan, salah sebut pula tu.

Sabah masa PBS memerintah, pun dilayan cara yang sama. Royalti minyak tak dapat. Siapa yang gunakan PATI dan pelarian UNHCR untuk kepentinga politik?. Siapa yang tanggung susah sekarang?. Tahun 70an dulu, sebut saja datang dari Sabah, mesti orang kaya. Sekarang??
Idea penubuhan Malaysia untuk memerdeka dan membela nasib bumiputera Sabah Sarawak. Itu inpirasi Tunku, Tun Razak dan Ghazali Shafie. Apa dah jadi sekarang?

Sekarang Penang pula nak dilayan sebegitu. Beribu alasan boleh diberi sebab pembatalan projek monorail dan PORR, tapi rakyat tahu apa yang sebenarnya. Jangan lupa, rakyatlah kuasa terakhir yang buat keputusan dan tuhan selalu menyebelahi rakyat yang teraniaya tak kira apa ugamanya.

Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.

Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

Tegakkan keadilan

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.

Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.

Sebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Minyak: Pemuda Umno sambut baik debat Shabery-Anwar anjuran Agendadaily di DBP

IPOH: Pergerakan Pemuda Umno menyambut baik debat mengenai harga minyak antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat menilai antara realiti dengan janji yang dibuat pembangkang.

Naib Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata debat itu akan memberi peluang kepada rakyat menilai janji-janji yang dibuat oleh pembangkang untuk menurunkan harga minyak.

"Sebelum ini mereka bercakap dalam ceramah sahaja tiada siapa tanya apa kaedah...kini kerajaan boleh bertanya mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin akar umbi dari enam bahagian Pemuda Umno di sini hari ini.

Debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily itu dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu juga mungkin akan disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.

Khairy berkata debat itu baik kerana ia memberi peluang kepada wakil kerajaan untuk memberi pandangan dan penjelasan berhubung isu berkenaan.

"Saya rasa ini peluang baik untuk kerajaan membuat penjelasan serta bertanyakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai janji menurunkan harga minyak," katanya.

Anwar sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan termasuk semasa kempen pilihan raya umum pada Mac lepas bahawa pembangkang akan menurunkan harga minyak jika memerintah.

Hikmah Berzikir

"Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar."
( al-Ahzab 35 )

"Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga."
( H.R Muslim)

• Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
• Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
• Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
• Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
• Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
• Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
• Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya.
• Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
• Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
• Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.
• Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
• Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
• Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
• Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
• Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
• Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .
• Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
• Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
• Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, "ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu" .

Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman

hati2 di jalan raya

Suatu Hari.......
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih
menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia
tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat
sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan
di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar
berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun
bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.
"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan
tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh
sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat
pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati
Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak
sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat,
kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt
kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu
merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta
sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad
pengenalan
."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal
menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal
mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan
penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.
Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan
bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini
apa? Semacam gurauan atau apa?

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan
Jamal.

------------ --------- --------- --------
"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang
cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.

Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di
persimpangan ini.

Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu
bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian
menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
------------ --------- --------- --------

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun,
Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.

Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu
sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang
lain.

Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.

Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti
perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Isnin, 30 Jun 2008

---Soal Jawab Guru dan Sin Chan...

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*-

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu.

Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya
mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana
Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia
yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa
Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada
10
tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu
berlaku
secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna
hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan
kerana terdapat
sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur
adakah
awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya
tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti
yang di
karang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti
bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

Koleksi lawak

Lawak 1
Majikan : kamu di pecat!
Pekerja : tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat..


Lawak 2

Tuan rumah : adakah kamu telah mencuci ikan ini sebelum kamu mengorengnya.
Pembantu rumah : saya fikir itu tidak perlu apa gunanya mencuci ikan
yang memang berada dalam air seumur hidupnya.

Lawak 3

Seorang penumpang kapal terbang bertanya kepada seorang wanita tua disebelahnya.

Penumpang : makcik tahu tak nama lapangan terbang yang kita lepasi tadi?
Makcik : tidak.makcik tak tau.kenapa?
Penumpang : sebab anak makcik turun di situ tadi dan tidak naik semula.

Lawak 4

Guru : louie, jika saya beri awak dua ekor arnab hari ini , dan dua ekor lagi pagi esok berapa ekor arnab yang kamu ada di rumah?
Louie : tujuh
Guru : apa maksud kamu "tujuh"?
Louie : yalah, saya sudah ada tiga ekor arnab di rumah.

Lawak 5

Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.

Penerbit : saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan mejadi 50 ribu, bagaimana kita mahu membayar mereka?
Penerbit : ini lah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru hidup!

Lawak 6

Anak ular : ibu, kita nie beracun tak?
Ibu ular : tidak. mengapa tanya?
Anak ular : saya baru saja tergigit lidah saya!

Peribahasa Karam Singh Warlia!

PeribaHasA kaRam sinGh waRLia yg x karam di LauTan!! cheK it ouT!!! :-


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di
dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau
nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pul ut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

Putik kapas memampatkan tahi telinga, bukan membersihkannya

Putik kapas memampatkan tahi telinga, bukan membersihkannya

SEIRING dengan perkembangan kemajuan negara, masyarakat Malaysia juga
semakin mengambil berat dalam soal penjagaan kesihatan dan kebersihan
diri.

Limpahan produk di pasaran boleh dikatakan lebih daripada mencukupi.
Apa
yang menarik perhatian untuk saya kongsi di sini ialah berhubung
penggunaan putik kapas (cotton bud) sebagai alat untuk membersihkan
telinga.

Berdasarkan pengalaman mengendalikan klinik telinga, hidung dan tekak,
masalah pesakit yang datang dengan kurang deria dengar boleh dikatakan
ada setiap hari.

Mereka terdiri daripada yang berusia seawal baru lahir sehingga warga
emas, punca yang pelbagai juga dikesan menjadi sebab berlakunya masalah
ini.

Salah satu punca yang boleh diatasi dan didapati kerap berlaku di
kalangan pesakit kurang dengar ialah masalah saluran telinga luar yang
tersumbat dengan 'tahi telinga' atau lebih tepat lagi lilin telinga (ear
wax) yang telah mampat.

Melalui soal selidik yang dijalankan, majoriti jika tidak kesemua
daripada mereka mengakui menggunakan putik kapas secara rutin dan
berterusan.

Mereka atau kita juga mungkin beranggapan putik kapas yang digunakan
akan dapat membersihkan saluran telinga daripada lilin telinga yang
terhasil secara fisiologi.

Di sinilah timbulnya kesilapan. Putik kapas yang digunakan sebenarnya
menolak lilin telinga masuk lebih ke dalam dan hanya sedikit yang
melekat padanya dan dikeluarkan.

Sedangkan, saluran telinga kita telah dicipta lengkap dengan mekanisme
rerambut halus yang berfungsi dalam gerakan ke arah keluar telinga bagi
mengeluarkan lilin yang berlebihan.

Penggunaan putik kapas dalam gerakan ke dalam yang melawan arus
fisiologi akan menyebabkan kegagalan fungsi normal ini dan seterusnya
menyebabkan sedikit demi sedikit lilin telinga akan tertolak semakin ke
dalam, termampat ke arah gegendang telinga dan seterusnya mengganggu
konduksi bunyi dari punca rangsangan. Keadaan ini disebut gangguan
pendengaran jenis konduktif (conductive hearing loss).

Satu lagi masalah yang timbul daripada penggunaan putik kapas ialah ada
kemungkinan bahagian kapasnya tertanggal dan tertinggal di dalam saluran
telinga. Ini juga akan mengganggu pendengaran. Jika terbiar lama akan
mengundang jangkitan kuman pula.

Selaras dengan slogan 'mencegah lebih baik daripada merawat', marilah
sama-sama kita menjaga kebersihan dan kesihatan diri dengan mendalami
ilmu yang sahih daripada autoriti yang tepat.

Kita telah dicipta dengan sebaik-baik keadaan dan sifat, justeru menjadi
tanggungjawab kitalah untuk menjaganya dengan selamat.

- DR. IRFAN MOHAMAD,
Jabatan ORL-HNS (ENT),
Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Ahad, 29 Jun 2008

hikhik

SUAMI KELUAR MASUK DISKO
Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku
terpaksa minta cerai
dari suamiku."
"Kenapa..?" tanya temannya kehairanan.
"Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk
disko," jawab si ibu
muda.
"OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?"
tanya temannya lagi.
"Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku
!" jawab si ibu
muda.

BINI DAPAT TAHU
Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya.
"Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta
- malah, aku juga
ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata,
semuanya dah
hilang"
"Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar
bankrap ke?" tanya si
teman penuh simpati.
"Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau...."

TIDAK PERNAH BERI SUMBANGAN
Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah
seorang penduduk
kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar
tuntutan bulanan
kampung Lamin memang terkenal dan merupakan salah
seorang yang terkaya
di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa
dengannya.
Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin.
En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang ke
mari Tok...?
Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa
hanya Encik Lamin
seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk
kampung kita. Encik
Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya
raya tiada masalahnya
untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan
kampung ini.
En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan
memerlukan banyak
wang untuk mengubatinya?
Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau
plak..
En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran
perang yang kudung
serta buta dan memerlukan biaya perubatan?
Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf.> (sebelum tok penghulu selesai
meminta maaf, En.
Lamin memotong dan
menambah)
En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah
meninggal dan dia
meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan
warisan?
Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk
meminta maaf).
En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah
saya bagi sumbangan.
Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.

SAKSI SERBA TAHU
Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan
menghadirkan
seorang saksi utama
seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama
untuk bertanya
beberapa soalan kepada saksi.
Peguamcara : Makcik Fatima, makcik kenal siapa
saya?
Makcik Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu,
malah sejak kecil lagi.
Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang
kawan-kawan kamu. Aku juga
tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar
dan aku berasa amat
kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka
bercakap besar, yang sama
sekali tidak berasas dan benar.
Peguamcara tersebut terpegun lain yang di tanya ..
lain pula jawapan
yang diterima.Untuk mengatasi kekejutannya, ia
bertanya dengan
selambanya,..
Peguamcara : Makcik Fatima pasti juga mengenali
Tuan Hadi, peguambela?
Makcik Fatima : Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya
dulu sering
meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak
jauh beza dengan
kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka
menggoda perempuan dan
hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..
Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim
memanggil peguamcara dan
peguambela untuk menghampirinya...
"Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah ia
kenal denganku.., kamu
berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana
menghina mahkamah...,"
kata hakim.

"INGAT SAYA BERSENANG LENANG DI SINI?"
Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini
suaminya sering
pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari dia
memarahi suaminya
"Oh, abang selalu bersenang lenang di luar dan
meninggalkan saya di
rumah!"
Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke
bar. Sesampainya di
sana, si suami memesan minuman keras seperti biasa
dan memesankan satu
gelas untuk isterinya. Ketika si isteri cuba
meminumnya, dia terus
memuntahkannya kembali.
"Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap langsung...!"
rengus si isteri.
"Tulah, jadi jangan anggap saya bersenang lenang di
sini..."

HUKUMAN MATI
Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan
tahanan penjara yang akan
menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik,
gilirannya akan tiba
sebentar nanti.
"Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi
pun semuanya terjadi
dalam masa yang sangat singkat," warden berkata
Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan
kesakitan yang amat luar
biasa kuatnya dan perpanjangan.
"Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat,"
katanya.
Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali.
Dengan selamba dia
berkata, "Tak ada masaalah yang berlaku, cuma
masalah teknikal sahaja.
Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan
LILIN sebagai gantinya,
itu sajaaaaa..."


MENANG LOTERI RM3 JUTA
Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan
memanggil isterinya
secara tiba-tiba.
Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak!
Isteri: Kenapa?
Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit.
Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg
untuk bercuti ke
mana? Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti
keluar negara bang?
Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana
awak hendak pergi.
Yang penting, awak seorang yang keluar dari rumah
ini!

"SINI TAK BOLEH BERENANG"
Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun.
Tiba-tiba dia bertemu
sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian
dan bersedia untuk
terjun.
Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit
dari tempat
persembunyiannya, "Dilarang berenang! Saudari tidak
dibenarkan berenang
di dalam kolam ini!"
Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya.
"Kenapa tak
melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan
pakaian?" soal
wanita tersebut.
"Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi
saudari tak dilarang
untuk menanggalkan pakaian," jawab pemilik dusun
dengan selamba.

TIDAK SUKA PERANG
Pada suatu pagi, seorang guru sejarah bercadang mahu
mengajar mengenai
peperangan berlaku. Guru tersebut bertanyakan kepada
para pelajarnya
sama ada mereka menggemari peperangan atau mahukan
keamanan.
Kesemua pelajar bersetuju bahawa mereka lebih
sukakan keamanan.
"Ada sesiapa diantara kamu yang bole memberikan
sebab kenapa kamu
bencikan peperangan?" tanya guru tersebut.
Seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bangun.
Guru itu memandang
pelajarnya dengan penuh minat untuk mengetahui
jawapan pelajar tersebut.

"Saya bencikan perang, sebab peperangan akan
membentuk sejarah.
Sedangkan saya tidak sukakan mata pelajaran sejarah"
jawab pelajar itu.

MAKCIK DARI KAMPUNG
Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke
Kuala Lumpur untuk kali
pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ
dan berkahwin dengan
orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang
kampung. Dia turut
membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat
malam, dia
'check-in' di sebuah hotel mewah semata-mata mahu
menunjuk kepada Bibah
dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke
bilik penginapan Makcik
Minah.
Makcik Minah dengan girangnye mengikuti
langkah-langkah pelayan itu dan

ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah
melihat ke
sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu
berkata kepada pelayan
tersebut.
"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari
kampung, tak tahu
duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi
saya bilik ini pula.
Kecil, tak ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada.
Katil nak tidur pun
tak ada. Hei jangan nak tipu orang la," Makcik Minah
memaki hamun
pelayan tersebut kononnya untuk menutup malu pada
Bibah.
Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar makcik, ini
baru lif.."

PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang
pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" seorang> pemuda di hujung
talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat
encik menelefon saya di
tengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya
lagi dengan nada
kecewa.
"Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul
9!" pustakawan itu
menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke
sampai encik tidak
boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?"
"Siapa kata saya mahu masuk?" kata pemuda itu
kesal, "SAYA MAU KELUAR!"


UBAT SAKIT KEPALA

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit
kepala. Seorang pekerja
memerhati keadaannya, lalu bertanya, "Kenapa bos?
Nampak macam sakit
sahaja?"
"Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata
bos.
"Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos.
Tapi bila balik, isteri
saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas
itu kami bercumbuan.
Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang.
Saya rasa bos pun
patut buat macam tu juga," terang Semaun.
"Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri
engkau sekarang!!!"

PAK PANDIR KE KEBUN

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong
getah. Mak Andeh akan
menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun
pergilah nak memotong
getah.
"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu
nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah
jalanraya untuk sampai di
kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi
jalanraya besar
tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang
betul-betul di depan
kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut,
dia pun pulang
hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah
lalu bertanya,
"Kenapa Bang?"
Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak
bagi kita memotong
getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan
depan kebun kita tu
papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

DAGING YANG BOLEH TERBANG DAN BERENANG SAHAJA

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor
menganjurkan agar
dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain
itu harus berhenti
makan daging kambing, daging kesukaan Salim.
Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya
boleh makan
sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang
dan terbang"
Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon
Salim mengingatkan
Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang
dan terbang sahaja.
Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah
Salim untuk melihat
perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya
Salim ada di kolam
renang.
Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana
menyangka Salim bukan hanya
mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga
untuk meningkatkan
kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju
ke kolam renang di
mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di
kolam renang? Salim
berada di dalam air melatih kambing berenang!!!

PENUMPANG DEGIL YANG BODOH

Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut
perang selamba duduk
di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan
berlepas ke Labuan.
Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa,
"Cik, tiket cik untuk
kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana."
Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik
saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak
saya, faham tak??"
herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil
berdiri.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu
memberitahu ketuanya.
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana
tempat duduk ini untuk
penumpang lain," pujuk ketua pramugari.
"Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di
belakang. Tengok
oranglah!!!" katanya.
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu
kapten yang
kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis
tersebut. Beberapa ketika
kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya
yang betul.
"Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya
pramugari hairan bagaimana
begitu mudah masalah dapat diselesaikan.
"Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di
Labuan," jawab
kapten.

KENCING MASAM LEBIH TERUK

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan,
seorang lelaki berusia
lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan
rawatan. Di
sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan
tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa, "Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan
mengusung masuk
seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik
tua tersebut bertanya
orang muda di sebelahnya,
"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing
manih."

TUNGGU SAMPAI KERETA LALU
Razi dan Khairul, dua orang anggota polis yang baru
bertugas membuat
rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. Sedang
seronok berborak
tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang
budak lelaki
menangis di tepi jalan. Lalu mereka memberhentikan
kereta berdekatan
dengan budak tadi.
"Fasal apa adik menangis", tanya Razi.
"Bagitaulah kalau-kalau abang boleh tolong," pujuk
Khairul pula.
Sambil teresak-esak budak tu berkata, "Tadi sebelum
saya keluar mak dah
pesan. Kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu
dulu. Masalahnya dari
tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pun yang
lalu. Motor buruk ada
laa."
Mendengar penjelasan budak tadi, Razi dan Khairul
hanya menggelengkan
kepala. Tidak tahu apa yang perlu dijelaskan.

UFO MENDARAT DI BUMI
Kelihatan dua makhluk asing sedang bersiap sedia
untuk mendarat ke bumi.

"Kau dah siap barang-barang untuk kita pergi
ke bumi?" tanya
komander pada rakannya.
"Sudah tuan. Semua sudah siap. Tunggu mendarat
sahaja," jawab seorang
lagi.
"Ok bagus. Cuma tinggal satu lagi yang kita perlu
bereskan sebelum
mendarat," balas komander makhluk asing itu.
"Apa dia tuan?"
"Kita kena turun menyerupai makhluk bumi. Takkan
kita nak turun dengan
rupa kita yang sebegini. Nanti makhluk bumi itu
mesti tangkap dan bunuh
kita," jawab komander itu.
"Tapi tuan, macam mana kita nak menyerupai diaorang
padahal kita tak
pernah nampak diaorang?" tanya sorang tu lagi.
"Ah, yang tu kau jangan bimbang. Kita mendarat
secara senyap, kemudian
kita sembunyi di satu sudut. Kita tunggu makhluk
diaorang keluar dan
menukar rupa menyerupai dioranglah" jelas komander.
"Wah, bagus cadangan tuan, amat bernas sekali usul
itu."
Mereka pun terus mendarat ke satu kawasan tanaman
padi. Dengan
senyap-senyap, mereka keluar dari kapal angkasa dan
sembunyi di belakang
semak. Tidak lama kemudian, mereka pun ternampak dua
makhluk bumi di
hujung sawah. Dengan menggunakan teknologi terkini,
mereka pun
menyerupai dua makhluk bumi. Mereka keluar dari
tempat persembunyian dan
berjalan ke arah dua penduduk bumi yang sedang
bekerja. Kerana bentuk
tubuh badan mereka yang sama, penduduk bumi itu
tidak sedikitpun merasa
hairan dengan kehadiran mereka Mereka bersuara
kononnya bertanya arah
jalan, tetapi tidak dilayan. Tiba-tiba mereka
terdengar bunyi riuh di
belakang. Mereka pun toleh dan nampak sekumpulan> makhluk bumi yang lain
sedang berlari ke arah mereka. Sementara itu,
makhluk bumi yang dua tadi
terus menghilangkan diri.
"Cepat! Cepat! Jangan bagi dia lari!!!" seorang
daripada makhluk bumi
itu berteriak pada rakan-rakannya. Kedua-dua makhluk
asing ini tercegat.
Mereka tidak tahu apa yang telah terjadi.
"Haa, dapat juga! Kalau kamu suma nak tahu, inilah
dua ekor kerbau liar
yang selalu makan padi aku. Ok, kita bawa ke
kampung. Kita sembelih dua
ekor kerbau ini," Pak Salleh memberitahu orang-orang
kampung sambil
mengikat leher kedua dua makhluk asing yang sedang
kebingungan itu.

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis.
Tidak kira siang
atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap
pertengkaran pastinya
menggangu jiran tetangga.
"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan
mengorek tanah di depanku
untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si
Wahid. Jiran yang
mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid
terhadap isterinya
kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang
sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat
mangsa langgar lari.
Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap
menguruskan
pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas
itu, jiran tetangga
amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak
merasa takut dengan
ugutan suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?"
tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia
mengadap kebawah!"


sEnYuMaN iTu sATu sEdEkAH..
sEnTiAsA TErsEnYUm..iTu bERmAsaaLaH...

Gelak kalau lawak

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"





TUNGGU SAMPAI KERETA LALU

Razi dan Khairul, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. Sedang seronok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. Lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.
"Fasal apa adik menangis", tanya Razi.
"Bagitaulah kalau-kalau abang boleh tolong," pujuk Khairul pula.
Sambil teresak-esak budak tu berkata, "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. Kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. Masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pun yang lalu. Motor buruk ada laa."
Mendengar penjelasan budak tadi, Razi dan Khairul hanya menggelengkan kepala. Tidak tahu apa yang perlu dijelaskan.



PAK PANDIR KE KEBUN

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?"
Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

Mamat Oh Mamat

Atas saranan doktor, Mamat dihantar utk berubat di USA kerana
penyakitnya yg agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York,
Mamat dibawa ke bilik bedah & dipasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yg kelihatannya
lebih parah dibawa masuk & diletak bersebelahan katil si Mamat.
Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba
utk berkomunikasi dgn Mamat.

Dia mengangkat tangannya dgn susah payah & berkata:
"United kingdom..."
Mamat yg juga sedang lemah, menjawab:
"Malaysian..."

Setelah itu dua-duanya pengsan karana keletihan. Beberapa jam
kemudian mereka kembali sedar & cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dgn lemah: "James...".
Dijawab dgn susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah
sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya.

"Birmingham..." kata si Mat Saleh.
Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar & masih mencuba utk berbual.

Si Mat Saleh yg sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."

Dan dgn sisa-sisa nafas yg ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"




Image Hosted by ImageShack.us