Blog ni adalah rekaan aku semata-mata... Dalam blog ni terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog-blog menarik yang di "copy" kan dari bloggerz2 laen utk dikongsi bersama... Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf awal2 jikalau ader maner2 artikel atau penulisan dalam blog ni yang menyinggung mana2 pihak. Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan

Sabtu, 14 Jun 2008

Lawak AKUSTATIK

Cerita 1

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN" Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".

Cerita 2

Di sebuah kg ada 3 org remaja yang suka lepak. seorang tu nama dia Ali, seorang tu Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk.

pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat eden semuo ni jahil sangat ke? Takpa, nanti eden semuo buktikan yang eden semuo bukan lah jahil sangat seperti yang disangkakan".


Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus saja Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala... " dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk juga lagi.. Masuk saja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur lah ke belakang.


Budin pun angkat lah takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. tiba-tiba saja si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.


Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai lah habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali.

Punyalah respect tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.
Kalau tak, lagi dassat eden sembahyang. He heee... "

Tok imam pun terkedu & terpana...

Cerita 3

Namaku Eddie.Di sini aku ingin menceritakan serba sedikit tentang kisah hidupku yg penuh dgn dugaan dan cabaran.Aku di lahirkan di sebuah kampung yang terpencil jauh di pedalaman.Kampungku bernama Kampung Pening Cicak yg terletak di sebelah Jawa Tenggara, aku pun tak tahu Jawa Tenggara tu kat mane(mungkin dekat dgn negara Isketampingpong kot).Aku adalah anak yatim piatu.Bapaku telah meninggal dunia kerana dipukul orang.Kini aku tinggal bersama ibuku.Kami hidup dlm keadaan miskin, hidup kami hanya mengharapkan belas kasihan makhluk Allah.

Pada suatu hari, ibuku telah keluar mencari rezeki pada sebelah pagi, tetapi pada hari itu hatiku berasa tidak sedap(mungkin kurang garam).Aku takut ada sesuatu menimpa ibuku.Tiba-tiba pintu dikuak, naik kecut aku.Rupa-rupanya ibuku sudah pulang tetapi dia kelihatan tidak bermaya..Aku terus mendapatkan ibuku.Dia menceritakan yg dia telah dipukul.Aku tahu ini semua angkara keluarga Pak Dol kerana semasa arwah ayahku masih hidup, ayahku ada berhutang darah dgn keluarga Pak Dol.Tetapi tidak cukupkah dengan terbayarnya nyawa ayahku?Aku tak mengerti adakah kerana kami miskin, kami harus dipukul dan dicaci??.Selepas beberapa hari ibuku dipukul, dia meninggal dunia.

Oleh kerana terlampau sedih dan marah, aku mengambil keputusan untuk menyerang keluarga Pak Dol.Setibanya aku di rumah Pak Dol, belum sempat aku berbuat apa-apa, aku di tampar oleh Pak Dol.Tidak cukup ditampar aku dihina, dicaci dan dipijak.Aku tak mengerti adakah aku yg berdosa.Berdosakah aku dilahirkan menjadi seekor nyamuk aedes??


Begitulah serba sedikit tentang kisah hidupku...


Kenapa bayar subsidi minyak guna POS MALAYSIA

"Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah.. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4.

Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun.

Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.

" Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. "Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia . Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan," kata Abdullah."

Figure2 di atas tidak termasuk "Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain."

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT

Di zaman ICT dan GLOBALISASI ini, kemudahan komputer dan e-mail hampir ada pada setiap individu yg bekerja di sektor swasta mahupun kerajaan dan juga kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar munasabah menyebabkan kemudahan e-mail ini menjadi semakin popular.

Pernahkah anda fikir dengan satu "KLIK" sahaja boleh menyebabkan dosa mencurah-curah diterima secara berterusan sehingga hari kiamat.

Apa yang penulis ingin bincangkan adalah berdasarkan dua Hadis Sahih berikut.


Mafhumnya::
Ibnu Mas'ud ra. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : "Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah."(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Yang dimaksukkan dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.

Mafhumnya:

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.

Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email.

Dia mempunyai "email group" dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam "emailgroup" tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada "emailgroup" tersebut.

Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke "emailgroup". Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama' bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500+5000=5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat.

Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya'Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.

Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.

Wallahhu'alam

Jumaat, 13 Jun 2008

Floating Tower

Pada 11/6/2008 yg lepas aku telah menyertai satu pertandingan FLOATING TOWER yg dianjurkan oleh UiTM SHAH ALAM. Ni bukan acara individu, tapi berkumpulan di mana setiap ahli kumpulan mempunyai 4 org ahli.

Tower ni dibina menggunakan straw. Tingginya adalah 450 mm dan tapaknya pula adalah
300mm x 300mm. Kemudian setiap kumpulan akan dibekalkan dengan 8 biji botol mineral 500ml untuk diletakkan dibawah tower untuk fungsi floating. Sebelum kumpulan kami pergi pertandingan dah macam2 experimen dibuat untuk mengkaji structure yg paling kukuh dan stable untuk daya apungan nanti. Sebabnya, floating tower ni akan dipasang tray sebelum diletakkan di dalam air. Kemudian pasir akan diletakkan atas tray, so tower mana yg boleh tanggung load paling byk akan menang la.

Kat bawah ni beberapa floating tower yg dibuat eksperimen..

Photobucket
Photobucket

Beginilah suasana pada hari pertandingan.

Photobucket

Ni dah petang pun.Pertandingan tu start pagi, pkl 10 sampai pkl 1 dimana semua kumpulan diberi masa 3 jam untuk menyiapkan tower ngn poster untuk mempromosikan tower masing2.
Ni lah hasil floating tower kumpulan kami yg diberi nama TROOP TOWER yang mana tower ni mementingkan konsep yg ringan tp stable dan kuat.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Kat bawah ni pulak tower2 dari kumpulan laen yg sempat aku rakam. Semuanya ada 30 kumpulan, tp ni jer yg sempat aku rakam.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ni lak waktu nak pasang tray kat tower tu

Photobucket
Photobucket


Last sekali tower tu akan ditest di dalam air

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Rasanya2 saper menang ek. Tentulah student UTP sbb diorang antar student last year...
memang la mantap, sedangkan kami yg mewakili UPNM ni hanyalah student dari thn 1 dan 2. Tempat kedua lak milik UTHM atau Kuithho. Tapi pencapain UPNM pun boley dibanggakan la. Kumpulan aku iaitu kumpulan GPMG dapat tempat ke- 3 dengan membawa pulang check bernilai RM750. Boleh tahan la, walaupun sumbangan aku untuk kumpulan aku, xder lah banyak sangat.Hehe. Tumpang glamer jer lah

Photobucket
Photobucket

Saper berani sentuh ????


Kereta ni berharga US$ 4.8M .Saper2 nak sentuh kereta ni kena bayar US$1000. Kereta ni adalah milik PUTERA ALWALEED dari ARAB SAUDI. Anda berani? So, tak hairan lah klu harga minyak mencecah US$ 130 per barrel.





Diamond Covered Mercedes of Prince Waleed



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

lagu sepanjang zaman...panduan kita semua

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara

Keindahan malam

Ni kat Brazil

Photobucket


Ni kat Paris

Photobucket


Ni kat Niagara Falls

Photobucket


Ni kat Toronto

Photobucket


Ni kat London

Photobucket


Ni kat Singapore

Photobucket


Ni kat India

Photobucket



Opszz...sori...elektrik terputus lak..hehe

77 Wonders around da world

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pak Lah surrender nak serah jawatan kepada Najib

Malaysiakini melaporkan bahawa Pak Lah dan Najib sudah sepakat dalam menentukan masa yang terbaik untuk penyerahan kuasa.
"Saya dan Datuk Seri Najib dah tentukan bila masanya yang sesuai bagi saya menyerahkan jawatan kepada beliau.

"Kami tiada masalah dan hubungan kami berdua adalah baik," katanya.

Abdullah yang juga presiden Umno menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan tengah hari bersama pemimpin masyarakat dan pegawai-pegawai kanan kerajaan sempena lawatan seharinya ke Kelantan.

Menurut laporan Bernama, beliau sekali lagi menjelaskan bahawa hubungannya dengan Najib sememang terjalin baik tanpa sebarang masalah antara mereka berdua.

Perdana menteri membangkitkan perkara itu berikutan masih ada pihak yang sangsi hubungan antara beliau dan timbalannya itu termasuk ditimbulkan oleh pemimpin Umno Kelantan dalam mesyuarat badan perhubungan Umno negeri itu hari ini.

Abdullah yang juga presiden Umno berkata "bila tiba masanya nanti" penyerahan kuasa itu akan pasti berlaku.

Boleh caya ker Pak Lah ni. Agak2nya bila ler peralihan kuasa tu berlaku. Tahun ni? Tahun depan? Atau lepas PRU ke-13. Yang penting Pak Lah mesti isi poket penuh2 dulu baru bagi kat Najib. X gitu??

Anda barisan maner?

Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Fikir2 kan lah...
Selamat beramal....

Perempuan itu sungguh aneh...hehe. Jgn mare...



If you kiss her, you are not a gentleman


If you don't, you are not a man


If you praise her, she thinks you are lying


If you don't, you are good for nothing


If you agree to all her likes, you are a wimp


If you don't, you do not understand


If you visit her often, she thinks it is boring


If you don't, she accuses you of double-crossing


If you are well dressed, she says you are a playboy


If you don't, you are a dull boy


If you are jealous, she says it's bad


If you don't, she thinks you do not love her


If you attempt a romance, she says you didn't respect her


If you don't, she thinks you do not like her


If you are a minute late, she complains it's hard to wait


If she is late, she says that's a girl's way


If you visit another man, you're not putting in "quality time"


If she is visited by another woman, "oh it's natural, we are girls"


If you kiss her once in a while, she professes you are cold


If you kiss her often, she yells that you are taking advantage


If you fail to help her in crossing the street, you lack ethics


If you do, she thinks it's just one of men's tactics for seduction


If you stare at another woman, she accuses you of flirting


If she is stared by other men, she says that they are just admiring


If you talk, she wants you to listen


If you listen, she wants you to talk

That's A GIRL!

~~~~~

Cinta jerung kepada manusia

Unbelievable!!!!!!!!!!!!!!! so, x salah kalau kita rajin berbuat kebaikan, even kepada haiwan pun